Monday 23 October 2017

Lunch @ Capricciosa Sunway Putra Mall

Apabila tiba birthday anak-anak, mak n ayah dia yang excited untuk makan luar..mak dia especially 😋. Hahaha. So untuk birthday si kecil kali ni, kitaorang ke Sunway Putra Mall. Ni first time tau pergi ke Sunway Putra Mall ni. Pergi nye hari ahad, dalam few weeks back dah. X berapa ramai orang pun dekat mall ni. Al-maklumla, ada banyak mall di sekitar KL and Selangor ni. Tp seriously, Sunway Putra Mall ni penuh dengan pelbagai kedai makan. I suka..hehe..dan x crowded sangat. 

So kali ni, kitaorang opt untuk makan di Capriciossa. Sebelum ni kitaorang pernah sambut birthday I dekat Capriciosa Sunway Pyramid, tp last time pergi kedai tu dekat Sunway Pyramid dah xde..sedih sangat. So this time, pergi ke Sunway Putra Mall pulak. Lagi pun, I ada beli online ticket untuk masuk ke The Playland Parenthood tu. Saja bagi budak2 ni main sempena birthday si kecil. Si kecil dah 2 tahun dan. Semakin lincah..

Apa yang best dekat Cappriciosa ni..Of course la Buffet Ala carte dia. I just love this restaurant. Semua sedap2 belaka. Tp untuk makan buffet ni, pastikan korang perut kosong. Senang sikit untuk melantak. Hahaha. Harga buffet on weekends - RM39.90 nett, termasuk GST and free bottomless drinks. Kitaorang kira2, semua order yang kami makan, kalo dikira satu2..memang lebih dari harga yang kami bayar. So memang worth the money. Tp x leh selalu. Habis diet kot..

Hari tu, macam2 gak kitaorang order. Two types of salad. Fresh Salmon Salad & Salmon Ceaser Salad, one regular pizza (seafood), aglio oglio spaghetti, carbonara, cheese beefballs, soup of the day and calamari rings. Fuhh..habis sapan semua. Nasib baik anak2 I pemakan. Si Lily makan 3 keping pizza. Si kecil pulak makan spaghetti. Ziyad pun sama. Jenuh jugak la nk habiskan hari tu. Keluar jer dari resto tu dengan seluar ketat. 

SOUP OF THE DAY. TOMATO SOUP

SALMON SALAD

AGLIO OLIO

PIZZA

CHEESY BEEF BALLS

CALAMARI RINGS

SALMON CEASER SALAD

Aglio Olio dia seriously sedap. X cukup rasanya makan berdua. Mula2 macam nk reorder lagi tp last2 x jadi. Cukup rasa seafood dia. Pizza dia pun sedap. Crunchy n nipis. So senang nk makan. 
I suka makan lasagna dia tp lasagna dia x termasuk dalam package buffet ni. X semua dari menu boleh di order tuk buffet ni. Just their menu from their Appetizers, Salads, Soups, Pasta, Fresh Pastas and Pizza sahaja yang boleh. Tp still, itu pun dah banyak sangat choice. 

My favorite, their Salmon Salad. Fresh rasa salmon dia. Kalo boleh nk makan sorang2..hehehe..time kami datang, lunch hours gitu tp x ramai orang pun. So order kami memang cepat je sampai. Lepas satu satu kitaorang order..hahaha..dasar perut lapo. Sayang restaurant ni x banyak cawangan. Kalo ada yang dekat dengan rumah kan best. 

Belanja sikit muka birthday boy. 


Address: Sunway Putra Lot. 3.29, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Next birthday kakak pulak bulan December nanti..kemana pulak kami nk sambut ye..hehe..
Tunggu entry ke Playland Parenthood ye u ols..





Tuesday 10 October 2017

Breakfast @ Gerai Laziez Taman Sri Serdang

Jarang-jarang dapat breakfast di luar. Setahun tu memang boleh di kira la. Pagi weekend tu, ada hal sedikit dekat Serdang. Nk pergi ke Perodua. Appointment dalam pukul 10 gitu. So mr hubby ajak utk bersarapan di luar saja. I google la tempat-tempat potential kedai sarapan dan akhirnya terjumpa kedai ni..Nama dia Gerai Laziez yang terletak di Taman Sri Serdang.

WELCOME..JOM SARAP SATAY

DECO DECO DINDING

MENU

Dekat kedai ni, x banyak pun menu yang diaorang hidangkan. Menu memang limited. Tp semua kebaboom. Hahaha. Antara menu yang ada : Lontong, Nasi Lemak, Satay dan Mee Rebus. Kitaorang hari tu order satay, lontong dan nasi lemak (x2). Mee rebus x order coz kitaorang kenyang sangat. Next time la ye..Tp bila tengok meja sebelah makan mee rebus..terliur gak rr..

LONTONG

NASI LEMAK

Nasi lemak dia sedap. Kitaorang ambik yang biasa jerr..tanpa ayam. Sambal dia memang sedap and sedikit pedas la..utk budak memang x berapa sesuai kot melainkan diaorang tahan pedas. I pulak order Lontong. Lama x pekene lontong ni. Memang sedap. Time kitarang datang tu, hampir full house dah. Nasib baik anak-anak i nk makan kat sini..diaorang ni cerewet sikit. Semua bantai makan nasi lemak. Si kecik, i suapkan lontong n nasi lemak la..tp i x bg sambal..menangis budak tu kang..
Yang kelako nye..leh terjumpa kawan tadika ziyad dekat situ. Masing2 duk Putrajaya tp bersarapan dekat Serdang pagi2. Kawan dia pun namanye Ziyad. Patut bila I tanya siapa nama kawan..jawapannye Ziyad..ingatkan I salah dengar..hahaha

JOM BREAKFAST SATAY!!

Satay dia pun not bad. Mana nk cari makan satay as breakfast ni. Memang rare la. Tu yang rasanya antara tarikan utama kedai ni. Service dia jugak agak laju. Cepat jer makan sampai walaupun orang ramai. Dari segi harga pun agak berpatutan. X pricey. Overall, kedai ni memang terbaik. That’s why pagi2 lagi kedai ni dah diserbu orang. Kalo nk kelainan, meh la datang ke Gerai Laziez ni..

K, nasib baik kedai ni dengan Perodua tu dekat jerr..so chow bebeh..

Address: 3365, Jalan 18/31, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia


Saturday 7 October 2017

Milkbooster : Susu Kambing Etsumell Choco Oat yang sedap dan lazat

Alhamdulillah, saya berjaya menyusu badan anak ketiga I sampai umur 2 tahun..Walaupun badan kerap juga terasa letih but i try not to give up..Tp ganjaran dia sangat la memuaskan. Dari zaman pregnant sampai la ke zaman menyusukan anak, I selalu minum minuman susu kambing ni. Tp jenama sebelum ni I selalu minum, ada sedikit terasa bau hamis kambing. Walaupun x banyak, tp still ada. Ada masa kena tutup hidung bila minum. Mungkin juga time tu coz i pregnant so bab2 bau ni memang sensitive sikit. hehehe

Now I minum jenama Etsumell. Susu Kambing Etsumell perisa chocolate sekali dengan oat tau. Minum ni confirm cepat kenyang. Biasala untuk ibu2 yang menyusukan anak2 ni, cepat terasa lapo balik..hahaha..lagi2 bila lepas habis menyusu..sapa ada rasa cam tu..angkat tangan please..I memang jenis kuat makan..or boleh la dikatakan jenis yang kerap makan..x suka perut lapo2 ni..


Bila minum susu kambing chocolate Etsumell dengan campuran Oat ni, memang perut terasa cepat kenyang. Badan pun rasa best jerr..I memang penggemar oat. So bila dah siap ada campuran oat sekali dalam susu ni, memang sedap la. Side effect  yg menggembirakan- susu pun meriah.. Alhamdulillah sangat2..

I selalu minum sebelum nak tido. Ambik 3 scoop susu dan masuk kan kedalam air suam 120ml. Minum susu sebelum tido lagi senang untuk kita tido tau. Anak-anak pun boleh minum susu kambing ni. Banyak khasiatnye tau..

Apa kebaikan susu kambing Etsumell Choco Oat ni..Jom!!

KELEBIHAN SUSU KAMBING ETSUMELL CHOCO OAT

Kanak-kanak/Pelajar/Remaja
-Meningkatkan sisitem imunisasi
-Khasiat DHA/KISMIS/KURMA membantu meningkatkan IQ/EQ kanak-kanak/pelajar
-Penghadaman lebih lawas dan lancar
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang,gigi,otot,sendi,kulit dan tisu saraf)
-Bantu hilangkan kahak dan lelah
-Mudah dicerna(menyerap dalam tubuh badan dan tidak menyebabkan alahan.


Ibu Hamil
-Membantu menaikkan HB dan mencegah anemia sewaktu hamil
-Membantu mengelakkan sembelit/buasir melancarkan sistem penghadaman dan pemasalahan usus.
-Memberikan tenaga ,menghilangkan loya serta pedih ulu hati
-Mengurangkan rasa sakit belakang dan bengkak kaki di akhir waktu kehamilan.Nutrien sempurna untuk bayi menjadikan kulit bayi lebih cantik,sihat dan kurang sensetif
-Membantu mengurangkan risiko bayi terkena jaundice/demam kuning berpanjangan selepas lahir.
-Mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah.

Ibu Menyusu
-Sebagai MILK BOOSTER-Membantu stimulasi susu badan agar lebih banyak
-Memekatkan susu badan-menjadikan anak lebih kenyang
-Memberi tenaga untuk ibu walaupun anak menyusu kerap
-Bayi akan mendapat khasiat melalui susu badan-menjadikan kulit bayi kurang sensitif dan lebih cantik
-Membekalkan khasiat kalsium -mengurangkan masalah rambut gugur,gigi rapuh dan sakit tulang belakang.

Dewasa/Warga Emas
-Bersifat alkali dan berlawan dengan makanan dan toksid yang menjadi penyebab penyakit-penyakit kronik
-Badan berasa lebih bertenaga dan terasa sangat ringan
-Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah.
-Membuang angin dan toksid dari badan.Boleh membantu mengawal kenaikan berat badan dan nafsu makan serta mengawal sakit jantung,darah tinggi dan diebetes.Memulikan tenagan batin dan awet muda.
-Dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser,demam kuning,gastrik,ulser,buasir,asma,migrin,sakit kepala,penyakit kulit,insomnia,senggugut,darah tinggi,lemah jantung,kemcing manis,batuk kering dan gout.


Meransang Kehamilan
-Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus untuk kesuburan.
-Boleh diambil bersama supplement yang lain selangkan beberapa jam.
-Diperkaya dengan kandungan iron diserap ke dalam badan dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk hamil.

Cara penyediaan
Ambil 3 scoop susu bersama 120ml air suam
Bagi kanak-kanak boleh guna 3 scoop ditambah dengan 8oz air suam


Susu Kambing Etsumell Choco Oat ni juga mengandungi bahan-bahan makanan sunnah seperti Madu, Kismis, Kurma, Habatussauda, Delima, Al Manna (Gum Arab) dan juga buah aprikot dimana setiap satu bahan-bahan ni mempunyai khasiatnye yang tersendiri. Ditambah pulak dengan oat yang sememangnye penuh berkhasiat membekalkan kita kalsium, protein, magnesium, iron, zink dan juga Vit E.

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal Susu Kambing Etsumell Choco Oat ni, leh usha Facebook Page diaorang ni. Just clik HERE--> ETSUMELL
Instagram : @etsumell_hq

chow u ols..❤❤



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...