Friday 22 June 2018

Manjakan diri di Thai Odyssey IOI City Mall Putrajaya

Al-kisah sebelum berpuasa. Minggu tu, I sakit-sakit badan. Nk cari tukang urut berdekatan, x jumpa. I selalu berurut di Kampung tp kali ni saja nak kelainan. Lagi pun mr hubby pun suggest I pergi berurut coz I asyik merungut sakit badan. I x pernah pergi ke mana-mana kedai Thai Massage ni tapi teringin sangat nak mencuba. So I apply cuti semata-mata untuk pergi massge. Pagi tu, I pergi walk in ke Thai Odyssey IOI City Mall. Tu yag paling dekat dengan rumah I. I ingatkan x perlu nak buat reservation tapi rupanya I tersilap tapi I bernasib baik sangat hari tu cause ada satu je lagi slot untuk tengahari tu. Slot 1 jam Thai Aromatherapy Massage. So I terus grab slot tu. Lepas ni dah tau dah, jangan memandai nak walk in saja. Hehehe. Kena call and reserve dahulu. Memang my lucky day la. Kalo x, sia-sia je cuti hari tu. 

WELCOME!!

So time tengahari tu, after makan semua, I datang balik. Mula2 dia akan mintak kita pilih minyak untuk urutan tu la. Ada lima jenis. Purity Blend, Muay Blend, Tone Blend, Energy Blend & Relax Blend. I ambik purity blend. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Boleh bau dulu tiap satu sebelum membuat pilihan. Before pergi massage, diaorang akan basuhkan kaki dulu la. Walaupun I x tau significant dia apa, tapi layanz kan saja. Hehehe. Geli jugak ada orang tolong basuhkan kaki ni. 

TEMPAT BASUH KAKI

5 TYPES OF OIL

TERASA SEPERTI DI THAI..HEHE

HIASAN MEJA

Then diaorang akan bawak ke bilik yang sejuk dan gelap. Kena pakai baju yang diaorang sediakan la. Before starting, diaorang bagi kita minum sejenis tea. Very calming. So bermula la sejam episode bermassage..Awal2 berurut tu, serious sakit giler. Mungkin jugak coz badan I memang tengah sakit2. Banyak sangat angkat anak2 I. Badan pun banyak jugak masuk angin. So bila diurut tu, memang ada rasa nk menangis la. Kuat jugak tangan minah urut ni. Kecik je orang nye tapi kuat betul. 

BILIK YANG GELAP DAN KECIK..SEJUK LAK TU

Tp lepas 30 minit berurut, dah start rasa ngantuk. Terlelap wei sekejap. Just bahagian belikat, dan belakang badan je yang rasa sakit. Yang lain, ok. Terasa sekejap pulak sejam. Macam x cukup la pulak. Lepas habis je, di beri minum air tea lagi. Habis je, terasa badan ringan sikit. Patutla boleh ketagih urut-urut di Thai Massage ni. Seronok kalo selalu mai sini. Hahaha. I pun duk fikir macam nk repeat. Tapi x leh selalu. Apapun, what an experience. Thai Odyssey ni ada banyak cawangan dia. Untuk cawangan yang terdekat, boleh lihat di FB page THAI ODYSSEY atau website dia thaiodyssey.com

Dibawah ni range harga tp time ni still ada GST lagi. Harga sekarang mungkin a bit different. Ada dua jenis massage. So kalo sakit2 badan tu, boleh la try bermassage di Thai Odyssey. I teringin nk buat foot massage jugak. Tu next trip la. Hehehe.

PRICE RANGE..TIME NI ADA GST LAGI

Address: Lot B1-7 & 8, Basement 1, IOI City Mall, IOI Resort City, Putrajaya, 62520 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Phone: 03-8959 8977




Makanan Sarawak @ DapoPuro Puchong

Al-kisah di hari Mengundi. Hehe..Baru skg nk post. Pagi tu, mr hubby pergi mengundi di Putrajaya. Lama gak mr hubby pergi mengundi. So tengahari tu, sebelum balik ke kampong I pulak di Kuala Selangor, kitaorang singgah makan dulu. Mr hubby ada bagi tau pasal kedai makanan Sarawak yang geng2 dia pernah sebut. So bila I check, Restaurant DapoPuro ke? Dia pun x berapa pasti tapi kitaorang pergi jugak. So bila sampai depan kedai tu, me hubby rasa memang itu la kedai yang geng2 dia pernah makan. So kami pun on saja. 

WELCOME!!

Restaurant DapoPuro ni pure makanan Sarawak. Susah tau nak cari makanan Sarawak ni. I dulu pernah duk Kuching bertahun-tahun tp zaman kanak-kanak la so x berapa nk ingat makanan Sarawak time dulu. I ingat rumah yang kitaorang duduk time kat Sarawak je. Hehehe.

PART OF THE MENU

LOTS OF SARAWAK ITEMS ON THE WALL

Menu x berapa extensive sangat so senang la kami untuk membuat pilihan. Kekadang bila menu tu terlampau banyak sngt, payah gak nk memlilih. So last2 I order Laksa Sarawak ( I dan Laksa berpisah tiada), mr hubby dan anak-anak lak makan Mee Kolok.  Satu Mee Kolok Ayam, satu daging. Air dia pulak, I saja nk try air Teh dia (3 layered tea). Dari gamba Nampak tempting gitu. I memang cepat terpengaruh. 

Makanan dan minuman dia x lama pun. Sekejap je dah sampai. Anak I macam biasa, belum apa-apa hal lagi, dah tumpah air. Air sirap lak tu. Tepuk dahi je la. Dah selalu terjadi. Pekerja dia tangkas bersihkan lantai dan meja. Dapat air sirap baru. TQ ☺

This is my laksa Sarawak. Not bad la. Nk compare, x banyak yang I pernah makan tp yang kat sini agak sedap jugak. Mr hubby nye for me sedap. Lagi2 sos dia. Masyuk. Sup dia pun sedap. Anak I pun habis makan walaupun half the time duk main di sekitar kedai tu. Nasib tuan dia x marah. Tuan kedai pulak rajin mengambil gambar pelanggan. Gambar kami pun ada di FB diaorang. 

3 LAYER TEA..MANIS!!

MY LAKSA SARAWAK

MEE KOLOK

KOPOK LEKOR..KUDAPAN

Environment dia pun quite nice. Pelbagai barangan Sarawak menghiasi dinding kedai ni. Kebanyakanya ada di rumah my mom jugak. Hehehe. Memang menarik dan membuatkan I teringat zaman2 kecik dulu. Overall, the food was quite nice, ambience pun ok, owner dia friendly and harga pun berpatutan. So if you are craving for some Sarawak cuisines, come by here at DapoPuro. 

Address: No 41 Jln BP 7/2 Bandar Bukit Puchong 2, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor 
Phone: 016-411 1015

Monday 4 June 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Tasik Cempaka Villa by Felda D’Saji Bangi

Apabila mr hubby ajak makan luar, I pun on je la. Berbuka bersama geng-geng ofismate mr hubby. Ofis I ada jugak buat tp I x dpt nak pergi. So kali ni, berbuka puasa di Tasik Cempaka Villa, by Felda D’Saji di bangi. Bangunan ni betul2 sebelah tasik (tp malam-malam x berapa nk perasan), n belakang kawasan McDonald Bangi Seksyen 9. Memandangkan mr hubby belanja kitaorang semua berbuka, so I x berapa pasti harga dia berapa. Tp bila google, harga dewasa dalam RM58 and kanak-kanak dalam RM33. Kira ok la kan. Rata-rata skang buffet mesti atas RM80. 


I dari KL so petang tu, dah start hujan renyai2. I sampai pun dalam 530 dekat rumah. So bersiap semua, dalam 620 jugak la baru nk bergerak. Ke arah Bangi, jem sedikit la, tp kami ikut jalan dalam. Sampai je depan pintu Tasik Cempaka Villa tu, hujan selebat-lebatnya. Nasib baik pekerja dia ada sediakan payung. So xde la basah kuyup. Di bahagian luar ada jugak gerai2. Bahagian western, soup2, kambing golek semua di bahagian depan. Kena berhadap dengan hujan untuk sampai ke kawasan menu yang itu. Pekerja dia memag cemerlang. X putus bawak kitaorang pergi dan balik dari kawasan situ. Seriously, ni first time I pergi ke buffet, x perlu berautur untuk makan kambing golek. Banyak giler malam tu. 

Dari segi kawasan, memang agak privacy sedikit. Tempat dia xde la besar macam hotel2. Tp untuk office event, rasa cukup ni. So memandangakn orang x berapa padat dalam tu, so x perlu nk beratur pun untuk mengambil makanan. Makanan dia, by Felda D’Saji. I memang dah selalu makan dah Felda D’Saji ni. Ofis I memang customer tegar. Makanan dia malam tu, agak sedap la. Tp ada jugak hit and misses. Ada yang telebih masin, tawar, tp overall, choice and variety memang best. .For me I suka. 

KAWASAN DALAM

Antara kegemaran, I suka kambing golek, salad, Sup kambing, Carbonara (sedikit tawar) tapi anak I habis makan 3 mangkuk, kuih muih dan sambal2 dia. I dah lama x makan kambing, so bila buka jer, terus pening bila makan. Hahaha. Patahkan selera jer. Ada juga mee goreng, soto, nasi campur, rojak, pecal, desert dan macam2 lagi. 

KAMBING GOLEK..

CARBONARA..MARINARA PUN ADA..

ASAM-ASAM

PECAL & KERABU

PLATE MR HUBBY..HEHE

SUP KAMBING..KONGSI DENGAN HUSBAND

SOTO

MR HUBBY KATA SAMBAL DIA SEDAP

MINUMAN

BUBUR LAMBUK & BUBUR PULUT HITAM

ABC

GORENG2

SOME OF THE DESSERT..BYJ YANG DAH HABIS

Surau dia dalam bangunan tu sendiri. Di bahagian depan receptionist. X berapa besar so kena take turn untuk solat la. I lepas makan terus pg solat coz kalo lambat, confirm penuh. Banyak telekung disediakan dalam tu. 

Overall..tempat ni memang best. X berapa crowded, banyak choice makanan, senang untuk jaga budak2, pekerja dia pun cepat je ambik pinggan dari atas meja, harga pun affordable. Time balik, still hujan renyai2 lagi. Tapi kami redah saja. So, its time to head back home, Perut dah macam nk meletup dah. Badan pun dah start panas. Terlebih kambing ni..huhu

Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua !!

Lake Cempaka Villa
Taman Tasik Cempaka, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 
43650 Bangi
FB : Lake Cempaka Villa Official atau IG : @lakecempakavillaofficial


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...