Wednesday 30 August 2017

Aktiviti Hujung Minggu : Lego Mural Terbesar Di Malaysia @ Sunway Pyramid

Weekend lepas, saja ajak husband pergi ke Sunway Pyramid. Ada terbaca dari blogger-blogger yang lain pasal event ni. Teruja jugak la cause dia berasaskan lego. Anak2 I memang peminat lego lagi2 anak sulong I, Ziyad. Kitaorang dari kenduri kahwin time tu. Alang-alang dah keluar, ajak terus pg event tu. Husband pun on jerr..

Event ni, berlangsung di Orange Concourse, from 22nd August – 3rd September. So sesiapa yang belum datang lagi ke event ni, sempat lagi tau. Lego Mural dia, adalah replica gambar Tunku Abdul Rahman dari zaman Kemerdekaan Malaysia, 31st August 1957. Memang awesome giler. Cara diaorang susun lego tu ikut gambar. Mural ni di masukkan dalam the Malaysia Book of Record sebagai “The Biggest Mosaic Made of Lego Bricks”. Terdapat dalam 160,000 brick lego tau dalam mural ni. Lego tu pun, I perasan pakai 4 jenis kaler jerr... Memang tersangat awesome. 

REPLICA MURAL TERBESAR DI MALAYSIA

Selain itu, terdapat juga pelbagai Malaysian Landmarks dan Cultural Icons sepanjang event ni berlangsung. Pelbagai iconic landmarks yang di displaykan dan semua di hasilkan dengan LEGO bricks. Antara yang ada: 

A'FAMOSA FORT
CRYSTAL MOSQUE
PARLIAMENT MALAYSIA
ANGKASAPURI
IPOH RAILWAY STATION
TAIPING LAKE GARDEN
BOH’S VOSITOR CENTER
MUZIUM NEGARA
& MANY MORE.....

Semua iconic landmark yang I tengok, semua memang terbaik la. Paling win bila Ziyad panggil I..dan tunjuk “ Mama, mama, office mama la”…hahaha..ada jugak replica kat situ. Kalo la diaorang ada jual, mesti I beli punya la. Replica bangunan TM yang diaorang buat ni version kecik sedikit. Kalo ada jual confirm laku.  Leh buat dan simpan dekat meja office. Hahaha.

MY OFFICE..MENARA TM

Antara yang menarik perhatian I, AFamosa Fort, Taman Tasik Taiping, Rapid KL, Parlimen..tp kan, kalo korang tengok betul2..ada pelbagai watak tau dalam bangunan tu tau..lagi2 dekat bahagian bangunan Parlimen Malaysia..ada sesiapa??? Jeng jeng jeng..pak guard dia semua ahli Star Wars..hahaha..comey jer diaorang ni..husband I memang jenis teliti. Sampai ke dalam bangunan tu dia usha..

PARLIMEN

TETAMU ISTIMEWA..HEHE

RAILWAY STATION

LAGUNA REDANG

MASJID CRYSTAL

PELBAGAI MINI REPLICA BANGUNAN ICONIC DI MALAYSIA

A'FAMOSA FORT

TAMAN TASIK TAIPING

X INGAT LAK YG NI..HUHUHU..JJCM KOT TAJUK DIA..

ONE MALAYSIA

Perempuan “Wild Style” dari The Lego Movie tu pun. Kalo x silap, pergi ke Muzium Negara. Hahaha. Memang win la diaorang ni. Memang seronok la. Lama jugak kitaorang usha tiap satu landmark tu. Benda2 yang jarang jumpa (in lego form) pun ada. Contohnye, ikan pari, stroller, semua dalam bentuk lego. Quite interesting.

MUZIUM NEGARA

Ada juga contest untuk kanak-kanak sepanjang event ni berlangsung. Tp kena daftarkan nama anak dulu. Ada timing tau. Menarik la. Anak I nk masuk tp dah full. Nak booking nama tu pun ada timing dia. Games dia pulak, dalam range 45 minutes. Ada 3 acara kesemuanya. Quite interesting la. Coz session tu dah penuh, so x dpt la dia nk join. Sedih jer muka dia bila inform x leh nak join. Next time ye sayang. Xpe, lepas ni kita ke?? CARS 3 Roadshow.


Ni dalam entry seterusnye nanti ye. So kengkawan, apa  lagi..jom ke Sunway Pyramid!!!


Monday 21 August 2017

Drink Up with Cool Blog!!

Pernah mencuba Cool Blog??

Cool Blog merupakan salah satu chain minuman kegemaran kami anak beranak, lagi2 bila makan tengahari di Presint 8 Putrajaya. Ada satu kiosk Cool Blog di kawasan Food Court Presint 8 tu. Tapi sekarang I x sure kiosk tu ada lagi ke x..lama x pi makan dekat situ..huhuhu..Cool Blog ni selalu didatangkan dengan perasa-perasa yang baru.. Tp yang sentiasa menjadi pujaan hati adalah Banana + Orange yogurt. Walaupun combo Banana+Orange tu nampak macam pelik sikit, tp seriously memang sedap giler..di tambah pulak dengan base yogurt..terasa kelemakan dia dekat situ. Combo ni, husband yang mula2 order..Lepas tu, tiap kali datang ke Cool Blog, mesti x tertinggal order Banana+Orange Yogurt. Selalunya kitaorang akan order satu yang berbubble dan satu lagi yang biasa cause anak2 I x berapa gemar yang ada bubble-bubble tu. So selalunya yang menjadi permintaan anak-anak..apa2 yang ada chocolate, strawberry atau yang honeydew..Setakat ni, semua perasa yang i dah cuba, x pernah yang x sedap..Memang citarasa tekak I la..

Mission Cool Blog 
"Cool Blog mission is to provide customer the finest quality of dessert and beverages in the most efficient time. To derive satisfaction of "Thanks", "Smile" and "Gratitude" from every Cool blog customer" - cool blog website

Dekat Cool Blog ni, ada pelbagai perisa tau. Dan boleh pilih dari pelbagai base yang Cool Blog sediakan:-
Black pearl
Ice Blended
Juice Blog
Milk Shake
Smoothies
Tea Blog
Yogurt
Oreo Blog

Then, choose the flavors. Kalo nak add toppings pun boleh. Boleh choose from the variety yang diaorang ada. 

Hari tu, I sempat singgah di Cool Blog Tesco Kuala Selangor. I balik kampung sekejap kerana ada urusan sedikit. Memang ada banyak sangat perisa.Cendol & ABG Blog puna da tau..My two picks that day..their latest flavors, - Minty Choc from the Oreo Smoothies series dan of course, my Banana+Orange yogurt x boleh tinggal. Hahaha. Always my fav. 

CAWANGAN TESCO KUALA SELANGOR

KIRA-KIRA CALORIE

BOLEH CHOOSE FROM THEIR VARIETY OF BASE DRINKS

MALU-MALU PEKERJA DIA BILA I MINTAK NAK MABIK GAMBO..COMEY JERR

First time rasa Minty Choc ni, seriously memang sedap. Not bad jugak taste dia. Time tu, choc syrup dia xde so dia gantikan dengan choc chips. Memang sedap. Rasa macam makan ice cream Mint Chocolate Chip tu. Ni first time beli dari Oreo Smoothies series. Boleh repeat order balik untuk yang ini..this one I really like. Ada juga perasa yang lain macam Banana Choc Oreo. Ni pun nampak macam menarik. Next time pulak nak try. 

PHOTO SHOOT SIKIT.HAHAH..MINUM TIME HUJAN PUN SEDAP!!





Apa lagi u ols. Jom try Cool Blog. Ada banyak location tau. Boleh check location dekat sini ye : COOL BLOG Outlets


The latest addition to the family – NEW Oreo Smoothies Series – Minty Choc and Banana Choc.
Dari segi harga, for me memang reasonable Tu sebab selalu beli dua..hahahaha..

THE LATEST PERISA..CUBA TAU..JANGAN X CUBA..


Memang kena cuba tau. Setakat ni semua yang i cuba, semua sedap. Harga pun x mahal. Berbaloi sangat-sangat!!

#JOMCOOL WITH COOL BLOG

💖💖

Friday 18 August 2017

My Google AdSense is approved!!

Wah!! Rezeki di pagi Jumaat. Bangun2 dari tido, perasan ada email dari Google. (Nampak sangat bangun tido terus capai phone..hahaha) It turns out that my application for Google AdSense have been fully Approved. Yahoooo..

I sebenarnya x tau sepenuhnya lagi pasal Google Adsense ni. Kena buat homework sikit lagi la.
So what exactly is Google AdSense??

AdSense (Google AdSense) is an advertising placement service by Google. The program is designed for website publishers who want to display targeted text, video or image advertisements on website pages and earn money when site visitors view or click the ads” -Google

Banner akan diletakkan di dalam blog. So readers yang datang ke blog dan klik dekat banner tu, akan mendatangkan Kaching-Kaching ke dalam akaun si empunya blog..

I pun baru je start berblog ni dari tahun 2013 dan start active berblog start dari tahun 2014. Itu pun ada masanye dalam sebulan, berapa entry je yang dapat i tulis. Kena rajin sikit tahun ni..hehehe. The intention for my blog, adalah untuk share my journey dan juga to keep it as my diary. I jenis yang pelupa..so kalau ada blog ni, boleh la baca balik kenangan-kenangan yang lama-lama..flashback gitu!!

Terbaca dari ramai bloggers yang mereka register untuk Google AdSense ni. Jadi I pun cuba la. Salah satu cara untuk dapatkan xtra income kan.. I xde menaruh harapan yang tinggi pun coz I baca ramai jugak yang kena reject berkali-kali then baru di approve. I ada jugak baca tips-tips dari blogger-blogger yang lain mengenai cara-cara untuk di approvekan oleh Google. I improve mana yang mampu. 😉

Hari isnin hari tu I start register. So agak terkejut jugak la pagi tadi bila diterima. Dalam masa 4-5 hari dah dapat reply balik. Compare dengan bloggers-bloggers di luar sana, rasanya my blog ni banyak lagi yang perlu diperbaiki.  Apa pun, THANK YOU so much GOOGLE for giving me this opportunity!! 


Ni baru first phase. Ada phasa-phasa seterusnye. Hopefully 2017, dapatla buat xtra cash sikit. Amiin!!
So guys, wish me luck ok!! 😉💗





Tuesday 15 August 2017

Flower Delivery by The Flower Affair

Kami sebenarnya nak surprise kan our ex-boss dengan a bouquet of fresh flowers. Sempena Birthday dan juga farewell la. Tp farewell hari tu, kitaorang dah buat lunch besar-besaran di Outback Nu Sentral. Tapi time tu xde bagi any gifts pun. So this time around,  just nak appreciate more by giving flowers to her. So, antara tempahan bunga yang kitaorang usha, adalah by The Flower Affair. Owner dia, kitaorang kenal. Dulu satu tempat kerja. Tp dia dah keluar dan bukak kedai bunga online. 

Boleh usha IG dia – @thefloweraffair. Ada macam2 jenis gubahan tau. Kalo tengok dari IG dia, memang rambang mata sangat. Kaler bunga pun ada pelbagai. Semua menarik dan cantik2. Ex-boss I ni, pernah bagi tau, dia jarang dapat bunga..department I ni, ramai perempuan..so sometime, budak2 office ni, ramai jer yang dapat bunga, samada yang dah kahwin atau yang anak dara lagi la..so ex-boss pernah la menyuarakan yang dia jarang dapat bunga..tu yg this time kitaorang nk bagi pulak..so birthday dia kali ni, saja la nak surpisekan. 

Antara gubahan2 yang ada id IG The Flower Affair. Kalo berminat, boleh whatsapp terus ke 
019-2286225



I LIKE THIS COMBO COLOR. REALLY SWEET

Mula2 nk belikan rose..last2 belikan bunga yang lain. Ni hasil dari pemilihan kitaorang..nice kan..sweet sangat..kalo ada orang bg kat I bunga cam ni…best nye..mengharap saja la..huhuhu..kalo gian sangat..beli tuk diri sendiri..hahahaha..tp kalo i, i x mau red rose. I suka kaler bunga pastel-pastel gitu..cantik gilerz!!



TWO BOUQUET OF FRESH FLOWERS..LOVE THE COMBO OF THE COLORS. MADAM PUN PAKAI PINK HARI TU. MEMANG KENA LA DENGAN KALER BUNGA2 TU..

Kitaorang request to deliver at a specific time n place. Memang sampai right on que rr..terbaik la runner dia. Time sampai tu, terkejut jugak la ex-boss kitaorang. X menyangka langsung. Memang dari reaksi muka dia, leh nampak la dia speechless. Tetibe 2 bouquet bunga datang mai. Segan dia nak bawak balik. Berjaya kali ni tuk surprisekan Madam. 

To “Madam”, all the best n Happy Birthday!! 

Jom follow IG dia - @thefloweraffair. Ada macam2 gubahan di situ. Price kena PM sendiri dengan tuan empunya badan la ye. K. bubbye!!

Tuesday 8 August 2017

Lunch @ Botanica & Co Bangsar South

Awas ye..entry ni banyak gambar..😉😉

Kitaorang plan nk belanja ex-boss kitaorang aka Madam, sempena birthday dia. Walaupun office kitaorang ni, ada excess LRT, tp still kalo boleh, nak cari yang dekat2 jerr. Kitaorang ni dah selalu pergi Nu Sentral (sampai dah x tau nak makan mana), so kali ni kitaorang tukar angin sikit. I sebenarnya x tau pun pasal kewujudan tempat ni. Member office yang recommend coz sebelum tu, ada geng2 office yang lain ada buat sambutan birthday kat situ dan review ramai yang kata makanan dia sedap2 belako. Tempat pun best. So, kitaorang decide, for Madam’s birthday, to celebrate dekat Botanica & Co Bangsar South. Dari office, semua naik grab car. Cepat je sampai.

BOTANICA & CO BANGSAR SOUTH - THE VERTICAL

Kitaorang walk in jer hari tu coz katanya no pre-booking. Memandangkan kitaorang ramai, so x leh nk duduk dalam. I usha, kawasan dalam resto ni nampak classy giler. Tp xpe la. Kitaorang dapat kawasan di luar. Senang sikit nk buat bising (gossip yang lebih)..

Makanan dia dekat sini, western. Dan semua nampak menarik. I memang dah aim nk makan salad. So I xde nak pandang menu yang lain lama2 (takut hati berubah..heheh) so terus order salad..Diaorang kata portion besar, so kitaorang ramai2 share. Masing2 buat group kecik so I group 4 orang, order 3 makanan jerr..tp seriously, portion memang besar. Kalo tangki perut besar, xde masalah la kot. Tp kalo x..sila la share2 ye..bila share, lagi banyak jenis makanan leh cuba.

Disini, all diners dapat complimentary water. Air dia dekat sini, for me a bit expensive. But rata-rata yang order, semua kata sedap..lagi2 asam boi mojito..(gambar mojito ni xde la pulak..huhuhu)

MENU

MENU

HAHAHA..NMPK PULAK BAYANG-BAYANG TANGANKU..

So, lets see what we ordered that day..

Ada dua jenis salad yang kitaorang order. I ordered the Caesar Salad with Add on Chicken whereas the other one, is Asian BBQ Salad. Dua2 ada distinct flavors. But for me personally, I prefer caesar salad. Definite a win dish for me. Asian salad dia pun quite nice. Really appetizing. Memang sedap la..

ASIAN BBQ SALAD

ASIAN BBQ CHICKEN SALAD + ARRABBIATA RIGATONI

THE BOTANICA CAESAR SALAD


Another item on the menu yang for me is also a win dish..is the Pizza..mak aii..seriously sedap wei..Yang ni, namanye Maui..very cheesy. Seductive tau. One piece x cukup. Dah la besar portion pizza dia..kalo sorang, memang x dpt nk habis la. Kalo salad td, insyaAllah makan sorang leh habis..hehehe

Fries and chips dia pun sedapp..homemade semuanye..


MAUI - RM33.00

I xde merasa semua dishes. Another recommended dish is this. Tuan makan nye kata sedap giler..I tengok pun terliur. Besar betul crayfish dia..

SPICY CRAYFISH AGLIO OLIO

CHICKEN PARMIGIANA

DONT KNOW WHAT THIS ONE IS..HEHEHE

HALIBUT FISH N CHIPS

ULTIMATE STEAK SANDWICH

BO & CO ROTISSERIE CHICKEN

PEACH & LIME SODA RM17.00

ROOT BEER FLOAT RM17.00

Overall..for me, even for that price, I will definitely come back. Sooonn If possible..hahaha.. I want to eat the salad again!! Bila balik jer office, semua satisfied giler..semua dah plan nak makan situ lagi..hahaha..What a lunch. Really awesome lunch with awesome friends. BTW…Happy Birthday Madam..muah cikit..hehe 

Address: G5 Podium, The Vertical, Bangsar South City, No.8 Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 16-965 6422



Tuesday 1 August 2017

Aktiviti Riadah Hujung Minggu : Taman Tasik Shah Alam

Saban minggu, kitaorang mesti pening memikirkan nak bawak anak-anak pergi beriadah/bermain di mana. Sejak puasa dan raya hari tu, dah jarang dah nk bawak diaorang pergi main di taman atau playground. Bulan Syawal hari tu, tiap minggu mesti penuh dengan open houz dan jemputan dari kawan2. Memang x menyempat nk bawak diaorang pi main. Dua minggu lepas, lepas habis open houz semua..kitaorang gerak pergi ke Shah Alam. Nak pergi PKNS Shah Alam je pun. Pergi ke kedai Ustaz tu..cari cover handphone dan tinted sekali. Cawangan Ustaz dekat PKNS ni rasanya macam baru lagi. X snap2 lak gambar dalam kedai Ustaz tu..ramai dalam tu..a bit crowded sikit la..tp best la kedai ni..banyak option compared to kedai2 hp lain yg i dah pergi..

Lepas jer shopping2 dekat PKNS tu (siap beli baju kurung lagi tau..hahaha), terus pergi cari port dekat Taman Tasik Shah Alam. Penuh kerete berderet parking sepanjang luar tasik tu. Ternampak ada satu taman playground yang menarik. Yang berdekatan sedikit dengan PKNS. Tp memang xde parking yang berdekatan. So kitaorang pusing dan pergi ke bahagian taman yang berdekatan dengan wet world tu. Nasib baik ada kereta yang keluar. Rezeki petang tu..

Playground dia agak besar jugak la. Simple jer design dia. Tp a bit run down sikit. Swing dia pun i nampak dah bergerak2..bahaya gak tu..next time nk pergi ke kawasan playground atau mini outdoor gym belah tasik yang sana..yg berdekatan dengan PKNS.. Yg itu nmpk mcm baru sedikit rasaya. Itu pun i usha2 sikit dr dalam kereta..X dpt snap gambar pun.




SIMPLE PLAYGROUND

Si Ziyad n Lily terus terjah ke playground. X sampai 5 minute, Ziyad dah muntah. Aduh anak mama ni. Excited sangat..habis keluar balik ice cream mcd yang br makan td. Cheh. Ada angin kot dlm perut..so kitaorang x bg dia main playground sangat. Lily jer yang main. Kitaorang pasang tikar dekat2 dengan playground. Sebelah kitaorang, pakcik jual bubble tu..so I bg la Ziyad n Lily main. RM5 jerr..leh la..Uzayr lak moody. Main playground pun x nak. Duduk n makan jerr..main bubble pun x nak. Time suh jalan2..x mau pulak..aduh..perangai pelik pulak petang2 tu..

BG CHANCE BUDAK2 MAIN

BUBBLE RM5..

Seronok tengok budak2 main bubble..senang nk monitor..main berdekatan saja kan..petang tu, agak ramai jugak pengunjung..yang main paddle boat pun ramai. Meriah tau. Memang hot spot untuk family2 datang bawak anak-anak pergi beriadah dan bermain di hujung minggu. Seronok gak tengok gelagat ibu bapa n couple2 yang ada dekat situ..hehehe

Kitaorang x lama pun dekat situ..ada la dalam sejam jerr..then kitaorang pun head back home. Next!! Ke mana pula ye..😁😁




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...