Friday, 28 September 2018

Lunch @ Nasi Ayam Hainan Chee Meng Old Klang Road

Apabila geng ofismate mengidam nk makan Nasi Ayam Hainan, kitaorang layan kan jerr coz kami pun nk makan sama. Hehehe. I memang peminat Nasi Ayam Hainan tapi susah nk jumpa yang betul-betul kaw!! I tak pernah dengar pasal kedai nasi ayam ni tapi katanya agak femes jugak. Mungkin coz I x berapa kenal sangat area Old Klang Road ni. Jarang kot nk datang sini. Member sanggup tu nk drive ke situ semata2 utk makan Nasi Ayam. Berpandukan waze..sekejap jer kami sampai. Parking agak limited coz kedai dia tepi jalan sikit..double park la..tp owner kereta semua kat kedai makan. So senang la. 


Time kami sampai, x ramai lagi..tp boleh pulak terjumpa orang2 yang kami kenali dekat situ. Wah, ramai yang tahu rupanya pasal kedai ni. So, apa yang best kat sini, of coz la Nasi Ayam Hainan dia kan. I order Nasi Ayam Steam and add on Tauge masak sos tiram. I kalo makan Nasi Ayam Hainan, suka makan dengan Tauge. Ada yang rekomenkan Kerabu Mangga dia, katanya kat sini agak sedap. Next time kalo datang, leh try order Kerabu Mangga dia pulak la. Ada pelbagai menu kat sini. Bukan setakat Nasi Ayam je..Leh usha menu dia ea..

MENU

MENU

HALIA DAN SOS MERAH..

Semua order Nasi Ayam kecuali sorang tu, dia order Kueh Teow Goreng, tapi katanya macam hangit sedikit. Muka dia sedikit kecewa jer..Kami yang makan Nasi Ayam ni, muka masing2 teruja jer. Lagi2 memang tengah lapar..Hahaha..

SET NASI AYAM..X TEMASUK AIR EA

KUEH TEOW GORENG

For me la kan, Nasi and soup dia biasa saja. Tapi yang “kaw” dekat sini, sos merah dia tu. Spicy tapi addictive tau. Halia tumbuk dia pun just nice. Portion wise for me ok. Kenyang giler hari tu. Lagi2 coz I tambah tauge tu. I memang peminat tauge. Tauge Sos Tiram dia not bad la. Crunchy dan masin2 sikit..sesuai makan dengan nasi ayam. 

TAUGE SOS TIRAM

ROASTED CHICKEN

Kami add on Roasted Chicken gak. Saja nk mencuba. Not bad gak. Tapi i prefer yang steam la. 
Price range dia dekat sini, average saja. Service pun cepat. Kalo Nasi Ayam lambat..memang payah la kedai nak servive. Service tip top. Kami x lama pun coz orang dah stat ramai..habis jer, terus kami bayar and chow. 

MY LUNCH..NAIK BADAN..HEHEHE

Overall..sedap kedai ni. Selepas ni kalo ngidam Nasi Ayam Hainan, tempat ni akan masuk my list la. 
Tapi still misi mencari Nasi Ayam Hainan yang paling sedap..akan diteruskan juga..hehehehe..kalo korang ada recommendation kedai Nasi Ayam Hainan yang sedap..inform la ea..

Address: 1, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 011-2413 0863

K, chow!!!! ☺




Thursday, 27 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest 2

Hey Guys, guess what?? Lazada is having another Shopathon TODAY!! A ONE DAY ONLY Deal. Up to 90% OFF..If you guys missed their previous shopathon, its not too late to take a look at what’s sizzling at Lazada.


Lots of brands are collaborating with Lazada. The best deals chosen by Malaysians. You guys can browse through LAZZMALL to check out the tons of brands and the sale that they are having -->100% Authentic Brands. What are my favorites?? Come and see..
My favorite Top 3 Brands are as follow :-

Maybelline
Maybelline has always been amongst my favourite makeup brands. Since I was a teen up till now, i have bought tons of Maybelline items. I love their lip colors the most. During this Shopathon, they are offering quite the sale. Just look at the below. 50% off guys for lipsticks. I will probably grab two or more.



Anakku
Since my first child, I tend to trust this brand. Not only in terms of clothing but also in children's body care. I love their Anakku Signature Milk Bath. It suits my children's skin. No irritation and soft to touch afterwards. My children loves to use them. All of my three children. I also love buying Anakku as gifts to friends and family. 



Philips
This is definitely my top 3 brands. Lots of my kitchen electronics are by Philips. Bought a toaster last year. Fast Delivery and still in good condition. Used it almost every day. They are also providing lots of exclusive deals during this Shopathon, Don’t miss out and check by their store. Items froms these store are all authentic and if you have issue with the items you can return in within 15 days. Delivery will also not be a problem. Buy today, receive within the nest 24 hours. 


There you go, my top 3 brands. It still not to late to browse through. You can just click here LAZZMALL and starting your shopping experience now. Don't wait till the end or you guys will miss the sale. Happy Shopping Guys!!!





Tuesday, 25 September 2018

Santai Petang di Eco Ardence Labs & Maya Park

Petang tu, dah start renyai-renyai tapi I ajak jugak husband untuk pergi ke Eco Ardence Labs & Maya Park berdekatan dengan Toll Setia Alam. Kami selalu lalu jer coz jalan Setia Alam tu memang jalan kami nk balik kampong. Tp dari arah Meru, kena buat u-turn la. Time sampai petang tu pun, kereta dah ramai dah. Dekat situ jugak, ada Jaya Grocer tapi kami bukan nk shopping sangat pun, Just nk bawak anak-anak jalan-jalan waktu petang. 

Nasib kami baik, dapat parking dekat dengan playground. Kawasan park dia memang sangat besar. Rata2 naik basikal, roller blade, skateboard..environment dia memang best untuk buat outdoor activity. Dekat sini jugak, ada banyak kedai makan dalam kontena. Tapi kami x makan pun, coz petang kan. Xde la lapa sangat. Just beli kudapan saja dan duduk enjoy pemandangan. Banyak jugak kedai makan dekat sini, both halal and non-halal la. Tp comey coz semua resto dalam kontena yang berwarna warni. Sangat ceria. 




MENARIK..KAMI BERJAYA MENGALIH PERHATIAN ANAK-ANAK DARI TENGOK BENDA NI. HEHE




Dekat sini jugak, ada playground yang unique, tapi playground ni more to kanak-kanak yang besar sedikit la. Tapi petang tu, budak terlampau ramai sampai bergesel-gesel bahu. Anak I si kecik pun nk join tp dia duk termenung je coz xde apa sangat yang dia leh main. Cian dia. Abang n kakak dia sampai dah ke bahagian tinggi dah. I risau jer coz nampak kanak-kanak ramai n semua excited. Ada yang tolak2..so kita yang duk bawah ni, berdoa jer la..huhuhu. Nasib semua ok. I pada satu tahap, budak dah terlampau ramai, I suh anak-anak I keluar dari playground tu. Crowded sangat. 

RAMAI PARENTS DUK PERHATI..TEMPAT DUDUK LIMITED..SO KENA BERDIRI

TIME NI BELUM CROWDED HABIS..

Dekat Maya Park ni, ada tasik yang besar, dan tengah-tengah tu, ada walkway dan kubah yang syantik giler. Kalau buat wedding shoot ni, confirm lawa la. Tapi rasanya ramai yang datang sini untuk bergambar coz ada banyak tempat yang unique dan cantik untuk bergambar. Kami pun x terkecuali la. Hehehe. Sempat jugak la berselfie ngan husband. Lama xde gambar berdua. Anak la yang jadi tukang photographer..



CANTIK KAN PEMANDANGAN HAMPIR SENJA

SERIOUS CANTIK!! PANDAI ARCHITECT DIA


U know, there should be more places like this. Memang menggalakkan orang untuk beriadah di waktu petang or at least strolling dekat situ. Pemandangan yang cantik, banyak kedai makan, Jaya Grocer pun dekat, ada padang bola..memang best. Patut orang non-stop je petang tu. Walaupun hujan renyai-renyai tapi still ramai orang.

Memandangkan x sempat nak usha kedai-kedai makan, insyaAllah, akan sampai kesini lagi soon. Sekejap sangat time kami pergi tu. Dah nak sampai magrib, so harusla pulang dah.
K, chow dulu guys.



Wednesday, 12 September 2018

Dinner @ Mee Tarik Warisan IOI City Mall Putrajaya

Cuti empat hari yang lalu, tetibe mr hubby ajak untuk pergi kedai kasut, nk try size sebelum dia nk beli secara online. Kami memang xde plan apa2 pun untuk 4 hari tu. Mula2 nk pergi bercuti, tp bila call and try cari tempat yang dekat2, dah fully booked. So, kami balik kampong saja. Hehehe. So sabtu tu, kami pergi ke IOI City Mall untuk mencari kasut untuk mr hubby. 

IOI City Mall ni dengan rumah, x sampai 10 minute gitu. Ada masa kami datang semata2 untuk ke tesco pun ada. So malam tu, kami x mau makan yang berat2. Tapi serious, ramai giler orang dekat situ. Dengan Family Mart baru bukak nye dekat IOI City Mall, mostly kedai makan memang full la. 
So last2, kami try Mee Tarik Warisan. Mr hubby pernah makan dengan kawan2 dia. I je yang first timer ni. I selalu makan Salam Noodles je kalo bab Mee Tarik ni. 

Menu dia x banyak tau. So, untuk anak2 I, dah confirm la. Soup yang ada ayam. Senang untuk buat pilihan. I lak, order, Mee Tarik Goreng. Mr hubby, order Wet Mee with Ziran Mutton. Air dia pulak, x banyak choice. Lagi2 untuk budak2. So kami pilih, Roselle Tea, Plum Tea and Jasmine Tea. Tp anak I x minum pun, coz diaorang x suka jenis ada “benda” dalam air. Nasib baik I memang ada membawa air kosong siap2 dalam beg. 


PART OF THE MENU

Malam tu, ramai jugak dekat Mee Tarik ni. Tapi nasib baik makanan dan minuman sampai sekejap jer. Untuk Mee Tarik Soup tu, for me, biasa saja. Macam masin sedikit pun ada, or is it just me..tp anak I habis je makan, sampai x cukup. Kami top up dengan mee kitaorang, rendam kan dalam soup dia.

MEE SOUP WITH SLICED CHICKEN

Ni pulak, my Mee Tarik Goreng. Portion wise, ok. Just nice for me. Dari segi rasa, sedap jugak. Tp hujung2 tu I dah start rasa muak sikit. Ke I dah kekenyangan. Tp overall rasa memang sedap la. 

MEE TARIK GORENG

Yang ni pulak, Wet Mee with Ziran Mutton. Yang ni, memang rasa ‘mutton’ dia. Memang sedap..mutton dia pulak, banyak. Memang puas la makan. 

WET MEE WITH ZIRAN MUTTON

Air roselle dan air plum dia pulak, perghhh..rasa macam nk tambah. Untuk tekak2 I and mr hubby, dua2 suka. I ambik the Plum Tea. Tea tu itself memang dah sedap. Campur dengan sedikit plum, memang rasa best. 


So overall, semua kekenyangan. Makanan dia not bad. Dari segi harga, still affordable. Air tea dia sedap. Confirm akan repeat Tea dia la. Ada pelbagai jenis tea lagi. X snap lak gambar menu tea dia. 

Address : LG - 79A, IOI City Mall Putrajaya (belah Home Pro)

K, chow guys

Friday, 7 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest




Lazada Blogger Contest is here again and this time it's the Lazada Shopathon Blogger Contest. I am super excited about this. Their 9.9 Festival Sale has already started from the 6th till this coming 9th September. So guys, you can check out the sale and crazy deals they are having If you guys are interested on the items, just click click click. There are lots of items sold here in Lazada including variety of brands that you guys can choose from. 

Here are the 3 things that I wanted to buy from Lazada...

NO 1. I just started the Korean Skin Care routine, Not the 10 steps ok. I am still currently on 3 step routine. I am a late bloomer when it comes to Korean Skincare rave so right now, I am trying skincare products which can best suite my skin. I am eyeing this cleanser by Cosrx. Most reviews mentioned that this product is pure gold, a keeper. So this is definitely on my bucket list.




No 2. Next, is this storage box for my kids Hot Wheel. He has constantly keep reminding me of how unorganized his hot wheels are on his desk or anywhere around the house so he keeps on mentioning he wanted a box to keep his toy car. This will definitely give him a big smile. Hopefully then, I will not see any toy car lying around the house anymore. 



No 3. Third item, is this pretty Little Pony dress, I understand the Frozen Phase has ended for my daughter, but Little Pony phase is definitely longer, not to mentioned there are tons of Little Pony items sold out there. In Lazada itself, it covers multiple pages of just Little Pony items. I am saving this to buy for her Birthday soon. 



So guys, dont miss out to check Lazada 9.9 Festival Sale. Up to 90% off, more than 100 brands involved. Crazy deals for this 4 days guys. You guys can click here -- Lazada to start off your shopping experience.  

Wish me luck guys for the contest. 


Thursday, 6 September 2018

Lunch @ Killer Gourmet Burger (KGB) Bangsar

Kami nk menyambut tiga orang geng birthday. Atas permintaan birthday girl..kami turuti perintah..hehehe, diaorang nak ke KGB Bangsar. KGB stands for Killer Gourmet Burger. I selalu dengar pasal KGB ni tapi x pernah mencuba la. KGB ni berdekatan dengan kawasan ofis so senang sikit nk pergi. Kalo ajak mr hubby ke sini, agak jauh la kan. Chill out dengan geng2 ofismate. Diaorang ni kaki makan gak..tu yang syok. 

Kami naik grab saja untuk kemari. Ada jugak KGB dekat Mid Valley tapi kai opt untuk pergi ke Bangsar saja. Senang nk drop off and on. Apa yang ada dekat KGB ni..of coz la Burger. Kami keluar awal sedikit, so time kami sampai, xde orang pun. Hari tu, kami dalam 10 orang la, nak belanja 3 birthday girls…

Lama jugak kami nk decide nak makan apa. Sorang je dari kitaorang yang pernah makan sini..so dia la yang recommend. Bila I baca menu tu, I terus cari burger yang ada rasa pedas2 sikit, lagi2 unutk beef, takut I muak makan. So last2 I order Sante Fe. Ada guacamole & Jalapeno. Bg rasa pedas2 sikit. 

MENU YANG PELBAGAI

KAUNTER ORDER

Ramai yang order Tornado Beef and Tornado Chicken. Yang lain, order Bash, Animal Style, Bella Bomb Tower and Truffle’d Swiss. Add on, kami order Texas Jalapeno Fries (Beef) dan jugak Golden Salted Eggyolk Chicken Wings. 

SANTE FE

I ambik set, untuk add on set, tambah Rm6.90 la. I upgrade lagi air, jadi lemonade coz I x mau air gas.Lemonade dia sedap..masam2..i like. Fries dia pulak, I ambil Sweet Potato Fries. Fries dia ada pilihan gak. I citer pasal burger I dulu la ea coz bege yang lain, I sempat try satu jer..Kenyang wei. Mine, Sante Fe Burger (Grilled Beef, Guacamole, Smoked Chipotle Mayo, Crispy bacon and Jalapeno). For me, beef patty dia memang terbaik la. Juicy yang amat. Sekali dengan beef bacon and sos mayo dia, serious I suka. Jalapeno dia pulak, bg rasa pedas2 sikit. Habis wei I makan sorang. Memang sedap. Sweet potato fries dia pulak, perghh…sedap. Panas2 lepas goreng tu kan, memang manis. Crunchy lagi. Ada juga special sos dia..sedap gak..mustard of coz jgn lupa..sos2 leh ambil sendiri dekat meja yang disediakan dekat situ. 

TRUFFLE'D SWISS

Yang ni pulak, Truffle’d Swiss. Member I x habis. Nasib hari ni ada geng lelaki yang mai. So diaorang la tukang habiskan makanan. Hehehe. I try jugak one bite burger ni. Yang ni pun agak sedap. Mushroom dia banyak kot. Tp beef patty dia memang boleh buat orang jatuh cinta. Hehehe. Susah nk jumpa patty yang juicy. KGB nye ni, memang kena la dengan tekak I. 

BASH

BELLA BOMB TOWER

CHICKEN TORNADO

BEEF TORNADO

ANIMAL STYLE

SALTED EGG YOLK CHICKEN WINGS

Salted Egg Yolk Chicken Wings dia sampai kemudian..time tu masing2 dah hampir kekenyangan. I makan dalam beberapa bite jer..for me la kan, salted egg yolk ni macam x berapa kena dengan ayam. Kalo ketam, udang atau sotong, confirm sedap la..tp kami gagahkan jugak habiskan semua ayam2 tu..

YANG NI GENG LELAKI YANG ORDER. STRAWBERRY FLAVOR TU..

TEXAS JALAPENO FRIES

Yang lain, semua kata ok walaupun rata2 I nmpk x semua yang habis, coz portion dia agak besar, kalo set pulak, datang sekali dengan fries. Member sorang tu order Bash. I nampak dia laju gak habiskan burger dia, tp last2 dia kata dia punya agak manis..bila baca dekat menu..ada maple conrflakes rupanya. Wow, macam2 boleh ada dalam burger. Ada jugak bege korean kat sini. Siap ada kimchi dalam bege. Mula2 nak try Seoul Burger which is Caramelized Crusted Chicken with Kimchi Mayo, Caramelized Kimchi and Sunny side egg. Tapi lepas tu x jadi coz takut rasa dia pelik. Hahaha. Ada juga kimchi fries di sini ye. I walaupun diehard fan Korean food, tp bila bab2 fusion ni, i risau sikit. Takut x kena dengan tekak I..but for those yang dah try..kalo sedap..leh inform..

Bila semua dah kekenyangan, its time to panggil grab and balik office. What a satisfying lunch. Dari segi harga, up sikit la, tp memang puas hati. Overall, if you are into burgers, this is among one of those places you should try. I kalo burger, mesti ambil Beef, tp kalo burger Ramly jer, confirm ayam sepcial. Hahaha. 

K, chow guys. 


Address: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2201 1220

Tuesday, 4 September 2018

Lunch @ Ruby Legacy Restaurant Klang

Lama duk usha restaurant ni. So bila usha IG JJCM TV3 tu, keluar la restaurant ni. Pernah masuk JJCM kedai ni. Mertua I memang dekat Klang so time tu memang dah otw nk ke rumah mertua la. So I ajak mr hubby pergi makan sini. Memang late lunch. Sebelum tu teman mr hubby ke kedai pancing dulu. Dalam pukul 3 jugak la sampai. Kenapa restaurant ni antara tempat yang I nk sangat pergi..coz menu dia, memang menu2 kegemaran I. Nasi Ayam Hainan, Mee Hailam, Mee Wantan, Mee Kicap..menu kopitiam. 

Sampai saja, kami customer yang kedua la. Tp x sampai 10 minit, ada 4 lagi family sampai. Ramai jugak late lunch macam kitaorang ni ye..ke diaorang dah start minum petang. Lama gak nk pilih coz banyak sangat yang I nk cuba. So last2, mr hubby pilih Mee Kicap, I pilih Mee Wantan, n anak-anak of coz, Nasi Ayam Hainan. Air dia pulak, I saja try Cham Ais dia. 

MENU


SUASANA KEDAI

Ni Mee Kicap mr hubby. Not bad la rasanya tp dari segi portion, mr hubby macam x cukup jer..kalo perut I confirm kenyang la. Anak-anak time tu x habis pulak makan nasi ayam, so mr hubby la yang habiskan. 

MEE KICAP

Ni my Mee Wantan. Sedap jugak. Pernah try yang lagi sedap la. Tp rasanya antara tiga dish yang kitaorang order, nasi ayam dia kot yang paling sedap. Nasi dia sendiri dah sedap and lembut. Sup dia pulak, sup jernih. Sedap. Sambal dia, memang kick la. Kalo ada tauge ni, confirm lengkap. Hehehe
Cham Ais dia, x sampai separuh, I dah pass dekat mr hubby dah..hehehe..perut kosong, I minum caffeine..terus tangkap kepala. Pening terus. Sejak dua menjak ni, mcm x leh langsung minum kopi..minum sikit pun, dah terasa pening dia..i’ll stick to tea saja la. Dari segi harga, overall for me, still affordable la. 

MEE WANTAN

NASI AYAM HAINAN

SOS YANG SEDAP

Nampak dari sign board dia hari tu, rasa kedai ni macam nk tutup sementara. X sure la sebab nak renovation ke apa. So make sure check IG diaorang atau pun FB diaorang, Ruby Legacy Restaurant for updates ea. Apa pun, lepas ni nak repeat lagi. Nk try toast dia & Chicken Chop Hainan dia pulak. 

K, chow guys!!

Address: Taman Sri Pesona, 41200 Klang, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...