Monday 25 March 2019

JBR Bundle Shah Alam

Jarang nak jumpa kedai bundle yang besar. Selalu kitaorang pergi Jalan-Jalan Japan jer yang dekat Subang. Kali ni tetibe husband ajak pergi ke Bundle di Shah Alam. JBR Bundle nama dia. I tak sure apa sebenarnya yang husband tengah mencari tapi rasanya dia nak cari baju atau seluar la. Coz sometime dekat bundle2 ni, leh jumpa garments yang rare2 jugak. Tu yang sometime leh sampai berjam dekat situ jer.


So lepas makan, kami mulakan perjalanan ke Shah Alam. Time ni nak balik kampong so kira otw jugak la. Dahla cuaca terik panas. Dah leh agak dah panas dalam kedai bundle tu macam mana. Time kami sampai, x berapa ramai pun customer. Tapi memang besar jugak la kawasan dia. Kami masuk bahagian belakang dulu. Memang rambang mata ok. Seluar dari pelbagai jenis jenama dan kain. I suka kain kodroi tu. Susah nk jumpa. So mana yang I nmpk cantik dan ala2 leh muat tu, terus I sambar. Hahaha. Ni la bahaya kalo teman orang pi shopping. Orang yang nk shopping tu, akhirnya x membeli pun. I yang xde niat nak shopping tu, terus berplastic2. Lawak betul. 

TOYS

TOYS

TOYS YANG DAH DI PACKING SEMULA

Baju dan seluar kanak-kanak pun banyak. Lagi2 bab seluar yang berjenama. Tapi kena pandai mencari la. Kasut kanak-kanak dan kasut dewasa pun banyak giler ok. Tapi coz xde nak mencari kasut so xde la membelek sangat pun. Toys pun banyak tapi x sebanyak macam di Jalan Jalan Japan la. Tapi ok la lagi. Itu pun dah buat anak I jadi x keruan. Anak-anak I kalo nampak toys yang banyak, diaorang jd confuse, lagi2 bila I mintak boleh ambil satu jer, terus berjam2 duk situ. 

Baju & seluar tebal2 pun ada banyak dijual kat sini. Kalo sesiapa plan nak pergi ke overseas during autumn atau winter, leh mencari pakaian serba sedikit dekat sini. Pakaian kebanyakan dalam keadaan yang elok lagi. Dari segi harga, ada yang memang murah habis dan ada juga yang mahal sedikit la tp still affordable. 



PELBAGAI JENIS KASUT

Tapi satu je yang x best, panas giler dalam tu. Siap dah makan 2-3 batang ice cream dah, pun x jalan. Ice cream tu, keluar je dr box, terus cair wei. Banyak kipas dia dalam tu tapi tak berapa nak rasa angin dia. Memang tengah terik time tu. So bersabar je la demi shopping. Hehehehe. 

Rasa dalam sejam lebih gak dalam tu. Last-last I dengan anak2 jer yang shopping. Husband x jumpa yang dia berkenan. Ntahla, x mencapai spec yang dia nak kot. So xpe, yg penting, mama happy. Haha. So sesiapa nak singgah shopping ke JBR Bundle, boleh la singgah ea. 

Address: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...