Tuesday, 24 June 2014

Bengkak Kaki semasa Hamil..

Mengalami bengkak kaki semasa hamil??

Satu hari ni, adik i datang mengadu, kaki dia bengkak..Memang ketara sangat bengkaknya..Dia baru nak masuk 3 bulan pregnant. Awal jugakla dah diserang sembab kaki ni..Semalamnyer dia seharian berjalan kat KLCC atas urusan kerja. Balik dari KLCC..terus kaki dia bengkak..Bengkak nye pada sebelah kaki sahaja..

Hari ini i nak story mory pasal sembab kaki semasa hamil..& tips2 untuk elak kan sembab kaki ni..

photo credited by google
Apa yang dialami dipanggil Edema, iaitu satu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil. 

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

Malangnya, edema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 

Tips-tips Hindari Sembab / Edema (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil 

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

•Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.

•Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).

Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.

•Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.

•Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

•Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.

•Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

•Pakai kasut yang selesa. Jauhi heels ya!!

•Pengambilan supplement – Calcium magnesium dapat membantu mengatasi masalah sembab air..

Boleh mencuba dengan supplement --> Shaklee Ostematrix..
Mari kita lihat apa yang terkandung dalam ostematrix ni..

Ostematrix
Kalsium - daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi - 1,000 mg (100% DV)

Magnesium - 400 mg (100% DV) - untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

Vitamin D - 400 IU (100% DV)  - untuk merangsang penyerapan kalsium

Boron (3mg) - membantu dalam metabolisma tulang

Mangan, copper & zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Jom cuba!! Insyallah dapat membantu ibu-ibu hamil dengan issue kaki sembab & juga cramps di waktu malam..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...