Saturday, 29 December 2018

Aktiviti Memancing di Joran Rimba Tekala Semenyih

Out of the blue, husband ajak I pergi memancing sekali. Selalu dia pergi dengan geng2 dia. Tengah musim cuti ni, so geng2 pun balik kampung la agaknye. I pun dah start berjinak dengan memancing ni, so rasanya husband nak I dapatkan pengalaman dapat ikan. First time I pergi memancing di Taman Wetland Putrajaya. Dapat la rasa tarik2 ikan..tp last-last x dpt pun. 

So pagi-pagi kami dah gerak pergi ke Joran Rimba Tekala di Semenyih. Dalam 45 minit jugak la dari rumah, tp kami siap singgah beli sarapan dulu, so dalam kul 8, kami sampai ke Joran Rimba Tekala ni. Kami berpicnic sambil memancing la kiranya ni. Husband pernah datang sini sebelum ni, n hasil dia banyak jugak la. Tu yang kami berkobar-kobar hari tu..Excited sangat sampai bekas coleman pun tertinggal. Gelak jer time dah sampai.

KAUNTER BAYARAN N TIMBANG

CAFE 

Dekat sini ada jugak chalet-chalet yang boleh disewa. X sure berapa harga dia, mungkin boleh tngk dkt FB diaorang la kot. Tp hari tu, memang ada penyewa chalet tu semua..sebelah chalet tu pulak, ada air sungai yang boleh mandi2, tp kami hari tu x jadi nk mandi coz I tengok air dia agak deras..kalo anak-anak I mandi, confirm terbawak arus nye..ada juga surau dan cafe kecil kat sini. 

SURAU

CHALET

CHALET

SUNGAI. AIR DIA DERAS SEDIKIT.

Kami setting tempat, cari dekat kawasan tengah2 kolam. Kat sini ada kolam harian dan juga kolam pertandingan. Kolam petandingan penuh dengan ikan besar2 la. Kolam harian ni, nk ambil, kena timbang la. Untuk setiap joran, kena bayar RM10..bila dah pakai 4 jam, akan dapat balik RM4..kira dalam RM6 saja la..lebih kiranya macam deposit. Kalo pakai 8 jam..habis la RM10. Kiranya next hour after 4 jam tu, dikira RM1 saja..

1 jam pertama, xde hasil gak. Sampai jiran memancing kami pun datang. Diaorang menginap kat chalet tu..katanya dari semalam x dpt ikan. Waduh..memang xde rezeki la nampaknya hari tu. Memang betul la, 5 jam kami pancing, seekor je yang naik, tu pun orang depan yang dapat. Ikan Patin. Yang lain, duk tengok je la. Nibble dekat pancing pun xde..dari atas I leh nampak ikan2 berenang semua tp satu pun x mau gigit. Kami pakai umpan roti dan dedak. I hampir2 nk pakai coklat sebagai umpan..mana tau ikan suka..tp sayang pulak..hahahaha..

TIME NI XDE PENGHUNI LAGI YANG DUA DEPAN TU..

TENANG JE AIR DIA

MY ROD YANG BELAH KIRI AKA ROD ANAK I..HEHEHE

WAKTU PAGI YANG NYAMAN..

So, after 5 jam..kami pun balik la..I xde la hampa sangat tp nak gak tarik2 ikan. Husband memang pelik la. Banyak kali dia dtg sini, ni first time x dpt langsung ikan. Tarik2 pun xde..dia duk citer kat tuan kaunter tu..orang tu pun ada ckp..every year..akan ada hari, yang ikan memang langsung x naik. X tau kenapa x mau makan. So mungkin that is the day la. Xpe..kami redha..Ziyad pun memancing gak. Gilir2 dengan I. Hehehe..anak-anak yang lain..duk berlari, bagi makan itik..main daun2..hahaha..explorasi alam flora fauna sangat.

MUKA GEMBIRA DPT TEMAN HUSBAND MEMANCING,,WALAUPUN X DPT IKAN

FATHER AND SON

Time nk balik tu, kolam pertandingan nk start ramai coz ada pertandingan Ikan Pacu petang tu..Kami x join la. Kami terus balik. X sampai 15 min..anak-anak semua tido. Cheh..baru nak ajak pi makan. Last2 tapau makanan dekat Food Valet Bangi.

My first time experience pg ke kolam pancing. I suka..tu yang bahaya tu..hahaha..So episode kali ni, dapat tunjuk gambar2 sekitar saja..gamba ikan, x dak!! Lepas ni leh dating ngan husband pi memancing. Hehehe. Doakan ye lepas ni I dapat ikan lak.

K, chow!!

Wednesday, 26 December 2018

Aktiviti Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

Di kawasan Putrajaya ni, ada macam-macam tempat untuk beriadah. Ada taman-taman awam, kolam renang awam dan yang latest kami terjah, Taman Cabaran Putrajaya. Pernah lalu kat kawasan ni sebelum ni tapi x pernah masuk ke dalam Taman Cabaran ni. 

Taman Cabaran ni ada kawasan-kawasan dia. Yang kami sampai hari tu, bahagian Wall Climbing. So dekat sini, ada tempat untuk both adult and kids untuk melakukan aktiviti Wall Climbing tu. Untuk Adult area, memang mencabar la. Tengok jer dah rasa gayat. Hahaha, tu sebab x berani lagi untuk mencuba. Hari tu, bukan datang untuk kami pun, tapi untuk bagi anak-anak merasa Wall Climbing tu. Dekat situ ada kawasan untuk kanak-kanak. FREE saja tau. Kids Room dia di Tingkat Satu. Sebelah CafĂ©. 

PINTU MASUK KE WALL CLIMBING AREA. KAWASAN ADULT DI BAHAGIAN BAWAH. MASUK JE DAH SAMPAI 
 
PINTU MASUK KE WALL CLIMBING ZONE FOR KIDS

CAFE

Time kami sampai, we are the only ones dekat kawasan Kids Room tu. Time tu, hampir nk tengahari. Dia bukak dalam pukul 10. So kami sampai after 11. Kawasan kids room dia tak besar mana pun tapi cukup mencabar jugak la bagi Ziyad. Wall Climbing ni bagi I bagus. Dapat build up confident diri dan menguatkan ketahanan badan. Selain tu, dapat juga mencabar diri untuk completekan sampai atas. Ziyad memang nmpk berminat dengan wall climbing ni. Compare dengan Lily and Uzayr..suh panjat, semua takut. Abang dia memang jenis kaki sports la. Semua nak mencuba. Kagum juga coz dia dapat buat semua kat dalam tu kecuali yang berwarna oren tu. Yang tu memang dasyat la. Tangan kena kuat habis. I pun x dpt nk buat yang tu. 

Jom lihat gambar-gambar dalam Kids Room tu.

KAWASAN WALL CLIMBING KANAK KANAK

NI YANG PALING KECIK

LUBANG OREN TEPI TU, ADA JALAN UNTUK NAIK ATAS

GO GO ZIYAD

MEMANG ADVENTUROUS

NAK JUGAK PEACE TIME MEMANJAT. BERJAYA LA DUA TIGA TAPAK NAIK

X perlu pakai stokin pun sebenarnya tp anak I, x biasa kot. Diaorang lagi nk pakai stokin. Ikutkan lagi better x pakai. Lagi senang kaki nk grip.

Kami x lama pun. Dalam 12 lebih tu, kami keluar. Terus mencari lunch la lepas tu. So sesiapa nk bawak anak-anak untuk mencuba Wall Climbing, leh datang sini. Kami pun asyik bawak pi Taman jer, so sekali sekala buat kelainan sikit. Memang fun. KIta tengok anak-anak pun enjoy jer semua. 

Address: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Opens at 10.am

Monday, 24 December 2018

Jom Bercuti ke Kuching Sarawak!

Rindu sangat dengan Negeri Sarawak. I pernah duduk di Kuching Sarawak time I kecil dulu dan banyak sangat kenangan manis dekat sana. So sesiapa ada plan nak ke Kuching Sarawak? Mesti korang tau yang Kuching Sarawak ni merupakan antara destinasi percutian yang menarik. Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati apabila berada di Kuching. Untuk penggemar selfie, memang banyak tempat yang menarik untuk mengambil gambar di sekitar Kuching ni. 

Hotel mana bila nak plan percutian ke Kuching?  I cadangkan Imperial Hotel Kuching.

| IMPERIAL HOTEL KUCHING |
Imperial Hotel Kuching ni merupakan hotel yang sangat strategik kerana berada di sebelah Boulevard Shopping Mall. I memang gemar hotel yang bersebelahan dengan mall. Banyak kemudahan. Bukan itu sahaja, hotel ni juga betul-betul berada di tengah-tengah bandar Kuching dan hanya 5 minit pemanduan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan 5 minit sahaja ke Pusat Bandar Kuching. Easy travelling lagi-lagi untuk I yang jenis kalo boleh semua nak yang dekat2 saja. Haha. Wi-Fi percuma juga boleh diakses di semua kawasan di hotel ni. Kawasan Parking dia juga adalah percuma untuk semua penginap hotel. 

HOTEL IMPERIAL KUCHING

BERSEBELAHAN DENGAN BOULEVARD MALL

Terdapat 325 bilik di hotel ni, yang terdiri dari Superior Room, the Deluxe Room, the Corner Deluxe Room, the Executive Room, the Executive Suite, the Presidential Suite, the 3-bedroom Apartment, the 4-bedroom Apartment dan juga 5-bedroom Apartment. 

Apartment di hotel ini dihiasi dengan menarik untuk para tetamu dengan memberikan keselesaan dan pelbagai kemudahan bagi para guest semua. Ada meja makan, peti sejuk, seterika, microwave dan juga balcony siap dengan kerusi sekali. Siap ada kawasan memasak dan mencuci sekali tau. Memang sesuai untuk keluarga yang besar atau anak yang ramai.

Setiap bilik pula, dilengkapi dengan kemudahan yang pelbagai bagi menjamin keselesaan para tetamu. Ada flat screen TV, cerek elektrik, airconditioning dan juga bilik yang bercarpet. Bilik yang ada juga bersih dan tersedia rapi. Bilik mandi bilik en suite bertab yang dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian. Bilik-bilik pun agak luas. Rasa kalo anak-anak berlari pun boleh. Anak-anak I kalo dapat tidur hotel, memang akan inspect setiap inci bilik hotel, lagi-lagi bilik mandi la. Kawasan kegemaran meraka coz nk mandi di tempat baru.

BILIK HOTEL

BILIK HOTEL

BILIK HOTEL

BILIK HOTEL

Banyak kemudahan dan fasiliti yang disediakan untuk semua para tetamu. Ada kiddie pool, outdoor pool, ada fitness center, Sauna dan juga Steam Room. Anak-anak ada pool saja dah memang akan happy. Pagi petang ke pool saja. 

POOL DI WAKTU MALAM

OUTDOOR POOL


FITNESS CENTER

Di Imperial Hotel ni juga disediakan pakej bersarapan. Pagi-pagi boleh ke Restoran Imperial Garden untuk menikmati pelbagai buffet spread diaorang. Kalo tak sempat nak breakfast, boleh order jer through their room service. Pengemasan harian adalah percuma, manakala dobi boleh diminta dengan bayaran tambahan. Meja depan Imperial Hotel ni juga siap sedai 24 jam memberi perkhidmatan bermula dari masa korang check-in sampai la ke check-out dan juga bila korang perlukan senarang bantuan. Staff disini semua cekap dan friendly tau.

RESTUARANT

BUFFET

Imperial Hotel Kuching juga menawarkan tempat yang ideal dan perjamuan perkahwinan yang mewah yang dicipta oleh Pasukan Culinary Hotel untuk korang sekali dalam seumur hidup. Tidak kira betapa rumit atau hebat, pakar pernikahan khusus mereka komited untuk mewujudkan hari yang benar-benar indah dan "unforgettable".

BANQUET HALL

Destinasi manrik untuk dilawati semasa di Kuching?
Korang rasa-rasa nak pemandangan "overall view", I cadangkan kat Kuching Waterfront berjarak 8.4 km dari Imperial Hotel Kuching, sementara CityONE Megamall berjarak 5 km jaraknya. Untuk informasi berkaitan Sarawak ini, korang boleh melawat ke Muzium Sarawak yang jaraknya tak jauh diantara 5.3 km sahaja.  Bagi yang berminat untuk berjalan melawat tempat-tempat keagamaan, Katedral St. Thomas pun tidaklah jauh daripada lokasi lebih kurang 5.5km je. Bila dah puas berjalan-jalan tu mesti nak membeli belah pulak kan, cari souvenier, so boleh ke Bazaar Waterfront Kuching yang jaraknya 5.8 km kat area tu jugak. Jangan lupa ambil gambar di Tugu Kuching tau, one of their iconic landmarks.

For more information mengenai Imperial Hotel Kuching ini, boleh check out their latest offers on Imperial Hotel Kuching kat Traveloka online, hanya di hujung jari anda.

Chow ☺☺





Tuesday, 18 December 2018

Lunch @ Sector 3 Restaurant The Sphere Bangsar South

Lunch hari tu, niat nk makan Korean food. Tapi bila sampai ke kedai, orang beratur punya la ramai. Al maklumla, semua baru je dapat gaji. Mula-mula kami beratur jugak tp last-last nmpk macam x bergerak je line dia, so I pun chow. Member dah chow siap2, coz dia nk try cari tempat lain. I je yang beratur..ingatkan dapat la tempat tp hampa je hari tu. Huhuhuhu

So member yang tengah mencari tempat lain ni, terjumpa resto ni. Sector 3 nama kedai dia. First glance, memang tau la kedai baru. Kawasan The Sphere tu pun memang baru je undergo renovation. So memang banyak kedai makan la. Tapi kedai yang memikat hati tu, x banyak. Hahahaha. Sector 3 ni buat kitaorang tertarik coz design cafĂ© dia dan juga diaorang ada lunch set. Yeah!! Selalunya lunch set ni lebih murah sikit dari beli yang ala-carte tu n of coz sekali dengan drinks. So apa ada dalam lunch set diaorang. Mostly western dishes tp local dishes macam Nasi Lemak pun ada. 

WELCOME!! LIGHTING TERLEBIH LAK. HEHEHE

FULL HOUSE

LUNCH SET

 I hari tu bawak anak I Ziyad sekali. Ziyad macam biasa, kalo x nasi, pasta la jawapan dia. So dia order Carbonara, I order Fish and Chips, member sorang lagi order Chicken Cordon Bleu. 

CARBONARA

Memandangkan kedai ni baru lagi, so service dia for me a bit kelam kabut la. Tapi still ok. Makanan nk kata cepat pun x, lambat pun tidak tp we wished makanan dia sampai a bit faster la..coz lapo kot. 
Dari segi presentation dishes dia, memang tip top la. Yang ni, anak I nye Carbonara. For me, sedap wei yang ni. Pekat giler. I like this one. Tapi anak I x berapa nk suka. Pelik lak napa dia x suka. So last-last tapau bawak balik rumah. Husband I pun siap rasa time kt rumah. Dia pun kata carbonara ni sedap. Mungkin Ziyad x berapa gemar Fettuccine kot. Dia selalu spagetti or macaroni jer..

FISH N CHIPS

My dish, the Fish n Chips. I dengan Fish n Chips ni berpisah tiada. Tapi susah nk cari yang betul2 sedap. For me this dish, ada hit n misses. Not too my liking sangat. Batter dia sedap. Tapi coz I pernah rasa yang lebih sedap, so this one is average for me la. 

CHICKEN CORDON BLEu

Yang ni pulak, member nye Chicken Cordon Bleu. Member x berapa gemar sangat tapi dari apa yang I rasa, for me agak sedap gak. Mash potato dia sedap, ayam dia pun sedap. Citarasa berbeza kot. Ramai jugak hari tu yang order Cordon Blue ni. 

VARIETY OF DESSERTS

Dekat kedai ni ada jugak jual mini cakes. Ingatkan nk rasa la tp dah overfull. So probably next visit la kot nk try cakes dia. Overall, love the atmosphere, sesuai untuk melepak dan bergossip, makanan overall agak sedap. Price lunch set dia not bad. Termasuk air, all below RM20. Service dia pulak, boleh diperbaiki. Mungkin coz baru lagi so nampak la kelam kabut nye tu. Apa pun, all is well.

Chow guys!!

Address: Unit G-3, Ground Floor, The Sphere Bangsar South. No, 1, Avenue, 1, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

Thursday, 13 December 2018

QQ Baby Store Taman Equine

Lama x masuk kedai baby. Sejak baby pun dah besar, so xde la menapak ke mana2 kedai baby sangat. Hari tu, singgah ke Maybank Taman Equine. So terjumpa kedai baby ni. QQ Baby Store. Saja masuk coz nk tengok apa yang ada. Mana tau lepas ni ada rezeki anak no 4. Hehehe..Seronok tengok barang-barang baby. Rasa happy jer n geram..coz barang-barang semua comel2. 

WELCOME!!

MITTEN, BOOTIES..

RM5

RM3 JE

ACCESSORIES

DIAPERS, SELIMUT & TOPI..COLOURFUL

PELBAGAI JENIS ROMPERS YANG CUTE 

Masuk-masuk jer, terus ada jualan murah di bahagian center kedai. Ada jual rompers, topi, mittens. Untuk ibu-ibu yang  tengah mencari barang-barang untuk newborn, dekat sini memang banyak. Stroller & baby car seat pun ada dijual kat sini. Yang paling rambang mata, adalah kasut2 baby la. Geram jer I tengok. Barut berwarna pun ada dijual. 

GERAM SANGAT TENGOK KASUT BABY

BARUT

Dekat bahagian atas dia pulak, untuk bahagian kanak-kanak dalam lingkungan 1 ke 4 tahun la. I sempat jugak sambar 2 helai baju untuk Uzayr. Tp kena check size la ea. Ada yang tulis 3 tahun tapi size dia kecik sedikit and size dia berbeza ikut baju. So kena check dulu la sebelum membeli. Ada baju tidur, baju set jalan..dresses..baju kurung pun ada tau dijual kat QQ Baby Store ni. Memang rambang mata.

BAJU KANAK KANAK

BAJU KANAK KANAK

BAJU KANAK KANAK

GIRL'S DRESSES

BAJU KURUNG

For me, harga dia sangat affordable. Variety pun banyak. Tapi coz I memang xde barang specific yang I tengah duk mencari, so xde la membeli sakan. So kepada parents yang tengah mencari barangan baby tu, leh la singgah sini untuk menyopping

Address: 22, Jalan Equine 9b, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...