Al-kisah di hari Mengundi. Hehe..Baru skg nk post. Pagi tu, mr hubby pergi mengundi di Putrajaya. Lama gak mr hubby pergi mengundi. So tengahari tu, sebelum balik ke kampong I pulak di Kuala Selangor, kitaorang singgah makan dulu. Mr hubby ada bagi tau pasal kedai makanan Sarawak yang geng2 dia pernah sebut. So bila I check, Restaurant DapoPuro ke? Dia pun x berapa pasti tapi kitaorang pergi jugak. So bila sampai depan kedai tu, me hubby rasa memang itu la kedai yang geng2 dia pernah makan. So kami pun on saja.
WELCOME!! |
Restaurant DapoPuro ni pure makanan Sarawak. Susah tau nak cari makanan Sarawak ni. I dulu pernah duk Kuching bertahun-tahun tp zaman kanak-kanak la so x berapa nk ingat makanan Sarawak time dulu. I ingat rumah yang kitaorang duduk time kat Sarawak je. Hehehe.
PART OF THE MENU |
LOTS OF SARAWAK ITEMS ON THE WALL |
Menu x berapa extensive sangat so senang la kami untuk membuat pilihan. Kekadang bila menu tu terlampau banyak sngt, payah gak nk memlilih. So last2 I order Laksa Sarawak ( I dan Laksa berpisah tiada), mr hubby dan anak-anak lak makan Mee Kolok. Satu Mee Kolok Ayam, satu daging. Air dia pulak, I saja nk try air Teh dia (3 layered tea). Dari gamba Nampak tempting gitu. I memang cepat terpengaruh.
Makanan dan minuman dia x lama pun. Sekejap je dah sampai. Anak I macam biasa, belum apa-apa hal lagi, dah tumpah air. Air sirap lak tu. Tepuk dahi je la. Dah selalu terjadi. Pekerja dia tangkas bersihkan lantai dan meja. Dapat air sirap baru. TQ ☺
This is my laksa Sarawak. Not bad la. Nk compare, x banyak yang I pernah makan tp yang kat sini agak sedap jugak. Mr hubby nye for me sedap. Lagi2 sos dia. Masyuk. Sup dia pun sedap. Anak I pun habis makan walaupun half the time duk main di sekitar kedai tu. Nasib tuan dia x marah. Tuan kedai pulak rajin mengambil gambar pelanggan. Gambar kami pun ada di FB diaorang.
3 LAYER TEA..MANIS!! |
MY LAKSA SARAWAK |
MEE KOLOK |
KOPOK LEKOR..KUDAPAN |
Environment dia pun quite nice. Pelbagai barangan Sarawak menghiasi dinding kedai ni. Kebanyakanya ada di rumah my mom jugak. Hehehe. Memang menarik dan membuatkan I teringat zaman2 kecik dulu. Overall, the food was quite nice, ambience pun ok, owner dia friendly and harga pun berpatutan. So if you are craving for some Sarawak cuisines, come by here at DapoPuro.
Address: No 41 Jln BP 7/2 Bandar Bukit Puchong 2, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
Phone: 016-411 1015