Monday, 29 October 2018

Lunch @ Greenhouse D Jeram Sungai Sembilang

Happy Birthday Mama yang ke-60..Still awet muda lagi. So sempena birthday mama masuk 6 series, kitaorang ajak semua untuk makan dekat luar. Plan asal nk order pizza jer tapi dah biasa. Hampir setiap kali birthday, mesti nk order pizza. So kali ni kita celebrate during lunch time. Tp hari tu xde la lunch mana pun..more to makan petang dah. 

I dapat flyers ni, pasal a new café yang baru bukak. Kalo sesiapa familiar dengan jalan utama nak ke Pantai Remis dekat Jeram tu, skang kalo korang lalu, akan nampak ada greenhouse, jual pokok Tin sebelah kanan tau. Bangunan berbatu bata merah. Besar jugak kawasan dia. Dalam tu ada café. Greenhouse D Jeram namanya. Dikeliling oleh industrial design dan juga pokok2, memang environment yang sesuai untuk makan-makan. Café ni betul2 baru bukak. Menu pun a bit limited.

MENU

MEJA MAKAN KAT LUAR CAFE

JALAN2 CARI POKOK TIN

PANDANGAN DARI DALAM CAFE..MENARIK KAN

I pilih Mee Ketam. Husband order Ayam Penyet, anak2 lak, macam biasa, Nasi Ayam. Yang lain, order Fish & Chip. Xde pulak yang order chicken chop. Hahaha. Next time la kot. 

Tapi hari tu, kami 8 dewasa dan 8 kanak-kanak yang semua dibawah umur 11 tahun. Meriahnya, macam kedai tu kitaorang yang punya. Dengan tumpah airnye, gaduhnye, rebut air nye, aduyay..hahaha..itu yang kekadang lagi selesa order pizza..sepah n bising semua kat rumah jer..Tapi sekali sekali leh la..bukan selalu mama turns 60 kan. 

Memandangkan x berapa ramai customer hari tu, makanan agak laju jugak la. Presentation wise, memang nampak cantik. Terus terbuka selera bila tengok makanan dia. Yang ni I nye. Mee Ketam. Tempting kan. Rasa dia pun agak sedap. Kalo sesiapa yang allergic seafood tu, rasa memang x leh makan kot. Kuat giler rasa ketam dia. I kongsi ketam tu dengan husband, masing2 dapat la merasa sikit. Kuah dia memang pekat giler. 

MEE KETAM & AYAM PENYET

NASI AYAM

LAI CHI KANG

Ayam penyet dia pun sedap tp sambal dia xde la pedas mana. Just nice la. Nasi ayam pun sama. Not bad rasa dia. I suka nasi dia. Cukup rasa. Portion size for me memang just nice.

FISH N CHIPS

Yang ni pulak, rasanya the winning dish. Their Fish & Chips!! Crunchy on the outside and very fluffy and smooth on the inside. Serious sedap. Probably next time I nak order yang ni. Walaupun menu x berapa banyak tp yang ada, memang sedap-sedap. Ambience pun best. Dapat melihat pokok2 time menjamu selera.

So, perut dah kenyang, it's time to celebrate with a cake..dah bawak dah cake ke situ..tp last bawak balik..budak2 semua dah ngamuk2..hahaha..akhirnye tiup lilin dekat rumah.
Happy 60th Birthday Mama. Love u ❤❤



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...