Thursday 10 September 2020

Dinner @ AJ Grill Western Sungai Buloh

Entry birthday tak habis-habis lagi. Hehehe. Sempena birthday July hari tu, husband ada bawak pi Holiday. Ala, holiday dekat-dekat jer. Lama tak keluar rumah pi tido resort, so minggu tu, kami ke Sugeh Resort Sungai Buloh. Entry untuk penginapan kami di resort ni I akan buat kemudian ye. So malam tu, husband bawak pi makan-makan western di AJ Grill Western. Femes gak kedai ni rupanya. 


Time kami sampai, tengah hujan renyai. Parking agak limited tapi nasib baik dapat yang berdekatan dengan kedai. Time tu pun, dah hampir full house dah pun. Tapi rezeki kami, ada orang baru je habis makan. Antara makanan yang femes di kedai ni, adalah set Talam dia. Tapi memandangkan anak-anak kitaorang ni bukan jenis pemakan daging sangat, so tak leh la nk order beria. So jom usha menu dia dulu ye.


So apa yang kami order. Kami order set Talam Lamb Platter and untuk anak-anak, Mac n Cheese. Add on Mash Potato. Untuk air pulak, si kecik demand nak air Mango..so Mango it is. Lagi satu order air Chocolate dia. 

Talam dia not bad. Memang cukup la untuk kami berdua makan. Nasib anak-anak makan fries dan meatball. So kami makan lamb dia la and pasta. Nak kata wow tu, xde la. Pernah rasa lamb grill yang lagi mantap la. Tapi for the price, I rasa ok. Malam tu jugak, walaupun ramai, tapi service mantap. Tak ada la cepat sangat tapi ok la lagi. 

Air Manga dia sedap giler. Pandai anak mama pilih. Hahah. Air choc pulak biasa-biasa sahaja. Mac n Cheese dia, perghh..leleh. Siap kena order dua coz anak-anak tak puas makan. Yang penting semua kenyang dan happy. Overall I would say, restoran ni memang sesuai untuk bawak family makan-makan, santai-santai, happy-happy. Memang ramai pun malam tu yang bawak family ramai-ramai. Dari segi rasa tu, ok jer la. Sedap. Tp coz environment dia cozy, so memang sesuai untuk bawak family.




Time kami keluar tu, perghh..ramai giler beratur untuk dapatkan tempat. N rupanya, sederet dengan kedai ni, ada kedai runcit Ebit Liew yang baru tu. Rasa baru bukak kot coz ramai giler malam tu. Patut agak sesak sedikit jalan malam tu. 

Apa pun, TQ husband..belanja dinner pulak sempena birthday. Love u.

Address: No.5, Jalan Dataran Villa Putra 1, Taman Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Wednesday 26 August 2020

Lunch @ Daun.KL Mahsa Avenue

Still mood menyambut birthday lagi walaupun birthday dah sebulan yang lepas. Geng-geng ofis kata nk belanja so apa lagi, JJCM ON!! Tapi coz hari tu, tetibe ada yang bawak ala-ala potluck pagi tu, so perut dah agak kenyang. I ajak makan dessert and mengopi sahaja. Tu yang kami ke Daun.KL di Mahsa Avenue ni. Tak silap, ni adik beradik dengan Pokok.KL la. Pandai diaorang pilih nama kan. Satu Pokok, satu lagi Daun. Senang nak ingat. 

Time kami sampai, ramai kot dekat Pokok.KL tu, tp kedai Daun.KL di kawasan atas Pokok ye. Hahaha. Sebelum datang situ, dah usha sedikit dah apa yang ada. So antara yang menarik perhatian adalah Pavlova. Coz cantik sangat, siap ada bunga-bunga. I ni jenis jarang pergi ke tempat-tempat mengopi ni atau tempat jual bakery atau dessert sahaja ni. Nak ajak family, mcm tak berapa sesuai. So kalo ke tempat mcm ni, memang akan pergi dengan geng2 ofismate sahaja. Tempat untuk lepak-lepak and bergossip.


Kawasan dia tak berapa luas sangat tapi banyak woo cahaya masuk so memang cantik untuk ambik gambar. So jom usha menu dulu ye. Untuk air, I order Matcha Latte Cold. lepas dah order tu, baru perasan, eh ada Pink Latte..kalo tau, order yang tu..hehehe..





So untuk dessert, ini yang kami order. Favourite antara semua, Kek Marble tu ye. Hahaha. Nampak simple, tapi seriously sangat sedap. Very warm and moist. Tak cukup satu. Yang Beef Bacon and Bechamel pun sedap. I pilih, Nutella Croissant. Yang ni pun not bad. Pavlova dia pulak, for me, walaupun dia cantik giler, dan sayang betul rasa nak makan, tapi it is actually very very sweet. Memang la patutnye manis pun..tp macam oversweet. So tu antara yang last kami habiskan. 



Overall, Daun.KL ni quite a nice place. Choices bakery items agak banyak jugak la. Semua nampak sedap-sedap. Tapi kalo nak makan solely for lunch, rasa x kenyang kot. Kalo lapo betul, kena pg ke Pokok.KL la. Daun ni memang tempat chill2 lepak-lepak sambil minum latte and kek. 

To the geng, thank you so much for your treat. Ngada-ngada kan mak buyong ni. Macam-macam dia nak try. Hahaha. Nasib geng semua sporting. Muah cikit kat semua..

Address : Address: MAHSA Avenue, Block B, Level 2, Jalan ilmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Thursday 20 August 2020

4th Pregnancy : Shopping at Baby Warehouse Sale Quill City Mall

Alhamdulillah, dah masuk 3rd trimester. Dah start feeling neves dah. Al maklumla, 5 tahun last bersalin dulu. Banyak lagi sebenarnya barang baby and barang mommy yang I belum habis beli lagi. Breast pump pun belum beli walaupun dah usha yang mana nk beli. Tp for now, still ada yang lama. Tp memang nk beli yang baru jugak la. Barang2 baby, almost 95% done la. So hari tu, I ajak husband pg ke Baby Warehouse Sale di Quill City Mall. I dapat free hospital bag dari Mommy, Daddy & I. So nak pg redeem la. So lepas redeem bag tu, I sempat shopping sikit. Budak2 tak dibenarkan masuk so husband I jage diaorang sementara I shopping kejap. TQ husband. Chayang sangat. Hehe

Menarik jugak Baby Warehouse Sale ni walaupun kawasan dia tak berapa nak besar tapi semua barang ada. I memang dah aim beberapa booth la. So I terus pg cari barang yang I nak beli. Humaira antara salah satu la. I memang dah aim nk beli kain lampin dia. Memang seronok la bila dapat tengok depan mata. Selalu usha IG jer. Hahaha. 

Time I disana, ramai jugak preggy mommy kat situ. Tapi tak crowded la. So next, I mencari additional items tuk baby la. Setakat ni, dah beberapa kali buat scan, gynea dah inform, insyaAllah gegurl katanya. Memandangkan tak pernah bertukar dari awal scan sampai la ke trimester ke3 ni, so harap2 memang gurl la. Tapi I banyak jugak membeli yang unisex. Tapi hujung2 ni dah start membeli kaler2 pink. Hehehe. Mana leh tahan, comel2 kot. Jom usha gambar-gambar sekitar warehouse sale hari tu.












 

So, ni antara barang yang I beli di baby warehouse sale. Ikutkan memang macam2 nak beli tp tahan diri. Hahaha coz nanti terbanyak la. Tapi overfall for me, memang best la Baby Warehouse Sale ni. Untuk preggy mommies, kalo ada warehouse sale ni, I sarankan untuk pergi. Semua barang boleh dpt terus di sini. I kalo ke warehouse, confirm akan mencari nursing bra. Memang murah n banyak choice. Sempat I sambar 2 helai. I x beli banyak coz dah beli beberapa helai sebelum ni.


Barang-barang dari Humaira


K, dah stat leh kemas my hospital bag. Haha. Risau jugak kalo tetibe bersalin awal. 

Wish me luck guys. InsyaAllah Sept Baby. ☺

Friday 24 July 2020

Birthday Treat @ Sukiya IOI City Mall Putrajaya

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk menyambut hari jadi tahun ni. Dan seperti biasa, every year, husband akan belanja makan sedap-sedap. Tahun ni, I dah aim nak makan dekat dua tempat tapi ikut plan asal sebenarnya nak ke tempat lain. Sukiya ni second option la. Tup2 tempat tu dikatakan baru lepas sanitasi disebabkan ada yang positive covid..so terus tak jadi. So I bagi tau nak makan dekat Sukiya. Sukiya ni dulu kami ada jugak makan di Alamanda tapi dah tutup cawangan sana. Bila diaorang buka cawangan di IOI City Mall..punya la gembira. So ahad lepas, setelah sekian lama, baru dapat makan Sukiya balik. 


RATE

Time kami sampai, dalam lunch hour jugak la. Kami expect tak ramai la makan situ. Tapi time kami sampai, kena beratur..nasib kami family yang kedua. Anak-anak I dah tak sabar dah nak makan. Maklumla, diaorang suka makan-makan sup dengan ball2 ni. Lama kami tak bersteamboat. Sukiya ni for me, best, coz ada pelbagai jenis sup. So hari tu, kami ambik sup yang paling pedas (atas permintaan suami), so kami pilih Sup Mala. Untuk anak-anak, kami ambik Miso Sup. 

Disini, konsep shabu-shabu & sukiyaki. Japanese steamboat. Boleh pilih 2 jenis sup. Kami secara kebetulan, dapat port betul sebelah tempat letak makanan, sushi n ice cream. Heaven la. Senang nak ambil makanan bagai. Another attraction dekat sini, diaorg nye ayam, daging and kambing slices. Perghh..daging dia memang sedap giler. Alltogether kami dapat 12 mangkuk, tp kami mampu habiskan 8 jer. Memang terbaik la. Dari segi sup pulak, memang sup Mala tu pedas. Cili dia besar2 lak tu. Tapi I tengok husband I dengan anak sulung I relax je makan. I dah surrender dah. Hahaha, I nye sup, dah campuran Mala n Miso dah. Nasib sedap. I banyak ambik sayur2. Ball2 dekat sini tak banyak tapi beef balls dia, sedap wei. Lain sikit dr yang lain. 

SUP MERAH TU SUP MALA

AIR DIA, ADA LEMONGRASS N GREEN TEA

ASSORTED DIPPINGS

CHICKEN, BEEF AND MUTTON SLICES

Dekat sini ada juga assorted sushi. Memang diaorang akan refill jer bila dah nak habis. Non Stop. Rasanya banyak kali jugak I duk ambik sushi dekat sini. Ice cream pun ada kat sini. Tapi just ada chocolate, Matcha n Mix Choc n Matcha la. Ice cream dia serious terlupa nak snap gambar. Ambik2 terus ngap. Haha



ASSORTED SUSHI 

30 WEEKS PREGGY. DAH MOK DAH. HEHEHE
Balik jer dari makan, anak-anak tak habis-habis kata nak makan situ lagi. Siap dah chop suh bawak tuk birthday diaorang lak. Diaorang memang suka makan ball2 dekat sini plus Udon dia. Nanti kami bawak ke steamboat lain lak ea. Try variety yang lain pulak ye. Apa pun, perut tersangat la kenyang. To my husband yang belanja, tq belanja makan sedap-sedap. Walaupun selalu belanja makan sedap, tp coz my birthday, jadi extra special la. Chewah. Hahaha. 

K, chow guys

#19072020

Tuesday 30 June 2020

Lunch @ MyBurgerLab Bangsar

#sebelumpkp

Hari tu kami sebenarnya nak membeli barang-barang untuk jamuan ofis. Ada kedai stationery berdekatan. So lepas je membeli barang-barang untuk ofis, kami menyinggah di MyBurgerLab Bangsar. I tak pernah makan cawangan sini. I pernah makan cawangan Kelana Jaya n Cyberjaya saja. Walaupun time tu lunch hour, tapi tak ramai sangat orang la, lagipun kawasan situ memang ada banyak kedai makan. 

Dekat sini, boleh beli burger sahaja, atau add on set dia. Set dia akan dapat refillable air, then sidekicks dia la. Sidekick dia boleh pilih, nak fries, curly fries, mash potato atau pun salsa nachos. Seriously, I tak berapa ingat geng-geng I makan apa. Hahaha. Ada juga time tu limited edition burger, just I tak berapa ingat apa nama burger dia. So sorry.

Jom usha menu and gambar burger-burger kami. Hehe.




I ordered their The Bomb burger. I kalo bab burger ni, memang akan beli patty daging la. Jarang-jarang nk beli patty ayam ni. Yang beza MyBurgerLab dengan kedai burger yang lain, bun dia charcoal burger. Bun kaler hitam. Tapi rasanya skg dah ada banyak jugak kedai yang buat bun mcm ni tp MyBurgerLab ni antara yang pioneer la. 

Rasanya geng sorang ni ordered The Ultraman n sorang lagi ordered the limited edition burger time tu, n sorang lagi ordered Joe's Dirty Burger. Coz I dapat merasa semua burger, I suka burger I, coz dia pedas-pedas sikit (The Bomb) and member nye Joe's Dirty Burger. Ni burger patty ayam tapi serious sedap giler. Rasanya kalo next time datang, nak order yang itu. Leleh kuah dia. Perghh..Sos cicah pun leh ambik dekat kaunter kalo dah habis. Sos dia sedap!!

Sidekicks dia, kami order fries n I ordered curly fries la. Memang sedap la. I pernah makan mash potato dia, pun not bad. Memang set yang memuaskan la. Dari segi harga, memang pricey sedikit la compared dengan Fast Food Burger. Tapi memang worth it la. 




Kawasan sini, agak terhad jugak la parking dia. Just so happens, kami dapat berdekatan dengan kedai MyBurgerLab ni. Apa pun, time PKPP ni, banyak sebenarnya kedai makan I nak terjah. Tapi coz sampai sekarang belum bawak anak-anak keluar makan lagi, tetibe rasa awkward..hahaha. Esok pun baru nk start pergi ke ofis. I pun dah nk masuk 7 bulan preggy ni..Ngidam macam-macam time PKP ni..nak all out lepas ni. Hehehe

K, chow u guys.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...