Thursday, 11 April 2019

Lunch @ STREAT Thai Nexus Bangsar South

Kami tak tahu pun sebenarnya ada kedai STREAT Thai ni di Nexus Bangsar. Setahu I kedai ni ada di Jaya One. Hari tu, kami bawak colleague dari Singapore untuk makan-makan lunch kat luar. Plan nak ke Pappa Rich, coz tekak dia x berapa nak sedap katanya, tapi last-last kitaorang bawak dia ke Streat Thai ni. It turns out dia peminat Thai Food rupanya. Dia pun suka jer bila kitaorang terus ajak ke sini.  Sebelum masuk, kami dah tanya whether its Halal or not. Semua certified halal, just diaorang ada jual alchohol dekat kawasan bar dia saja. 

Kami sampai before 12 so nak dapat seating agak mudah lagi la. Tapi lepas tu, punya ramai nye yang beratur untuk dapatkan tempat kat situ. Memandangkan kami x ramai, so x leh la nak order makanan berlauk sangat. So last2, kami order ala carte semua. I macam biasa, sudah menjadi penggemar Pad Thai. So this time around pun, I order Stir Fried Pad Thai with Prawns. Yang lain order, Braised Beef Noodle Soup, Braised Chicken Noodles (Dry) & Chicken Pad Krapow.

Jom lihat parts of their menu items.


MENU

ADA BILIK KHAS JUGAK KAT TEPI TU..

ENVIRONMENT

MENU

MENU

MENU

MENU

MENU

MENU

Air dia pulak, I ordered Butterfly Pea Ice Soda dan member pulak ordered their Honey Dew Smoothies. Air I, memang x habis la. Tak kena dengan tekak I. Tapi Honey Dew Smoothies dia, memang sedap giler la. Next time I nak order yang tu la. 


Dari segi makanan, antara empat2 dish, paling win, Braised Beef Noodle Soup. Broth dia sedap woo..portion pun just nice. Antara yang terbaik la. Yang ni memang kena cuba. I nye Pad Thai pulak, not bad, just I pernah makan yang lebih sedap la. Chicken Pad Krapow pulak, yang ni, memang a bit sedih la. X seperti yang digambarkan. Probably next time tak akan repeat yang ni la. Chicken Noodle Dry pulak, I x leh comment coz I tak rasa. Tapi dari gaya dia makan, sedap rasanya.

PAD THAI WITH PRAWNS

CHICKEN PAD KRAPOW

CONDIMENTS

BRAISED CHICKEN NOODLE DRY

BRAISED BEEF NOODLES

Kami sempat jugak try their dessert. Ruby Red with Coconut Milk. At first, kami nak order their Mango Sticky Rice, but unavailable pulak. Ruby Red dia, not bad. Not that sweet and very colourful. Kami kongsi berempat, hehehe.

RED RUBY

Banyak lagi menu dia yang tempting. Sepanjang kami makan, asyik duk tengok meja orang jer. Tomyam dia I rasa mesti sedap. Hampir setiap meja order. Rata2 ramai datang sini untuk makan berhidang la, nasi dan lauk pauk. Probably next time kami pun nak makan berlauk jugak la. Dapat rasa tomyam dia. Repeat?? Definitely, coz x rasa Tomyam dia lagi wei. So sesiapa yang ada berdekatan, n tengah craving untuk makan Thai Food, leh mai sini ye. Tapi kalo nak mai, I recommend, before lunch hour or after. Or else, kena beratur la untuk dapat tempat.

Address: No. 7, Unit G-3, Level G, Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi, Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Tuesday, 2 April 2019

Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen

Sejak semakin berusia ini, I semakin particular mengenai skincare yang I guna. Bukan sebab apa, tersalah ingredient boleh mencetuskan pelbagai reaksi negative terhadap kulit. So sebelum membeli sebarang skincare, harusla tau apa yang ada dalam skincare tu. I jenis kulit sensitive so sometimes kalau tersalah pakai product, boleh timbul masalah kulit yang lain. 

Memakai serum merupakan salah satu step yang I suka. Disini, I nak share sedikit mengenai Antioxidant Serum keluaran dari Sanny & Joleen. Serum ni daripada bahan-bahan yang semulajadi tanpa ada sebarang bahan kimia yang berbahaya, paraben atau pun pewarna. 

BOTOL YANG PRAKTIKAL DAN COMEL. SENANG UNTUK DIBAWA

WATERY TEKSTUR. CEPAT MENYERAP KEDALAM KULIT

Antara kebaikan Antioxidant Serum ini :
  • Memudarkan Bintik-Bintik Gelap & Pigmentasi
  • Mengurangkan Jerawat Tanda Jerawat 
  • Mengurangkan Parut
  • Melembapkan Kulit Yang Dehidrasi
  • Mengurangkan Kesan Sunburn sinaran matahari
  • Mengurangkan Kesan Stretch Mark
  • Menjadikan Kulit Lebih Anjal
  • Melambatkan Proses Penuaan
  • Melicin dan Mencerahkan Kulit

Antioxidant serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk for those yang ada sensitive skin. Macam I. Serum ni dermatologist tested tau, free from sulphates and paraben dan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya untuk penggunaan masa jangka panjang iaitu:
  • No sodium lauryl sulfate
  • No sodium laureth sulfate
  • No animal derivatives
  • No mineral oil
  • No alcohol
  • No harsh detergent
  • No artificial colours

Antara bahan penemuan dalam serum ini : Tocotrienol
  • Tocotrienol dan tokoferol adalah ahli keluarga Vitamin E.
  • Walau bagaimanapun, Tocotrienol terbukti 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan berbanding dengan biasa Vitamin E (Alpha-Tokoferol).
  • Tocotrienol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi cahaya, radiasi dan ozon ultraviolet. Ia membantu mencegah penuaan kulit & meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen dengan mengurangkan aktiviti MMP, berpotensi berkesan dalam regenerasi kulit & kesan pelicinan.
  • Tocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan mengurangkan kandungan melanin. Ia juga berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.
  • Penggunaan jangka panjang Antioxidant Serum ini akan menggalakkan kulit yang sihat



I dah start pakai dalam seminggu & akan continue pakai coz I suka.  Botol dia pun comel saja. I pakai setitik pagi sebelum pergi kerja, and setitik malam sebelum masuk tidur. I suka tekstur dia coz cepat menyerap ke dalam kulit dan xde rasa melekit bila apply dekat muka. Bau dia pun tak berapa kuat.  Lepas pakai toner semua, I akan sapukan serum ni. Setakat ni, xde tanda2 negative. Tak ada jerawat yang timbul. Kulit smooth je bila bangun tidur. X rasa kering dah. 

For more information on this product, you guys can check out their website Sanny & Joleen.☺☺
Click here --> Sanny & Joleen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...