Friday, 30 November 2018

Bermandi manda di Pusat Kejiranan Presint 16 Putrajaya

Hi semua. During weekends, sometimes kitaorang suka bawak anak-anak pergi mandi manda. Tapi port kitaorang selalu ke Pusat Komuniti Presint 11 coz dekat je denga rumah. Dalam 5 minit drive gitu. Tapi kali ni, kami ke Pusat Kejiranan Presint 16 pulak. Sehari sebelum tu, kami datang ke PK tu untuk event Lily. Hari Graduasi dia. Tengok Lily joget-joget dan terima hadiah. Balik dari event tu, kami duk jalan-jalan dekat PK tu. Terlalu depan kawasan pool. 

Anak-anak dah nampak pool, terus merengek nk mandi. Tak bawak baju kan hari tu so memang xde la nk mandi. Kt situ pun, ada rental baju mandi tau. Tapi kami xde la nk sewa. Kt kedai tu jugak ada jual barang-barang renang macam pelampung semua. So hari tu kami bawak anak2 pg main playground di luar kawasan pool tu. 

MINI PLAYGROUND

Esoknye, kami bawak balik anak-anak ke PK Presint 16 tu. Hari ahad hari tu, so memang ramai la. Fee dia murah saja. Untuk baby pool, RM1. Untuk access to all pools, RM2 tuk dewasa dan kanak-kanak. Ada operation hours tau. So sebelum pergi, kena check dulu la. Takut time sampai, belum dibuka lagi.. Kami pergi hari tu, sesi 3..dari kul 5 sampai 7. Bayar di kaunter pembayaran

OPERATION HOURS AND FEE RATE

Yang bestnye dekat situ, ada slides dalam pool kanak kanak. So beratur budak-budak semua nak naik slide. Termasuk la anak I sekali. Berkali-kali naik kot. Memang happening la kat situ. Meriah coz ramai betul budak-budak. Pool dewasa dia pulak, jenis yang condong tu. So yang hujung tu memang dalam la. I pun x berani nk mandi situ. Kat pool dewasa dia pulak, ada air terjun mini..



MINI SLIDE..BERATUR

Walaupun size kawasan dia kecil jer, tapi I suka deco-deco dekat kat situ. Rasa macam kat theme park sikit..hahahah..gitu kan. Kami hari tu..ada la dalam sejam lebih. Sampai nk magrib dah. Changing room dia pulak dekat jer. Luar kawasan masuk pool tu. Besar lak tu. Senang la nk tukar baju. Ada changing room, shower dan toilet. Bersih lak tu. 

BABY POOL..

Kawasan baby pool pulak dekat luar. Anak-anak I x main pun dalam pool tu. Tak sempat pun. Habis jer mandi pool, kami makan dekat food court kat situ. For me, I like the pool dekat PK Presint 16 ni. Akan mai sini lagi la lepas ni. Ada lagi pool-pool lain di Putrajaya ni. Kami just belum terjah je lagi. 

Address: Jalan P16G, Presint 16, 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

K guys..chow dulu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...