Friday, 10 November 2017

The Parenthood Playland @ Sunway Putra Mall

Bersempena dengan birthday si kecil hari tu, kami berkesempatan untuk bawak anak-anak semua untuk pergi ke The Parenthood Playland dekat Sunway Putra Mall. The Parenthood Playland ni setakat ni ada dua cawangan sahaja which is dekat Sunway Putra Mall & juga di Sunway Pyramid. Ticket masuk dia I beli via FAVE saja. Dapat murah sedikit. I beli dengan harga RM37.10. X silap, harga dia dalam RM45 for weekend rates. Tp untuk umur bawah 2 tahun, I recommend, better walk in saja (Harga dia lebih murah dari yg I beli..huhu) I dah siap bagi tau anak-anak I yang kitaorang nak bawak pergi main playground. So, dari dalam kereta sampai la ke mall tu, duk asyik tanya mana playground tu. Time makan pun x leh duk diam. X sabar agaknya semua nk duk main playground. 

Lepas makan-makan, terus kami mencari The Parenthood Playland ni. Rupanya dekat jer dengan restaurant yang kitaorang makan lunch tu. Leh baca entry on our Lunch di sini ye : Lunch @Capricciosa Sunway Putra Mall. 

Sampai jer di depan Parenthood tu, anak2 dah start x keruan..dah nampak dah playground dia sikit dari arah masuk tu. Playground dia belah belakang sekali. So lepas tunjukan voucher semua..bermula la episode fun time budak2 ni..The Parenthood ni bertemakan ala-ala London Street gitu. So playground dia ada la bentuk2 castle sedikit. Ni first time I pergi ke indoor playground yang bertema kan macam ni. Quite interesting la.

Kedai-kedai dalam parenthood ni pun quite nice. Banyak jugak shops yang jual toys.

WELCOME!!

LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN..

PARENTS LEH SHOPPING SINI YE

NICE RIGHT!!

Sekejapan jer anak-anak i hilang dari pandangan. Termasuk la si kecil. Menjaga si kecil yang paling tiring la. Benda yang dia suka naik, adalah slides yang tinggi tu. So tiap kali dia naik, I harus la naik sekali. Ada masa tu, I biarkan jer dia naik sendiri. Semput dibuatnya. Banyak betul tenaga budak-budak ni. X duduk diam.

VIEW MASUK

ADA KAWASAN UNTUK MENONTON TV

WEEEEE...

ALA-ALA FLYING FOX GITU..TP ANAK I X MAIN PUN

WALL CLIMBING SESSION..RAMAI PARENTS LEPAK2 KAT SITU..

SLIDES KEGEMARAN SI KECIL..LEBIH 10 KALI KOT NAIK..

My first impression on the indoor playground..i rasa it’s a bit small. I thought it was a bit bigger. Tp “small” macam tu pun, jenuh nak jaga anak2. Hahaha. Untuk size macam Uzayr ni, umur dua tahun, banyak jugak yang dia boleh main. Ada kawasan ball pool. Mini Trampolines.. Beraneka slides..overall, kawasan dia agak bersih & peralatan semua are still in good conditions. Quite nice.

Dekat sini, ada jugak kawasan untuk wall climbing. X sangka jugak rupanya anak2 I suka buat wall climbing ni. X pernah kitaorang bawak. So next time, leh la try bawak pi wall climbing ni. 
Kitaorang dalam sejam lebih jugak la dalam Playland ni. Weekend tu, x ramai sangat pun. Just nice sahaja la. Not too crowded. Anak-anak I macam biasa. Jenis pandai berkawan. So bermain sakan la dengan kawan2 baru..i after one hour tu dah penat gk rr.

Belanja gambar bertiga..Ini la yang terbaik antara semua..hahaha..payah betul tiga2 nk pandang camera serentak.

MACAM2 GAYA..NI LA YG TERCANTIK..HAHAHA..BOLEH LA DARI XDE

Nak bawak budak2 tu keluar dari playland tu pun satu hal. Hahaha. X puas main lagi agaknya. Lepas main jer, terus usha Sunway Putra Mall ni. I suka la..hahaha..banyak shops and kedai makan yang best2. Tetibe anak2 I, semua mintak ice cream. Birthday boy senyap jer..follow the flow saja. Kitaorang belanja la ice cream..memandangkan memang nk sambut birthday boy. So off to Swensens..seronok semua..hehehe..next birthday..si Kakak pulak..

❤❤❤HAPPY BIRTHDAY UZMIR UZAYR❤❤❤



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...