Friday, 17 October 2014

Minyak Kelapa Dara, Me and Baby..

Ada banyak kegunaan minyak kelapa dara ni untuk para ibu dan bayi2. Just kekadang kita pun x tau yang kita boleh guna minyak ni untuk bermacam2 perkara..I beli Minyak Kelapa Dara jenama Tanamera..I beli minyak ni during my last pregnancy..I beli ni dulu dengan harapan dapat membantu menyenangkan perjalanan kelahiran baby i..Alhamdulillah, process kelahiran Lily berjalan dengan smooth sangat..cepat sangat bukaan. Rasanya minyak kelapa dara ni berkesan bagi i..
Minyak ni bukan setakat untuk menyenangkan kelahiran sahaja..ada macam2 kegunaan..

Ada mcm2 jenis brand minyak kelapa dara..tp setakat ni yg setia di hati..Tanamera..

VIRGIN COCONUT OIL TANAMERA
Antara kegunaan minyak kelapa dara:-
  1. Boleh meningkatkan penghasilan susu ibu dan memberi nutrient kepada ibu yang menyusu. Ambil satu sudu besar minyak kelapa dara setiap hari. No need to worry…ianya tidak akan memudaratkan anda dan bayi anda.
  2. Boleh digunakan untuk memulihkan puting susu yang merekah atau melecet (menggantikan penggunaan lanolin).
  3. Boleh digunakan untuk memulihkan kulat susu (thrush) di lidah bayi kerana sifatnya yang anti-fungal. Lebih mudah, hanya sapukan pada puting ibu sebelum menyusukan bayi.
  4. Untuk urutan badan bayi anda. Massage bayi anda dengan menggunakan minyak kelapa dara. Ianya baik untuk kesihatan kulit bayi anda.
  5. Sapukan untuk merawat ruam susu di pipi bayi anda
  6. Sapukan untuk merawat ruam lampin bayi anda. 
  7. Melegakan hidung bayi anda yang sedang selsema. 
  8. Boleh juga digunakan sebagai ubat gigi bayi.
  9. Pelembut rambut anda dan bayi anda. Sapukan minyak kelapa selepas mandi sebagai hair moisturizer
  10. Untuk bayi yang baru lahir, minyak kelapa boleh digunakan untuk menghilangkan cradle cap atau kerak di kepala bayi. Sapukan dan biarkan minyak kelapa menyerap ke dalam kulit kepala seketika. Kemudian bolehlah mengambil berus atau sikat bayi untuk menanggalkan kerak tersebut. 
  11. Baik untuk bayi yang mempunyai eczema kerana kesannya minyak kelapa dara Tanamera yang melembutkan kulit.
  12. Kerana sifatnya yang anti-viral, minyak kelapa dara juga baik disapukan di tangan, mulut dan kaki anak anda yang sedang demam.
  13. Boleh juga melembutkan bibir bayi dan anda yang kekeringan
  14. Boleh juga disapukan pada mainan anak untuk melegakan gusi bayi yang sedang menggigit mainan tersebut.
  15. Melebatkan rambut bayi anda. Kesannya rambut akan jadi lebat dan tebal. I tengah try buat yg ni..hopefully rambut anak i akan tumbuh lebat dan cantik..
  16. Mengurangkan rasa gatal di tempat bekas gigitan nyauk atau serangga. Anda dan bayi boleh manfaatkannya.
  17. Sapu di muka bayi yang mempunyai jerawat bayi (baby acne). Biasanya baby yang baru lahir mempunyai baby acne.
  18. Menanggalkan make-up, foundation dan mascara ibu. 
  19. Melegakan kesakitan akibat dari jangkitan telinga. Titiskan beberapa titis ke dalam telinga untuk mengurangkan kesakitan. 
  20. Melegakan batuk, selsema dan kesejukan (flu) pada bayi. Sapukan minyak kelapa dara di dada dan dia tailbone bayi untuk melegekan batuk dan selsema. Boleh juga titiskan minyak pati peppermint atau minyak kayu putih ke dalam minyak kelapa dara untuk dijadikan vicks semulajadi.
  21. Boleh disapu diperut bagi mengelakkan kembung perut pada bayi
  22. Untuk ibu sebagau face moisturizer semasa berpantang dan hari2 seterusnya. Ia membuatkan kulit muka anda berminyak sedikit tapi ia  tidak akan membuatkan kulit anda berjerawat. Minyak kelapa dara dpt menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan yang terperangkap di pori2 muka anda. - I guna jugak sebagai moisturizer during pantang..coz muka kering sangat..membantu bagi minyak sikit kat muka..hehehe
  23. Boleh disapukan pada jahitan episotomy dan natural tear untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut luka.
  24. Boleh membantu melawaskan bagi ibu yang mengalami sembelit semasa berpantang. Tambahkan minyak kelapa ke dalam diet harian anda
  25. Mengurangkan kesan stretch mark pada perut ibu
  26. Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak masakan semasa berpantang
  27. Boleh disapu di bahagian dubur anak anda untuk melegakan kesan sembelit
  28. Di ambil untuk mengurangkan jangkitan yeast dan candida bagi wanita hamil.
  29. Tidak cukup tidur boleh akibatkan kehitaman di bawah mata ibu. Sapukan untuk menghilangkan kehitaman di bawah mata. Maklumlah. Ibu menyusu memang akan terjaga banyak kali untuk menyusukan bayi di malam hari
  30. Sapukan diperut ibu yang mengalami ketidakselesaan
  31. Sapu minyak kepala dara untuk urutan perineum yang boleh mengelakkan koyakan dan membantu pembukaan vagina semasa bersalin dengan lebih effective
  32. Boleh bantu ibu mengurangkan berat badan dengan pengambilan minyak kepala dalam diet seharian
  33. Untuk kesihatan system penghadaman jika diambil dalam diet seharian
  34. Boleh sapu sebagai pelembab di bahagian  ibu tubuh ibu yang kekeringan
  35. Sifat minyak kelapa dara yang berantioksida juga mampu menghilangkan kedutan di wajah
Banyak kan kegunaan minyak ni...i beli minyak ni through website dia..Tanamera..
Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...