Thursday, 11 April 2019

Lunch @ STREAT Thai Nexus Bangsar South

Kami tak tahu pun sebenarnya ada kedai STREAT Thai ni di Nexus Bangsar. Setahu I kedai ni ada di Jaya One. Hari tu, kami bawak colleague dari Singapore untuk makan-makan lunch kat luar. Plan nak ke Pappa Rich, coz tekak dia x berapa nak sedap katanya, tapi last-last kitaorang bawak dia ke Streat Thai ni. It turns out dia peminat Thai Food rupanya. Dia pun suka jer bila kitaorang terus ajak ke sini.  Sebelum masuk, kami dah tanya whether its Halal or not. Semua certified halal, just diaorang ada jual alchohol dekat kawasan bar dia saja. 

Kami sampai before 12 so nak dapat seating agak mudah lagi la. Tapi lepas tu, punya ramai nye yang beratur untuk dapatkan tempat kat situ. Memandangkan kami x ramai, so x leh la nak order makanan berlauk sangat. So last2, kami order ala carte semua. I macam biasa, sudah menjadi penggemar Pad Thai. So this time around pun, I order Stir Fried Pad Thai with Prawns. Yang lain order, Braised Beef Noodle Soup, Braised Chicken Noodles (Dry) & Chicken Pad Krapow.

Jom lihat parts of their menu items.


MENU

ADA BILIK KHAS JUGAK KAT TEPI TU..

ENVIRONMENT

MENU

MENU

MENU

MENU

MENU

MENU

Air dia pulak, I ordered Butterfly Pea Ice Soda dan member pulak ordered their Honey Dew Smoothies. Air I, memang x habis la. Tak kena dengan tekak I. Tapi Honey Dew Smoothies dia, memang sedap giler la. Next time I nak order yang tu la. 


Dari segi makanan, antara empat2 dish, paling win, Braised Beef Noodle Soup. Broth dia sedap woo..portion pun just nice. Antara yang terbaik la. Yang ni memang kena cuba. I nye Pad Thai pulak, not bad, just I pernah makan yang lebih sedap la. Chicken Pad Krapow pulak, yang ni, memang a bit sedih la. X seperti yang digambarkan. Probably next time tak akan repeat yang ni la. Chicken Noodle Dry pulak, I x leh comment coz I tak rasa. Tapi dari gaya dia makan, sedap rasanya.

PAD THAI WITH PRAWNS

CHICKEN PAD KRAPOW

CONDIMENTS

BRAISED CHICKEN NOODLE DRY

BRAISED BEEF NOODLES

Kami sempat jugak try their dessert. Ruby Red with Coconut Milk. At first, kami nak order their Mango Sticky Rice, but unavailable pulak. Ruby Red dia, not bad. Not that sweet and very colourful. Kami kongsi berempat, hehehe.

RED RUBY

Banyak lagi menu dia yang tempting. Sepanjang kami makan, asyik duk tengok meja orang jer. Tomyam dia I rasa mesti sedap. Hampir setiap meja order. Rata2 ramai datang sini untuk makan berhidang la, nasi dan lauk pauk. Probably next time kami pun nak makan berlauk jugak la. Dapat rasa tomyam dia. Repeat?? Definitely, coz x rasa Tomyam dia lagi wei. So sesiapa yang ada berdekatan, n tengah craving untuk makan Thai Food, leh mai sini ye. Tapi kalo nak mai, I recommend, before lunch hour or after. Or else, kena beratur la untuk dapat tempat.

Address: No. 7, Unit G-3, Level G, Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi, Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Baca entry ni terus buat ksarie lapar.....dah la ksarie puasa ni huhuhuhuhu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...