I x pernah makan makanan ni sebelum ni. Kiranya minggu pertama puasa hari tu la adalah my first time rasa 'dish' ni. Malu jugak nk kata coz dish ni sangat common. Sebelum ni selalu je jumpa tp x pernah nak membeli. Mungkin jugak coz belum terbuka lagi hati nak makan..hahaha.
Apakah dish yang i maksudkan ni..jeng jeng jeng ----> πLAKSAMπ.....
Sebelum ni, i x pernah teringin pun nk makan. Al-kisah nye hari tu, i beli la satu bekas ni jual laksam. Time tu, husband i makan luar dengan geng-geng officemate dia. So i beli la untuk berbuka, coz itu jer yang ada dijual time tu..kira macam terpaksa jugak la..nk masak time tu macam malas..hehehe..berbuka sorang2 jer..lepas buka br masak untuk budak2 sikit.
First time makan, macam x sangka selama ni rasa dia macam tu..hahahaha..poyo kan..seriously memang sedap..sejak tu, bermula la episod mencari laksam di semua bazaar ramadhan..tp sedih..x semua bazaar ada. Kampung i langsung xde. Nasi kerabu pun susah. Al-maklum la..kampung jawa..hehehe..nasi ambang banyak la.
Setakat ni, yg paling sedap i rasa, dari bazaar ramadhan Cyberjaya. Sedap dan murah lak tu. Selalunya husband yang belikan..dekat dengan office dia. Harga dalam RM3.50 rasanya. Portion pun banyak. Anak i pun suka. Seriously memang sedap..ni yang buatkan rasa macam nak pergi Kelantan, makan laksam dekat sana..hahaha..
LAKSAM BAZAAR CYBERJAYA |
Setakat ni, rasanya dah dalam 8 kali kot makan laksam bulan pose ni..jadi gian pulak..x tau la lepas raya nanti teringin lagi ke x..selera bulan puasa lain macam sikit..selain dari Laksam, kegemaran di bulan puasa, Murtabak dan Air Tebu. Bulan lain, memang x pandang la murtabak n air tebu. Makan di bulan puasa jer..lepas ni kalo nak makan, kena tunggu la ramadhan 2018 pulak..kekeke..
Apa makanan kegemaran korang di bulan puasa??
*psst..sekitar KL & Selangor, korang tahu x kat mana lagi nak cari Laksam sedap..ππ