Friday 24 June 2016

Menyusu badan ketika berpuasa

Dah lama x mengepam di bulan Ramadhan. Tahun lepas I pregnant dan Alhamdulillah, berjaya juga puasa penuh. Ramadhan kali ni, cabarannye, tuk menyusu badan and mengepam di office. Bulan2 lain, selalu kalo selepas mengepam, mesti akan minum air..kekadang tu boleh sampai pening kepala bila lepas pump tu. Risau jugak di bulan Ramadhan ni, tetibe susu drop pulak, atau x sempat nk pump kat ofis disebabkan waktu kerja yang agak singkat. 

So apa yang I buat setakat ni, tuk try maintain kan susu badan ketika di bulan Ramandhan dan juga untuk memberi tenaga di bulan mulia ni..

1. Sebelum tido, I akan minum air panas, campur dengan nestum atau oat la..bagi perut kenyang sebelum tidur. Selalunye bila pagi, terasa berat jer nenen tu..penuh..tp kalo tetibe baby kuat lak menyusu malam tu..xde la berat mana nenen tu..hehe

2. Time sahur, I akan pump dulu susu..coz lepas pump tu, leh teguk air lagi..

3. Time sahur, I akan minum air panas campur dengan meal shake (Shaklee). Bg protein lebih sikit waktu bulan pose ni. Bg I , I suka minum meal shake ni. Rasa kenyang jerr.. I bg anak i minum meal shake ni jugak, terus lps tu dia dah ada selera nk makan..tembam dah.. Sekarang ni, I pump susu untuk pakai hari. Dah xde stock dah. Stock semua habis dipakai. 

4. Di ofis, I akan try tuk pump sekali. Bukan x mau pump 2-3 kali. Coz waktu pun x berapa nk mengizinkan. Keje terlampau banyak waktu bulan pose ni. Dan jugak nk elak dehydrated sangat. Takut I pening pale nanti bila nk drive balik dari kerja.

5. Time bulan puasa ni, i xde ambil supplement tambahan. Selalunye kalo makan supplement ni, kena minum banyak air..i selalu ada healing crisis kalo makan extra ubat2 ni..so x berani nk ambik time bulan puasa..

Tapi untuk ibu yang menyusu dan ibu yang hamil:-

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
1. Risau tentang keselamatan dirinya
2. Risau tentang keselamatan anaknya

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:

“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:

1. Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
2. Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.

Setakat ni, Alhamdulillah, walaupun dah start bagi susu formula, tp still menyusu Uzayr secara direct lagi and still pump di ofis. Walaupun hasil susu dah x semeriah dulu, tp Uzayr still dapat minum susu ibu lagi..akan i cuba..menyusu badan sampai umur 2 tahun..amin!!



Monday 20 June 2016

Rawatan telur untuk bayi demam

Hari tu, Uzayr demam panas. X susut2 demam dia. Dah makan ubat pun, still x jalan. So i try ambil initiative lain. Member ofis i sorang ni pernah bg tau i pasal rawatan telur. Katanya, telur tu dapat menarik haba dari badan dan sekaligus turunkan panas badan. So apa salahnye mencuba kan.. Bila i google2..terjumpa info di bawah ni. Hari tu, i buat pakai 2 telur sahaja. 

Info di bawah ni I dapat dari majalahpama.my

1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.

2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.

3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih (I pakai kain lampin jerr). Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.  (Anak i kecik lagi. Bila i golek2 kan telur kt badan dia..dia mungkin x bp selesa la kot..asyik tepis je telur tu..)

5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.

Ni gambar telur tu. Dua kali I buat dekat Uzayr. First telur yg golek kat badan dia, bila bukak telur tu, telur kuning dia memang banyak menggerutu. Pelik jerr bila i tengok telur tu..hehe. Second time I buat, just beberapa minit lepas yang first. Bila bukak jer telur tu, bahagian kuning dia, still menggerutu lagi tp x sebanyak yg first..Tp bila buat rawatan ni, xde la terus menerus suhu badan dia turun tp I tengok memang ada perubahan la selepas golek2 tu..pelan2..suhu dia akan turun..I buat ni time pagi. Alhamdulillah, by petang, suhu badan dia dah start nk ok.

FIRST TRY

SECOND TRY

Lepas ni, boleh la mencuba lagi rawatan ni sebagai alternative bila anak dilanda deman panas.
Dugaan 2016, memang banyak kali anak2 i x sihat.. so memang banyak kali mencari info2 pasal cara2 nk kurangkan demam. Lagi2 tuk bayi kecik bawah setahun. Kalo ada cara2 lain, boleh la inform..




Friday 10 June 2016

Santai Pagi di Floria Putrajaya 2016

Ni kali pertama I jejak ke Floria..Walaupun dah banyak kali acara Floria Putrajaya ni diadakan, tp x berkesempatan nk pergi..Hari tu weekday biasa..tp cuti sekolah la..dan waktu tu pun, anak I si Lily, br je baik dari chicken pox..so saja la nk bawak dia jalan2..asyik terperuk dalam rumah..sampai x nampak cahaya matahari..

Pagi2 sebelum pukul 10 pagi tu, dah sampai ke Floria Putrajaya. Thema kali ni “ Magical World of Floria” and bunga pilihan kali ni, ialah the chrysanthemum flower. Nasib baik time I datang tu, kaunter ticket x ramai..yela..i pun main terjah je pagi tu..so xde la nk beli online ke apa..ni harga ticket dia :

Royal FLORIA Putrajaya 2016 Information
Date: 27th May to 4th June 2016
Venue: Anjung Floria, Precinct 4, Putrajaya
Weekday Time: 9.00 am to 10.30 pm (Monday to Thursday)
Weekend Time: 9.00 am to 12.00 midnight (Friday to Sunday)

Royal Floria Tickets
Adults - RM22.00
Children - RM11.00

MyKad Holders
Adults - RM7.50
Children - RM3.50

Magical Garden Tickets
Adults - RM10.50
Children - RM5.50

I beli dua ticket la..sekali dengan Magical Garden Ticket. Teringin gak nak tau apa yang Magical tu..
Jom usha2 gambar2 sekitar Floria..rasanya tu part yg paling best..ambik2 gambo..tp I dtg dengan si kecil..so xde sapa nk ambik gambo i..selfie je la..hehehe..mr hubby keje hr tu..so, it’s a gurls day out la..

Masuk2 jer ke Floria..antara places yg awal i terjah..adalah ke Magical Garden..kena masuk by group..teruja jugak nk tau apa la Magical Garden ni..masuk2 jerr..gelap gelita gak la..banyak cahaya dari lampu2..menarik gak la..then diaorg tunjuk short videos..nk ambik gambo dalam ni..agak gelap..x berapa nk nampak..my opinion..ehm..susah nk ckp..i sedikit confius pun ada..hahaha..not sure what exactly is the magical garden..xde spark sangat..tp tempatnye beraircond..tu yg best..hahaha..

MAP OF THE WHOLE PLACE - JENUH NK JALAN SEMUA
WAKTU MALAM MESTI CANTIK NI KAN






ALAM FLORA
TELETUBBIES..HEHE..GINGER BREAD HOUSE

OCHOBOT??
CANDY BALLS
Makanan kat sini pun agak banyak..banyak food truck di sekitar Floria ni..air vending machine pun banyak..pagi tu..time datang..x ramai lagi..lg pun, i hari tu..x lama pun duk kat Floria ni..dalam sejam lebih jerr..lepas tu gerak balik..tengahari tu..i ada lunch date ngan mr hubby..hehehe..so i xde la try mana2 makanan dr food truck hari tu..

RASAMAS FOOD TRUCK
JUAL MAGGA MANIS PUN ADA
LU M BUKAK LAGI TIME TU..TP FOOD TRUCK DAH BERATUR PANJANG
Kawasan dia memang luas..nasib baik i pakai my outdoor shoes..si Lily lak..seronok dia..bunga2 semua warna warni..tp satu je si Lily ni..payah sangat nk posing tuk gambo..x leh nk duk diam..huhu

Dekat bahagian depan tu pulak..ada bahagian arts n crafts n also bahagian jual2 pokok..mcm nursery dah..memang cantik2 la bunga dia. tp setakat usha je la..nk angkut bawak balik..x larat..tp memang rambang mata sangat..

CANTIK NI NK GANTUNG DEPAN RUMAH

So, memandangkan this is my first time pg ke Floria and time spent kat sana pun x lama, x leh nk wat comparison dengan previous years nye Floria..tp based on other people nye experince..katanya tahun lepas lagi best..

Tp yg ni pun i pg waktu siang..ramai yg sarankan pg waktu malam..lagi best la..tp masalahnye..walaupun Floria ni dekat yang amat dengan rumah..tp jem dia..teruk sangat..so mr hubby x berapa suka jem2 cm gini..so memang xde harapan la nk pg time2 malam..tp hari tu..sempat jugak usha boat2 lampu..tp kitaorang pg ke bahagian tasik cyberjaya nye..ramai kerete duk parking situ..kitaorang siap bawak dinner lagi..makan sambil tengok boat lampu lalu..hehehe..

K, ada kesempatan, next year nk pg lagi..
K, bubbye..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...