Friday, 29 September 2017

Minum Petang @ Penang Favourites Giant USJ

Assalamualaikum & Hi Semua..

Selepas shopping dan cuci mata hari tu di Decathlon, kitaorang singgah la ke kedai makan utk minum2 petang. Untuk entry shopping di Decathlon, boleh baca di sini ye : Shopping for Sports Item @ Decathlon USJ 1 Subang

Kedai ni betul2 berhadapan dengan Decathlon ni. Mula2 x mau singgah pun tp perut tetibe jer macam lapo..hehehe..i pulak ternampak ada Penang Asam Laksa.so terus ajak mr hubby tuk makan kejap..ntah kenapa..sejak dua menjak ni I asyik duk teringin nak makan Penang Asam Laksa..bila dah jumpa tu..terus hati berbunga-bunga..

COMEY JER KEDAI DIA..TP RAMAI

MENU

Time ni dalam pukul 6..dah blh makan malam dah tp kitaorang ambik yang light2 jer coz balik nanti nak singgah ke kedai Warung Nasi Lemak Opah..tapau nasi lemak..hehehe.

Nama pun Penang Favourites so harus la makanan kegemaran orang penang ye tak..jom usha apa yang ada ye..i x tengok menu pun hari tu..mr hubby yg tlg orderkan..i memang terus nk Penang Asam Laksa..add on..beli ABC..dekat sini, semua self service tau..kena bayar dulu then dapat number..bila number dipanggil, then leh ambik dekat kaunter..

UIHH...SEDAPPNYE..

My verdict...perghh..memang sedap betul asam laksa dia..lagi2 bila I dah lama x pekena benda ni..i makan sampai licin..mr hubby lak time tu baru je dalam beberapa hari lepas cabut gigi..so dia xde la nak makan sangat..dia duk makan abc je..lepas cabut gigi ni..elok minum air sejuk2..bg cepat baik..
So..i dapat la makan laksa tu sepuas-puas nye..memang sedap..lagi satu Penang Assam Laksa yang sedap..dekat Seccret Recipe..memang leh fall in love la..tp x leh selalu coz mahal sedikit yang dekat Secret Recipe tu..kalo teringin sgt2..baru pergi..

ABC..DARI PANDANGAN ATAS..HEHE

BANYAK INTI DIA..

ABC dia..not bad la..dia x pakai gula merah..pakai sarsi..sedap gak..siap ada nata dalam tu..inti dia banyak gak..penuh bawah timbunan ais tu..kitaorang lepak dalam 30 minute gitu..bg rehat kaki sikit lepas habis pusing2 dekat Decathlon tu..apa pun..will come back here..sedapp..

K..off to tapau nasi lemak dengan paru goreng..hehe.aduh..habis diet..

Address : G16, Ground Floor, Giant Hypermarket USJ 1, Persiaran Subang Permai, USJ, Subang Jaya, Selangor 47500



Tuesday, 26 September 2017

Shopping for Sports Item @ Decathlon USJ 1 Subang

Sebenarnya xde plan pun nak singgah ke USJ tp memandangkan time tu memang dah keluar dan berdekatan, saja ajak mr hubby untuk pergi ke Summit. Lama x pergi ke Summit USJ tu. Sejak dah revamp, lum menyempat lagi nak jejak kan diri lagi ke situ. Al-kisahnye hari tu, bila nk masuk ke  Summit USJ tu, kitaorang terlepas simpang..so terpaksa la buat pusingan. Bila pusing tu, ternampak sign board “Decathlon”. Dari luar nampak banyak sangat sports items. So dari Summit USJ tu, terus kitaorang belok kanan pulak untuk ke Giant. The power of big signboards..hehehe

Dari luar kedai ni nampak tempting sangat. Xde pun sebenanye nk menyopping barang-barang sports ni tp ada la jugak benda2 yang teringin nk membeli. Plan nye hari tu adalah untuk berwindow shopping saja. Kedai ni di tingkat bawah. Atas baru Hypermarket Giant. Petang tu, x singgah Giant pun. Semata2 nk usha Decathlon tu saja. Setakat ni, ada dua jer cawangan di Malaysia. Satu lagi di Sri Damansara Store. 

WELCOME!!

Masuk-masuk jer store ni, nampak barangan camping. Murah2 jugak tent2 yang dijual. Pelbagai jenis lak tu. Seriously, kedai ni memang luas. Dan diaorang dah label2 kan setiap line tu dengan sports item apa. So senang hendak mencari barang. Antara yang menarik perhatian kami adalah barang camping, barangan memancing, basikal, peralatan gym, swimming items, dan baju2 sports. Nak compare dengan jenama2 sports attire yang lain, yang dekat Decathlon ni sangat affordable. Harga dia quite reasonable. I sempat jugak la sambar baju satu (Cheh..mula2 nk window shopping..tp last2 terbeli jugak..hehe) Satu lagi yang I sambar, adalah beg backpack comey. Murah jerr..time tu harga dia dalam RM10. Ada banyak size. Each size harga dia berbeza2..tp still x mahal. Kitaorang beli la satu..kaler merah..tp rasa macam kena beli lagi..coz I asyik duk bawak beg tu so..cian mr hubby..x dpt nk pakai. Hehehe..so next time datang kena sambar beg ni satu lagi. Macam2 kaler lak tu ada. 

CAMPING TENTS

I BELI YANG KALER MERAH TU..COMEY KAN

PELBAGAI SIZE ADA

SPORTS ATTIRE

SNORKELING EQUIPMENT

BICYCLE

BERMINAT JUGAK DENGAN CYCLING NI..MAHAL WO..HUHUHU

TENNIS

Sekarang ni, kitaorang dah start minat untuk memancing. Husband zaman2 dulu selalu gak la pergi memancing tp I belum pernah. Banyak kali gak ajak mr hubby suh bawak pi mancing..tp coz skg anak dah tiga..so susah sikit la nk pergi..at least dapat pergi ke kolam pancing pun jadi..hehe..nak rasa feel pancing ikan. So dekat Decathlon ni, banyak gear2 untuk memancing. Untuk first timers macam I ni, memang sesuai sangat la. 

RODS

ALATAN MEMANCING

Peralatan kanak-kanak pun banyak dekat sini. Raket badminton kanak-kanak, basikal, bola, roller blade, scooter, sport attire, swimming attire, baju hujan pun ada ye.. memang ada macam2 yang dijual kat sini. Confirm rambang mata. Anak-anak I hari tu, semua x keruan. Macam2 yang diaorang nak. Nasib baik hati I kental sikit hari tu..beli baju n beg jerr..hehehe..kalo x..confirm macam2 I dah beli. Kasut sports budak2 kat sini comey-comey..huhuhu..

ROLLER BLADES & SKATES

BADMINTON RACKETS FOR KIDS

RAINCOAT ANYONE??

SEKSYEN KASUT YANG BESAR DAN PELBAGAI

X perasan berapa lama kitaorang dalam tu..tp rasanya lebih sejam. So lepas jer shopping.singgah makan jap dekat kedai dekat luar Decathlon tu..macam tau jerr I tengah ngidam nk penang asam laksa. Menarik kedai ni. Episode makan2..di entry seterusnye ye..

So for those yang tengah mencari barang2 sukan..leh la usha datang sini..confirm duk berjam kat sini..macam-macam ada..

K..chow..next month nk datang sini lagi..menyesal x beli seluar..memang dah berkenan tp last2 x ambik..huhuhu…

Friday, 15 September 2017

Lunch @ Garlic Restaurant & Bar Victoria Club

Kitaorang selalu buntu bab2 nak keluar makan bila di office. Food court kitaorang agak mahal la compare dengan tempat lain so kitaorang jarang2 pergi. Selalunye akan makan di tempat yang kitaorang panggil “riverside”..xde pun sebelah river..more to longkang besar adalah..hahaha..dekat situ harga agak reasonable lagi..dan banyak choice..

So one day tu, kitaorang dapat flyers abaout a new resto ni. So usha2..ooo rupanya dekat dengan Victoria Club tu. Dari office, kena berjalan sikit jer la..x jauh mana pun. I x pernah lagi pergi ke kawasan situ so agak teruja. Restaurant sebelum ni diaorang kata ala2 food court tp skang dah bertukar kepada new owner dan restaurant diberi nama “Garlic Restaurant & Bar”. Makanan dia semua halal tau.

WELCOME

BAR AREA

SEATING IN THE RESTO

Now, diaorang tengah ada promo..lagi2 untuk set lunch. So hari tu, nak celebrate one of our office mate’s birthday. So saja nk try dekat situ. Atmosphere dia not bad. Sesuai la dengan citarasa kitaorang ni..Lunch menu dia agak banyak jugak la choices..n yang paling mahal dalam set tu pun dalam harga RM13.50..mula2 nak order pasta..tapi last2 I ordered their Cantonese style Yee Mee. Add on soup of the today (+RM2.50). Soup dia hari tu, carrot soup. First time jugak la nk try carrot soup. Selalunye di resto lain dekat luar sana, soup diaorang sama ada mushroom, chicken, potato, or tomato basil soup. So carrot soup, is the first for me..x sabar jugak nk rasa.

LUNCH SET MENU

Here’s the carrot soup. Presentation, memang tip top. Carrot soup dia, for me, agak sedap. Xde rasa macam carrot sangat pun..haha..quite unique jugak la rasanya. Habis I makan. 

CARROT SOUP

Ni pulak, my Yee Mee. Nampak tempting kan. Dari segi rasa, kurang garam sikit n kurang kick sikit. So kena la mintak cili potong..hehehe..rata-rata komen dari semua yang makan, rasanye makanan diaorang kurang bergaram sedikit sampaikan terpaksa mintak garam. More to the healthy side la for all the dishes. 

CANTONESE STYLE YEE MEE RM10.90 + DRINKS

Tp salad dia sedap. Next time nk makan salad la. Skang for ala carte, ada 20% off. So quite worth the money. Katanya, akan ada banyak lagi menu. Kami, of course akan datang kembali la. Dari segi atmosphere, makanan, harga, semua quite nice. Akan jadi salah satu tempat lepak kami jugak la ni..hahaha..

LOVE THE SALAD

Jom usha sedikit gambo dishes yang lain ye. Ada ayam penyet, Mee Hoon Soup, Penne Carbonara..

MEE HOON SOUP

AYAM PENYET

PENNE CARBONARA

K, who’s birthday is next?? October babies pulak ye..☺


Garlic Restaurant & Bar
Victoria Club - 1st Floor, Lot 8298-8302, Jalan Pantai Baharu, 59200 KL

Monday, 11 September 2017

Aktiviti Hujung Minggu : Cars 3 Roadshow Sunway Pyramid

Sambungan kisah aktiviti hujung minggu kitaorang 2 minggu yang lepas. Sebelum ke Roadshow CARS 3 ni, kami pergi ke bahagian Orange Concourse Sunway Pyramid untuk melihat pameran2 iconic Malaysia landmarks bebentuk LEGO dan juga Mural Lego terbesar di Malaysia. Boleh baca my entry pasal event tu disni ye: Read Here

Dalam sejam jugak la kami duk mengusha di bahagian Orange Concourse tu. Habis je tu, kami pun pergi menuju ke Blue Concourse pulak. Dekat situ, ada another event yang tengah berlangsung jugak. "CARS 3 Roadshow". Anak-anak I memang peminat cartoon CARS. I sendiri pun suka. For me, gotta be among my favourite disney cartoon movies. For me, dunia CARS memang awesome. Kagum sangat dengan creators CARS ni. So now, CARS 3 telah pun keluar di semua pawagam di Malaysia. I sebenarnya nk bawak anak-anak I tengok cartoon ni, tp belum kesempatan lagi. Setakat ni, belum pernah lagi la bawak anak-anak pergi tengok wayang. Rasanya CARS 3 ni still ada lagi di pawagam. Kalo ada rezeki, InsyAllah nak bawak jugak nanti..(sebenaranya mak dia yang excited nk tengok cerita CARS 3 ni..hehehe)

HUGE REPLICA OF LIGHTNING MCQUEEN

EXCLUSIVE CARS 3 MERCHANDISE

SPHERO LIGHTNING  MCQUEEN..BERIBU NI.. 

LOTS OF PEOPLE JOING THE EVENT
Ada macam-macam dekat Roadshow ni. Yang paling eye-catchy..replica McQueen yang besar di tengah2 kawasan event ni. Di sekeliling dia pula, ada jualan merchandise CARS 3, ada juga kawasan mainan untuk kanak-kanak dan juga ada kawasan untuk naik kereta control. Ziyad dah x sabar dah nk test drive..haha..so kitaorang suh dia beratur. Lama gak la coz game tu ada masa2 nye yang tertentu. Tp I tengok Ziyad, dia memang suka la..dapat la 4 round dia bawak kereta. Budak2 lain I tngk 2 round jerr..Mungkin sebab Ziyad x perlukan guidance sangat kot.

LAMA ZIYAD BEATUR..

Ramai yang datang ke bahagian Roadshow ni. I tengok memang ramai parents yang datang bawak anak-anak pergi enjoy ke kawasan roadshow ni. For me, quite interesting. Lagi2 bila ur a fan of the movie..anak2 pun enjoy..so lepas tu off for early dinner..kitaorang makan dekat Texas Chicken..dah lapo sangat time tu..Texas Chicken yang I nampak ada berdekatan. So after dinner, its time to head back. Chow

*This week, there will be another exciting event coming - The LEGO Ninjago Event Challenge. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...