Tuesday, 20 June 2017

Apabila Washing Machine Rosak

Tajuk entry macam nk tulis karangan sekolah pulak rasanya..hahaha. Ini sebenarnya al-kisah 3 minggu lepas. Pagi-pagi duk nak basuh baju, tup2 tengok dah x leh rinse and spin..try banyak kali, x jalan gak. Hanya boleh membasuh saja. Malam sebelum tu, kitaorg keluar sekejap, pergi ke kedai barangan elektrik. Nak mencari aircond sebenarnya.Dalam kedai tu, I banyak gak usha mesin basuh. Saja mengusha. X berniat pun nk membeli mesin basuh yang baru coz tau yg sedia ada tu elok. Mesin basuh tu dah 7 tahun okey and this is the first time dia rosak. .Kira bertahan jgk la kan. I membasuh tiap hari kot. 

KESAYANGANKU

So bila tetibe start rosak, I duk terfikir..macam mana la dia tau yg semalam I duk usha mesin basuh baru..huhuhuhu..kekedang tu kan, duk rasa barang2 sekeliling kita ni macam ada perasaan lak..bila kita start terfikir nak membeli yang baru, barang yag lama start buat hal..terus rasa down bila rosak tu. Huhuhu..

So bermula la episode memerah baju secara manual..penat wei..memandangkan mr hubby cian tengok I memerah..malam tu, dia gagahkan pergi ke Coin Laundry..nasib ada yang dekat dengan rumah..seronok pulak dia..seguni beg dia bawak..hahaha..alternative sebelum mesin basuh ok balik. Ni kira first time jgk la kitaorang guna coin laundry service ni. I x pernah guna lagi tp dari apa yang mr hubby bg tau, rasa macam senang dan best. Balik jer dari sana, duduk cerita gelagat orang membasuh. Dia duk pesan, jgn basuh underwear n bra ye dekat sana..coz ada sepasang suami isteri tu membasuh dekat sana..bra dia tersangkut dalam tu..so semua org nampak bra dia. Dia nak cabutkan bra dari situ pun dah satu hal lain..aduh..x leh bayang..kalo i..mesti malu giler wei..

Esok nye, mr hubby duk usha repairman..so last2 dia jumpa this one Chinese guy. Dia quote harga yang ok. So dia check2 mesin basuh tu..memang ada issue la..x lama pun dia repair..dalam sejam je gitu..lepas tu, elok dah..yippee..dia charge dalam RM160 siap sekali barang. Ada benda jugak dia kena tukar..maklum la dah 7 tahun x pernah tukar barang part2 dia..mesti ada yg run down sikit. So now, mesin basuh dah elok kembali..fuhh lega. Kalo x, jenuh la pulak nak memerah satu persatu..

*psst..baju raya dah basuh..x sabar nk beraya dah ni..hehehe

No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...