Friday, 22 June 2018

Manjakan diri di Thai Odyssey IOI City Mall Putrajaya

Al-kisah sebelum berpuasa. Minggu tu, I sakit-sakit badan. Nk cari tukang urut berdekatan, x jumpa. I selalu berurut di Kampung tp kali ni saja nak kelainan. Lagi pun mr hubby pun suggest I pergi berurut coz I asyik merungut sakit badan. I x pernah pergi ke mana-mana kedai Thai Massage ni tapi teringin sangat nak mencuba. So I apply cuti semata-mata untuk pergi massge. Pagi tu, I pergi walk in ke Thai Odyssey IOI City Mall. Tu yag paling dekat dengan rumah I. I ingatkan x perlu nak buat reservation tapi rupanya I tersilap tapi I bernasib baik sangat hari tu cause ada satu je lagi slot untuk tengahari tu. Slot 1 jam Thai Aromatherapy Massage. So I terus grab slot tu. Lepas ni dah tau dah, jangan memandai nak walk in saja. Hehehe. Kena call and reserve dahulu. Memang my lucky day la. Kalo x, sia-sia je cuti hari tu. 

WELCOME!!

So time tengahari tu, after makan semua, I datang balik. Mula2 dia akan mintak kita pilih minyak untuk urutan tu la. Ada lima jenis. Purity Blend, Muay Blend, Tone Blend, Energy Blend & Relax Blend. I ambik purity blend. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Boleh bau dulu tiap satu sebelum membuat pilihan. Before pergi massage, diaorang akan basuhkan kaki dulu la. Walaupun I x tau significant dia apa, tapi layanz kan saja. Hehehe. Geli jugak ada orang tolong basuhkan kaki ni. 

TEMPAT BASUH KAKI

5 TYPES OF OIL

TERASA SEPERTI DI THAI..HEHE

HIASAN MEJA

Then diaorang akan bawak ke bilik yang sejuk dan gelap. Kena pakai baju yang diaorang sediakan la. Before starting, diaorang bagi kita minum sejenis tea. Very calming. So bermula la sejam episode bermassage..Awal2 berurut tu, serious sakit giler. Mungkin jugak coz badan I memang tengah sakit2. Banyak sangat angkat anak2 I. Badan pun banyak jugak masuk angin. So bila diurut tu, memang ada rasa nk menangis la. Kuat jugak tangan minah urut ni. Kecik je orang nye tapi kuat betul. 

BILIK YANG GELAP DAN KECIK..SEJUK LAK TU

Tp lepas 30 minit berurut, dah start rasa ngantuk. Terlelap wei sekejap. Just bahagian belikat, dan belakang badan je yang rasa sakit. Yang lain, ok. Terasa sekejap pulak sejam. Macam x cukup la pulak. Lepas habis je, di beri minum air tea lagi. Habis je, terasa badan ringan sikit. Patutla boleh ketagih urut-urut di Thai Massage ni. Seronok kalo selalu mai sini. Hahaha. I pun duk fikir macam nk repeat. Tapi x leh selalu. Apapun, what an experience. Thai Odyssey ni ada banyak cawangan dia. Untuk cawangan yang terdekat, boleh lihat di FB page THAI ODYSSEY atau website dia thaiodyssey.com

Dibawah ni range harga tp time ni still ada GST lagi. Harga sekarang mungkin a bit different. Ada dua jenis massage. So kalo sakit2 badan tu, boleh la try bermassage di Thai Odyssey. I teringin nk buat foot massage jugak. Tu next trip la. Hehehe.

PRICE RANGE..TIME NI ADA GST LAGI

Address: Lot B1-7 & 8, Basement 1, IOI City Mall, IOI Resort City, Putrajaya, 62520 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Phone: 03-8959 8977




1 comment:

  1. mmg seronok bila dpt pi massage ni sbb bg kita release stress penat keje...nasibaik lucky you dpt slot tu..thai odysey ni sure rmi custtomer mmg kena buat reservation..melainkan mcm Manjakaki Foot Reflexology bole je walk in..slalu pi sini je kalo rs lenguh2..tkde la mahal dlm 50++ tp kalo p tmpt mahal ni mmg best skit la..pernah juga massage kt spa cyberjaya resort spa...dkt 300++ juga tp nasibaik menang contest..merasa la spa mahal hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...