Friday 28 July 2017

Office Birthday Treat @ DubuYo Nu Sentral

Terharu sebenarnye yang geng-geng office nak belanja makan sempena birthday hari tu. Diaorang tanya nak makan mana? I time tu ada teringin nak makan Korean food. So last-last semua setuju, untuk pergi ke DubuYo dekat Nu Sentral. Kami bertujuh hari tu. Ada jugak yang first time datang ke DubuYo. Dekat office I ni, x ramai peminat Korean food. Tp semua jenis berani nak mencuba. Aja-aja fighting!! hahaha..xde kena mengena..kenapa i suka korean food?? coz i dibesarkan dekat sana. I sekolah dekat seoul..so reminds me a bit of my childhood walaupun dulu xde la makan korean sangat..

Kitaorang dah dpt mengagak yang mesti ramai hari ni dekat Nu Sentral. Maklum la, gaji masuk..hahaha. Mesti ramai makan luar punya la. Tp nasib kami baik hari tu. Ada tempat. Cun2 jer untuk kami bertujuh. Kami terus terjah lunch set menu dia. Lunch set dia dah termasuk sekali dengan banchan & Air. Tp banyak lagi pilihan, selain dari yang ada dekat lunch menu. 

LUNCH SET MENU

Dah lama jugak x menapak ke DubuYo ni. Memang jarang2 la datang sini. Makan dengan hubby pun pernah sekali jer..hehehe..kimbap dia not bad gak rr..i like the sauce..Member yang first time datang tu, last2 dia mabik spicy seafood ramen..katannya sedapp..sesuai dengan tekak dia la..inti ramen dia pun banyak..member sorang lg ni..tiap kali datang sini, mesti duk order honey bulgogi chicken..katanya yg lain x leh masuk..yg penting..mahu mencuba ye kawan2..

WEDNESDAY..ADD RM3 FOR THIS WITH 4 MEALS

SPICY SEAFOOD RAMEN..YANG NI PUN BESAR..MEMBER X HABIS PUN MAKAN

HONEY BULGOGI

SOONDUBU KIMCHI JIGAE

Hari tu, I confius sikit nak pilih nak makan apa. Mula-mula nak makan Kimchi Jigae..tp last2 I pilih, Yukgaejang. First time try dish ni dekat DubuYo. Service hari tu, agak lambat jugak la. X sure kenapa boleh jadi lambat. Tp kami redha jer la.. Dish I pulak, yang terakhir sampai. Yang lain, semua dah separuh nak habis dah. Huhuhuhu..Banchan dia hari tu, tauge, kimchi dan sweet potato kot..x sure lak..hahah..tp quite nice la..

MY DISH..BESAR KAN

Bila dish I sampai jer..i terkejut jugak..besar nye mangkuk dia. Boleh habis ke ni?? Hahaha..Aduh. dah la panas giler soup dia..terkial-kial I makan. Tp seriously memang sedap..soothing jer rasa dia. Sedap makan soup2 panas ni..banyak pulak tu bahan2 dalam soup tu. Base dia glass noodle dan beef la. Yang lain, sayur2. Tp memang jenuh la nak menghabiskan semua..last2 memang x habis la..i dpt makan ¾ jerr..sorry la..memang kenyang habis. 

Geng2 office jugak ada membeli cake slices dkt secret recipe..awww..sweetnye diaorang ni..thanks tau..

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Sorang jer yang dapat habiskan semua..yang lain mostly ¾ la habis. Portion semua besar2. Berbaloi la dengan harga lunch set dia.  Dah lepas gian dah makan korean..

Thanks gals for the birthday treat!! Muah cikit semua ❤❤ 



Tuesday 25 July 2017

Percutian Santai di Desaru, Kota Tinggi Johor

Cuti sekolah x lama lagi. Korang plan nak bercuti di mana kali ni? Kekadang tu pening jugak nak fikir nak plan bercuti di mana..so apa kata kali ini, ke Desaru Kota Tinggi Johor..Desaru merupakan sebuah kawasan perlancongan pantai yang popular di Johor dan kini semakin popular sebagai salah satu destinasi untuk para pelancong. Untuk pengetahuan korang, Desaru bermaksud “Village of Casuarinas” atau tapak tangan. Dalam bahasa malayu, Desa means kampung dan Ru pula merujuk pada nama tempatan untuk Casuarinas.

Memang banyak penginapan dan chalet yang terdapat di persekitaran pantai Desaru ni. Tapi I cadangkan kepada korang kalo datang sini, untuk menginap di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.  Nak datang kesini sekarang pun dah senang dengan adanya laluan Senai Desaru Highway. Waze kan sahaja, insyaAllah akan jumpa..hehe

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

Resort ini menyediakan 720 bilik di mana korang boleh pilih sama ada nak bilik 1,2,3 atau 4 bilik. Pent house (VIP Suite) juga available di resort ni. Setiap bilik diberi free wifi, penyaman udara, kitchenette with coffee & tea facilities, dinner set, microwave dan peti sejuk. Selain itu most rooms juga ada balconies, wardrobe dalam bilik tidur, hairdryers dan TV yang ada 22 siaran. Menarik kan? Semua ada..Resort ini bukan sahaja sesuai untuk yang berfamily tau..yang newly weds pun boleh jadikan resort ni sebagai salah satu option untuk korang berhoneymoon..

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

TARIKAN UTAMA
Antara facilities yang terdapat di resort ini dan mejadikan resort ini antara pilihan kebanyakan family adalah waterpark dia. So sape yang bawa family lagi-lagi yang ada anak-anak kecil tu memang seronok la. Terdapat water play areas such as water slides, splash pads, water playgrounds, lazy river, relaxing gazebo dan pool. Kanak- kanak for sure memang akan berkampung di water playgrounds. Kat situ macam-macam aktiviti menarik yang boleh dibuat. Lazy river dia pulak kawasan untuk korang santai baring atas rakit atau pelampung dan biarkan diri korang dibawa air sungai yang mengalir malas dan perlahan-lahan. Nak feeling lagi, leh pakai spek hitam okeyy. Haha. Confirm akan berendam dan bermain di waterpark dia berjam-jam la. 

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

Ada juga playground di kawasan waterpark dia. Kids area..Memang seronok habis la. Budak-budak kalau nampak ada playground di kawasan air, confirm mandi sampai lebam la. 

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PERKHIDMATAN SPA
Selain itu, resort ini turut menyediakan perkhidmatan spa. Dah nama pun Lotus Desaru Beach Resort & Spa kan. Macam-macam pakej yang ada seperti perfect touch, feel good body work, glow, dan yang nak cantikkan tangan dan kaki pun ada. Sediakan duit jela ye. Hihi. Tapi apa salah nye sekali sekala bercuti sambil enjoy spa dia sekali..bestnye bila badan diurut..sambung pulak buat facial..masyuk!!

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

AKTIVITI TEPI PANTAI
Di kawasan pantai dia jugak, ada menyediakan pelbagai sea sports aktiviti. Boleh cuba plebagai activities yang disediakan. Semuanya menarik-menarik belaka. Antaranya aktiviti yang disediakan:-

  • Parasailing
  • Jet Ski
  • Banana Boat
  • Pipi Rider
  • Family Tube
  • Bungy Jumper 
  • Boat Ride
  • Fishing Trip. 
Apepun bila nak buat semua aktiviti ni make sure keadaan cuaca dan laut dia okey yer. Keselamatan harus dijage tau. Safety comes first!!

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

Yang paling penting kedudukan hotel ni betul-betul di tepi pantai. Haaaa.. best tau dapat menikmati pemandangan yang awesome dan menarik. Kalau dapat tengok keindahan pantai, dengar bunyi deruan ombak, dan menikmati angin dan udara yang nyaman! Di tepi pantai tu juga terdapat gazebo untuk pengunjung bersantai-santai. Korang juga akan terpersona dengan keindahan matahari tebit, matahari terbenam bila berada di kawasan ini. Sememangnya terapi minda yang terbaik. Pantai dan pasir di sini memang cantik dan menarik. Cuma nak ingatkan yer. Bagi sesiapa yang ada anak kecil tu kena perhatikan pergerakan diaorang. Ombak kat sini agak kuat. 

Overall, Lotus Desaru ini merupakan satu hotel yang superb terbaik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Kawasan resort pun sememangnye besar. Tempat untuk check-in dan bilik agak jauh sedikit la. Kena naik kereta. Keadaan bilik dia bersih, kemas dan selesa. Semua pekerja di resort tu pulak tak lokek dengan senyuman dan peramah. 

MAKAN DI MANA??
Kat area sini, sesiapa yang nak cari makanan sedap seafood boleh singgah di Restoran Terapung Bujang Firefly yang terletak di Bandar Penawar. Lebih kurang 10 km dari Lotus Desaru. Disarankan menggunakan waze or google map ye. Jalan nak ke restoren ni agak ke pedalaman sedikit. Restoren ini terletak di atas sungai tau. Antara menu yang menarik dan perlu di cuba siakap stim, tomyam, ketam masak cili, sup ekor. Masakan dia memang mavelloues!! Hingga menjilat jari gitu.. harga memang agak mahal sikit la ye. Kedai dah popular kot.

Yang malas nak cari makan kat luar boleh je makan kat Teratai Coffee House. View menghadap laut. Macam-macam pilihan makanan dari Asian dan international foods. Setiap hari jumaat pula, Restoran Seaview pula ada menyediakan steamboot buffter dinner. Macam-macam makanan ada seperti laksa penang, chaw kue tiaw, nasi kandar, nasi ayam Hainan, mee jawa, ice kacang, dan lain-lain serta  pelbagai minum. Setiap hari ahad bermula matahari terbenam (7 petang hingga 10 malam), Restoran Seaview menyediakan barbeque & carvery buffet. 

Inilah serba sedikit yang I boleh cerita pasal Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Nak tahu tentang resort ini dan harga terkini Lotus Desaru Beach Resort- book here.

Apa lagi, jom booking terus. Boleh click terus link di atas ye untuk terus booking ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa. via Traveloka. Senang saja!! 😁😁

Friday 21 July 2017

Birthday Dinner Treat @ Fullhouse Sunway Pyramid

19 July – I love my birthday!! 💓💓💓

Last year punya birthday, kitaorang celebrate dekat Capriociossa Sunway Pyramid. I just love that restaurant. So kali ni, I ajak pergi tempat yang sama. Setahun sekali pergi makan sana. Kalo pergi, mesti untuk special occasion. Sebelum sampai tu, I ada jugak try call restaurant tu, tp x dapat. Katanya the line is no longer active la. 

Malam itu, kitaorang still terjah jugak la. Usha dalam website dia, still indicates two locations. Sunway Pyramid & Sunway Putra Mall. Sampai-sampai jer ke sana, it turns out, the place is no more. Sedihnya..memang tekak dah teringin sangat dah nak makan dekat situ. (Ker dah berubah location dalam sunway tu..huhuhu) Tp nak menapak ke Sunway Putra Mall malam tu tidak la. Probably next time la kot.

For my review on Cappriciosa last year during my birthday, you guys can read here :
Dinner Birthday Treat @ Capricciosa Sunway Pyramid

Backup plan..i ajak pergi ke Fullhouse. Husband pun on jerr..malam tu, x ramai sangat dekat Fullhouse tu. Fullhouse ni, konsep dia, all white, Englisg style. Memang cantik la. I suka sangat deco-deco dalam tu. Menu dia, more to western la. Ada banyak pilihan. Pasta, sandwiches, pizza..and of course, the desserts.


WHITE THEME INTERIOR



Ada jugak kids menu. Inclusive air dan dessert. For me, I chose Bahn Mi. (Chicken sandwich). X terasa lapar sangat..ambik light2 sikit..hehe..Husband pulak, order Cheese Pasta (x sure nama dia apa). And for dessert, we ordered Egglicious – Waffle with ice cream. Pengganti cake..hehehe

MENU

MENU

KIDS MENU..SAUCE BBQ DIA SEDAP WEI

This is hubby’s dish. Memang sedap. X kedekut cheese langsung. Pasta dia al-dente sikit. Keras2 sikit. Tp anak I, Uzayr, memang suka giler. Mulut dia sentiasa penuh dengan makanan. Seronok tengok dia makan. Anak2 I yang lain, makan nugget & fries. 

VERY CHEEZY

This is mine. Presentation memang tip top la. I tengok pun rasa teruja sngt. Tp nak makan, messy giler..walaupun dah potong dua, still messy giler..hahaha..ayam dia seriously sedap betul..x sure pakai perapan apa. Tp nampak ada hirisan serai-serai sikit dekat ayam tu. Very juicy. Dish ni, didatangkan sekali dengan fries & salad. Semua cukup rasa. Dish ni, boleh direpeat balik.



Dessert time. Time sampai jer dessert ni, semua anak-anak dah x keruan. Sorang nk ice cream pink dan sorang lagi nak ice cream chocolate. Uzayr pulak duk meminta disuapkan dengan cepat..hahaha..bergolot mama nak ambik gambar tau. This gotta be the best amongst the rest la. Waffle di very crunchy. Still panas2 lagi waktu serve dekat kitaorang..Strawberry pieces dan blueberry dia pun very generous. Sesuai. Ice cream dia, biasa jer la..rasa bukan homemade punya la. But overall..an awesome dessert. Malam tu, xde cake pun. Ingat weekend la baru nak cari kek. Anak dah duk mintak kek rainbow..aduh..mana nk cari ni..hahah (macam birthday dia pulak ye)

EGGLICIOUS RM16.90

Habis jer makan, teus balik..kekenyangan habis..thanks hubby for the birthday dinner treat..next month, I treat balik dengan Capriciossa ye..hahaha..but this time, kita terjah Sunway Putra Mall pulak tau..

Happy Birthday to me…


Address: Lg 1.96, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-5621 9960



Wednesday 19 July 2017

Jamuan Raya Office 2017

Jamuan Raya di office sudah bermula. Level kami buat pada minggu lepas. Time tu x ramai lagi department yang buat jamuan berbanding dengan minggu raya last ni. Minggu ni jer, berderet jemputan sampai x sempat nak terjah semua. Isnin hari tu jer dapat 4 jemputan department. Sorry la geng, memang x sempat nak pergi semua. Lepas pergi 2 jemputan, teus sakit perut..huhuhu..sensitive pulak perut..sampai ke petang lak tu sakitnye..

Sepatutnye level kitaorang ni, buat ala-ala potluck..tp last2 semua order jerr..outsource dari luar..hehehe..memang kami ni x berapa nak rajin la bab2 masak2 besar2 ni..so kali ni, setiap team kena bawak dish masing2..team kami agak besar so kami bawak cake2 dan laksam..i yang cadangkan laksam tu..lama x dapat. Nasib baik budak ofis ada contact dengan orang yang pandai buat laksam. Selalu orang order laksa kan, so kali ni, kelainan sikit. Order laksam pulak.. 

Diantara menu yang ada :
Big Boss sponsor Satay. Yang lain, ada nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, kuah lodeh, pelbahai jenis kuih dan kek-kek, laksam, mee sup utara, buah-buahan, nasi putih, lauk pauk (patin tempoyak, daging salai masak lemak, ayam paprika…) & chocolate fountain. Macam2 ada. Jom usha gambar dan deco2 jamuan office i..hehehe

DAH MACAM CANDY BOOTH DAH..COMEY

BOSS BELANJA CHOCOLATE FOUNTAIN

BIG BOSS SPONSOR..

OUR LAKSAM..

MEE SOUP UTARA..

MY FAV PART..DESSERTS

X INGAT KEK APA NI..A BIT MANIS TP SEDAP..

Alhamdulillah, semua sedap2..lagi2 laksam..hehehe..walaupun masin sedikit, tp still sedap..dapat la lepas gian..berkali2 gak la i tambah..bila nak makan makanan yang lain, dah x muat dah perut..sebu terus..esok nye, terus bloating..huhuhuhu..

K, next week ada one more big Raya event yang melibatkan the whole department. Mesti meriah habis. Siap tema Bazaar Raya gitu. Perut dah sedikit terjojol gak ni..lemak2 dah start terbentuk..jangan2 baju raya pun dah sendat..huhu

Selamat Hari Raya U Ols!! 💗😁


Tuesday 18 July 2017

Hi Tea @ Restaurant Rebung Chef Ismail

Ni kisah sebelum puasa lagi ye. Banyak rupanya entry yang belum tertulis lagi. Huhuhu

Macam biasa la, sebelum puasa bermula hari itu, department I ada buat makan-makan. Kali ni, di Restaurant Rebung. Mula-mula ingatkan di bangsar. It turns out yang dekat bangsar tu dah tutup. Nasib baik I x drive terus pergi sana. Hahaha..Yang kami pergi ni, di Taman Botani Perdana KL. Berpandukan waze, alhamdulillah sampai. Hehehe. I bab2 jalan di KL ni memang fail sikit la. Memang kena mengharapkan gps. Nasib baik senang jer nak sampai ke sana. Time tu x berapa nak jem lagi la..time sampai, nak cari parking pun senang. Parking dia banyak dan jenis bertingkat. 



Kali ni, sebenarnya nak menyambut macam2 sambutan. Yang keluar dari department, April to June Babies, New newborns & newbies to the department..so ada pelbagai sambutan pada hari tu.  Kitaorang booking private room. Sukahati kitaorang la nak bising macam mana kan. (coz memang bising pun kitaorang..heheh) Siap ada karaoke session lagi. Kawasan dia agak besar jugak. Boleh memuatkan agak ramai orang pada suatu masa. 



Focus kepada makanan dan minuman pula…Sebenarnya expectation I, agak tinggi la. Lagi-lagi makan di restaurant Chef terkenal. Hari tu, sempat jugak bergambar dengan Chef Ismail. Ntah camera siapa time tu..sampai sudah x dapat2 gambar dia..hahaha..

Makanan dia variety jugak la. Tp for me, dari pemerhatian hari tu, makanan macam x berapa nk cukup untuk satu2 masa. Ramai kot time tu, termasuk group2 lain. Untuk mendapatkan makanan, kena beratur agak panjang. Bila I beratur, tetibe habis pulak. Diaorang baru nak masak yang lain. Dari segi rasa, for me, boleh la. Xde yang mengancam sangat la tp semua berasa. I pernah makan dulu, di restaurant dekat Bangsar. Time tu, untuk lunch. Verdict nye lebih kurang sama jugak la..tekak masing-masing kan. 

KUIH - BUAH MELAKA

LAKSA

MEE SOUP

MEE GORENG

PISANG GORENG

BERANEKA BUBUR


Paling win dekat sini, goreng pisang & mee goreng..i bab2 goreng pisang ni, memang x leh dipisahkan..i memang penggemar goreng pisang. Sedap giler..lagi2 baru diangkat dari kuali panas..masyuk. Mee goreng dia pun sedap. Line beratur x putus-putus. 

Overall, i quite like the atmosphere. Not too crowded, not too big. Just nice. Makanan pun ok..dari segi harga, i x tau..kena tanya organizer..hehe..

Ehm..agak-agak lepas ni luncheon ramai-ramai di mana pula ye..

Monday 17 July 2017

Breakfast @ Sushi King Taman Equine

Alkisah nye hari itu, nak buat makan-makan untuk office mate husband. So pagi-pagi lagi I dah terjah ke pasar untuk mencari bahan basah. Nak mencari udang sebenarnya tp pasar yang I pergi, mahal pulak. X banyak choice pulak tu. Tinggal udang laut jerr..so harusla menapak ke beberapa kedai yang lain semata-mata untuk mencari udang. Menu untuk tetamu malam tu, nk masak mee udang..so kalo xde udang, bukan mee udang la gamaknye..cari punya cari, terjumpa dekat kedai di taman equine. Time duduk di taman equine dulu, selalu membeli di situ. Murah pun murah. Memang rezeki time tu, udang tu fresh lagi, x sempat nak masuk dalam bekas ais..baru je sampai udang tu kat kedai tu..just my luck la..beli la sekilo untuk buat mee udang..

So bila keluar pagi2 tu, x menyempat nk breakfast. Singgah la sebentar di Aeon Taman Equine. Mula-mula ingat nk melepak mcd jer tp last2 duk fikir, nak makan sushi. Sebenarnya, x tau la pulak kalo datang sebelum kul 1100/1130 (sorry, x ingat samada kul 11 atau 1130), akan dihidangkan menu breakfast jerr..huhuhu..ingat nk makan bento.. i datang hari tu dalam pukul 1030..memang awal la kan..

Menu breakfast x banyak. Last2 I ambik set yang ni..Temaki set sekali dengan kitsune udon yang comey..leh la..I sorang je customer time tu..hehehe..x leh lama-lama lepak kat situ..kena balik masak mee udang pulak..

BREAKFAST MENU

Rasanya makan dalam 15 minute jerr..xde la rushing sangat tp perut dah kenyang, so harus la balik masak. Nk shopping, takut terlajak pulak..hahaha..next time la shopping ye..

TEMAKI & HOT GREEN TEA

KITSUNE UDON..MAKAN NI, MESTI INGAT ANAK-ANAK I..FAV DIAORANG

First time try breakfast menu set dia..simple je menu dia..sekarang ada contest yang tengah berjalan di sushi king..tp kena pembelian above rm50..i x sampai la..so next time la masuk contest tu ye..kena bawak konco2 yang lain duk makan sekali..hehehe

Balik jerr..terus siang udang..penatnya hari tu..tp alhamdulilllah, ramai kata sedap..yeah!!😄


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...