Friday, 9 November 2018

Layan Makanan Sarawak @ Dayang Sarawak Corner Cafe Putrajaya

Salam semua. ☺☺

Kami petang tu pergi memancing sekejap di Taman Wetland. First time I pergi memancing. Dapat la rasa thrill nak tarik ikan tp last2 ikan terlepas. Now I faham kenapa husband gian nk pg memancing. Hahaha. Skang pulak tengah musim hujan tp petang tu bernasib baik la jugak. Dapat la memancing sebelum hujan lebat malam tu. So otw nk balik tu, I ajak husband pg ke kedai makan Sarawak ni. Nak kata baru bukak, x jugak tp rasanya  dalam tahun ni jugak la kalo x silap. Nama kedai ni, Dayang Sarawak Corner Cafe!!

Dah lama nk pergi sini tp belum kesampaian. Akhirnya malam tu dapat la jugak. Dengan hujan nyer, kami redah saja. Malam tu, ramai dah customers duk dine in dekat restaurant ni. I memang dah aim dah nk makan apa. Menu dia x banyak mana tapi yang ada pun, boleh buat u termenung sekejap nk pilih apa. Haaa..gitu..mula2 husband pun nk makan mee kolok gak..dah dia nampak I order mee kolok, terus dia order Laksa Sarawak. Dapat merasa dua2. Tuk anak-anak pulak, macam biasa, Nasi ayam. Tuk air pulak, coz tengah hujan..air panas2 saja. I pernah try Teh 3 layer tu dekat kedai makan sarawak yang lain..akhirnye jadi muak sedikit. Tu sebab malam tu I x berani nak try.

MENU MAKANAN

MENU MINUMAN

ALMOST FULL HOUSE DAH

Service not bad. Laju jugak. Makanan cepat jer sampai. Ni Nasi Ayam anak-anak. Sos merah dia sedap la. Spicy!! Nasi dia for me biasa saja. I kalo nak beria makan nasi ayam..kena ada lauk taugeh, baru syok. Hahaha..dekat sini ada jugak jual taugeh tau..tp kami x order malam tu. Tapi untuk anak-anak..nasi, soup dan ayam, dah buat diaorang cukup berselera.

NASI AYAM RM6.50

DUA2 KICK

Ni pula Laksa Sarawak. Sebelum I sempat merasa yang original, husband dah letak dah cili sambal dia ke dalam laksa tu..tapi xde la pedas mana pun. Sesuai dekat tekak I. Laksa dia for me, sedap!! Pekat wei kuah dia. Tp portion macam kecik kot tuk husband I..next time kena ambil yang special..

LAKSA SARAWAK RM8.00

Yang ni pulak, I punye..Mee Kolok Daging..ni memang harus dipuji. Serious sedap. Antara yang tersedap yang I pernah makan. Patut rata2 ramai order yang ni. Mee dia pun, banyak kot. Kami ambil yang biasa saja. Kalo special, lagi banyak mee n inti la kot. Mula2 anak I yang kecik makan nasi ayam..last2 makan mee kolok..so I berkongsi dengan anak I..suka betul dia. I suka repeat tempat yang anak I suka makan. Ni antara tempat yang I bakal repeat balik la. Memang kena cuba. 

MEE KOLOK DAGING RM8.00 

OUR DINNER

Overall, suka sangat resto ni..makanan sedap, harga average, service laju..setakat ni, semua okla..balik jer..hujan lebat..snap2 pun dalam kete..hahahaha..

HUJAN LEBAT BILA BALIK..RESTAURANT NI BETUL2 DEKAT CORNER TAU

K chow u ols. 

Address: 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Phone: 010-369 7322

Selain dari Putrajaya, ada juga di Sungai Besi
Address: Park N' Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...