Thursday, 12 June 2014

Panduan Ibu menyusu di bulan Puasa

Sharing-sharing..
Panduan: Penyusuan Susu Ibu & Puasa 




Ramadhan bakal menjelma x lama lagi..Ketahui panduan tentang penyusuan susu ibu dan berpuasa..Yelah, pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang menyusukan anak akan mula merasa sedikit kerisauan. Risau susu akan mula kering atau susu akan mula berkurangan..Apa pun, ibu-ibu still boleh terus berpuasa dan menyusukan anak di bulan Ramadhan..




Panduan : Penyusuan Susu Ibu dan Puasa (got from the web..)

1.Bolehkah saya berpuasa semasa menyusukan anak?
Ya dan tak. Ya, jika condition ibu tu sihat, dan bayi pula tiada sebarang masalah. Ibu boleh teruskan puasa. Tetapi tidak, jika ibu ada masalah kesihatan, tak larat dan sebagainya. Islam itu indah, Allah beri rukshah bagi perempuan yang menyusukan anak. Ibu boleh berbuka jika memudaratkan diri sendiri dan bayi. Lepas itu gantikan saja puasa yang tertinggal.

2. Adakah ibu yang berpuasa membahayakan bayi?
Tentulah tidak. Allah Maha Mengetahui. Telah Dia cipta tubuh badan ini boleh berubah mengikut keadaan. Tubuh badan masih boleh menghasilkan susu walaupun berpuasa. Kekurangan jumlah kalori tak akan mengganggu kuantiti susu yang dihasilkan. Cuma ibu perlu pastikan diri mendapat nutrisi dan zat yang lengkap semasa berbuka dan bersahur.

Hebatnya ciptaan Allah, sekalipun ibu tak makan apa-apa dalam tempoh 24 jam. Susu ibu masih boleh dihasilkan. Tak terjejas kuantiti dan nutrisi di dalam susu ibu. Jika berpuasa mendatangkan kesan tak baik, tentulah ibu akan rasa dulu.

3. Susu ibu berubah, ada kesan pada bayi ke?
Ya komposisi susu akan berubah. Tapi takkan beri kesan pada bayi. Satu kajian dilakukan, walaupun 24 jam ibu tak makan, kandungan lemak dalam susu ibu tak terjejas. Lemak susu akan dihasilkan sendiri oleh lemak di dalam badan ibu jika ibu kurang atau tak makan.

Sebenarnya bayi telah merasa perubahan susu ibu. Susu ibu bergantung pada apa yang dimakan oleh ibu.

4. Adakah berpuasa bahaya untuk ibu?
Pastinya Allah tak kejam untuk hamba-Nya. Tiada apa yang bahaya. Ibu boleh berpuasa, tak payah takut-takut. Bukan ke rezeki dari Allah? Jadi yakin. Hasil kajian yang dibuat pun tunjukkan, imbangan kimia dalam darah ibu menyusukan, ibu mengandung, wanita yang tak menyusu hampir sama.

Rukhsah bagi ibu menyusu di bulan Ramadhan pun ada. Jika ibu mengalami nyahhidrat yang teruk, dibolehkan membuka puasa. Ketahuilah rukhsah berpuasa, kerana ianya panduan yang amat penting, bagi penyusuan susu ibu dan berpuasa.

Tanda-tanda nyah hidrat yang teruk:

dahaga yang amat
terasa nak pitam, lemah dan lesu
air kencing berwarna gelap
rasa sakit kepala, atau sakit di bahagian lain

Segeralah berbuka jika ibu mengalami tanda-tanda seperti di atas.

Disarankan untuk minum air dengan banyak. Bukan minum sekali banyak. Tapi minumlah sedikit-sedikit sepanjang waktu berbuka sehingga ke sahur. Juga disarankan mengambil makanan rendah indek glisemik. Makanan seperti lambat terurai, jadi membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk ibu. Makanlah secukupnya, tubuh ibu perlukan nutrisi dan zat untuk hasilkan susu yang berkualiti. Makanan rendah indek glisemik ni macam soya, tempeh, tahu, grains (oat, barley, brown rice..), Seafood (salmon, tuna, sardine, udang..), buah-buahan, kekacang..dan macam2 lagi la..

Ibu-ibu tidak perlu rasa risau jika berat turun sedikit semasa berpuasa. Ini tak akan menjejaskan hasil susu yang dihasilkan.

5. Bagaimana elakkan masalah penyusuan ketika puasa?

Ibu mesti bersedia
Selesaikan kerja-kerja rumah yang berat sebelum berpuasa
Simpan diari makanan, jadi panduan untuk makan secara cukup dan sihat
Berehat atau hanya lakukan aktiviti yang ringan, duduk di tempat sejuk waktu berpuasa

6. Perlukah batalkan puasa?

Ya, sekiranya ibu rasa ternyahhidrat. Hubungi doktor jika bimbang bayi tak mendapat susu yang cukup.Tanda bayi tak cukup susu:
lampin basah berkurangan, tak kerap buang air
najis bayi bewarna hijau
meragam dan menangis
berat badan bayi tak bertambah, malahan turun

Salam Ramadhan untuk semua....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...