Thursday 23 July 2015

Lunch @ Asam Pedas Tajria Bangi

Selamat Hari Raya semua..

Hari tu..i pergi ke pejabat pos tuk renew my driving license..tup2 diaorg kata..kena pg JPJ tuk kemas kini kan data..dah la I ambik cuti that day..sambung kembali shopping la hari tu..hehehe..so waktu cuti raya hari tu..pg la ke JPJ Bangi..sampai pun dalam kul 3 gitu..budget x ramai la..sampai2 aje..perghh..crowded giler..sampai no queue pun habis..tercengang I sekejap..so x dpt la nk renew license..so memandangkan x lunch lagi time tu..so pusing2 kat kawasan tu..tengok kedai apa yg bukak...memang x banyak la kedai yg bukak lagi..kedai makan mostly tutup kat kawasan tu..ada dua tiga jer yg bukak..

Pusing punya pusing, terjumpa kedai ni..Asam Pedas Tajria..tengok ramai je time tu (mungkin jugak coz tu antara kedai yg bukak )..so kitaorang pun terjah je la makan situ..

Address : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Ada macam2 jugak dalam menu dia..sorry la..menu dia x snap2 lak..hehehe..

MENU DEPAN
Apa yang di order..mr hubby order Mee Bandung, I order Kueh Teow Goreng, Ziyad order mee sup dan tambahan, lempeng pisang dengan sambal ikan bilis..lapa katakan..tp bila usha2 meja lain..rata2 makan set menu asam pedas dia..perut I sensitive bab2 pedas ni..so xde la nak ambik asam pedas waktu tu..

Mee Bandung mr hubby sedapp..walaupun I rasa sikit2 jer..tp memang sedap..cukup rasa..ada udang, daging..sekali pandang pun dah nampak tempting gitu..

MEE BANDUNG RM6.90
I nyer Kueh Teow goreng pun sedap..habis kot I makan..hehehe..x berapa nk pedas sangat..n cukup rasa..

KUEH TEOW GORENG RM5.90
Mee Sup (RM5.90) si Ziyad..i tengok habis jer dia makan..i rasa sipi2 jer..orait la..tengok dia selera je makan..habis kot mee dia..isi2 dalam sup tu..i ngan mr hubby yg makan..hehehe
Lempeng kelapa dia pulak..bg I..kureng sikit..coz I rasa tempat lain lagi sedap..sambal dia ok..manis2 pedas gitu tp overall..biasa saja la lempeng n sambal dia..

LEMPENG KELAPA DENGAN SAMBAL BILIS RM3.90
Apa pun..menarik la kedai ni..x sure ni kedai baru ke apa..tp nampak macam baru jer finishing interior dia..


Restaurant ni, ada jugak jual2 pes2 asam pedas..mee bandung..jenama..of coz la..nama empunya kedai..Tajria..so kepada sesiapa nk membeli pes dia..leh dtg ke sini..

Orait..perut pun dah kenyang..ngah google..JPJ mana lak yg nak kitaorang terjah pulak ni..ngee



Wednesday 15 July 2015

3rd Pregnancy : Baby Songsang pada 29 minggu

Hari tu pergi check up dekat hospital. Kali ni pun I decided nak buat check up dekat Hospital An-Nur Bangi. Anak first and second, dua2 dilahirkan dekat sana..coz I suka sangat dengan doctor2 dekat situ..sangat professional..

Bila doc2 scan..doc kata everything is ok..air ketuban ok..berat baby ok..baby pun active..except..yang baby tengah kedudukan songsang..dan jugak uri I dekat bawah..so doc rumuskan I ada Placenta Previa Type 1..ni first time I mengalami benda ni..so this is a very new experience for me..doc inform still ada masa lagi untuk baby move..tp kalo by 36 weeks..xde perubahan..memang kena schedule for c-zer la nampaknye…ehm..tercengang jugak la I time tu..memang dari 24 weeks dulu, doc dekat klinik ada inform yg uri I ke bawah sedikit..tp time tu..i x terfikir sangat coz I dok fikir yg uri tu akan naik balik..tup2 maintain je position dia..huhuhu..

Patut la i rasa byk pergerakan di bawah pusat..rupanya tu kaki dia..asyik tendang2 je kejenya..skg kalo perut mengeras..leh rasa bahagian kepala baby tu kat kawasan atas perut..amazing!!

So balik tu..terus I google..ada cara x untuk bagi baby x songsang..this is some of the info yg I jumpa..

Ni info dari blog bidanbersalin.blogspot.com

1.Merangkak - Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya.

2. Kaedah Panas - Sejuk Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek Ais - Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam Di Dalam Kolam Renang - Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Menyanyi Dan Bercakap - Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6. Senaman Tilt Position - Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.

7. Lampu Suluh - Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan - Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

9. Doa - Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain.

Hospital siap tampal lagi doa untuk baby songsang ni dekat buku check up i..terharu..

"Wahai Allah yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu, Wahai Allah yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu"


I baca2..x berapa disarankan untuk berurut coz tak tau implikasi selepas berurut tu..doc pun ada sarankan supaya sujud lama2..dan berdoa banyak2..check up seterusnya lagi dua minggu..harap2 by that time..baby ok la..dan uri pun dah naik sikit..amiin..


Projek rumput belakang rumah..

Salam semua..

Pasal rumput pun nak cerita..haha..k, x lama lagi dah nak raya..n this year first time la kitaorg expect keluarga, rakan2 dan jiran2 untuk terjah rumah kitaorang ni..so mr hubby dah siap bg tau dah..nak pasang rumput lain kat kawasan belakang rumah kitaorg tu..tanah xde la besa mana pun..tp lalang cepat sangat tumbuh..walaupun dah siap racun semua, tp lalang tumbuh dengan jayanya..jiran kiri dan kanan sebelah rumah kitaorang tu lum masuk lagi..so lalang belakang rumah diaorang tu dah penuh..so..agaknya spora2 tu la yg berterbangan ke tempat kitaorang..tu yg lalang x henti2 tumbuh tu..

Mr hubby x puas hati..so lepas racun semua..dia letak tanah baru..then 3 minggu lepas..bermula la episode mencari rumput..mula2 macam nk rumput Philippines jer..rumput ni ada bermacam2 jenis tau..tp kitaorang cari yang senang untuk dijaga..kitaorang ada pakai rumput Philippines tu untuk kawasan comey depan rumah..tp coz kawasan tu…jarang dapat cahaya matahari..so ada kawasan yg dah start kekuningan..so now..tiap hari kena rajin siram, dan letak baja dalam dua kali seminggu..hopefully by Raya, rumput depan rumah tu cantik la..

So..kembali ke story mencari rumput..biasa la..kalo cari rumput ke..tanaman ke..x sah kalo x usha ke Sungai Buloh..kawasan hospital tu..so kitaorang usha2 la..jalan punya jalan..terjumpa satu tempat ni..dia memang jual rumput saja..tanamam dia x jual..nampak kakak tu tengah wat rumput..rupanya..dia tanam sendiri semua rumput tu..dan bukan dari pembekal..tu sebab dia dapat jual dengan harga yg agak murah sedikit dr kedai lain…hari tu..dia tunjuk satu jenis rumput ni..namanye..kalo x silap..rumput mutiara putih..rumput tu..ada bunga2 sikit..i x pernah nampak lagi rumput jenis ni..tp mr hubby kata dia pernah nampak dalam google la..rata2 org jual dengan harga RM8.00 sekeping..sama harga dengan rumput jepun tu..tp kat situ..dia jual RM4.00 jer..rumput Philippine pun dia jual dengan harga RM1.50 jer sekeping..murah la tu..kedai lain semua above RM2.00..rumput mutiara putih tu..memang nampak cantik..lagi2 bila kakak tu bg tau..yg ni x perlu penjagaan yg banyak macam rumput lain..lagi kiatorang suka..hahaha..so..kitaorang akhirnye beli la rumput mutiara putih tu..

KAWASAN KEDAI
Setakat ni, baru around 80% siap..tp kira orait la kan..kecik jer kawasan belakang rumah ni..kitaorang berhasrat nanti nak letak fountain atau buaian..tp tengok la macam mana..kena tengok fulus..

Ni gambar selepas dah letak tanah merah semua..ratakan tanah..n ready tuk letak tanah hitam pulak..


Ni pulak lepas dah letak tanah hitam semua..kami dberitahu oleh tuan kedai rumput td..untuk letak tanah hitam dulu..bagi senang untuk tumbuh..so kitaorang pun beli la..ni semua hasil tenaga mr hubby..nak raya katakan..hehehe..


So..ni la hasilnye bila dah pasang rumput semua..TAAADDA...orait la..hopefully xde la lalang2 tumbuh sesuka hati..dan lepas ni..leh la anak2 main2 kat belakang tu..

Dari arah jauh..nampak sama je kan dengan rumput dekat belakang tu..hahaha..


Next..nak cari tanaman lak..coz kawasan belakang tu..kitaorang ada reserve sikit tuk bercucuk tanam..cili ker..serai ker..daun pandan ke..hehehe..harap2 bukan angan2 je la ;)

Ni close up rumput mutiara putih tu..ada bunga2 kecik2 dekat rumput ni..

CLOSE UP
Harap menjelang raya nanti, rumput2 tu dah bercantum la..hehehe..

Kepada sesiapa yg berminat, ni kad business dia..simple jer kad dia..xde nama kedai pun..kedai ni betul2 dekat ujung..dekat2 dengan fakulti uitm..

KAD BUSINESS
Next projek..projek tanaman..hehehe
Chow for now..





Friday 10 July 2015

Iftar @ D’Saji Restaurant Taman Tasik Titiwangsa

First berbuka puasa buffet untuk Ramadhan kali ni..ofis punya event..this time tempat yang di cadangkan adalah dekat D’Saji Restaurant Taman Tasik Tititwangsa. Sebelum ni, restaurant ni dikenali sebagai Restaurant Nelayan. Femes jugak rasanya restaurant ni..buffet kali ni bertema kan "Streets of KL"…so stall2 semua ikut nama2 jalan dekat KL. 

Selalunya kalo makan buffet time bulan puasa…x dpt nk makan banyak sangat..tapi kalo bukan bulan puasa..leh pulak melantak buffet sampai x kenyang2..hahaha..kitaorang gerak dari rumah agak lewat sedikit dari yang di plan. Coz I bawak sekali mr hubby and the kids for this Iftar event. Akhirnye..berbuka puasa dalam kereta jer..lambat dalam 10 minit gitu..jem wo depan Istana Budaya tu..

Address: Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Harga dalam RM75.00 sorang (kalo x silap..). Tp ofis dpt diskaun sikit..mungkin coz ramai kot..i pun x sure..i nampak jugak ada promo dalam Groupon. So still ada masa lagi nak membeli groupon buffet ke Restaurant ni..

Untuk menu2, leh usha dekat sini..MENU

Cerita pasal makanan dia pulak..

Ada bermacam2 dekat buffet ni..jom layan kejap gamba2 buffet dekat situ..sorry la..gamba x berapa nk cantik..tertarik dan menarik..time I snap2..mostly makanan dah separuh habis..ngee…sampai lambat kan..

BERANEKA BUBUR
GULAI KAWAH DAN SUP TULANG
LEMANG..NASI IMPIT..RENDANG..KUAH KACANG..KUAH LODEH..MCM RAYA DAH..
MEE STALL
ROJAK STALL
KEREPEK2 DAN ASAM2
Makanan yg i suka kat sini..goreng pisang dia…perghh..delicious..teringat my mom punya goreng pisang..sedap giler.. Daging kambing golek dia pun sedap..tp yg ni cepat sangat habis..kena beratur sikit untuk dapatkan daging tu..Air dia pun sedap gak..malam tu..air Katira dan Ice Lemon tea..ada jugak steamboat kat sini..byk choices..

PISANG GORENG YG SANGAT SEDAP..
STEAMBOAT CORNER
PASTA CORNER
Ada roti john..popia..rojak..nasi berlauk..sup tulang..gulai kawah..mcm2 lagi la..byk sgt kalo nk disebut satu2..

Bahagian dessert corner dia pulak.. x banyak choice sgt..choice kek sikit jerr..ada jugak buah-buahan corner..ABC dan ice cream..mula2 nk jugak try ABC n ice cream dia…tp line dia asyik panjang jer...so last2..x beratur pun..

Pinggan2 kami..

MY PLATE
MY PLATE
Interior dan kawasan dia cantik..malam tu..ada persembahan lagi..dpt la dengar dendangan lagu sambil makan2..kawasan dia atas air..so ada byk fountain..luas pun luas..tp malam tu..ofis kitaorag tempah bilik..ada aircon semua..dan kawasan buffet spread dia agak besar sikit..nk sampai ke menu yg ujung..jenuh jugak la nk berjalan..hehehe..lagi2 untuk mak buyong mcm I ni..cepat betul penatnye..

Xde pulak gambar i snap yg tunjuk nama2 streets of KL..hahaha..

SUASANA
Overall..i suka buffet dan kawasan dia..walaupun choice makanan dia x bnyk sangat yg menarik perhatian i..tp mostly yg I rasa memang sedap..service pun ok..kawasan dia bersih..surau dia besar..best jugak la..i x pernah makan kat sini sebelum ni..so i x leh nk wat comparison..apa pun..Tahniah D'Saji Restaurant!! A place worth remembering..


Tuesday 7 July 2015

Cerita Anak : Ruam satu badan – Marine Essence Soap dan VCO Tropika

Sewaktu ambil Lily dari taska harian dia hari tu, I perasan yg tangan dan leher dia penuh denga ruam2 merah..taska bg tau mungkin Lily kena ruam panas ajer tu.. coz cuaca hari tu memang panas pun..tp hati dah start risau..takut benda lain..so esoknye..i tengok..ruam tu x susut2..so i letak Shaklee Herbal Blend dan bedak merah tu..bg dia jgn garu sangat..Shaklee Herbal blend tu dpt melembapkan kulit si Lily..tp x dpt nk prevent dia dari garu2..lagi2 waktu tido..

So sehari lepas tu..tengok x susut2 jugak ruam dia..so terus bawak pi klinik..Lily x demam bila dapat ruam2 tu..hati dah start risau kalo Lily ada eczema.. tp bila jumpa doctor, doctor rule out a few diseases la..katanya bukan HFMD, bukan Eczema (fuhh lega), dan juga bukan denggi coz x demam..doc pun inform yg ruam tu bukan ruam panas..so conclusion dia..Lily allergic to something..probably makanan atau persekitaran..i terus terang dekat doctor tu..i ada bagi minum soya, bubur lambuk (ada udang kering) dan Nutella minggu tu..first time Lily makan..so x sure la mana satu yg menjadi penyebab..lagi satu..Lily ni baru jer lepas warded..so takut effect ubat-ubatan yg dia tengah makan..haih..tp doc ada prescribe ubat allergic la tuk si Lily makan..kalo x susut jugak..kena refer balik la..dan jugak calamine lotion tu..ubat sapu kaler pink tu..tuk elak gatal2..

Lily skg memang dah pakai Sebamed Body Cleanser coz kulit dia sangat la sensitive..tp xde kesan sangat pakai sebamed ni.. Kalo gigit nyamuk pun, mesti lambat nk ilang parut..i google punya google, ada beberapa produk yang selalu parents guna untuk anak with sensitive skin..

MARINE ESSENCE SOAP
So bila google2 tu..baca review parents pakai sabun ni untuk anak2 kulit sensitive atau kulit eczema..selain tu..ramai jugak yg suh pakai MooGoo punya brand..brand tu pun nanti nak try jugak la..tp as for now..coz ruam dia x susut2..so i beli marine essence soap tu dulu..try and error la..

Marine Essence Soap – Yang ni keluaran produck Hai-O. Nasib la ada pengedar dekat ofis..so I beli terus dengan dia jer la..saja nk try..mana la tau berkesan..balik tu jer..i terus mandikan lily dengan sabun tu..sabun tu memang wangi sangat..sabun ni yg penting paraben free dan also dibuat dari bahan2 semula jadi..garam buloh, Pheno-Sfe, ekstrak liquorice, minyak tea tree, vitamin e, gliserin dan aloe vera..Alhamdulillah, dah beberapa hari lily pakai..ruam dah hilang dah..dan kesan2 dekat tangan dan kaki dia pun makin pudar..sabun ni banyak tau buih dia..so budak seronok la mandi dengan buih yg banyak2 ni..hehehe..skg i pun pakai sabun ni tiap kali mandi..hehehe..

RUTIN HARIAN LILY
Lepas I mandikan dia dgn sabun Marine Essence tu, I akan sapukan Tropika VCO - Baby Hair and Body Oil (lavender) – yg ni memang I nk beli tuk baby newborn I nanti tp coz Lily dah suffer from ruam2 kat badan dia..i terus beli awal..tuk bagi dia pakai..i pernah jer pakai VCO tropika ni coz adeq I guna dekat anak dia..so I tumpang2 sikit..hehehe..so now..tiap kali lps mandi n sebelum tido..i letak kan VCO tu..ruam2 dia dah x merah dah..just tempat yg dia garu2 tu..dah start menjadi kasar dan meninggalkan parut..hrp2 dapat la smooth kan balik kulit dia..i suka sangat bau minyak VCO lavender dari tropika ni..

So skang, tu la rutin mandian si Lily..mandi dengan sabun marine essence, then disapukan minyak VCO Tropika..memang wangi la dia lepas mandi..dia pun seronok jer..i tengok parut still ada lagi tp sudah start pudar2 sikit..lagi2 parut2 yg baru kesan dari di garu hari tu. So hopefully lepas ni..cantik la kulit si Lily..leh la lepas ni melaram pakai skirt..hehe..



Thursday 2 July 2015

Shopping at The Store Warehouse Sale 2015

Area Putrajaya

Bila dapat tau ada warehouse sale dekat Putrajaya, terus ajak mr hubby terjah sana..mr hubby pun rupanya tau ada warehouse sale ni..tp bukan dekat Putrajaya la…tp kawasan Klang punya..so mr hubby pun on jerr..

I ternampak banner2 sekitar Putrajaya pasal warehouse sale ni..location??

Time : 10.00 am – 11.00 pm
Date : 12/6/2015 – 12/7/2015
Venue : Auditorium Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya Presint 3,
Perbadanan Putrajaya,Kompleks Perbadanan Putrajaya,Presint 3,62675 PUTRAJAYA.

Berdekatan dengan kawasan Festival Ramadhan Putrajaya..dan kalo larat, leh jalan kaki sikit ke Bazaar Ramadhan Presint 3..

Kitaorang sampai dah petang..parking kat tepi2 jalan2 tu  jer..once dah masuk ke dalam Auditorium tu..boleh tahan..ramai jugak orang (weekend)..i terus terjah kawasan kids and babies..i rasa kawasan tu yg paling ramai org kot..ada mcm2 jenis brand ada..Tp most of the brand I x berapa nk kenal..yg I tau..anakku and Disney jer..hahaha..rata2 baju ada 50%-70%..tp kena dig in all those piles of clothes la..larat x larat jer la..last2..i x beli pun..ada gak yg cantik2..tp i x berapa nk berkenan...tp ramai jer yg I tengok borong baju2 baby and kids..just for me..x menyempat nk go thru all those piles..mgkn sebab crowded sikit kat situ..nk pilih2 pun jadi x syok dah..dengan anak2 berlari sana sini..mencabar keimanan..hehehe

BAJU-BAJU
BAHAGIAN BABY
70% TU
TOYS
So kitaorang usha bahagian2 lain..ada mcm2 jualan kt sini..beg, kasut, mainan, cadar, baju dewasa..baju kanak2..last2 I beli drawer rack dan towel jer..hahaha..nasib barisan beratur time tu x panjang..tp bila i tengok belakang i..panjang dah barisan tu..fuhh..nasib baik..lepas tu..kitaorang terjah Bazaar pulak..bersedia la untuk berpanasan…

Verdict..ada jugak barangan yg menarik..tp rasanya elok datang hari biasa kot n bukan over the weekend..crowded sikit..lagi2 kalo bawak anak2..

Area Kuala Selangor

I pun x tau ada The Store warehouse sale ni dekat kampong i..location..

Time : 10.00 am – 10.00 pm
Date : 26/6/2015 – 05/7/2015
Venue : Dewan Sri Buluh, 45800 Jeram, Kuala Selangor


Bersebelahan dengan Klinik Rosli..Kakak I yg bagi tau..time tu..i duk kampong jap..ada hal sikit..so apa lagi..terjah warehouse sale kat situ pulak..ingatkan xde la nak membeli..dewan tu kecik jer..so barang x banyak sebenarnye..tp last2 banyak gk yg i shopping…cis..i terjumpa seluar n baju Ziyad..murah2 jer..jenama CARS lak tu..leh la nak pakai raya nanti..i perasan yg baju dan seluar org dewasa..no bad..tp coz I mak buyong..x leh nk try seluar slim2 fit ni..melepas la..kalo x..memang I dah sambar dah..

BAJU & SELUAR KANAK KANAK
OVERALL VIEW
Ni la hasil nye.3 helai..satu seluar pendek CARS, satu seluar panjang CARS dan satu baju..
dari segi harga..orait la..seluar..dalam range RM20-RM40..baju pulak..bawah RM20..

WHAT I BOUGHT THAT DAY
JENAMA CARS
K, kepada sesiapa nk shopping, i sarankan pg hari weekdays je yer..takut kalo pg time weekend tu, agak crowded..nk beratur pun panjang nanti..

K, chow..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...