Saturday, 14 July 2018

BONDAHAVEN, your Friendly Motherly Breastfeeding Specialist & Spa

Siapa yang x suka dipampered. Sebagai seorang ibu yang sibuk, pagi sibuk dengan hal kerja di ofis, lepas balik  kerja pulak, sibuk menguruskan anak-anak dan hal rumah, everyday is a never-ending story. So bila dapat bernafas sedikit, terasa la badan kita sebenarnya sengal-sengal, sakit pinggang dan sememangnya kadangkala, terasa seperti kehabisan tenaga. So bila dapat extra “ME TIME” boleh la manjakan diri dengan pergi ke Spa dan juga Tempat Urutan yang sesuai. 

Baru-baru ni, I dpt mencuba Traditional Malay Massage di Bondahaven yang terletak di Bandar Puteri Kajang. Bondahaven ni berdekatan dengan Tesco Bandar Puteri. Berpandukan Waze, insyaAllah x sesat. Bondahaven ni terletak di kawasan atas rumah kedai ye. Signboard besar gitu.

No 2-3 , 3rd Floor, Jln Puteri 2A/2,
Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang
Selangor Malaysia
(5 mins from Putra-Mahkota exit on PLUS highway)

Contact Details
hello@bondahaven.com
+603-89122221

WELCOME TO BONDAHAVEN

TEMPAT MENUNGGU

Bondahaven ni, adalah the first Holistic breastfeeding in Malaysia yang integrate sekali dengan Modern Science with Traditional Maternal Care. Urutan and service semua diuruskan oleh pakar-pakar physio yang sememangnye terbaik dalam bidang meraka. Memandangkan I belum pregnant lagi, planning to, tapi belum lagi, hehehe dan jugak bukan sedang breastfeeding, so I ambik Traditional Malay Massage. Ada juga urutan untuk ibu-ibu yang pregnant. Tp di galakkan bagi mereka yang 16 weeks above ye. Yang bestnya disini, meraka akan bertanyakan pasal pressure urutan tu sebelum memulakan sesi. I pilih yang light coz I memang jenis x berapa tahan sangat bab-bab urut ni. Kalo tekanan kuat, ada masa leh mengalirkan air mata. Hehehe. 

SERVICE..I AMBIL TRADITIONAL MALAY MASSAGE

PELBAGAI BARANGAN DIJUAL DISINI

HERBA-HERBA

MINUMAN HERBAL TEA

Dekat Bondahaven ni, bukan setakat ada service spa dan urutan, juga terdapat pelbagai package yang merangkumi selepas berpantang, ketika menyusu, barangan retail pun ada dan juga consultation. 
Hari tu, sebelum memulakan sesi, I diberi minum Herbal Tea. Sememangnya menghangatkan badan dan membuatkan kita rasa lebih relax. Boleh juga upgrade kepada Bird’s Nest, tp ada extra charge RM12. I x pernah try so x berani lagi untuk mencuba. 

LOCKER

HUSBAND & ANAK-ANAK LEH TUNGGU DI SINI..

Dekat sini, barangan kita akan disimpan rapi dalam locker. Kunci pun kita yang akan pegang. Facilities seperti toilet, surau, tempat menyusu, dan juga waiting room untuk husband dan anak-anak menunggu pun ada. A definite eco-friendly place that caters all needs. 

MERENDAM KAKI

Lepas simpan barang semua, I dibawa ke tempat untuk merendam kaki. Sesiapa yang nk buat pedicure atau foot massage, di sini la tempat dia. Sedikit garam akan ditaburkan kedalam mangkuk air, dan kaki kita akan direndam sekejap dalam tu. Bak kata orang-orang tua, kena basuh kaki dulu, supaya badan x terkejut. 

KAWASAN BERURUT DI LANTAI

MY AREA

Then, I terus di bawa ke bilik untuk berurut. Di sini, ada pelbagai jenis bilik. Setiap bilik ditentukan untuk service-service yang tertentu. Untuk yang scrub atau yang memerlukan rendaman, ada bilik khas dimana ada jakuzi dan bilik air, bagi menyenangkan lagi pergerakan. 

Ni tempat urutan I. I pilih Juniper Oil, dimana minyak ni, sesuai untuk membuang angin-angin jahat. Nasib baik la I xde membuang angin kat situ. Kalo x, kesian orang sebelah. Hahaha. Minyak lagi satu, Tropical Energy, adalah minyak untuk menyegarkan badan. More to energized. 
Urutan kali ni, a bit different dari tempat-tempat lain yang I pernah pergi. Bermula dulu dengan urutan di kaki, dan berakhir dengan urutan di kepala. Cara urutan pun sedikit berbeza. Tapi for me, I suka. Sesuai dengan citarasa I. Pakej yang I ambil, adalah 90minutes Traditional Malay Massage. Sememamngnye a relaxing and unstressful 90 minutes. Seronok bila ada orang urut-urut ni lagi-lagi bila badan kita memang tengah sengal-sengal. Rasa fresh je.

Habis je urutan, kita akan diberi air minuman Herbal Tea lagi sekali bagi menyegarkan lagi badan kita. Minyak yang dekat badan kita pun, disuruh untuk dibiarkan selama dua jam, supaya essence dia dapat meresap ke dalam badan kita. I lebih 2 jam la. Lepas berurut, teus shopping. Hahaha. 
Semasa I berada di situ, ada seorang pregnant mom tengah buat sesi urutan jugak. I x tau la cara sebenar urutan utk pregnant mommies ni coz I sendiri xde pengalaman but future wise, probably I akan mencuba. 

SILA DATANG YE!!

Kepada mereka yang mahu mencuba services di BondaHaven, boleh mendapatkan diskaun 15% on all service bila sebut nama I. Hehe. Effa Ezzwin aka mrsenoxis ❤❤

Have Fun Guys!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...