Friday, 28 September 2018

Lunch @ Nasi Ayam Hainan Chee Meng Old Klang Road

Apabila geng ofismate mengidam nk makan Nasi Ayam Hainan, kitaorang layan kan jerr coz kami pun nk makan sama. Hehehe. I memang peminat Nasi Ayam Hainan tapi susah nk jumpa yang betul-betul kaw!! I tak pernah dengar pasal kedai nasi ayam ni tapi katanya agak femes jugak. Mungkin coz I x berapa kenal sangat area Old Klang Road ni. Jarang kot nk datang sini. Member sanggup tu nk drive ke situ semata2 utk makan Nasi Ayam. Berpandukan waze..sekejap jer kami sampai. Parking agak limited coz kedai dia tepi jalan sikit..double park la..tp owner kereta semua kat kedai makan. So senang la. 


Time kami sampai, x ramai lagi..tp boleh pulak terjumpa orang2 yang kami kenali dekat situ. Wah, ramai yang tahu rupanya pasal kedai ni. So, apa yang best kat sini, of coz la Nasi Ayam Hainan dia kan. I order Nasi Ayam Steam and add on Tauge masak sos tiram. I kalo makan Nasi Ayam Hainan, suka makan dengan Tauge. Ada yang rekomenkan Kerabu Mangga dia, katanya kat sini agak sedap. Next time kalo datang, leh try order Kerabu Mangga dia pulak la. Ada pelbagai menu kat sini. Bukan setakat Nasi Ayam je..Leh usha menu dia ea..

MENU

MENU

HALIA DAN SOS MERAH..

Semua order Nasi Ayam kecuali sorang tu, dia order Kueh Teow Goreng, tapi katanya macam hangit sedikit. Muka dia sedikit kecewa jer..Kami yang makan Nasi Ayam ni, muka masing2 teruja jer. Lagi2 memang tengah lapar..Hahaha..

SET NASI AYAM..X TEMASUK AIR EA

KUEH TEOW GORENG

For me la kan, Nasi and soup dia biasa saja. Tapi yang “kaw” dekat sini, sos merah dia tu. Spicy tapi addictive tau. Halia tumbuk dia pun just nice. Portion wise for me ok. Kenyang giler hari tu. Lagi2 coz I tambah tauge tu. I memang peminat tauge. Tauge Sos Tiram dia not bad la. Crunchy dan masin2 sikit..sesuai makan dengan nasi ayam. 

TAUGE SOS TIRAM

ROASTED CHICKEN

Kami add on Roasted Chicken gak. Saja nk mencuba. Not bad gak. Tapi i prefer yang steam la. 
Price range dia dekat sini, average saja. Service pun cepat. Kalo Nasi Ayam lambat..memang payah la kedai nak servive. Service tip top. Kami x lama pun coz orang dah stat ramai..habis jer, terus kami bayar and chow. 

MY LUNCH..NAIK BADAN..HEHEHE

Overall..sedap kedai ni. Selepas ni kalo ngidam Nasi Ayam Hainan, tempat ni akan masuk my list la. 
Tapi still misi mencari Nasi Ayam Hainan yang paling sedap..akan diteruskan juga..hehehehe..kalo korang ada recommendation kedai Nasi Ayam Hainan yang sedap..inform la ea..

Address: 1, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 011-2413 0863

K, chow!!!! ☺




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...