Friday, 28 July 2017

Office Birthday Treat @ DubuYo Nu Sentral

Terharu sebenarnye yang geng-geng office nak belanja makan sempena birthday hari tu. Diaorang tanya nak makan mana? I time tu ada teringin nak makan Korean food. So last-last semua setuju, untuk pergi ke DubuYo dekat Nu Sentral. Kami bertujuh hari tu. Ada jugak yang first time datang ke DubuYo. Dekat office I ni, x ramai peminat Korean food. Tp semua jenis berani nak mencuba. Aja-aja fighting!! hahaha..xde kena mengena..kenapa i suka korean food?? coz i dibesarkan dekat sana. I sekolah dekat seoul..so reminds me a bit of my childhood walaupun dulu xde la makan korean sangat..

Kitaorang dah dpt mengagak yang mesti ramai hari ni dekat Nu Sentral. Maklum la, gaji masuk..hahaha. Mesti ramai makan luar punya la. Tp nasib kami baik hari tu. Ada tempat. Cun2 jer untuk kami bertujuh. Kami terus terjah lunch set menu dia. Lunch set dia dah termasuk sekali dengan banchan & Air. Tp banyak lagi pilihan, selain dari yang ada dekat lunch menu. 

LUNCH SET MENU

Dah lama jugak x menapak ke DubuYo ni. Memang jarang2 la datang sini. Makan dengan hubby pun pernah sekali jer..hehehe..kimbap dia not bad gak rr..i like the sauce..Member yang first time datang tu, last2 dia mabik spicy seafood ramen..katannya sedapp..sesuai dengan tekak dia la..inti ramen dia pun banyak..member sorang lg ni..tiap kali datang sini, mesti duk order honey bulgogi chicken..katanya yg lain x leh masuk..yg penting..mahu mencuba ye kawan2..

WEDNESDAY..ADD RM3 FOR THIS WITH 4 MEALS

SPICY SEAFOOD RAMEN..YANG NI PUN BESAR..MEMBER X HABIS PUN MAKAN

HONEY BULGOGI

SOONDUBU KIMCHI JIGAE

Hari tu, I confius sikit nak pilih nak makan apa. Mula-mula nak makan Kimchi Jigae..tp last2 I pilih, Yukgaejang. First time try dish ni dekat DubuYo. Service hari tu, agak lambat jugak la. X sure kenapa boleh jadi lambat. Tp kami redha jer la.. Dish I pulak, yang terakhir sampai. Yang lain, semua dah separuh nak habis dah. Huhuhuhu..Banchan dia hari tu, tauge, kimchi dan sweet potato kot..x sure lak..hahah..tp quite nice la..

MY DISH..BESAR KAN

Bila dish I sampai jer..i terkejut jugak..besar nye mangkuk dia. Boleh habis ke ni?? Hahaha..Aduh. dah la panas giler soup dia..terkial-kial I makan. Tp seriously memang sedap..soothing jer rasa dia. Sedap makan soup2 panas ni..banyak pulak tu bahan2 dalam soup tu. Base dia glass noodle dan beef la. Yang lain, sayur2. Tp memang jenuh la nak menghabiskan semua..last2 memang x habis la..i dpt makan ¾ jerr..sorry la..memang kenyang habis. 

Geng2 office jugak ada membeli cake slices dkt secret recipe..awww..sweetnye diaorang ni..thanks tau..

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Sorang jer yang dapat habiskan semua..yang lain mostly ¾ la habis. Portion semua besar2. Berbaloi la dengan harga lunch set dia.  Dah lepas gian dah makan korean..

Thanks gals for the birthday treat!! Muah cikit semua ❤❤ 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...