Thursday, 29 August 2019

Sushi sedap di Sushi Q KL Gateway Mall

I pantang jumpa kedai jual sushi. Bukan apa, memang minat sangat makan. Tuk kedai Sushi Q ni,  walaupun kami x jumpa tanda halal, tapi pekerja dia disitu semua inform no alchohol/mirin dan barang yang diguna semua adalah dari sumber yang halal. Time kami sampai, tengah banyak variety sushi dijual. Selalunya after lunch hours, tinggal sikit je choices coz ramai dah membeli. Hari tu kami sampai awal, so choices banyak lagi. I beli tuk bawak balik je hari tu. Kedai ni betul-betul berdekatan dengan Village Grocer. 


Dekat kedai ni, ada jual sushi yang I suka. I suka sushi yang ada Wakame ni (Seaweed hijo tu). Kalo ada jer, mesti I akan beli. My Favourite. Tuk husband I pula, I belikan Lobster sushi (sorry, x snap gambar). Memang sedap. Portion besar2 jugak. Harga pun boleh tahan gak r tapi coz rare & dekat dengan ofis so I dont mind sangat. Hehehe.


Antara sushi dan items yang dijual di Sushi Q






Boleh juga makan di kedai ni terus. Ada jugak pelbagai jenis Ramen dan Donburi. I setakat ini  belum pernah cuba makan Ramen & Donburi dia lagi. Probably in the near future la coz I tengok menu dia, not bad juga. 


Just I kurang sedikit, time member nak bayar pakai QRPay, seolah, x ready. Ada indicator leh bayar thru QRPay, tp bila nk bayar, kelam kabut. Macam tak di train siap2. So mengambil masa yang lama untuk membayar coz cashier kena tulis sendiri dekat receipt, no receipt QRPay tu.
Apapun boleh diimprove lagi.


Tuesday, 27 August 2019

MinNature di The Summit USJ (Temporary Closed)

Walaupun now tempat ni dah temporary closed, based on website dia tapi I still nak story juga pengalaman kami time di MinNature Summit USJ. 

Time awal musim cuti sekolah tahun ini, kami ambil cuti sehari untuk tengok wayang sama-sama. Anak-anak yang kecil2 kami hantar ke tadika. So pagi-pagi lagi I, husband dan Ziyad dah plan nak ke Summit untuk tengok wayang. Dalam wayang tu, tak sampai 10 orang pun. Hahaha. Kami dah siap-siap membeli tiket so senang jer x payah nak beratur. Ni first time jugak I datang ke Summit selepas diaorang buat renovation besar-besaran. Tapi still tak ramai orang walaupun musim cuti sekolah. 

So selepas tengok wayang semua, I terpandang, eh MinNature la. I dah lama tahu pasal tempat ini tapi tak sangka betul-betul sebelah kawasan wayang tu. So bila dah sampai sana, I terus ajak husband masuk. Lagi pun, saja nak bagi Ziyad seronok. At least ada la aktiviti dia time cuti sekolah. So kami pun masuk. Harga ticket RM15 untuk yang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur dari 4-12. Ini untuk pemegang MyKad ye. Boleh tengok range harga dia dekat website. Hopefully akan dibuka balik la dan harapnye close untuk sementara saja. Hari tu time kami datang, tak ramai orang pun walaupun I rasa tarikan dia menarik. 




Masuk-masuk aje diaorang akan bagi kertas cause, rupanya kena mencari hidden items dalam tu. Ala-ala macam treasure hunt jugak la. So di setiap seksyen, kena cari watak atau benda. Ingatkan senang, tapi serious susah wei. Selalu akan terjumpa watak atau benda2 lain. Tapi agak detail jugak la diaorang buat. Walaupun tempat dia xde la besar mana, tp for me, quite nice. 


Ziyad memang semangat bab-bab nak mencari ni. Tekun dia sampai dia tak puas hati coz tak jumpa-jumpa. Kami dapat jumpa half je dari list tu. I yang jenis x berapa nak nampak sangat benda2 kecik ni, memang payah nk jumpa. Yang I jumpa, semua xde dalam list. hahaha. Watak2 avengers memang banyak. Kena alert semua tempat.

Jom usha gambar-gambar dalam MinNature ni ye. 














ZOMBIE?? TRAIN TO BUSAN??

Menarik kan. For us, memang unique sangat konsep dia. Dan pembuatan dia juga agak teliti. Tapi rasa boleh dipelbagaikan lagi di masa akan datang. Konsep in itself dah memang interesting. Tapi mungkin kena mencari lokasi yang lebih menarik untuk tarik more pelanggan datang. 

ONE HAPPY KIDDO

Hope for the best for the team of MinNature!! Hopefully will reopen soon.
Chow!!



Friday, 23 August 2019

Fishing and Birthday Trip : Nelayan 3 Chalet Lumut

For my birthday bulan lepas, I cadangkan dekat husband untuk pergi bercuti sambil memancing. Memandangkan I pun dah start active dengan hobby baru ni, so kami dah start mencari chalet-chalet atau resort yang boleh buat activity memancing sekali. For husband’s birthday last January, kami ke Ajlaa Resort. Boleh baca di sini untuk trip kami ke sana tempoh hari.

So untuk birthday I, I cadangkan ke Lumut Perak, di Nelayan 3 Chalet. Tempat ni terpencil jer. I terjumpa chalet ni time I tengah google-google pasal tempat memancing. So lepas baca review semua, kami pun setuju untuk kesini. Lagi pun, ni kiranya first time I nak memancing di Laut Air Masin. Selalu nye di sungai atau tasik jer. 

Kami ambil chalet yang ada balcony memancing sekali. Ada dua buah chalet jer yang ada balcony. Chalet Tanjung namanya. Kami gerak agak pagi jugak la coz agak jauh jugak Chalet ni. Kami bersarapan di rumah dulu then baru gerak ke sana. Untuk tengahari pulak, kami singgah di Nasi Bamboo Sungai Klah. Antara tempat yang I teringin sangat nak makan. Time kami sampai, dalam 12 tengahari. Belum pack giler lagi time tu. Parking pun banyak lagi. Giler banyak lauk pauk disini. Kalo boleh, banyak benda yang kami nak cuba. Tapi kami pilih ikut kemampuan perut saja. Tadaaaa!!

NASI BAMBOO

LUNCH. 

Lepas makan, kami sambung perjalanan. Dalam kul 3 jugak la kami sampai ke Chalet. Sampai-sampai jer, kami terus pasang joran semua. Jiran sebelah kami dah masuk n dah start memancing dah pun. Ni dia, gambar2 balcony kawasan tempat kami memancing dan gambar kawasan sekitar. Bilik dia pulak, comel saja. Ada 2 single bad, bilik air, tv & aircond. Sebelum kul 4, joran dah baling dah. Kawasan balcony dia agak besar jugak la. Kami siap bentang tikar bagai kat situ. Senang anak2 nk bermain or makan2.

BILIK COMEL KAMI. 

VIEW BELAH KIRI

TERMENUNG FIKIRKAN..BANYAK IKAN DALAM TU

JORAN DAH TERSEDIA

BALCONY. YANG KAT PINTU TU KONON POSING. HEHEHE. KASI CHANCE LA

BALCONY. TIME NI NAK BALIK, SO KAMI SIAP BASUH LANTAI.TENGAH TERIK SO CEPAT KERING

CHALET KAMI

TEMPAT MEMANCING

TEMPAT MEMANCING

ANTARA CHALET2 YANG ADA. WARNA WARNI

LALUAN NAK KE CHALET KAMI

ANTARA CHALET2 YANG ADA

Kawasan dia agak tenang jer. Memang betul2 di muara. Time petang tu, x ramai pun yang memancing di kawasan situ. Tp petang tu, anak-anak dah inform nk mandi pool. So I bawak diaorang pi have fun dekat swimming pool. Agak besar jugak la pool dia kat situ. Budak2 ni seronok la lagi2 ada geng2 yang mandi jugak. Gembira I tengok anak2 berkawan. Siap tanya, leh tak nak pergi ke bilik budak tu. Coz budak tu ajak lawan beyblade kat bilik dia. Cheh, sabar je la. 

POOL

THE POOL

KANAK-KANAK RIANG

Malam, husband keluar jap cari makanan. Ada kedai2 sepanjang perjalanan ke chalet ni. Tapi kat sini, nyamuk giler banyak. Nasib baik jiran kami bagi kitaorang ubat nyamuk n ubat spray dekat badan tu. Lega la sikit. Kalo pagi n petang lak, kawasan situ penuh dengan lalat. mungkin sebab ada bau2 ikan atau seafood. So lalat sentiasa ada. Tak tau nak halau cm ne dah.

Petang n malam tu, I x dpt ikan pun. Dapat rasa tarik2 jer. Pagi tu baru I dapat. Tu pun anak2 ikan saja. Ziyad lak, siap dapat 2 sekali. Ketam n Tuka serentak. Patut joran sampai melengkung. Hebat anak I. Seronok dia. I, dapat la beberapa ekor anak ikan. Semua kami lepaskan. Ketam tu pulak, kami ambik, Husband pun dapat ketam gak, so petang tu, apa lagi..terus masak Maggi Ketam. Perghh..sedap giler kot. Ketam fresh. Boleh lupa nak ambil gmbr maggi..excited nak makan punya pasal.

ANTARA HASIL TANGKAPAN ZIYAD

Habis je check out, kami singgah sekejap dan bersantai di Teluk Senangin dan Lumut Waterfront. Rehat2, makan2, dan chill kan diri. Dekat Lumut Waterfront ni ada banyak playground. So anak-anak memang seronok la. Habis main jer, minum ABC lak.
By 6, kami dah mula gerak balik ke Putrajaya.

ANGIN SEPOI2

MAIN PLAYGROUND SEKEJAP

MINUM PETANG

Overall, chalet ni ada pro n cons. Plus point, ada pool dan rumah khas tuk memancing. Tapi coz hasil tangkapan x berapa umph..x seperti yang digambarkan, so just a bit kecewa. Teringin jugak nak dapat Siakap, tp x kesampaian tp still ok la, coz I dapat Baby Gelama. Baby pun baby la. Tapi I lepaskan balik dgan harapan dia jadi besar. Hahaha. Dapat ikan ni memang suatu rezeki dan sepanjang memancing ni, memang mengajar erti kesabaran. Bukan rezeki kami hari tu. Apa pun, I dan family seronok sangat. Dapat memancing dari petang kemalam ke pagi. Serious..berapa jam je kami tido. Fun giler and thanks to my husband yang supporting sangat. Love you.

Kami dah plan dah trip seterusnya..tunggu..hehehe



Thursday, 15 August 2019

Lunch @ Aroii Thai KL Gateway Mall

Kami baru tahu sebenarnya yang ada restaurant baru di KL Gateway Mall. Walaupun mall ni macam dh lama juga beroperasi namun tak banyak kedai lagi yang dibuka. Lagi-lagi kedai makan. So bila geng ofis bagi tau Aroii Thai baru je dibuka dekat sana, terus kami terjah KL Gateway Mall. Lagi pun, nak pergi ke Mr DIY sekali mencari barang.

INTERIOR

CONDIMENTS

Ni first time I nak try Aroii Thai. Kami memang datang awal sedikit. Kami x ramai pun, dalam bertiga sahaja. So time kami datang, tak berapa ramai lagi. So Aroii Thai ni menyediakan makanan dalam mangkuk-mangkuk kecil and semuanye berharga RM2.09. Air dan dessert dia pun berharga RM2.09.
So jom usha menu dia ye.

MENU

I akhirnya ambil 5 dishes (termasuk air). I ambil, Tom Yam Glass Noodle Soup, Beef Glass Noodle Soup, Classic Pad Thai dan Thai Fish Cake.  Air dia pulak, I order, Thai Green Tea. Sekejap je makanan sampai. Walaupun kami bertiga, tapi bila semua disusun atas meja, mak aii, penuh kot. Kena ingat sendiri la ea, kita order yang mana. Nanti termakan kawan punya pulak. 

OUR BOWLS OF HAPPINESS

Apa yang I suka, Pad Thai dan Beef Glass Noodle Soup. Pad Thai dia slighty spicy tapi sedap. Beef Noodle dia a bit manis tapi sangat berperisa. For me, all the food ada rasa. Geng ada jugak yang order Mango Sticky Rice. Yang ni pun recommended. Sedap wei. Mula-mula ingat 4 mangkuk macam tak cukup, tapi kenyang wei. Next time I nak rasa yang nasi-nasi dia. Ada Green Curry, Chicken Fried Rice and Nasi ala2 Pattaya. 

Time kami nak balik, dah start full house dah. For me, I suka rasa makanan dia. Tapi yang jenis2-jenis bersup tu, tak berapa nak panas. Kalo panas, confirm lagi sedap. Apa pun, harga reasonable, fast service, makanan sedap, kawasan luas, all in all, semua ok. Confirm akan repeat balik kedai ni. Tapi kena ajak geng lagi ramai la. 


If you are in KL Gateway, leh try out Aroii Thai. See ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...