Thursday 30 November 2017

Short Trip to Genting : First World Hotel Genting Highland

Alhamdulillah, hari tu menang contest nestle dan hadiahnya, dapat penginapan di First World Hotel Genting Highlands. Memang rezeki sangat coz I hantar satu resit jer untuk pertandingan tu. Memang x budget menang. Kitaorg pergi weekdays cause itu sahaja waktu yang available. Kami gerak lambat sikit. Balik kerja baru gerak. So drive ke Genting Highland waktu malam. Bukan sahaja menyeramkan, tp awesome dalam masa yang sama. Kenapa awesome??.cause dari jauh, nampak kawasan Genting tu penuh dengan lampu2. Happening sangat waktu malam-malam. Malam tu dah start hujan..tp x lebat la masa tu..risau gak coz jalan berliku-liku kan..agak bahaya jugak la. 

Bernasib baik sangat malam tu I x berapa nak mabuk tp lepas tu, sempat jugak telan panadol. hahaha. Lama juga rasanya kitaorang tak menapak ke Genting ni. Last I pergi, time tu berdating dengan mr hubby..sebelum kawen..hehehehe..kemain zaman dulu, dating sampai ke Genting..lepas kawen, dating, ke shopping complex je..miahaha..

Sampai ke Genting tu, tengah undergo banyak lagi construction. Tp dah nampak la structure2 yang ada dekat situ. Time ni, indoor and outdoor dua2 tutup. So kesimpulannye, x banyak la yang dapat kiatorang buat & explore dekat Genting ni. 

Check in, agak senang. Banyak check in counter. I nampak jugak ada check in kiosk tp x guna pun. Time nk cari parking, leh pulak sesat. Tp last2 jumpa jugak. Time kitaorang datang, cuaca asyik hujan non-stop. So sejuk dia..perghh..leh tahan. Kawasan bawah tanah parking tu lagi la sejuk. 

Kami dapat kawasan bilik di kawasan bangunan First World yang agak baru. Jauh jugak la nak menapak dari tempat parking. Its a good thing time tu x bawak beg banyak. 

Jom usha bilik kitaorang dekat First World Genting ni ye. Sorry la..gambar2 x berapa nk cun. I need to take some photo lessons la..huhuhu..

SHOWER..TOILET DIA..DI SEBELAH KIRI..X AMBIK GAMBO..

MINUM AIR PANAS2..BEST DI TEMPAT-TEMPAT YANG SEJUK MACAM GENTING NI

TV

OPEN MINI CLOSET & SAFE

I SUKA PATTERN KUNING TU..NAMPAK MODERN

NI KEADAAN BILIK SEBELUM NAK BALIK, TU YG KEMAS X BERAPA CANTIK TU..SAMPAI DAH MALAM..SO TERUS BOOM ATAS KATIL. HEHEHE

Kami berlima, agak selesa jugak la. Kitaorang gabungkan katil. Kitaorang dpt bilik two single beds (Y5 Deluxe Room).  Bilik dia memang comey jer..memang bilik untuk tido semata2. Kalo untuk business trip, memang sesuai. Design dia pun catchy and vibrant. Bilik air dia very clean and well maintained. Mungkin juga cause baru lagi. Ada water heater dalam bilik ni ye so don’t worry. Tu je la activity anak2 dalam bilik, Mandi dalam shower tu lama2..hahaha..nk berlari-lari dalam bilik (anak2 yang berlari ye) ni agak susah la coz ruang dia x berapa nk besar. Tapi semua amenities dalam bilik ni mencukupi. 

CHECK OUT KIOSK. 

BAKERY BELOW OUR HOTEL

PEMANDANGAN DARI TINGKAT 18..NMPK PUTIH JERR
Kitaorang dapat bilik di tingkat 18. Bila tengok ke luar tingkap dekat kawasan lift tu, x nampak apa2 pun. Putih je semua. Time tu, still hujan renyai2. Macam terasa di oversea sejuk dia. Kabus merata-rata.

Esoknye kitaorang check out awal sikit. Dekat sini, ada mesin check out tau. Senang giler. Xde hassle langsung. Just masuk kan card bilik dalam mesin tu jer..dah setel. X yah beratur2 panjang-panjang. Overall, bilik dia not bad. Sesuai untuk couple2 dan jugak untuk business trip. Anak-anak i seronok jer datang hotel. X kisah la kecik ke beso hotel dia. Environment baru. First time anak2 merasa cuaca sejuk2 cam ni. Seronok tengok diaorang happy.

Next stop kitaorang..ke Sky Awana pulak..Nantikan di entry-entry yang seterusnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...