Friday, 23 August 2019

Fishing and Birthday Trip : Nelayan 3 Chalet Lumut

For my birthday bulan lepas, I cadangkan dekat husband untuk pergi bercuti sambil memancing. Memandangkan I pun dah start active dengan hobby baru ni, so kami dah start mencari chalet-chalet atau resort yang boleh buat activity memancing sekali. For husband’s birthday last January, kami ke Ajlaa Resort. Boleh baca di sini untuk trip kami ke sana tempoh hari.

So untuk birthday I, I cadangkan ke Lumut Perak, di Nelayan 3 Chalet. Tempat ni terpencil jer. I terjumpa chalet ni time I tengah google-google pasal tempat memancing. So lepas baca review semua, kami pun setuju untuk kesini. Lagi pun, ni kiranya first time I nak memancing di Laut Air Masin. Selalu nye di sungai atau tasik jer. 

Kami ambil chalet yang ada balcony memancing sekali. Ada dua buah chalet jer yang ada balcony. Chalet Tanjung namanya. Kami gerak agak pagi jugak la coz agak jauh jugak Chalet ni. Kami bersarapan di rumah dulu then baru gerak ke sana. Untuk tengahari pulak, kami singgah di Nasi Bamboo Sungai Klah. Antara tempat yang I teringin sangat nak makan. Time kami sampai, dalam 12 tengahari. Belum pack giler lagi time tu. Parking pun banyak lagi. Giler banyak lauk pauk disini. Kalo boleh, banyak benda yang kami nak cuba. Tapi kami pilih ikut kemampuan perut saja. Tadaaaa!!

NASI BAMBOO

LUNCH. 

Lepas makan, kami sambung perjalanan. Dalam kul 3 jugak la kami sampai ke Chalet. Sampai-sampai jer, kami terus pasang joran semua. Jiran sebelah kami dah masuk n dah start memancing dah pun. Ni dia, gambar2 balcony kawasan tempat kami memancing dan gambar kawasan sekitar. Bilik dia pulak, comel saja. Ada 2 single bad, bilik air, tv & aircond. Sebelum kul 4, joran dah baling dah. Kawasan balcony dia agak besar jugak la. Kami siap bentang tikar bagai kat situ. Senang anak2 nk bermain or makan2.

BILIK COMEL KAMI. 

VIEW BELAH KIRI

TERMENUNG FIKIRKAN..BANYAK IKAN DALAM TU

JORAN DAH TERSEDIA

BALCONY. YANG KAT PINTU TU KONON POSING. HEHEHE. KASI CHANCE LA

BALCONY. TIME NI NAK BALIK, SO KAMI SIAP BASUH LANTAI.TENGAH TERIK SO CEPAT KERING

CHALET KAMI

TEMPAT MEMANCING

TEMPAT MEMANCING

ANTARA CHALET2 YANG ADA. WARNA WARNI

LALUAN NAK KE CHALET KAMI

ANTARA CHALET2 YANG ADA

Kawasan dia agak tenang jer. Memang betul2 di muara. Time petang tu, x ramai pun yang memancing di kawasan situ. Tp petang tu, anak-anak dah inform nk mandi pool. So I bawak diaorang pi have fun dekat swimming pool. Agak besar jugak la pool dia kat situ. Budak2 ni seronok la lagi2 ada geng2 yang mandi jugak. Gembira I tengok anak2 berkawan. Siap tanya, leh tak nak pergi ke bilik budak tu. Coz budak tu ajak lawan beyblade kat bilik dia. Cheh, sabar je la. 

POOL

THE POOL

KANAK-KANAK RIANG

Malam, husband keluar jap cari makanan. Ada kedai2 sepanjang perjalanan ke chalet ni. Tapi kat sini, nyamuk giler banyak. Nasib baik jiran kami bagi kitaorang ubat nyamuk n ubat spray dekat badan tu. Lega la sikit. Kalo pagi n petang lak, kawasan situ penuh dengan lalat. mungkin sebab ada bau2 ikan atau seafood. So lalat sentiasa ada. Tak tau nak halau cm ne dah.

Petang n malam tu, I x dpt ikan pun. Dapat rasa tarik2 jer. Pagi tu baru I dapat. Tu pun anak2 ikan saja. Ziyad lak, siap dapat 2 sekali. Ketam n Tuka serentak. Patut joran sampai melengkung. Hebat anak I. Seronok dia. I, dapat la beberapa ekor anak ikan. Semua kami lepaskan. Ketam tu pulak, kami ambik, Husband pun dapat ketam gak, so petang tu, apa lagi..terus masak Maggi Ketam. Perghh..sedap giler kot. Ketam fresh. Boleh lupa nak ambil gmbr maggi..excited nak makan punya pasal.

ANTARA HASIL TANGKAPAN ZIYAD

Habis je check out, kami singgah sekejap dan bersantai di Teluk Senangin dan Lumut Waterfront. Rehat2, makan2, dan chill kan diri. Dekat Lumut Waterfront ni ada banyak playground. So anak-anak memang seronok la. Habis main jer, minum ABC lak.
By 6, kami dah mula gerak balik ke Putrajaya.

ANGIN SEPOI2

MAIN PLAYGROUND SEKEJAP

MINUM PETANG

Overall, chalet ni ada pro n cons. Plus point, ada pool dan rumah khas tuk memancing. Tapi coz hasil tangkapan x berapa umph..x seperti yang digambarkan, so just a bit kecewa. Teringin jugak nak dapat Siakap, tp x kesampaian tp still ok la, coz I dapat Baby Gelama. Baby pun baby la. Tapi I lepaskan balik dgan harapan dia jadi besar. Hahaha. Dapat ikan ni memang suatu rezeki dan sepanjang memancing ni, memang mengajar erti kesabaran. Bukan rezeki kami hari tu. Apa pun, I dan family seronok sangat. Dapat memancing dari petang kemalam ke pagi. Serious..berapa jam je kami tido. Fun giler and thanks to my husband yang supporting sangat. Love you.

Kami dah plan dah trip seterusnya..tunggu..hehehe



Thursday, 15 August 2019

Lunch @ Aroii Thai KL Gateway Mall

Kami baru tahu sebenarnya yang ada restaurant baru di KL Gateway Mall. Walaupun mall ni macam dh lama juga beroperasi namun tak banyak kedai lagi yang dibuka. Lagi-lagi kedai makan. So bila geng ofis bagi tau Aroii Thai baru je dibuka dekat sana, terus kami terjah KL Gateway Mall. Lagi pun, nak pergi ke Mr DIY sekali mencari barang.

INTERIOR

CONDIMENTS

Ni first time I nak try Aroii Thai. Kami memang datang awal sedikit. Kami x ramai pun, dalam bertiga sahaja. So time kami datang, tak berapa ramai lagi. So Aroii Thai ni menyediakan makanan dalam mangkuk-mangkuk kecil and semuanye berharga RM2.09. Air dan dessert dia pun berharga RM2.09.
So jom usha menu dia ye.

MENU

I akhirnya ambil 5 dishes (termasuk air). I ambil, Tom Yam Glass Noodle Soup, Beef Glass Noodle Soup, Classic Pad Thai dan Thai Fish Cake.  Air dia pulak, I order, Thai Green Tea. Sekejap je makanan sampai. Walaupun kami bertiga, tapi bila semua disusun atas meja, mak aii, penuh kot. Kena ingat sendiri la ea, kita order yang mana. Nanti termakan kawan punya pulak. 

OUR BOWLS OF HAPPINESS

Apa yang I suka, Pad Thai dan Beef Glass Noodle Soup. Pad Thai dia slighty spicy tapi sedap. Beef Noodle dia a bit manis tapi sangat berperisa. For me, all the food ada rasa. Geng ada jugak yang order Mango Sticky Rice. Yang ni pun recommended. Sedap wei. Mula-mula ingat 4 mangkuk macam tak cukup, tapi kenyang wei. Next time I nak rasa yang nasi-nasi dia. Ada Green Curry, Chicken Fried Rice and Nasi ala2 Pattaya. 

Time kami nak balik, dah start full house dah. For me, I suka rasa makanan dia. Tapi yang jenis2-jenis bersup tu, tak berapa nak panas. Kalo panas, confirm lagi sedap. Apa pun, harga reasonable, fast service, makanan sedap, kawasan luas, all in all, semua ok. Confirm akan repeat balik kedai ni. Tapi kena ajak geng lagi ramai la. 


If you are in KL Gateway, leh try out Aroii Thai. See ya!!

Wednesday, 7 August 2019

Birthday Treat at Naj and Belle Bangsar

Seronok bila tiap kali birthday coz ada geng-geng yang nak belanja makan. Yeah!! Few days prior to my birthday, ada orang sebut pasal resto ni, Naj and Belle di Bangsar. So time tu, I memang dah usha serba sedikit menu apa yang ada di kedai ni. So bila diaorang tanya nak pergi ke mana for my birthday, terus I cakap I nak pergi ke Naj and Belle ni. Diaorang pun on jerr, Lama pulak tak makan western. Berpandukan grab jer, x jauh pun sebenarnya resto ni dengan ofis. Dalam 10-15 min je gitu. Sebelah NST. Kami hari tu ramai jugak la. Meriah meja kitaorang.

NAJ AND BELLE

INTERIOR

Time kami sampai ke sana, memang I suka sangat dengan interior dia. Walaupun seating dia tak berapa nak banyak, tapi for me, still mencukupi. Takde pulak I tengok orang beratur dekat luar untuk tunggu seating. Resto ni femes dengan Watermelon Cake. I googled up pasal cake ni pun, terus rasa terliur. Sebelum pergi, I macam dah aim nak makan apa. Tapi seperti biasa, sampai jer dekat tempat kejadian, terus tukar menu. Hahaha. Hati memang x cukup kental. Plan asal nak salad, last2 order benda lain. Cheh!!

MENU

MENU

MENU

So lets see what we had that day.

This is the dish that I ordered, Roasted Pumpkin Linguine. Kebanyakan kami ambil pasta coz memang recommended sangat pasta-pasta dekat resto ni. Mine, memang vegetarian sikit la. Tapi I really like the taste. Lagi-lagi sun-dried tomatoes dia. Memang kena dengan taste I.

ROASTED PUMPKIN LINGUINE

Yang ni pulak, what my friends ate that day. Meriah kan. Nasib baik kami ni jenis suka share2. So masing-masing dapat rasa dish orang lain. Antara yang winning dish for me, this one, Soft Shell Crab Linguini. Spicy sikit tapi giler sedap wei. Memang citarasa tekak melayu. Rasa macam butter chicken pasta tu. Ada daun kari bagai. 

SOFTSHELL CRAB LINGUINE

Yang ni pun not bad, Naj Big Breakfast. Memang BIG habis. Telur tu boleh pilih to your liking. Hari tu, diaorang pilih scramble eggs. Memang sedap la. Tapi kalo nak makan ni, for me, kalo sorang, payah nak habis ni. But that's just me. 

NAJ BIG BREAKFAST

Jom usha gambar-gambar makanan apa yang ada hari tu ye. Masing-masing dengan pilihan masing-masing. Tapi overall, I memang suka taste makanan dia. X berapa masin, very flavourful and plating pun sangat cantik. Portion size for me, memang banyak lagi-lagi tuk perut kecik macam I. Tapi coz hari tu, ramai, so semua habis la. 


DONT KNOW WHICH MENU ITEM THIS IS..SORRY

CREAMY PESTO CARBONARA

AGLIO OLIO

Yang ni pulak, memang rare. Their femes Watermelon Cake. Serious sedap giler wokey. Sangat recommended. Nampak simple and elegant at the same time. Pakai watermelon je kat tengah tu, tp gabungan dia, memang mantap. I siap tapau bawak balik lagi kot. Nasib x cair. Husband I pun suka cake ni. Memang antara signature dish dia la. So if you guys datang, kena cuba watermelon cake dia.

Burnt Cheesecake dia pun not bad tp for me, a bit thick. Tapi rata-rata geng I suka burnt cheesecake yang ni.  

WATERMELON CAKE
BURNT CHEESECAKE

LOTS OF CAKE CHOICES

Overall, I suka sangat tempat ni. That day itself, rasa ada dalam 3 meja kot yang menyambut birthday, termasuk I la. Meriah sangat. Dari segi harga, for me, normal to high range la, so tak boleh selalu. Special occasion boleh la ke sini. Lagi special!! 

Thanks guys for a wonderful birthday treat this year. Terharu sangat ok!! Chayang korang!!

Address: Jalan Tandok, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Monday, 5 August 2019

Dinner @ Tok Wan Grill Presint 11 Putrajaya

Kami perasan ada satu kedai baru ni berdekatan dengan Pusat Komuniti Presint 11. Kawasan rumah kedai berdekatan dengan 99 Speedmart. Sebelum ni kedai tu merupakan kedai mamak tapi mungkin tak boleh nak survive coz ada dua mamak yang berdekatan. So lepas tu, kedai tu jadi kedai Nasi Arab. I selalu order Nasi Arab dekat situ tp kedai itu pun x berapa boleh survive. So now, ada kedai baru, Tok Wan Grill. Tak adelah baru sangat pun, sebenarnya dah lama juga dah buka. Kami pun sebenarnya dah banyak kali pergi ke restaurant ni. Tapi kami x snap pun banyak gambar coz bila makanan sampai jer, anak-anak semua dah serbu. Interior dia pun tak banyak berubah dari previous owner, so konsep arabic tu still ada la. Kedai ni di bahagian corner lot kawasan rumah kedai situ. 

Makanan dekat sini, semuanya western. Tapi I suka bawak anak-anak I pergi ke sini coz ada Free Kids Meal yang comes with each main dish. So kids meal dapat free. Tapi selalu kami akan add on la, coz anak ada tiga kan. Anak-anak I pun suka makan dekat sini. So jom usha menu dia ea. Ada pelbagai menu dekat sini. 

MAIN DISHES

FROM TOK WAN'S HEART

GRILLLLLL

PASTA & BURGER

TAK TRY LAGI SALAD DIA. TIAP KALI NAK TRY, MESTI HATI TAK KUAT. HEHEHE

Yang ni, Tok Wan Grilled Chicken. Served sekali dengan mash potato dan juga seasonal vegetable. Kami selalu order yang ni. For me, rasa dia sedap lagi2 sos homemade Tok Wan ni. Mash Potato dia pun rasanya homemade coz boleh rasa chunks of potato dia. Fish n Chips dia pulak, for me, quite nice. Very crispy. Fries, macam biasa, belum sempat makan, anak-anak semua dah ambil masuk pinggan masing-masing. I pernah jugak makan Beef Burger dia. Patty dia not bad, juicy, portion pun quite huge jugak la for me perut. Hahaha. Untuk orang lain, rasanya just nice kot. 

TOK WAN GRILL CHICKEN

PIZZA, FISH N CHIP N TOK WAN GRILL CHICKEN

For kids meal, kami selalu order, Kids Combo, Kid Pizza & Carbonara Spagetti. Tiga2 for me memang sedap. Air pulak, kami selalu order air panas dia. X snap lagi gambo teko comel dia. Hahaha. Coz anak I Ziyad pun memang kaki minum air tea, so kami memang selalu order. Yang kami selalu order, Earl Grey Tea. 

KIDS MENU

Dari segi harga, for me, quite reasonable coz ada kids free meal. Yang lain pun, typical western food nye range la. Not too expensive. Memandangkan kedai ni memang dekat sangat dengan rumah, so kalo kami nk dine out tapi nak dekat jer, Tok Wan Grill ni selalu jadi pilihan la. So for those who wants to try out some good western food, you guys can come here --> Tok Wan Grill

Address: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Monday, 29 July 2019

Lunch @ Sederhana (Masakan Padang) Petaling Jaya

Nasi Padang here we come!!

Hari itu, salah seorang dari budak ofis, tengah teringin sangat nak makan Nasi Padang. Plus memang nak celebrate birthday salah sorang dari geng ofis jugak. Kita follow saja mak buyong coz dah teringin. I jarang giler makan Nasi Padang so agak teruja jugak la. Kedai yang kami pergi ni namanya Restaurant Sederhana di area PJ. 

Kami macam biasa, naik grab saja untuk kesana. Time kami sampai ke sana, tak ramai orang lagi so senang nak order dan cari tempat. Selalunya Nasi Padang ni kongsi ramai2. Lauk semua letak dalam pinggan. Macam makan berhidang. Tapi kami hari tu, masing2 sendiri-sendiri. So masing-masing punya pinggan membukit. Hahaha. 


Ada orang rekomenkan ambil Ayam PoP dia. So I cuba la. Yang lain, ambil daging dendeng kot, sayur pucuk paku masak lemak petai dan sambal hijau dia. Bagi I, Ayam PoP dia sebab. Ayam tu rasa direbus, then goreng sekejap. Sedap, lagi2 cicah dengan sambal hijau dia. Tp nasi dia macam lain sedikit. Ala2 macam pulut. Ke Nasi Padang memang macam tu. I tak familiar, sorry. Yang lain, ramai yang ambil Ayam Goreng. Lauk pauk dia pun ada macam-macam. So pilih saja.

LAUK PAUK

LAUK PAUK

LAUK PAUK

LAUK PAUK

I nye pinggan yang paling tak membukit. Hahaha. Itupun wei, jenuh nak habiskan padahal hari tu I lapar giler. Nak compare rasa, coz I jarang pergi, susah nk buat sebarang comparison. Tapi overall agak sedap jugak la. Kami ada jgk order air Alpukat. Tapi kurang sejuk, so kurang kick sikit. Tapi still sedap lah.



MY PLATE OF HAPPINESS

So sesiapa nak makan Nasi Padang, boleh cuba restaurant Sederhana. Tak silap, dia ada beberapa cawangan yang lain. Tapi pastikan datang dengan perut yang kosong ye. Makan sini, memang kenyang habis. 

Address: 21-G, Daju 5 Darul Ihsan, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...