Friday, 30 November 2018

Bermandi manda di Pusat Kejiranan Presint 16 Putrajaya

Hi semua. During weekends, sometimes kitaorang suka bawak anak-anak pergi mandi manda. Tapi port kitaorang selalu ke Pusat Komuniti Presint 11 coz dekat je denga rumah. Dalam 5 minit drive gitu. Tapi kali ni, kami ke Pusat Kejiranan Presint 16 pulak. Sehari sebelum tu, kami datang ke PK tu untuk event Lily. Hari Graduasi dia. Tengok Lily joget-joget dan terima hadiah. Balik dari event tu, kami duk jalan-jalan dekat PK tu. Terlalu depan kawasan pool. 

Anak-anak dah nampak pool, terus merengek nk mandi. Tak bawak baju kan hari tu so memang xde la nk mandi. Kt situ pun, ada rental baju mandi tau. Tapi kami xde la nk sewa. Kt kedai tu jugak ada jual barang-barang renang macam pelampung semua. So hari tu kami bawak anak2 pg main playground di luar kawasan pool tu. 

MINI PLAYGROUND

Esoknye, kami bawak balik anak-anak ke PK Presint 16 tu. Hari ahad hari tu, so memang ramai la. Fee dia murah saja. Untuk baby pool, RM1. Untuk access to all pools, RM2 tuk dewasa dan kanak-kanak. Ada operation hours tau. So sebelum pergi, kena check dulu la. Takut time sampai, belum dibuka lagi.. Kami pergi hari tu, sesi 3..dari kul 5 sampai 7. Bayar di kaunter pembayaran

OPERATION HOURS AND FEE RATE

Yang bestnye dekat situ, ada slides dalam pool kanak kanak. So beratur budak-budak semua nak naik slide. Termasuk la anak I sekali. Berkali-kali naik kot. Memang happening la kat situ. Meriah coz ramai betul budak-budak. Pool dewasa dia pulak, jenis yang condong tu. So yang hujung tu memang dalam la. I pun x berani nk mandi situ. Kat pool dewasa dia pulak, ada air terjun mini..



MINI SLIDE..BERATUR

Walaupun size kawasan dia kecil jer, tapi I suka deco-deco dekat kat situ. Rasa macam kat theme park sikit..hahahah..gitu kan. Kami hari tu..ada la dalam sejam lebih. Sampai nk magrib dah. Changing room dia pulak dekat jer. Luar kawasan masuk pool tu. Besar lak tu. Senang la nk tukar baju. Ada changing room, shower dan toilet. Bersih lak tu. 

BABY POOL..

Kawasan baby pool pulak dekat luar. Anak-anak I x main pun dalam pool tu. Tak sempat pun. Habis jer mandi pool, kami makan dekat food court kat situ. For me, I like the pool dekat PK Presint 16 ni. Akan mai sini lagi la lepas ni. Ada lagi pool-pool lain di Putrajaya ni. Kami just belum terjah je lagi. 

Address: Jalan P16G, Presint 16, 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

K guys..chow dulu. 

Monday, 26 November 2018

Lunch @ Manhattan Fish Market Mid Valley

Hari tu nk sambut birthday salah sorang ofismate. So semua setuju untuk pergi ke Mid Valley. Tapi nak makan mana dekat Mid Valley, x tau lagi. Hahaha. Kami selalu macam tu. Last2 diaorang bagi idea utk ke Manhattan Fish Market. I pernah sekali jer pergi ke Manhattan Fish Market tu. Time tu zaman2 dating lagi. Lama betul dah tu. So ni kiranya my second time la. First time try dulu, boyfriend aka husband skang..x berapa menggemari. I pun rasa ada yang kureng. Tapi itu bertahun dulu. 

Time kami sampai, dah lunch hour dah..tapi kosong jer Manhattan tu. Kami second customer dalam restaurant tu. Kami datang berlima hari tu. So nak ambik personal tiap sorang, terasa macam banyak pulak. So kami ambik set Flaming Platter dia. Kenapa Flaming?? Coz time sampai platter tu kat meja kitaorang, waiter dia akan flame udang tu, guna flame torch tu. Berasap!! Rasa time tu, ada promo on platters tu. Bila cari balik, x jumpa plak promo tu. Kami ambik dua set tau. Sambut birthday katakan. Hehehe. Satu lagi, Star Platter dia. Hahaha. Plus satu dessert.  Dua2 platter ada nasi. Overdose!! 

STAR PLATTER

FLAMING PLATTER

OUR TWO PLATTERS..BANYAK GILER..

Kami semua xde la jenis pemakan. Main dia seafood and nasi. Bab nk habiskan nasi tu, memang jenuh la. Memang x habis la. Seafood semua licin. Yang I paling suka, Fried fish dia. Ala2 fish n chips tu la (dalam flaming platter). Udang dia pun not bad. Sos dia, xde yg pedas sangat pun atau yang acidic. Biasa2 saja. Mussels pun for me agak sedap. 

FRIED OREO WITH ICE CREAM

For dessert dia pulak..yang ni memang unique. FRIED OREO..plus ice cream. First bite, memang x rasa macam oreo. Rasa macam kek lembut. Very unique n very sedap. Nanti nk try la buat Oreo Goreng tu.  Hehehe. Tapi coz kami kenyang yang teramat hari tu, kami mampu untuk habisan orea saja. Ice cream dia x larat nk habiskan. Tu pun kami dapat another dessert for free tp kami tolak coz perut dah x mampu. Overall, not bad. Untuk platter tu, kalo makan ramai2, memang syok la. Murah sikit bila berkongsi ramai2. Dapat merasa macam2. 

Address: Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

For more information on Manhattan Fish Market or what they got on their Menu, can check it out on their Website --> Manhattan Fish Market


Thursday, 22 November 2018

Shin Tamagoyaki @ IOI City Mall Putrajaya

Tamagoyaki antara makanan kegemaran I dan family bila kitaorang pergi ke restaurant Jepun. Anak I memang penggemar. Confirm akan order makanan yang ber"tamago". Selalunye sushi la. So hari tu bila lalu kedai ni, I had to try it out. Nama kedai ni Shin Tamagoyaki. Baru jugak bukak nye. Kedai dia comey jerr.

From the web
"【新玉子焼】SHIN Tamagoyaki is Malaysia’s 1st Japanese Tamagoyaki Shop specializing in freshly made Japanese style grilled eggs served in a variety of toppings. Taste authentic dishes with a modern twist ranging from snacks to full range bento meals"

WELCOME

MENU

MENU

MENU

Hari tu I pergi sorang-sorang jer. Lepas beli barang sikit dekat Tesco, terasa perut lapar, singgah sekejap di Shin Tamagoyaki. Macam minum petang la gitu. menu dia ada pelbagai jugak. Siap ada bento semua (sorry gambat bento dia x teambik pulak). Tapi hari tu, I teringin nk try their Stick Tamagoyaki. Boleh juga order dalam bentuk block. Lagi besar la kan. So I order satu Bonito Stick. Which is penuh dengan bonito flakes. Bila I kata penuh..memang penuh ye. Untuk yang bertopping pula, ada pelbagai jenis tau. Pilih jer topping apa.

FULL OF BONITO FLAKES

BONITO STICK TAMAGOYAKI WITH SOME OOLONG TEA

X ramai petang tu, just me and satu couple jer. So makanan pun cepat je sampai. Made daily tau.
So my first impression, serious sedap. Combination of telur dan bonito flakes..mouth watering. Rasa x cukup satu stick tu. Nk order lain, takut terlebih kenyang pulak. Hahaha. Rasa tamagoyaki dia very smooth dan manis. I suka sangat. Coz I order satu item jer, x leh nk comment further la. Nk jugak try yang goreng tu - Tamago Fries. Hari tu tengok Youtube LaparPo, diaorang ada buat episode dekat Shin Tamagoyaki ni. Nampak sedap diaorang makan Tamago Fries tu. Next time probably. Overall I suka..just yang kureng nye..agak pricey sedikit. Taste wise..awesome. X silap, x banyak cawangan dia. IOI City Mall dan Starling Mall. Rumah I memang dekat je ngan IOI City Mall ni. Senang nk terjah kedai makan kt sini. Apa pun, leh cuba u ols!!

Address: LG32B, LG FLOOR, IOI CITY MALL IOI RESORT, CITY, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya 

Monday, 19 November 2018

Port Dickson : Pusat Ikan Hiasan PD

Dah berminggu-minggu anak-anak asyik duk meminta nak main pasir dan nak mandi manda pantai. So hari minggu hari tu, kami fulfill kan permintaan anak-anak. So kami bawak diaorang pergi ke Port Dickson, Pantai Cahaya Negeri. Pagi2 dalam 6.15 kami dah gerak ke PD. Sampai cun-cun sebelum pukul lapan. I xde beria masak pun. Beli nasi lemak dan mee hoon otw jer. Hehehe. I bawak makanan yang simple2 saja dan satu jug air milo panas. 

Sampai-sampai jer orang dah start penuh ambil port. Yang dah memang bercamping dari malam sebelumnye pun ramai. Kitaorang pulak, dapat port, betul2 bertentangan dengan jambatan ke Pulau Burung tu. Husband dah siap check dah. Pagi tu memang air tengah naik. Tengahari yang akan susut. So time kami sampai tu, air tengah tinggi la. Budak2 pun, sesuap agaknya makan, terus main pasir n mandi. Yang berpicnic nye mak n ayah dia saja. Anak2 memang main saja la. I suka Pantai kat sini. Luas kawasan dia, kebersihan terjaga n pantai dia pun agak bersih..Just hari tu, air dia macam kotor sedikit. rasa sebab selalu hujan kot..ada alga hijau2 naik. Sebelum ni, pernah datang..Air dia biru jer..

GELAP PULAK GAMBO. HEHEHE

Dalam tengahari tu, lepas semua dah puas mandi & main pasir..husband suh cari tempat untuk jalan2. So I sarankan pg ke Pusat Ikan Hiasan PD. Hari tu dah pg ke Army Museum semua. So this time ke sini pulak. Lagi pun FREE je untuk masuk ke Pusat Ikan Hiasan ni. 

MURAL

Time kami sampai, ada rombongan sekolah sekali ke sini. So agak riuh rendah jugak. Tempat dia x berapa nak besar. Kecik jer tapi quite nice. Cukup untuk buat anak-anak teruja tengok ikan-ikan. Ada coral jugak dalam ni. Ada pelbagai jenis ikan, baby shark pun ada, geng2 nemo dory semua ada, seahorse, belangkas, dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain la. Tempat dia memang amat terjaga.

So jom lihat gambar-gambar yang sempat I snap sepanjang di situ. 

RUANG PAMERAN PENYU

BAHAGIAN TELUR PENYU


CANTIK CORAL2

BELANGKAS

DU DU DU



RUANG BAHAGIAN DEPAN. CANTIK DAN INFORMATIVE



Dalam pusat ni, ada jugak tayangan 3D tapi hari tu kami x jadi nak masuk. X ramai pun yang I nmpak masuk dalam tayangan tu. Dekat bahagian luar tu pulak, ada kawasan untuk penyu dan preservation penyu. Walaupun tempat dia sedikit kecil tapi macam2 gak ada dalam pusat ni. Kami x lama pun dalam ni coz bila rombongan sekolah tu sampai, terus jadi ramai. So dalam 40 minit je kot kami dalam tu. Lepas tu balik. Tapi overall, quite interesting. At least anak-anak I happy cause dapat melihat pelbagai  jenis ikan dan hidupan laut. Ada juga kawasan khas untuk coral2 dalam Pusat ni.

So if ke PD, leh jadikan Pusat Ikan Hiasan ni as of of your stops dekat PD. 

Address: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Kami tiap kali pergi ke PD, suka lepak dekat PD Waterfront tu. Kali ni pun sama. Dan bila dah sampai sini, anak-anak duk mintak nk makn MCD. Hahahah. Jauh2 pg ke PD..pg makan MCD. Tapi nasib baik jugak. Tengah-tengah makan tu, terus hujan lebat. So lepak la dalam tu sekejap. Habis je hujan stop, kami pun gerak balik. Xde singgah mana dah. Balik jer, budak2 exhausted. Tidur sampai ke pagi. Lepas jer dari hari tu, dah xde mintak nk pg ke pantai dah. Hahahaha. Now ada request baru pulak.

Mama, bila nak tidur hotel?? Tergelak jela. Anak oo anak.




Friday, 9 November 2018

Kambing Perap Warisan Original BBQ Star

Siapa kat sini peminat daging kambing?? Lagi-lagi apabila membuat BBQ. Kambing adalah antara option yang terbaik untuk buat bakar-bakar ni. Hari tu, husband ada bawak balik satu paket kambing perapan. Lama wei x makan kambing. BBQ pun dah lama x buat. Tapi I xde la terus bakar hari tu jugak. Kena buat persediaan. Memandangkan kitaorang ni xde nak membuat BBQ dalam waktu yang terdekat, so kami buat bakar2 di rumah saja la. Kena prepare dari segi side dishes sajala. X kan nk melantak kambing saja kan. Kambing sedap dimakan dengan apa ea..Kami hari tu, akhirnya buat kentang bakar dan sayur2 rebus saja.

KAMBING PERAP, KENTANG, GARLIC DAN POKOK HIASAN..HEHEHE



Ni packaging dia. Mampat dan padat. Ada dua perasa. Blackpepper or Original. Yang kitaorang beli ni, Original flavor. Memandangkan sticker kat luar dia agak kecil, so x berapa nk nmpk bila sekali pandang. Ramuan pun xde ditulis so kita teka-teka saja la. Tapi yang bestnye, packaging dia jenis yang sudah bervacum. Lebih tahan lama. Husband beli yang sekilo punya. Ada jugak dijual dalam 500gram tp better ambil yang sekilo la. Lebih murah. Harga RM40 je tau untuk yang sekilo. Berbaloi sangat. Dalam packaging tu, banyak jugak slice yang dapat. Campuran daging dan lemak-lemak. I agak-agak, ratio daging dan lemak dalam 4:1. I suka makan daging kambing ni tapi lemak2 ni I x berani nk telan. Konon nk jaga badan la. Hehehe..tapi mesti ramai yang suka portion lemak2 tu kan. Lagi2 bila dibakar. Sedap ya amat. 

I BILA BAKAR2 NI SUKA PAKAI MINYAK OLIVE. LEBIH JUICY DAN SIHAT..

JANGAN TERPEDAYA..BUKAN I YANG TORCH..I X BERANI..

Ni la hasil pembakaran atas grill..xde la cantik mana..yang penting, sedap. Bau pun habis satu rumah. Kami siap pakai torch lagi coz nak dapatkan hasil "char' tu..yang hitam2 terbakar tu yang sedap.

KENYANG SAMPAI KE PETANG


First bite, memang rasa rempah ratus yang ada dalam tu. Walaupun diakatakan original, tapi a bit spicy jugak la. Untuk kanak-kanak, mungkin x berapa sesuai la. Rasa ada serbuk cili kot dalam ni. Tapi rempah ratus dia memang sesuai sebagai perapan. Rasa dia unique sikit berbanding kambing bakar yang I pernah makan. Serious sedap. Satu keping x cukup. I paling maksimum, dua keping je la. Lebih kang, panas lak pulak. Daging dia pun sangat lembut. Senang nk makan. Sesiapa yang peminat makan daging kambing, wajib cuba yang ni.
❤❤

Kat mana boleh cari Kambing Perap Warisan Original ni? 

Boleh pergi ke FB page diaorang..--> Kambing Perap Warisan
Atau boleh WA ke 0135069630

I cadangkan kalo u ols berminat, tempah 1-2 minggu awal coz selalunya stok sedikit terhad but its worth the wait!!

Layan Makanan Sarawak @ Dayang Sarawak Corner Cafe Putrajaya

Salam semua. ☺☺

Kami petang tu pergi memancing sekejap di Taman Wetland. First time I pergi memancing. Dapat la rasa thrill nak tarik ikan tp last2 ikan terlepas. Now I faham kenapa husband gian nk pg memancing. Hahaha. Skang pulak tengah musim hujan tp petang tu bernasib baik la jugak. Dapat la memancing sebelum hujan lebat malam tu. So otw nk balik tu, I ajak husband pg ke kedai makan Sarawak ni. Nak kata baru bukak, x jugak tp rasanya  dalam tahun ni jugak la kalo x silap. Nama kedai ni, Dayang Sarawak Corner Cafe!!

Dah lama nk pergi sini tp belum kesampaian. Akhirnya malam tu dapat la jugak. Dengan hujan nyer, kami redah saja. Malam tu, ramai dah customers duk dine in dekat restaurant ni. I memang dah aim dah nk makan apa. Menu dia x banyak mana tapi yang ada pun, boleh buat u termenung sekejap nk pilih apa. Haaa..gitu..mula2 husband pun nk makan mee kolok gak..dah dia nampak I order mee kolok, terus dia order Laksa Sarawak. Dapat merasa dua2. Tuk anak-anak pulak, macam biasa, Nasi ayam. Tuk air pulak, coz tengah hujan..air panas2 saja. I pernah try Teh 3 layer tu dekat kedai makan sarawak yang lain..akhirnye jadi muak sedikit. Tu sebab malam tu I x berani nak try.

MENU MAKANAN

MENU MINUMAN

ALMOST FULL HOUSE DAH

Service not bad. Laju jugak. Makanan cepat jer sampai. Ni Nasi Ayam anak-anak. Sos merah dia sedap la. Spicy!! Nasi dia for me biasa saja. I kalo nak beria makan nasi ayam..kena ada lauk taugeh, baru syok. Hahaha..dekat sini ada jugak jual taugeh tau..tp kami x order malam tu. Tapi untuk anak-anak..nasi, soup dan ayam, dah buat diaorang cukup berselera.

NASI AYAM RM6.50

DUA2 KICK

Ni pula Laksa Sarawak. Sebelum I sempat merasa yang original, husband dah letak dah cili sambal dia ke dalam laksa tu..tapi xde la pedas mana pun. Sesuai dekat tekak I. Laksa dia for me, sedap!! Pekat wei kuah dia. Tp portion macam kecik kot tuk husband I..next time kena ambil yang special..

LAKSA SARAWAK RM8.00

Yang ni pulak, I punye..Mee Kolok Daging..ni memang harus dipuji. Serious sedap. Antara yang tersedap yang I pernah makan. Patut rata2 ramai order yang ni. Mee dia pun, banyak kot. Kami ambil yang biasa saja. Kalo special, lagi banyak mee n inti la kot. Mula2 anak I yang kecik makan nasi ayam..last2 makan mee kolok..so I berkongsi dengan anak I..suka betul dia. I suka repeat tempat yang anak I suka makan. Ni antara tempat yang I bakal repeat balik la. Memang kena cuba. 

MEE KOLOK DAGING RM8.00 

OUR DINNER

Overall, suka sangat resto ni..makanan sedap, harga average, service laju..setakat ni, semua okla..balik jer..hujan lebat..snap2 pun dalam kete..hahahaha..

HUJAN LEBAT BILA BALIK..RESTAURANT NI BETUL2 DEKAT CORNER TAU

K chow u ols. 

Address: 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Phone: 010-369 7322

Selain dari Putrajaya, ada juga di Sungai Besi
Address: Park N' Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...