Wednesday, 26 December 2018

Aktiviti Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

Di kawasan Putrajaya ni, ada macam-macam tempat untuk beriadah. Ada taman-taman awam, kolam renang awam dan yang latest kami terjah, Taman Cabaran Putrajaya. Pernah lalu kat kawasan ni sebelum ni tapi x pernah masuk ke dalam Taman Cabaran ni. 

Taman Cabaran ni ada kawasan-kawasan dia. Yang kami sampai hari tu, bahagian Wall Climbing. So dekat sini, ada tempat untuk both adult and kids untuk melakukan aktiviti Wall Climbing tu. Untuk Adult area, memang mencabar la. Tengok jer dah rasa gayat. Hahaha, tu sebab x berani lagi untuk mencuba. Hari tu, bukan datang untuk kami pun, tapi untuk bagi anak-anak merasa Wall Climbing tu. Dekat situ ada kawasan untuk kanak-kanak. FREE saja tau. Kids Room dia di Tingkat Satu. Sebelah CafĂ©. 

PINTU MASUK KE WALL CLIMBING AREA. KAWASAN ADULT DI BAHAGIAN BAWAH. MASUK JE DAH SAMPAI 
 
PINTU MASUK KE WALL CLIMBING ZONE FOR KIDS

CAFE

Time kami sampai, we are the only ones dekat kawasan Kids Room tu. Time tu, hampir nk tengahari. Dia bukak dalam pukul 10. So kami sampai after 11. Kawasan kids room dia tak besar mana pun tapi cukup mencabar jugak la bagi Ziyad. Wall Climbing ni bagi I bagus. Dapat build up confident diri dan menguatkan ketahanan badan. Selain tu, dapat juga mencabar diri untuk completekan sampai atas. Ziyad memang nmpk berminat dengan wall climbing ni. Compare dengan Lily and Uzayr..suh panjat, semua takut. Abang dia memang jenis kaki sports la. Semua nak mencuba. Kagum juga coz dia dapat buat semua kat dalam tu kecuali yang berwarna oren tu. Yang tu memang dasyat la. Tangan kena kuat habis. I pun x dpt nk buat yang tu. 

Jom lihat gambar-gambar dalam Kids Room tu.

KAWASAN WALL CLIMBING KANAK KANAK

NI YANG PALING KECIK

LUBANG OREN TEPI TU, ADA JALAN UNTUK NAIK ATAS

GO GO ZIYAD

MEMANG ADVENTUROUS

NAK JUGAK PEACE TIME MEMANJAT. BERJAYA LA DUA TIGA TAPAK NAIK

X perlu pakai stokin pun sebenarnya tp anak I, x biasa kot. Diaorang lagi nk pakai stokin. Ikutkan lagi better x pakai. Lagi senang kaki nk grip.

Kami x lama pun. Dalam 12 lebih tu, kami keluar. Terus mencari lunch la lepas tu. So sesiapa nk bawak anak-anak untuk mencuba Wall Climbing, leh datang sini. Kami pun asyik bawak pi Taman jer, so sekali sekala buat kelainan sikit. Memang fun. KIta tengok anak-anak pun enjoy jer semua. 

Address: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Opens at 10.am

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...