Monday 23 October 2017

Lunch @ Capricciosa Sunway Putra Mall

Apabila tiba birthday anak-anak, mak n ayah dia yang excited untuk makan luar..mak dia especially 😋. Hahaha. So untuk birthday si kecil kali ni, kitaorang ke Sunway Putra Mall. Ni first time tau pergi ke Sunway Putra Mall ni. Pergi nye hari ahad, dalam few weeks back dah. X berapa ramai orang pun dekat mall ni. Al-maklumla, ada banyak mall di sekitar KL and Selangor ni. Tp seriously, Sunway Putra Mall ni penuh dengan pelbagai kedai makan. I suka..hehe..dan x crowded sangat. 

So kali ni, kitaorang opt untuk makan di Capriciossa. Sebelum ni kitaorang pernah sambut birthday I dekat Capriciosa Sunway Pyramid, tp last time pergi kedai tu dekat Sunway Pyramid dah xde..sedih sangat. So this time, pergi ke Sunway Putra Mall pulak. Lagi pun, I ada beli online ticket untuk masuk ke The Playland Parenthood tu. Saja bagi budak2 ni main sempena birthday si kecil. Si kecil dah 2 tahun dan. Semakin lincah..

Apa yang best dekat Cappriciosa ni..Of course la Buffet Ala carte dia. I just love this restaurant. Semua sedap2 belaka. Tp untuk makan buffet ni, pastikan korang perut kosong. Senang sikit untuk melantak. Hahaha. Harga buffet on weekends - RM39.90 nett, termasuk GST and free bottomless drinks. Kitaorang kira2, semua order yang kami makan, kalo dikira satu2..memang lebih dari harga yang kami bayar. So memang worth the money. Tp x leh selalu. Habis diet kot..

Hari tu, macam2 gak kitaorang order. Two types of salad. Fresh Salmon Salad & Salmon Ceaser Salad, one regular pizza (seafood), aglio oglio spaghetti, carbonara, cheese beefballs, soup of the day and calamari rings. Fuhh..habis sapan semua. Nasib baik anak2 I pemakan. Si Lily makan 3 keping pizza. Si kecil pulak makan spaghetti. Ziyad pun sama. Jenuh jugak la nk habiskan hari tu. Keluar jer dari resto tu dengan seluar ketat. 

SOUP OF THE DAY. TOMATO SOUP

SALMON SALAD

AGLIO OLIO

PIZZA

CHEESY BEEF BALLS

CALAMARI RINGS

SALMON CEASER SALAD

Aglio Olio dia seriously sedap. X cukup rasanya makan berdua. Mula2 macam nk reorder lagi tp last2 x jadi. Cukup rasa seafood dia. Pizza dia pun sedap. Crunchy n nipis. So senang nk makan. 
I suka makan lasagna dia tp lasagna dia x termasuk dalam package buffet ni. X semua dari menu boleh di order tuk buffet ni. Just their menu from their Appetizers, Salads, Soups, Pasta, Fresh Pastas and Pizza sahaja yang boleh. Tp still, itu pun dah banyak sangat choice. 

My favorite, their Salmon Salad. Fresh rasa salmon dia. Kalo boleh nk makan sorang2..hehehe..time kami datang, lunch hours gitu tp x ramai orang pun. So order kami memang cepat je sampai. Lepas satu satu kitaorang order..hahaha..dasar perut lapo. Sayang restaurant ni x banyak cawangan. Kalo ada yang dekat dengan rumah kan best. 

Belanja sikit muka birthday boy. 


Address: Sunway Putra Lot. 3.29, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Next birthday kakak pulak bulan December nanti..kemana pulak kami nk sambut ye..hehe..
Tunggu entry ke Playland Parenthood ye u ols..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...