Wednesday, 26 August 2020

Lunch @ Daun.KL Mahsa Avenue

Still mood menyambut birthday lagi walaupun birthday dah sebulan yang lepas. Geng-geng ofis kata nk belanja so apa lagi, JJCM ON!! Tapi coz hari tu, tetibe ada yang bawak ala-ala potluck pagi tu, so perut dah agak kenyang. I ajak makan dessert and mengopi sahaja. Tu yang kami ke Daun.KL di Mahsa Avenue ni. Tak silap, ni adik beradik dengan Pokok.KL la. Pandai diaorang pilih nama kan. Satu Pokok, satu lagi Daun. Senang nak ingat. 

Time kami sampai, ramai kot dekat Pokok.KL tu, tp kedai Daun.KL di kawasan atas Pokok ye. Hahaha. Sebelum datang situ, dah usha sedikit dah apa yang ada. So antara yang menarik perhatian adalah Pavlova. Coz cantik sangat, siap ada bunga-bunga. I ni jenis jarang pergi ke tempat-tempat mengopi ni atau tempat jual bakery atau dessert sahaja ni. Nak ajak family, mcm tak berapa sesuai. So kalo ke tempat mcm ni, memang akan pergi dengan geng2 ofismate sahaja. Tempat untuk lepak-lepak and bergossip.


Kawasan dia tak berapa luas sangat tapi banyak woo cahaya masuk so memang cantik untuk ambik gambar. So jom usha menu dulu ye. Untuk air, I order Matcha Latte Cold. lepas dah order tu, baru perasan, eh ada Pink Latte..kalo tau, order yang tu..hehehe..





So untuk dessert, ini yang kami order. Favourite antara semua, Kek Marble tu ye. Hahaha. Nampak simple, tapi seriously sangat sedap. Very warm and moist. Tak cukup satu. Yang Beef Bacon and Bechamel pun sedap. I pilih, Nutella Croissant. Yang ni pun not bad. Pavlova dia pulak, for me, walaupun dia cantik giler, dan sayang betul rasa nak makan, tapi it is actually very very sweet. Memang la patutnye manis pun..tp macam oversweet. So tu antara yang last kami habiskan. 



Overall, Daun.KL ni quite a nice place. Choices bakery items agak banyak jugak la. Semua nampak sedap-sedap. Tapi kalo nak makan solely for lunch, rasa x kenyang kot. Kalo lapo betul, kena pg ke Pokok.KL la. Daun ni memang tempat chill2 lepak-lepak sambil minum latte and kek. 

To the geng, thank you so much for your treat. Ngada-ngada kan mak buyong ni. Macam-macam dia nak try. Hahaha. Nasib geng semua sporting. Muah cikit kat semua..

Address : Address: MAHSA Avenue, Block B, Level 2, Jalan ilmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Thursday, 20 August 2020

4th Pregnancy : Shopping at Baby Warehouse Sale Quill City Mall

Alhamdulillah, dah masuk 3rd trimester. Dah start feeling neves dah. Al maklumla, 5 tahun last bersalin dulu. Banyak lagi sebenarnya barang baby and barang mommy yang I belum habis beli lagi. Breast pump pun belum beli walaupun dah usha yang mana nk beli. Tp for now, still ada yang lama. Tp memang nk beli yang baru jugak la. Barang2 baby, almost 95% done la. So hari tu, I ajak husband pg ke Baby Warehouse Sale di Quill City Mall. I dapat free hospital bag dari Mommy, Daddy & I. So nak pg redeem la. So lepas redeem bag tu, I sempat shopping sikit. Budak2 tak dibenarkan masuk so husband I jage diaorang sementara I shopping kejap. TQ husband. Chayang sangat. Hehe

Menarik jugak Baby Warehouse Sale ni walaupun kawasan dia tak berapa nak besar tapi semua barang ada. I memang dah aim beberapa booth la. So I terus pg cari barang yang I nak beli. Humaira antara salah satu la. I memang dah aim nk beli kain lampin dia. Memang seronok la bila dapat tengok depan mata. Selalu usha IG jer. Hahaha. 

Time I disana, ramai jugak preggy mommy kat situ. Tapi tak crowded la. So next, I mencari additional items tuk baby la. Setakat ni, dah beberapa kali buat scan, gynea dah inform, insyaAllah gegurl katanya. Memandangkan tak pernah bertukar dari awal scan sampai la ke trimester ke3 ni, so harap2 memang gurl la. Tapi I banyak jugak membeli yang unisex. Tapi hujung2 ni dah start membeli kaler2 pink. Hehehe. Mana leh tahan, comel2 kot. Jom usha gambar-gambar sekitar warehouse sale hari tu.












 

So, ni antara barang yang I beli di baby warehouse sale. Ikutkan memang macam2 nak beli tp tahan diri. Hahaha coz nanti terbanyak la. Tapi overfall for me, memang best la Baby Warehouse Sale ni. Untuk preggy mommies, kalo ada warehouse sale ni, I sarankan untuk pergi. Semua barang boleh dpt terus di sini. I kalo ke warehouse, confirm akan mencari nursing bra. Memang murah n banyak choice. Sempat I sambar 2 helai. I x beli banyak coz dah beli beberapa helai sebelum ni.


Barang-barang dari Humaira


K, dah stat leh kemas my hospital bag. Haha. Risau jugak kalo tetibe bersalin awal. 

Wish me luck guys. InsyaAllah Sept Baby. ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...