Thursday, 22 June 2017

Iftar @ Bora Ombak Marina Putrajaya

First time berbuka puasa di luar untuk tahun 2017. Kali ni, dengan geng-geng office mate mr hubby. Diaorang tempah dekat Bora Ombak Marina Putrajaya. I pun x tau pasal kewujudan restaurant ni dekat Putrajaya. So I teruja sangat untuk pergi. 

Balik kerja je terus bersiap untuk keluar. Sampai dalam pukul 650. Parking luar limited sikit so kitaorang parking dekat basement bawah. Dekat situ yada banyak giler parking. Marina ni bersebelahan dengan Pullman Putrajaya.

Tema Buffet Iftar : Jom Kenduri

ENTRANCE YANG GRAND

First impression masuk ke Bora Ombak, I macam tergamam..Setup dia macam setup kenduri kahwin. Seriously deco-deco dia memang lawa giler la. Dengan lampu biru dia, memang nampak romantik2 gitu. Really love the atmosphere. Kitaorang dapat seating bersebelahan pintu untuk ke stall2 makanan di luar. So senang la jugak nk ambik makanan. Nk monitor anak-anak pun senang. 
Nasib baik malam tu, anak-anak i makan banyak. Lagi-lagi Uzayr. X henti-henti sumbat makanan dalam mulut. 

MASUK-MASUK JER ADA CHANDELIER BESAR DI RECEPTION DIA

CANTIK SANGAT SETTING. 

Dari segi variety, memang banyak la. Untuk harga RM55++ for me not bad la. Cepat jugak diaorang refill makanan. First plate, I ambik nasi dan lauk-lauk. Lauk-lauk dia for me biasa. Xde yang standout. Time waktu hampir nk berbuka, so ramai beratur. So I ambik mana yang senang nak capai dulu. Ada bahagian untuk nasi beriyani semua. Memang panjang nk beratur. 

YANG HABIS TU KUPANG. lEPAS HABIS KUPANG, DIA GANTI DENGAN KERANG PULAK

SAMBAL SOTONG & REBUNG MASAK LEMAK

Salad bar dia memang best la. Banyak giler sayur-sayur dan kerabu. Banyak pilihan. Sedap-sedap lak tu. Pecal, sup kambing dan bubur lambuk pun ada. Ni pun berkali gak I tambah. 

KERABU

MIX SALAD

Ada jugak stall2 dekat bahagian luar. Ada murtabak, roti bom, grilled chicken & lamb, ABC corner, mee sup, mee kari, kueh teow goreng dan macam2 lagi. Paling win for me, kueh teow goreng dia. Dua kali kot I tambah. Memang sedap. X snap gambo dia pulak..aduh. Malam tu memang full house. Ramai sangat. 

MEE SOUP / MEE KARI

MURTABAK, ROTI BOM, NASI GORENG

POPIA, ROJAK

Desert dan kuih muih dia pulak, I x banyak ambik. Yang I makan pun, for me, x berapa best..huhuhu..ke tekak I aje. Tp ada banyak pilihan. Air pun sama. Banyak pilihan dan cepat di refill. Pantas.

DESERT..

Overall, for me, just nice la. I x dpt nak merasa banyak. Anak-anak semua ngendeng dekat i. Payah sikit nk makan. Beriyani dia I x ambik so x leh nk komen..yang lain, not bad la..untuk harga dia dengan atmosphere dan makanan, for me, worth it. Surau n toilet pun dekat..so semua kemudahan memang dah ada. Siap ada live performance tu..terbaik la..

3RD PLATE

1ST N 2ND PLATE

PLATE ORANG SEBELAH..HEHEHE..BERIYANI

I ambik 3 kali jerr..yang lain share dengan mr hubby. Bulan puasa ni, jarang minum air berais. Bile minum malam tu, esoknye terus bertambah sakit tekak..huhuhuh..
So kepada sesiapa yg nak berbuka di luar, leh jadikan Bora Ombak ni as one your venue choices. Really really Nice!! 



Selamat Hari Raya u ols!! ❤❤💙💙

2 comments:

  1. yummeh banyaknya makanan sedappp. cantik tempat dia

    ReplyDelete
  2. time baca post nih dah raya, tetiba rindu plak kat Ramadhan.. hee~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...