Wednesday, 7 August 2019

Birthday Treat at Naj and Belle Bangsar

Seronok bila tiap kali birthday coz ada geng-geng yang nak belanja makan. Yeah!! Few days prior to my birthday, ada orang sebut pasal resto ni, Naj and Belle di Bangsar. So time tu, I memang dah usha serba sedikit menu apa yang ada di kedai ni. So bila diaorang tanya nak pergi ke mana for my birthday, terus I cakap I nak pergi ke Naj and Belle ni. Diaorang pun on jerr, Lama pulak tak makan western. Berpandukan grab jer, x jauh pun sebenarnya resto ni dengan ofis. Dalam 10-15 min je gitu. Sebelah NST. Kami hari tu ramai jugak la. Meriah meja kitaorang.

NAJ AND BELLE

INTERIOR

Time kami sampai ke sana, memang I suka sangat dengan interior dia. Walaupun seating dia tak berapa nak banyak, tapi for me, still mencukupi. Takde pulak I tengok orang beratur dekat luar untuk tunggu seating. Resto ni femes dengan Watermelon Cake. I googled up pasal cake ni pun, terus rasa terliur. Sebelum pergi, I macam dah aim nak makan apa. Tapi seperti biasa, sampai jer dekat tempat kejadian, terus tukar menu. Hahaha. Hati memang x cukup kental. Plan asal nak salad, last2 order benda lain. Cheh!!

MENU

MENU

MENU

So lets see what we had that day.

This is the dish that I ordered, Roasted Pumpkin Linguine. Kebanyakan kami ambil pasta coz memang recommended sangat pasta-pasta dekat resto ni. Mine, memang vegetarian sikit la. Tapi I really like the taste. Lagi-lagi sun-dried tomatoes dia. Memang kena dengan taste I.

ROASTED PUMPKIN LINGUINE

Yang ni pulak, what my friends ate that day. Meriah kan. Nasib baik kami ni jenis suka share2. So masing-masing dapat rasa dish orang lain. Antara yang winning dish for me, this one, Soft Shell Crab Linguini. Spicy sikit tapi giler sedap wei. Memang citarasa tekak melayu. Rasa macam butter chicken pasta tu. Ada daun kari bagai. 

SOFTSHELL CRAB LINGUINE

Yang ni pun not bad, Naj Big Breakfast. Memang BIG habis. Telur tu boleh pilih to your liking. Hari tu, diaorang pilih scramble eggs. Memang sedap la. Tapi kalo nak makan ni, for me, kalo sorang, payah nak habis ni. But that's just me. 

NAJ BIG BREAKFAST

Jom usha gambar-gambar makanan apa yang ada hari tu ye. Masing-masing dengan pilihan masing-masing. Tapi overall, I memang suka taste makanan dia. X berapa masin, very flavourful and plating pun sangat cantik. Portion size for me, memang banyak lagi-lagi tuk perut kecik macam I. Tapi coz hari tu, ramai, so semua habis la. 


DONT KNOW WHICH MENU ITEM THIS IS..SORRY

CREAMY PESTO CARBONARA

AGLIO OLIO

Yang ni pulak, memang rare. Their femes Watermelon Cake. Serious sedap giler wokey. Sangat recommended. Nampak simple and elegant at the same time. Pakai watermelon je kat tengah tu, tp gabungan dia, memang mantap. I siap tapau bawak balik lagi kot. Nasib x cair. Husband I pun suka cake ni. Memang antara signature dish dia la. So if you guys datang, kena cuba watermelon cake dia.

Burnt Cheesecake dia pun not bad tp for me, a bit thick. Tapi rata-rata geng I suka burnt cheesecake yang ni.  

WATERMELON CAKE
BURNT CHEESECAKE

LOTS OF CAKE CHOICES

Overall, I suka sangat tempat ni. That day itself, rasa ada dalam 3 meja kot yang menyambut birthday, termasuk I la. Meriah sangat. Dari segi harga, for me, normal to high range la, so tak boleh selalu. Special occasion boleh la ke sini. Lagi special!! 

Thanks guys for a wonderful birthday treat this year. Terharu sangat ok!! Chayang korang!!

Address: Jalan Tandok, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3 comments:

  1. mmg rare watermelon cake tu...nmpk yummy...tk pernh order pasta yg mcm pesto sbb pernh try mkn masa pi event..tk brp kena ngan tekak

    ReplyDelete
  2. menggoda betul watermelon cake tuh. KSarie tak pernah makan cake hipster camni. Next time boleh cuba bila berkesempatan

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday!. seronok dan untung orang belanja kan. menu dia memang tempting betul

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...