Monday, 19 November 2018

Port Dickson : Pusat Ikan Hiasan PD

Dah berminggu-minggu anak-anak asyik duk meminta nak main pasir dan nak mandi manda pantai. So hari minggu hari tu, kami fulfill kan permintaan anak-anak. So kami bawak diaorang pergi ke Port Dickson, Pantai Cahaya Negeri. Pagi2 dalam 6.15 kami dah gerak ke PD. Sampai cun-cun sebelum pukul lapan. I xde beria masak pun. Beli nasi lemak dan mee hoon otw jer. Hehehe. I bawak makanan yang simple2 saja dan satu jug air milo panas. 

Sampai-sampai jer orang dah start penuh ambil port. Yang dah memang bercamping dari malam sebelumnye pun ramai. Kitaorang pulak, dapat port, betul2 bertentangan dengan jambatan ke Pulau Burung tu. Husband dah siap check dah. Pagi tu memang air tengah naik. Tengahari yang akan susut. So time kami sampai tu, air tengah tinggi la. Budak2 pun, sesuap agaknya makan, terus main pasir n mandi. Yang berpicnic nye mak n ayah dia saja. Anak2 memang main saja la. I suka Pantai kat sini. Luas kawasan dia, kebersihan terjaga n pantai dia pun agak bersih..Just hari tu, air dia macam kotor sedikit. rasa sebab selalu hujan kot..ada alga hijau2 naik. Sebelum ni, pernah datang..Air dia biru jer..

GELAP PULAK GAMBO. HEHEHE

Dalam tengahari tu, lepas semua dah puas mandi & main pasir..husband suh cari tempat untuk jalan2. So I sarankan pg ke Pusat Ikan Hiasan PD. Hari tu dah pg ke Army Museum semua. So this time ke sini pulak. Lagi pun FREE je untuk masuk ke Pusat Ikan Hiasan ni. 

MURAL

Time kami sampai, ada rombongan sekolah sekali ke sini. So agak riuh rendah jugak. Tempat dia x berapa nak besar. Kecik jer tapi quite nice. Cukup untuk buat anak-anak teruja tengok ikan-ikan. Ada coral jugak dalam ni. Ada pelbagai jenis ikan, baby shark pun ada, geng2 nemo dory semua ada, seahorse, belangkas, dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain la. Tempat dia memang amat terjaga.

So jom lihat gambar-gambar yang sempat I snap sepanjang di situ. 

RUANG PAMERAN PENYU

BAHAGIAN TELUR PENYU


CANTIK CORAL2

BELANGKAS

DU DU DU



RUANG BAHAGIAN DEPAN. CANTIK DAN INFORMATIVE



Dalam pusat ni, ada jugak tayangan 3D tapi hari tu kami x jadi nak masuk. X ramai pun yang I nmpak masuk dalam tayangan tu. Dekat bahagian luar tu pulak, ada kawasan untuk penyu dan preservation penyu. Walaupun tempat dia sedikit kecil tapi macam2 gak ada dalam pusat ni. Kami x lama pun dalam ni coz bila rombongan sekolah tu sampai, terus jadi ramai. So dalam 40 minit je kot kami dalam tu. Lepas tu balik. Tapi overall, quite interesting. At least anak-anak I happy cause dapat melihat pelbagai  jenis ikan dan hidupan laut. Ada juga kawasan khas untuk coral2 dalam Pusat ni.

So if ke PD, leh jadikan Pusat Ikan Hiasan ni as of of your stops dekat PD. 

Address: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Kami tiap kali pergi ke PD, suka lepak dekat PD Waterfront tu. Kali ni pun sama. Dan bila dah sampai sini, anak-anak duk mintak nk makn MCD. Hahahah. Jauh2 pg ke PD..pg makan MCD. Tapi nasib baik jugak. Tengah-tengah makan tu, terus hujan lebat. So lepak la dalam tu sekejap. Habis je hujan stop, kami pun gerak balik. Xde singgah mana dah. Balik jer, budak2 exhausted. Tidur sampai ke pagi. Lepas jer dari hari tu, dah xde mintak nk pg ke pantai dah. Hahahaha. Now ada request baru pulak.

Mama, bila nak tidur hotel?? Tergelak jela. Anak oo anak.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...