Monday, 21 May 2018

Short Trip to Kuantan 2018 : Sungai Pandan Waterfall

Kenapa kami x berapa kisah trip kali ni hotel xde swimming pool?? Coz sebenarnya dah plan nak bawak anak-anak pergi mandi waterfall. Yeah!! Kitaorang jarang giler bawak pergi sungai-sungai atau waterfall ni. Saja bagi kelainan sikit la kali ni. Asyik mandi swimming pool atau bath tub jerr..

Time nk pergi waterfall ni, anak2 tak tau lagi, just kitaorang bagi tau nk pergi mandi-manda. Lepas breakfast kitaorang terus bergerak pergi ke Sungai Pandan Waterfall. I google tempat2 yang menarik sekitar Kuantan dan Sungai Pandan Waterfall ni keluar antara aktiviti-aktiviti yag boleh dibuat semasa di Kuantan. So dah sampai Kuantan, harus la check it out kejap. Perjalanan dari hotel ke Sungai Pandan Waterfall ni jauh sedikit la. Otw, singgah membeli Nasi Ayam dulu. Buat bekalan nk makan2 nanti kat sana. Sampai pun dah lebih kurang lunch time dah.

KAUNTER TICKET

PETUNJUK ARAH

OUR TICKETS

Bila sampai je kat sana, kena beli tiket dulu sebelum leh masuk dalam. Tempat dia memang besar.
Harga dia sangat ok. Dewasa RM2, Kanak-kanak 7-12 tahun, RM1, and Parking RM3. Bawah 7 tahun, FREE


Parking dia pun besar giler. Banyak kereta boleh parking serentak..Time kami sampai, x ramai orang pun walaupun time hari tu tengah cuti sekolah. Usha kejap, bahagian bawah waterfall tu, macam dah diubahsuai sedikit jadi kolam yang besar. Bahagian atas yang dekat dengan air terjun.

MCM BIG POOL DAH

BAHAGIAN CETEK

Kami pergi ke atas sedikit la. Nasib dpt jumpa port yang baik. Anak2 sampai je, dah terus bertukar baju dah. Tp dekat sini pun, semua pakai pelampung. Yang besar je leh swim suka2 dia. Air dia agak sejuk sedikit la. Kawasan dia memang banyak batu. Kena hati2 time jalan2 dalam air tu. I basahkan seluar jer. Baju x basah. Hehehehe..Ngelat. Tapi yang x bestnye..tengah2 syok makan2, leh hujan renyai2. Kitaorag terpaksa angkut barang, kalo x, memang basah kuyup la barang2 semua. Kami basah xpe lagi. Bila tengah2 nk angkut, dah stop hujan tu. So last2 kitaorang berenang n mandi manda dekat bahagian depan kolam besar dia jer..budak2 main pasir. Ziyad nak naik balik tp x bagi coz yang lain semua kat bawah dah. Cian dia, rasa x puas mandi lagi la tu. 

JALAN UNTUK KE KAWASAN AIR TERJUN BAHAGIAN ATAS

ADA JAMBATAN UTK MELINTAS..

YANG KECIK2, BERPELAMPUNG LAGI

I JADI TUKANG AMBIL GAMBO SAJA

BERMAIN DENGAN JIRAN BERKELAH

Kitaorang x pergi pun sampai ke air terjun tu. Tengok dari jauh. Rasa kalo pergi dengan geng2 atau kengkawan, confirm best la. Pergi dengan family anak kecik, payah sikit. Air agak deras and kuat jugak. Dekat sini, ada banyak juga tempat duduk dan tempat khas untuk BBQ. Rasa first come first serve. 

Tempat ni ada sediakan bilik air dan shower tapi shower dia open air ye. Nk dijadikan cerita, I nak mandikan anak I Lily. Rasa kalo budak kalo naked kejap, xpe la lagi. Budak kecik lagi pun. Time tu pulak, I memang nk cepat. Basuh2 kejap dan blah. Time nk mandikan tu, tetibe ada someone ni, yang dah dewasa, half naked, mandi kat sebelah. Terkedu kejap. Hahahaha. Nasib yang bawah tutup. Kui kui..culture shock terus. 

TEMPAT SALIN AND MANDI

Dah setel semua, kembali ke hotel. Budak2 dah flat dah dalam kereta. Kepenatan semua. Malam nanti, JJCM macam biasa. Overall, I suka tempat ni. Tenang, banyak kawasan untuk family, ada gerai2, tempat mandi n salin baju..semua cukup la. X tau la bila lagi dapat mai sini lagi..For now, Bye-bye Sungai Pandan Waterfall..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...