Tuesday, 26 February 2019

Lunch @ Pokok.KL, MAHSA University

Minggu CNY hari tu, ramai yang still on vacation & holiday mode. So kami yang xde pg holiday ni, masuk kerja macam biasa la. Terasa lama pulak x jumpa geng-geng ofis. Hahaha, padahal baru beberapa hari. So bila masuk ofis tu, semua muka gembira. Terus tengahari tu, plan nk lunch dekat luar memandangkan jalan x berapa nak jem. Ada banyak pilihan sebenarnya, tapi last kami pilih Pokok.KL coz dekat dengan ofis. 

Kami gerak awal sikit. Dalam 10 min gitu kami pun sampai. Ingatkan kami dah awal, rupanya dah penuh dah kat situ. Kami tunggu la kejap. X lama pun. Tapi kami x dapat seating dalam Pokok.KL tu. Dapat seating kat luar. Interior dalam dia memang cantik dan unique la. Macam dalam glass house. Ada sprinkler kat atas bangunan tu n also natural sunlight. Memang tempat yang best untuk ambil gambar. Tp kat luar pun ok jugak. Dapat ambil udara segar. Pokok.KL ni dikawasan MAHSA University. 

WELCOME

INSIDE OF POKOK.KL

Jom usha menu dia dulu ea. Menu dia x berapa extensive sangat. Tapi itu pun dah buat kitaorang garu kepala nak pilih apa. Hehehe. Memandangkan I bawak anak I sekali hari tu, so I memang x dpt nak buat pilihan la. Terus dia dah chop nak makan Carbonara Pasta, add on sausages. Pandai dia pilih. Yang lain order, Cili Padi Pesto Pasta & Smoked Salmon Benedict.

MENU

MENU

Makanan agak cepat jugak ye sampai. Portion agak besar jugak la untuk I. Nasib anak I ada. Kami kongsi2, dapat la habiskan semuanya. Geng2 yang lain pun x dpt nk habiskan. So kami tolong makan mana yang boleh. Hehehehe. Seriously, semua sedap. Anak I memang pandai pilih. Carbonara Pasta dia memang sedap giler. Pekat dan tasteful. Add on pulak sausages, memang kena. Rata2 setuju yg Carbonara Pasta kat sini rasa dia memang spot on. Seriously, I memang suka.

CARBONARA PASTA WITH ADD ON SAUSAGES

Yang ni, Chili Padi Pesto Pasta, for me so unique rasanya. Discussion kami lunch tu, macam mana agaknya nak masak dish tu. Haha. Sedap wei. Yang ni kena cuba ye u ols. Ni pun add on chicken. 

CHILI PADI PESTO PASTA WITH ADD ON CHICKEN

Yang ni pulak, salmon dia sedap sangat ok. Sapa yang suka smoked salmon, kena cuba yang ni. Tapi cepat gk kenyang coz ada roti sekali. Two slices of bread tau.  Diaorang mampu makan satu jer roti tu. Padat. Tapi gabungan dia memang sedap.

SMOKED SALMON BENEDICT

Tiga-tiga pilihan semua sedap. X sure bila akan datang lagi ke sini, coz harga boleh tahan la. Kalo nak makan group ramai, agak susah, tp still ok lagi coz diaorang akan bukak table di bangunan sebelah la.

OUR PLATES OF GOODNESS

Kalo dengan geng2 makan, x sah kalo x order dessert. Kami order their Signature Chocolate Lava. Presentation dia memang impressive. Cantik sangat siap ada fresh flowers lagi. Nak makan pun rasa sayang. 

SERIOUSLY DELICIOUS

Bila potong tengah tu, xde la leleh sangat. Sikit je leleh dia. Pekat gk rr portion dalam. Tapi gabungan dengan ice cream vanilla dan kek tu, memang awesome. Walaupun kami dah kenyang, tp still dapat menghabiskan kek tu sampai licin. 

Overall, tempat ni bukan setakat cantic dan unique, makanan pun sedap-sedap. No wonder always packed full of customers. Repeat?? Of course tapi x leh selalu. Ingat next time nak bawak husband la kesini. Memang his kind of food. Hehe.

Address: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Thursday, 21 February 2019

Dinner @ Nippon Sushi Bandar Baru Bangi

Hari tu plan sebenarnya nak makan KFC. Tup tup time tengah scroll IG, nampak kedai ni. Bila google, berdekatan dengan rumah jer rupanya, di kawasan Bandar Baru Bangi. Bila I tanya anak-anak nak makan KFC atau sushi, semua nak sushi. So beralih arah la malam tu. Kita ke Nippon Sushi Bandar Baru Bangi. Rupanya kedai ni di belakang kawasan kedai baby Manjakku tu. Kedai dia agak baru lagi la. 


Memandangkan kitaorang memang dah selalu bawak anak-anak pi makan sushi, dah jadi kegemaran diaorang dh. Lagi-lagi bab makan udon. Memang favourite Ziyad & Lily. Si Uzayr pulak, suka duk makan Tamago jer. Husband pun kaki Japanese food, so memang selalu la kami makan sushi ni. Kalo ada yang baru, lagi kami suka try. Hehehe

Time kami sampai, hampir nak full house. Nasib dapat seating. Jom usha menu dia ea. First time tengok menu dia, mak aii..banyak giler wokey..sampai x tau nak order apa. Blurr kejap. Banyak jugak yang jenis set. Nasib semua tu ada visual gambar. 















Last-last I pilih Beef Teppanyaki, anak2 macam biasa Kitsune Udon dan husband pulak, ambil Sashimi to Tempura Set. Plate sushi tu, macam biasa la, masing2 ambil kegemaran masing2 la. 

ENVIRONMENT

X CAPTURE PULAK GAMBAR ROBOT..TP ADA VIDEO EA DI BAWAH
Yang unique nye dekat sini, ada mini waiter robot. I bagi nama sendiri. Hehehe. Mini waiter robot ni akan send makanan terus ke meja customer. Tapi bukan semua jenis makanan. Dia akan hantar macam sushi atau sashimi. Jenis set2 tu, waiter diaorang akan datang hantar la. Anak2 I tiap kali benda tu lalu jer, nk usik benda tu. Panggil robot nak datang. For me, features yang agak unique jugak la. Tp rasanya kedai lain ada jugak tp ni first time kami dine in such a place la. 

Dr segi rasa, for my Beef Tepanyakki, I pernah rasa yang better. Daging dia agak liat sedikit for me. Average for me. Portion wise, sangat banyak ok. Macam boleh dikongsi. Just add on nasi tambah jer. Set husband pun biasa saja. Salmon Sashimi dia sedap. Tempura dia not bad. Just not that crunchy. Coz kami dah try macam2 tempat, so ada preference la jugak mana yang kami suka. Dari segi Udon anak I, pun sedap jugak. Yang I notice dekat sini, portion wise agak besar jugak la. So malam tu, serious kenyang giler. 

MY BEEF TEPPANYAKI

SET HUSBAND

TEMPURA

SASHIMI

KITSUNE UDON

Dari segi service, memang tip top. Interior pun best, tp seating dia sekali pandang, xde la besar mana pun. Macam kedai Japanese yang lain jugak la. I suka environment dia. Repeat?? Of course. Why?? Coz menu dia extensive sangat. Harusla try benda lain jugak la. Kami selalu makan sushi ni, dalam sebulan, max 2 kali la. Tp tiap bulan tu mesti ada. Kalo x pun, setakat beli sushi dekat Aeon atau Empire sushi jer. Dari segi harga, for me, normal range for Japanese Food. Bukan yang jenis mahal sangat la. Still affordable. 

HOW OUR PLATES LOOK AFTER

So to those Japanaese Food Lovers, gotta try out this new place in Bangi. Good food, good environment. 

Address: Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Monday, 18 February 2019

PapaMilk IOI City Mall Putrajaya

Time jalan-jalan ke IOI City Mall, ternampak kedai PapaMilk ni. Selalunnya akan lalu jer depan kedai ni. Tapi hari tu, memang tengah haus giler. Alang-alang dah kat situ, terus order. Ada macam-macam jenis air dijual dekat Papamilk ni. Ada jenis yang smoothies, juices, blended. I mula-mula nak try Signature drink diaorang which is their Papaya Milk tapi last-last ordered my favourite – Avocado Milk. I memang suka Alpukat ni. Hehehe. Saja nk try Avocado Milk dia. 

PAPAMILK

SEATING AREA

MENU..

I take away saja hari tu. I suka cawan dia, made out of kertas. That day, xde orang pun. Lagipun I pergi during weekdays. Kiosk dia comey jer. Ada juga seating area which can probably accomodate dalam 20 orang gitu. 

LOVE THE FLAVOR

Serba sedikit mengenai Papamilk

“We specialize in creating fresh smoothies with milk that are absolutely natural, healthy and nutritious! Our drinks are created using only 100% real fruits and fresh milk without adding any artificial colours, flavours or preservatives”

My verdict on the Avocado Milk. Pekat, sedap dan berlemak. Minum pulak di kala cuaca yang panas, memang rasa nyaman je, Hahaha..over sangat kan. Tak berapa manis sangat which I really like. Rasa manis2 avocado tu jer.  Anak I Ziyad pun suka giler avocado milk. Dia yang habiskan pulak tu. Balik sekolah, terus dia nampak air tu, slurp2 sampai habis. Kempunan I. Next time nak try drinks dia yang lain pulak. Lagi-lagi Papaya Milk dia. Mesti sedap kan. Sapa pernah minum..cuba review sikit..hehehe

Thursday, 7 February 2019

Bermain sakan di Kidzoona IOI City Mall Putrajaya

Memandangkan cuti panjang CNY sekali dengan cuti sekolah lagi, I ngan husband xde la plan apa-apa pun untuk bawak anak-anak pergi bercuti ke apa. So cuti panjang, memang banyak duduk rumah jer la. So hari tu, saja I bawak anak-anak pergi ke Kidzoona IOI City Mall dekat Putrajaya. Ni kiranya kali kedua I masuk sini. Memandangkan Weekdays hari tu, so harga pun murah sikit dari pergi hari weekends. Unlimited time play, RM12 saja on weekdays. Harga dah naik sikit. Sebelum ni, x silap dalam RM10 on weekdays. Mungkin sebab jenis toys pun dah bertambah dalam Kidzoona ni. Tapi still affordable bagi I. Coz unlimited kot. Time weekends, x teringat pulak harga dia. Serious x teringat nak ambil gambar rates dia. So hari tu, kami baru je lepas makan. Habis je makan, I terus ajak anak-anak masuk sini. Anak memang dah teruja dah. Sebelum pergi, I memang dah bagi tau anak bawak pg indoor playground. 

Time masuk tu, ada sekumpulan tadika..so riuh rendah sikit la..tp kejap jer, then diaorang dah habis program. So x berapa ramai la time lunch hour tu. Just nice la untuk anak-anak bermain. Compare dengan last time I datang sini, nampaknya ada pelbagai benda yang baru. Now ada Gadget corner, ada Trampoline, ada Sand area, Doll House pun ada..dan kawasan dia sangat kemas. I selalu nampak pekerja dia kemas toys kat situ even time budak2 tengah bermain. Terbaik la diaorang. X banyak gambar pun I snap hari tu. So these are the pics that I sempat snap. 

DOLL HOUSE

ICE CREAM SHOP

BURGER SHOP & HOSPITAL

MARKET 

TRAMPOLINE

SAND AREA..TP MELEKAT SIKIT..

HASIL TANGAN ZIYAD..DIA MEMANG SUKA BAB2 BUAT KERETA NI

POOL OF BALLS..ADUH..BLURR LA PULAK


Anak I si kecik tu, memang most of his time, dekat kawasan car n train to saja. Nasib xde orang lain yang nk main benda tu..kalo x, leh buat gaduh tu. Hehehe. Lily n Ziyad lak, semua benda la main. I duk tengok jer la. Sambil2 tu, join jugak untuk pretend play. Jap jadi patient, beli ice cream, pg pasar sama2..hiburkan anak kejap. 

ANAK I STATIK JE..SINI JE DIA DUK MAIN

DOC LILY IN THE HOUSE

ICE CREAM GREEN TEA SATU EA BANG!!!

Dalam 2 jam setengah jugak kami dalam tu. X perasan wei, tau2 je dah lebih dua jam. Time ajak balik, nasib semua ikut kata jer. Mungkin dah puas main agaknya. Muka semua pun dah sememeh jer. Penat. Masuk je kereta, terus tidur masing-masing. Husband I keje hari tu. Nasib semua behave. Apa pun, quite nice. Kemas, child friendly, affordable dan banyak items yang anak-anak boleh enjoy sambil belajar. 

Untuk my first time ke Kidzoona ni, boleh click kat sini ea. Banyak yang dah berubah sejak the last time I ke sini.  --> CLICK ME

CHOW..☺


Saturday, 2 February 2019

Lunch @ Basil Thai Restaurant Bangsar Village


Dah jadi habit, tiap kali ada birthday geng ofismate, kitaorang akan belanja makan makanan yang birthday girl nak. Walaupun dah belated 2 bulan, tp still kami nak sambut. Hehehe. Birthday girl mintak nak makanan Thai. Puasla kami ni mengoogle untuk check resto mana. I bukan jenis kaki tomyam sangat, so kalo nak pergi ke kedai Thai, selalu pg time dinner, dekat kedai2 biasa saja. So untuk time tengahari ni, memang jarang la pg ke kedai Thai ni. Tu yang kena google tu. Hehehe

So bila bincang-bincang, last-last kitaorang decide tuk pergi ke Basil Thai Nudle Bar yang terletak di Bangsar Village. Kalo boleh, x mau yang jauh-jauh sangat. Memandangkan kami ramai hari tu, dalam 10 orang, so ambil dalam 2 grab. 

BASIL

MENU

MENU

Sampai-sampai jer, dah nak full. Kami pulak memang x booking. Nasib dapat tempat. I memang dah aim nak makan apa. Teringin nk makan Pad Thai. Lagi pun, recommended dekat situ. Yang lain, order makanan hidang la. Ada tomyam, ikan steam, seafood sweet sour, kangkung belacan, tauhu, dan macam2 lagi la. Penuh la meja kitaorang. 

PAD THAI

So this is the Pad Thai. Macam kueh teow goreng. Cili serbuk, kacang dan tauge diletak kan di bahagian tepi pinggan. Kalo nak digaulkan, boleh ajer. Tapi I x gaul pun. I ambil mana yang I nak makan. Hehehe. Macam salah jer cara I makan. Ingatkan macam Chinese style, tp lain rasanya. For me, agak sedap jugak, coz I memang peminat kueh teow pun. Portion pun just nice. Cili serbuk dia pulak, memang meletops ea. Makan sikit2 je cili serbuk tu..

MENYELERAKAN

FISH FILET

TAUHU

IKAN STIM

RASA YANG NI - SEAFOOD SWEET SOUR

TOM YAM CAMPUR

I sempat gak merasa tomyam dia. Perghh..sedap wei. X berapa pedas sangat. Just nice for me. Inti pun banyak. Yang lain, for me, biasa saja. Kat Basil ni, ada jual makanan ala carte dan yang jenis berhidang. Dari segi harga, up sikit la dari kedai thai yang normal. Service for me, agak laju dan waiter pun semua sangat cekap. Ni sebenarnya kali kedua I ke kedai Basil ni. Tapi first time, dah lama dah. Makan berhidang jugak time tu. Overall, I suka ambiance dia. Makanan pun sedap2 semuanya. Perut membuncit je lepas keluar kedai ni. Hehe

Gembira birthday girl dapat Thai Food. Next birthday girl, agak2 ke mana ea. Kami ni memang geng kaki makan. Tu yang seronok tu. Hahahaha.

#happybelatedbirthdaykakiz ❤

 Address: G10, Ground Floor, Bangsar Village, 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...