Thursday, 30 November 2017

Short Trip to Genting : First World Hotel Genting Highland

Alhamdulillah, hari tu menang contest nestle dan hadiahnya, dapat penginapan di First World Hotel Genting Highlands. Memang rezeki sangat coz I hantar satu resit jer untuk pertandingan tu. Memang x budget menang. Kitaorg pergi weekdays cause itu sahaja waktu yang available. Kami gerak lambat sikit. Balik kerja baru gerak. So drive ke Genting Highland waktu malam. Bukan sahaja menyeramkan, tp awesome dalam masa yang sama. Kenapa awesome??.cause dari jauh, nampak kawasan Genting tu penuh dengan lampu2. Happening sangat waktu malam-malam. Malam tu dah start hujan..tp x lebat la masa tu..risau gak coz jalan berliku-liku kan..agak bahaya jugak la. 

Bernasib baik sangat malam tu I x berapa nak mabuk tp lepas tu, sempat jugak telan panadol. hahaha. Lama juga rasanya kitaorang tak menapak ke Genting ni. Last I pergi, time tu berdating dengan mr hubby..sebelum kawen..hehehehe..kemain zaman dulu, dating sampai ke Genting..lepas kawen, dating, ke shopping complex je..miahaha..

Sampai ke Genting tu, tengah undergo banyak lagi construction. Tp dah nampak la structure2 yang ada dekat situ. Time ni, indoor and outdoor dua2 tutup. So kesimpulannye, x banyak la yang dapat kiatorang buat & explore dekat Genting ni. 

Check in, agak senang. Banyak check in counter. I nampak jugak ada check in kiosk tp x guna pun. Time nk cari parking, leh pulak sesat. Tp last2 jumpa jugak. Time kitaorang datang, cuaca asyik hujan non-stop. So sejuk dia..perghh..leh tahan. Kawasan bawah tanah parking tu lagi la sejuk. 

Kami dapat kawasan bilik di kawasan bangunan First World yang agak baru. Jauh jugak la nak menapak dari tempat parking. Its a good thing time tu x bawak beg banyak. 

Jom usha bilik kitaorang dekat First World Genting ni ye. Sorry la..gambar2 x berapa nk cun. I need to take some photo lessons la..huhuhu..

SHOWER..TOILET DIA..DI SEBELAH KIRI..X AMBIK GAMBO..

MINUM AIR PANAS2..BEST DI TEMPAT-TEMPAT YANG SEJUK MACAM GENTING NI

TV

OPEN MINI CLOSET & SAFE

I SUKA PATTERN KUNING TU..NAMPAK MODERN

NI KEADAAN BILIK SEBELUM NAK BALIK, TU YG KEMAS X BERAPA CANTIK TU..SAMPAI DAH MALAM..SO TERUS BOOM ATAS KATIL. HEHEHE

Kami berlima, agak selesa jugak la. Kitaorang gabungkan katil. Kitaorang dpt bilik two single beds (Y5 Deluxe Room).  Bilik dia memang comey jer..memang bilik untuk tido semata2. Kalo untuk business trip, memang sesuai. Design dia pun catchy and vibrant. Bilik air dia very clean and well maintained. Mungkin juga cause baru lagi. Ada water heater dalam bilik ni ye so don’t worry. Tu je la activity anak2 dalam bilik, Mandi dalam shower tu lama2..hahaha..nk berlari-lari dalam bilik (anak2 yang berlari ye) ni agak susah la coz ruang dia x berapa nk besar. Tapi semua amenities dalam bilik ni mencukupi. 

CHECK OUT KIOSK. 

BAKERY BELOW OUR HOTEL

PEMANDANGAN DARI TINGKAT 18..NMPK PUTIH JERR
Kitaorang dapat bilik di tingkat 18. Bila tengok ke luar tingkap dekat kawasan lift tu, x nampak apa2 pun. Putih je semua. Time tu, still hujan renyai2. Macam terasa di oversea sejuk dia. Kabus merata-rata.

Esoknye kitaorang check out awal sikit. Dekat sini, ada mesin check out tau. Senang giler. Xde hassle langsung. Just masuk kan card bilik dalam mesin tu jer..dah setel. X yah beratur2 panjang-panjang. Overall, bilik dia not bad. Sesuai untuk couple2 dan jugak untuk business trip. Anak-anak i seronok jer datang hotel. X kisah la kecik ke beso hotel dia. Environment baru. First time anak2 merasa cuaca sejuk2 cam ni. Seronok tengok diaorang happy.

Next stop kitaorang..ke Sky Awana pulak..Nantikan di entry-entry yang seterusnye..

Friday, 17 November 2017

Short Trip @ Lembah Temir Resort Raub Pahang

I dah lama sebenarnya usha resort ni. Lagi2 ini adalah resort kawan my dad. Dia ada inform kitaorang pasal resort ni. Bila office nk buat retreat pergi sini, I excited sangat..First office retreat for year 2017.

Dari office, kitaorang naik van menuju ke Lembah Temir ni. Tp most naik kereta sendiri la. I coz malas nak drive, naik van saja. Perjalanan x jauh sangat lebih kurang 2 jam gitu dr KL. Tp bila nk sampai ke resort tu, memang kena off road sikit. Sesiapa yang bawak kereta tu, semua macam menyumpah gak rr..hahaha..coz habis gak kereta kena sagat semua. So siapa ada four wheel drive, senang la nk lalu. Dekat off road je dah lama coz time tu, macam baru lepas hujan so tanah dia sedikit lembik. Mencabar sedikit la. 

Tp bila sampai ke resort tu, terus tergamam..terus x ingat laluan mencabar td..hahaha
I suka design2 chalet n bangunan dari batu bata merah ni..

CANTIK GILER LANDSCAPE..I LIKE!!

SURAU

DEWAN

TOILET DEPAN DEWAN

BILIK2 YG ADA

Besar wei resort dia..Ada air sungai mengalir yang best tu, siap ada air terjun yang vavavoom lagi.. Plus..ada dusun durian..weeeeeee…
I x mau la cerita agenda2 kami di sana. Kami ada la menorah getah..tangkap ayam..redah sungai, main gendang (x ingat apa nama peralatan tu..huhu), makan durian..menarik la. All team building stuff (except of the durian feast)..kitaorang siap kena pakai kain batik lagi. gambar2 i yang embarassing semua i simpan untuk diri sendiri saja..keke
Ini dari website dia ye 

“Lembah Temir Resort (LTR) is a hidden treasure located in Raub, Pahang waiting to be explored. What initially started off as a ''durian plantation project'' in 2009, turned into an escapade project as the owner loves to host families and friends at the orchard. Now, LTR is slowly growing into a resort in an orchard. It is set in 75 acres of stunning orchard landscape and is located just less than 2 hours drive away from Kuala Lumpur city centre.

Tucked in the heart of Pahang’s rich rainforest reserve, it boasts a few natural cascading waterfalls around the orchards that will guarantee to take your breath away. Spend the day dipping in the rivers that are relaxing and fun. Swim with the local fishes! (sorry, no fishing)

This charming family run resort, was designed in complete harmony to the natural terrain/landscape and has 30 rooms scattered around the orchard. Each room is equipped with an en-suite bathroom, air condition, fan and water heater.

The orchard produces the all-time favorite tropical fruits such as Durian (Musang King) alongside other tropical fruits such as the Rambutan, Mangosteen, Duku, Jackfruit and many more. 

Lembah Temir Resort is perfect for a family (or office) getaway!”

Apa yang best dekat sini..pakej dia memang termasuk makan pagi tengahari n malam. Lengkap. So kami memang makan saja la kat sana. Makanan dia pulak, bermacam-macam jenis. Daging salai masak lemak, ikan patin tempoyak, nasi dagang, pulut kelapa..macam2 la..memang semua sedap2..kalo duk seminggu dekat situ, confirm naik badan. Hahaha. 

SARAPAN

LUNCH

Bilik dia pulak, I suka. I dapat yang chalet. Dapat pulak, betul2 depan dewan makan. Lagi syok la. X yah jalan jauh2. Bilik luas, bilik air pun luas n simple. Design batu bata merah. Memang menarik la. Landscape pun cantik. Malam-malam, leh dengar bunyi air2 dekat luar. 

TEPI TU CHALET YG I DUDUK

MY BILIK..SEBELAH SUNGAI..BEST TIDO

KATIL QUEEN

KATIL SINGLE

BESO CERMIN DIA..TEMPAT GANTUNG PUN ADA..DI DI HADAPAN TOILET..TOILET DIA BESAR

Air terjun dia pulak, kena mendaki sedikit. Malam sebelum tu, hujan lebat, so air memang tengah banyak time kitaorang mandi dan sejuk dia, MasyaAllah, gigil wei. Tp demi nk try n nak bergambo..hehehe..ku redah juga. Hahaha. Seriously, memang best. 

MEMANG BEST!!

KENA NAIK TANGGA UNTUK MENUJU KE KAWASAN AIR TERJUN..

My verdict untuk team building macam ni, sesuai di resort ni. Tp untuk yang berfamily, kalo setakat untuk relax2, why not..leh mandi manda, makan durian..relax2..coz kalo duk sini, memang xde nak keluar dah. Payah nk terjah jalan off road tu berulang kali..hahaha..for me, I like he resort. Unique, relaxing & well maintained. 

Team kami every year ada event tp this year, first time pergi ke tempat yang kena bermalam. Last year, ada la event paintball dan pergi broga..tahun ni kelainan sikit..rezeki..dapat pergi sini..
Apa pun, an amazing experience..i really had fun..love the place..n to mr hubby..TQ jaga anak2..muah cikit..❤❤❤



Friday, 10 November 2017

The Parenthood Playland @ Sunway Putra Mall

Bersempena dengan birthday si kecil hari tu, kami berkesempatan untuk bawak anak-anak semua untuk pergi ke The Parenthood Playland dekat Sunway Putra Mall. The Parenthood Playland ni setakat ni ada dua cawangan sahaja which is dekat Sunway Putra Mall & juga di Sunway Pyramid. Ticket masuk dia I beli via FAVE saja. Dapat murah sedikit. I beli dengan harga RM37.10. X silap, harga dia dalam RM45 for weekend rates. Tp untuk umur bawah 2 tahun, I recommend, better walk in saja (Harga dia lebih murah dari yg I beli..huhu) I dah siap bagi tau anak-anak I yang kitaorang nak bawak pergi main playground. So, dari dalam kereta sampai la ke mall tu, duk asyik tanya mana playground tu. Time makan pun x leh duk diam. X sabar agaknya semua nk duk main playground. 

Lepas makan-makan, terus kami mencari The Parenthood Playland ni. Rupanya dekat jer dengan restaurant yang kitaorang makan lunch tu. Leh baca entry on our Lunch di sini ye : Lunch @Capricciosa Sunway Putra Mall. 

Sampai jer di depan Parenthood tu, anak2 dah start x keruan..dah nampak dah playground dia sikit dari arah masuk tu. Playground dia belah belakang sekali. So lepas tunjukan voucher semua..bermula la episode fun time budak2 ni..The Parenthood ni bertemakan ala-ala London Street gitu. So playground dia ada la bentuk2 castle sedikit. Ni first time I pergi ke indoor playground yang bertema kan macam ni. Quite interesting la.

Kedai-kedai dalam parenthood ni pun quite nice. Banyak jugak shops yang jual toys.

WELCOME!!

LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN..

PARENTS LEH SHOPPING SINI YE

NICE RIGHT!!

Sekejapan jer anak-anak i hilang dari pandangan. Termasuk la si kecil. Menjaga si kecil yang paling tiring la. Benda yang dia suka naik, adalah slides yang tinggi tu. So tiap kali dia naik, I harus la naik sekali. Ada masa tu, I biarkan jer dia naik sendiri. Semput dibuatnya. Banyak betul tenaga budak-budak ni. X duduk diam.

VIEW MASUK

ADA KAWASAN UNTUK MENONTON TV

WEEEEE...

ALA-ALA FLYING FOX GITU..TP ANAK I X MAIN PUN

WALL CLIMBING SESSION..RAMAI PARENTS LEPAK2 KAT SITU..

SLIDES KEGEMARAN SI KECIL..LEBIH 10 KALI KOT NAIK..

My first impression on the indoor playground..i rasa it’s a bit small. I thought it was a bit bigger. Tp “small” macam tu pun, jenuh nak jaga anak2. Hahaha. Untuk size macam Uzayr ni, umur dua tahun, banyak jugak yang dia boleh main. Ada kawasan ball pool. Mini Trampolines.. Beraneka slides..overall, kawasan dia agak bersih & peralatan semua are still in good conditions. Quite nice.

Dekat sini, ada jugak kawasan untuk wall climbing. X sangka jugak rupanya anak2 I suka buat wall climbing ni. X pernah kitaorang bawak. So next time, leh la try bawak pi wall climbing ni. 
Kitaorang dalam sejam lebih jugak la dalam Playland ni. Weekend tu, x ramai sangat pun. Just nice sahaja la. Not too crowded. Anak-anak I macam biasa. Jenis pandai berkawan. So bermain sakan la dengan kawan2 baru..i after one hour tu dah penat gk rr.

Belanja gambar bertiga..Ini la yang terbaik antara semua..hahaha..payah betul tiga2 nk pandang camera serentak.

MACAM2 GAYA..NI LA YG TERCANTIK..HAHAHA..BOLEH LA DARI XDE

Nak bawak budak2 tu keluar dari playland tu pun satu hal. Hahaha. X puas main lagi agaknya. Lepas main jer, terus usha Sunway Putra Mall ni. I suka la..hahaha..banyak shops and kedai makan yang best2. Tetibe anak2 I, semua mintak ice cream. Birthday boy senyap jer..follow the flow saja. Kitaorang belanja la ice cream..memandangkan memang nk sambut birthday boy. So off to Swensens..seronok semua..hehehe..next birthday..si Kakak pulak..

❤❤❤HAPPY BIRTHDAY UZMIR UZAYR❤❤❤



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...