Saturday, 28 July 2018

Birthday Treat @ Botanica + Co Bangsar

I cuti pada hari birthday I hari tu, coz ambil report card anak pada tarikh tu. So geng-geng ofismate, cadang tuk celebrate my birthday, sehari selepas tu. Seronok bila ada orang nk belanja makan. Hehehe. Mula-mula diaorang nk bawak I pergi ke kedai Japanese coz diaorang tau I suka makan Japanese food. Tp I tau ramai x yang berapa makan, so terus tukar tempat ke western. At least makanan western, semua suka, coz ada banyak choice. So tempat pilihan, Botanica + Co di Bangsar. Naik grab je tp time kami nk keluar hari tu, memang tengah jem. So bertabah je la. 

Once sampai, nasib ada tempat. Ni first time kitaorang dapat seating di dalam Botanica. Hari tu asyik dapat seating di luar jer. Interior dia memang cantik. X terambik lak gambar interior dia. Kalo nk dating..mesti best. Hahaha.

I suka salad dekat Botanica ni. Diaorang ada gak Botanica Deli which is just next to Botanica ni. X try lagi tp nmpk memang best la. More to salad. Which is my kind of thing la. Memandangkan kami berlapan hari tu, kitaorang order dalam 6 dishes jer. X leh order sorang satu coz takut x habis. Apa yang I order, their Club Sandwich. First time nk try yang ni. Selalu I order salad jer. Yang best makan ramai-ramai ni, semua makanan dapat rasa. Aglio Olio dia, walaupun nampak innocent, tp pedas wei.

Jom usha gamba..

CEASER SALAD..TELUR TU GERAM JER..NK JE PECAHKAN

CLUB SANDWICH

AGLIO OLIO

Yang ni pulak, Curry Fries dia. First time try, n seriously very addictive. X tau la sebab kami lapa ke apa, tp memang non stop makan fries. I tengok rata-rata pun ramai yang order fries dia. No wonder..memang sedap. Time sampai pulak memang tengah panas2. Syok oo. 

CURRY FRIES

Yang ni pulak, geng2 ni order. I x order air..just air kosong jer coz tengah sakit tekak. Tp dpt la merasa sikit. Tembikai sorbet lebih kurang yang ni. Tp memang manis. Tp bila minum..ala2 di Hawaii gitu. Hahahaha.

YUMMY..BUT SWEET

Last sekali, diaorang order kan Churros, with ice cream..sebagai pengganti kek. Tapi time ni, hampir semua dah kenyang..so nk makan churros ni, dapat makan beberapa suap..manis!!! terkejut coz pekerja dia time bawak ni, sekali dengan nyanyi lagu happy birthday. Malu sekejap. Apa pun, thanks geng. My office mate semua best2, tu yang sampau skang, x tukar2 lagi department. Coz the people and atmosphere sangat best. 

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

What a memorable birthday. Thanks guys!!!

Address: 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Saturday, 14 July 2018

BONDAHAVEN, your Friendly Motherly Breastfeeding Specialist & Spa

Siapa yang x suka dipampered. Sebagai seorang ibu yang sibuk, pagi sibuk dengan hal kerja di ofis, lepas balik  kerja pulak, sibuk menguruskan anak-anak dan hal rumah, everyday is a never-ending story. So bila dapat bernafas sedikit, terasa la badan kita sebenarnya sengal-sengal, sakit pinggang dan sememangnya kadangkala, terasa seperti kehabisan tenaga. So bila dapat extra “ME TIME” boleh la manjakan diri dengan pergi ke Spa dan juga Tempat Urutan yang sesuai. 

Baru-baru ni, I dpt mencuba Traditional Malay Massage di Bondahaven yang terletak di Bandar Puteri Kajang. Bondahaven ni berdekatan dengan Tesco Bandar Puteri. Berpandukan Waze, insyaAllah x sesat. Bondahaven ni terletak di kawasan atas rumah kedai ye. Signboard besar gitu.

No 2-3 , 3rd Floor, Jln Puteri 2A/2,
Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang
Selangor Malaysia
(5 mins from Putra-Mahkota exit on PLUS highway)

Contact Details
hello@bondahaven.com
+603-89122221

WELCOME TO BONDAHAVEN

TEMPAT MENUNGGU

Bondahaven ni, adalah the first Holistic breastfeeding in Malaysia yang integrate sekali dengan Modern Science with Traditional Maternal Care. Urutan and service semua diuruskan oleh pakar-pakar physio yang sememangnye terbaik dalam bidang meraka. Memandangkan I belum pregnant lagi, planning to, tapi belum lagi, hehehe dan jugak bukan sedang breastfeeding, so I ambik Traditional Malay Massage. Ada juga urutan untuk ibu-ibu yang pregnant. Tp di galakkan bagi mereka yang 16 weeks above ye. Yang bestnya disini, meraka akan bertanyakan pasal pressure urutan tu sebelum memulakan sesi. I pilih yang light coz I memang jenis x berapa tahan sangat bab-bab urut ni. Kalo tekanan kuat, ada masa leh mengalirkan air mata. Hehehe. 

SERVICE..I AMBIL TRADITIONAL MALAY MASSAGE

PELBAGAI BARANGAN DIJUAL DISINI

HERBA-HERBA

MINUMAN HERBAL TEA

Dekat Bondahaven ni, bukan setakat ada service spa dan urutan, juga terdapat pelbagai package yang merangkumi selepas berpantang, ketika menyusu, barangan retail pun ada dan juga consultation. 
Hari tu, sebelum memulakan sesi, I diberi minum Herbal Tea. Sememangnya menghangatkan badan dan membuatkan kita rasa lebih relax. Boleh juga upgrade kepada Bird’s Nest, tp ada extra charge RM12. I x pernah try so x berani lagi untuk mencuba. 

LOCKER

HUSBAND & ANAK-ANAK LEH TUNGGU DI SINI..

Dekat sini, barangan kita akan disimpan rapi dalam locker. Kunci pun kita yang akan pegang. Facilities seperti toilet, surau, tempat menyusu, dan juga waiting room untuk husband dan anak-anak menunggu pun ada. A definite eco-friendly place that caters all needs. 

MERENDAM KAKI

Lepas simpan barang semua, I dibawa ke tempat untuk merendam kaki. Sesiapa yang nk buat pedicure atau foot massage, di sini la tempat dia. Sedikit garam akan ditaburkan kedalam mangkuk air, dan kaki kita akan direndam sekejap dalam tu. Bak kata orang-orang tua, kena basuh kaki dulu, supaya badan x terkejut. 

KAWASAN BERURUT DI LANTAI

MY AREA

Then, I terus di bawa ke bilik untuk berurut. Di sini, ada pelbagai jenis bilik. Setiap bilik ditentukan untuk service-service yang tertentu. Untuk yang scrub atau yang memerlukan rendaman, ada bilik khas dimana ada jakuzi dan bilik air, bagi menyenangkan lagi pergerakan. 

Ni tempat urutan I. I pilih Juniper Oil, dimana minyak ni, sesuai untuk membuang angin-angin jahat. Nasib baik la I xde membuang angin kat situ. Kalo x, kesian orang sebelah. Hahaha. Minyak lagi satu, Tropical Energy, adalah minyak untuk menyegarkan badan. More to energized. 
Urutan kali ni, a bit different dari tempat-tempat lain yang I pernah pergi. Bermula dulu dengan urutan di kaki, dan berakhir dengan urutan di kepala. Cara urutan pun sedikit berbeza. Tapi for me, I suka. Sesuai dengan citarasa I. Pakej yang I ambil, adalah 90minutes Traditional Malay Massage. Sememamngnye a relaxing and unstressful 90 minutes. Seronok bila ada orang urut-urut ni lagi-lagi bila badan kita memang tengah sengal-sengal. Rasa fresh je.

Habis je urutan, kita akan diberi air minuman Herbal Tea lagi sekali bagi menyegarkan lagi badan kita. Minyak yang dekat badan kita pun, disuruh untuk dibiarkan selama dua jam, supaya essence dia dapat meresap ke dalam badan kita. I lebih 2 jam la. Lepas berurut, teus shopping. Hahaha. 
Semasa I berada di situ, ada seorang pregnant mom tengah buat sesi urutan jugak. I x tau la cara sebenar urutan utk pregnant mommies ni coz I sendiri xde pengalaman but future wise, probably I akan mencuba. 

SILA DATANG YE!!

Kepada mereka yang mahu mencuba services di BondaHaven, boleh mendapatkan diskaun 15% on all service bila sebut nama I. Hehe. Effa Ezzwin aka mrsenoxis ❤❤

Have Fun Guys!!

Sunday, 8 July 2018

Raya 2018 : Copper and Light Peach Theme

Tahun ni sebenarnye mr hubby kata nk recycle balik baju melayu yang sedia ada. Coz baju melayu dia banyak dah so up to me la nk kaler yang mana based on the previous baju melayu yang dia yang ada. So time wedding adeq I, kitaorang semua ada baju kaler emerald green. So ingat tahun ni, nk bertema kan emerald green la.

Time shopping2 dekat PKNS Shah Alam, untuk cari baju I..coz I nk baju yang baru, x mau baju yang sedia ada..hehehe..tp time kat PKNS tu, susah nk jumpa baju yang I berkenan. Kt PKNS tu, banyak baju kebarung labuh. Coz I tahun lepas dah kebarung, so x mau la tuk tahun ni. Tengah mencari tu, terjumpa kaler ala2 copper atau bata ni dekat salah satu kedai kat situ. Baju Melayu saja la, for mr hubby and the boys. For me, kaler dia unique. So terus kami tukar tema and beli baju melayu tu. Hahaha. So kami pun teruskan pencarian tuk mencari baju I. So I terus pilih kaler peach. Tp hari tu x jumpa kat PKNS. Baju I, I jumpa dekat Bangi Gateway, sekali dengan baju anak gurl I. Susah jugak sebenarnya nk mencari baju kaler2 peach ni..ke I yang x pandai mencari. Walaupun x sepasang, tapi coz kaler dia lebih kurang so ok la lagi. Dari gambar, nampak baju I macam kaler putih tp sebenarnya kaler light peach yang berlace. Dekat Bangi Gateway tu, kemana I tengok mesti baju berlace yang dijual. Tengah trend la kot ea, both yang berlace & kebarung labuh.

So sempena Raya 2018 ni, I nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua!! I share sedikit gambar raya kami. ❤❤ Time ni dah raya ketiga. Pergi ke rumah family abang ipar. Lama x jumpa tangga kayu ni. Hahaha..so harusla berposing sekejap. I suka gambar ni coz semua tengah pandang camera..gambar2 yang lain, anak2 macam buat hal sendiri..dilema parents2 bila time bergambar dengan anak2 kecik. Hahaha..



Selamat Hari Raya semua!!

Wednesday, 4 July 2018

Lunch @ Thirdwave Nexus Bangsar

Al-kisah makan-makan sebelum puasa. Saja nk sambut birthday geng ofismate. Macam biasa, kami redah je dulu mana2 tempat then baru fikir nk makan dekat mana. Option that day, dekat Nexus Bangsar. Pusing punya pusing, banyak kedai dah fullhouse. So last2, kitaorang pilih Thirdwave dekat Nexus Bangsar ni. I pernah terstumble across one of my kenalan di IG, dia time tu makan dekat sini. So I teruja sedikit coz nk try apa yang dia syorkan untuk makan.

Nak dijadikan hal, bateri I kong habis time makan. So mintak belas ihsan kawan2 untuk pinjam phone sekejap utk ambil gambar. Hehehe. Teruk kan perangai. Nasib baik semua sporting. 

Menu dia, I x ambik la pulak. Sorry guys. Tp memang ada banyak gak choices. Ada juga lunch set dekat sini. Comes with soup and 1 drink of your choice. Can also add on one scoop of ice cream. Tp I x ambik pun ice cream dia. Dekat sini, more to healthy delicious cuisines. Definitely to my liking. 
That day, the soup was homemade miso soup kot. So geng kitaorg ramai yang x makan coz diaorang bukan tekak jepun. Tp memang rasa unique miso soup dia. Lain sikit. 

Apa yang kami order -> Grilled Chicken salad, Teriyaki Mushroom & Avocado Rice Bowl and the famous Beetroot Gnocchi. Mula2 I nk order Beetroot Gnocchi tp lepas tu, member sorang lagi pun nak. So dia yang order. Tp dia x habiskan pun. So I yang tolong dia habiskan. Hehe. I last2 order grilled Chicken Salad coz memang dah lama mengidam nk makan salad. Time puasa hari tu, semamangnye xde salad la, bantai nasi sebulan. For dessert, kitaorang belikan Flourish Waffle, for the birthday gurl. Selalu makan kek jer, kali ni makan waffle with ice cream. Sedap wei..

Teriyaki Mushroom & Avocado Rice Bowl tu, unique rasa dia. Telur tu boleh pilih. Budak2 ni pilih half boiled egg. 

TERIYAKI MUSHROOM AND AVOCADO RICE BOWL

WAFFLES-HOT AND COLD IN ONE BITE

MY GRILLED CHICKEN SALAD

For me, the grilled chicken salad is awesome. Habis kot. The best for me, got to be their Beetroot Gnocchi with crispy kale. Sedap ya amat. If it is to your liking la. Some probably x leh terima kot. Lagi2 jenis perut nasi. Hehehe. This is actually my first time tau makan gnocchi ni. Selalu tngk dekat masterchef je. Hahaha.. Bukan senang nk jumpa dish2 macam ni. Kale dia pulak, totally compliment the gnocchi. Serious sedap!! Memang kena try. 

BEETROOT GNOCCHI

Portion wise, ikut dish kot. Yang kami order, kebanyakan portion agak besar. Plating dia memang cantik. Makanan dia pulak, memang terasa sihat la. Price range, slightly high but for me, very much worth it. I will definitely return for the beetroot gnocchi. Can leave you wanting for more. If you want to try some healthy yet delicious dishes, come by at Thirdwave Nexus Bangsar.  

Address: Unit 1-11 Level 1 Nexus Bangsar South No, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...