Thursday, 22 June 2017

Iftar @ Bora Ombak Marina Putrajaya

First time berbuka puasa di luar untuk tahun 2017. Kali ni, dengan geng-geng office mate mr hubby. Diaorang tempah dekat Bora Ombak Marina Putrajaya. I pun x tau pasal kewujudan restaurant ni dekat Putrajaya. So I teruja sangat untuk pergi. 

Balik kerja je terus bersiap untuk keluar. Sampai dalam pukul 650. Parking luar limited sikit so kitaorang parking dekat basement bawah. Dekat situ yada banyak giler parking. Marina ni bersebelahan dengan Pullman Putrajaya.

Tema Buffet Iftar : Jom Kenduri

ENTRANCE YANG GRAND

First impression masuk ke Bora Ombak, I macam tergamam..Setup dia macam setup kenduri kahwin. Seriously deco-deco dia memang lawa giler la. Dengan lampu biru dia, memang nampak romantik2 gitu. Really love the atmosphere. Kitaorang dapat seating bersebelahan pintu untuk ke stall2 makanan di luar. So senang la jugak nk ambik makanan. Nk monitor anak-anak pun senang. 
Nasib baik malam tu, anak-anak i makan banyak. Lagi-lagi Uzayr. X henti-henti sumbat makanan dalam mulut. 

MASUK-MASUK JER ADA CHANDELIER BESAR DI RECEPTION DIA

CANTIK SANGAT SETTING. 

Dari segi variety, memang banyak la. Untuk harga RM55++ for me not bad la. Cepat jugak diaorang refill makanan. First plate, I ambik nasi dan lauk-lauk. Lauk-lauk dia for me biasa. Xde yang standout. Time waktu hampir nk berbuka, so ramai beratur. So I ambik mana yang senang nak capai dulu. Ada bahagian untuk nasi beriyani semua. Memang panjang nk beratur. 

YANG HABIS TU KUPANG. lEPAS HABIS KUPANG, DIA GANTI DENGAN KERANG PULAK

SAMBAL SOTONG & REBUNG MASAK LEMAK

Salad bar dia memang best la. Banyak giler sayur-sayur dan kerabu. Banyak pilihan. Sedap-sedap lak tu. Pecal, sup kambing dan bubur lambuk pun ada. Ni pun berkali gak I tambah. 

KERABU

MIX SALAD

Ada jugak stall2 dekat bahagian luar. Ada murtabak, roti bom, grilled chicken & lamb, ABC corner, mee sup, mee kari, kueh teow goreng dan macam2 lagi. Paling win for me, kueh teow goreng dia. Dua kali kot I tambah. Memang sedap. X snap gambo dia pulak..aduh. Malam tu memang full house. Ramai sangat. 

MEE SOUP / MEE KARI

MURTABAK, ROTI BOM, NASI GORENG

POPIA, ROJAK

Desert dan kuih muih dia pulak, I x banyak ambik. Yang I makan pun, for me, x berapa best..huhuhu..ke tekak I aje. Tp ada banyak pilihan. Air pun sama. Banyak pilihan dan cepat di refill. Pantas.

DESERT..

Overall, for me, just nice la. I x dpt nak merasa banyak. Anak-anak semua ngendeng dekat i. Payah sikit nk makan. Beriyani dia I x ambik so x leh nk komen..yang lain, not bad la..untuk harga dia dengan atmosphere dan makanan, for me, worth it. Surau n toilet pun dekat..so semua kemudahan memang dah ada. Siap ada live performance tu..terbaik la..

3RD PLATE

1ST N 2ND PLATE

PLATE ORANG SEBELAH..HEHEHE..BERIYANI

I ambik 3 kali jerr..yang lain share dengan mr hubby. Bulan puasa ni, jarang minum air berais. Bile minum malam tu, esoknye terus bertambah sakit tekak..huhuhuh..
So kepada sesiapa yg nak berbuka di luar, leh jadikan Bora Ombak ni as one your venue choices. Really really Nice!! 



Selamat Hari Raya u ols!! ❤❤πŸ’™πŸ’™

Shopping @ HomePro IOI City Mall

Banyak lagi sebenarnya barangan rumah yang i x sempat nak membeli. Budget pun ciput so x leh la nk grand-grand sangat raya ni. Hari tu, I cuti cause nak cari barang-barang untuk rumah. Tujuan utama nak cari storage box untuk letak kan baju2 anak I. I membasuh setiap hari so nak melipat tu memang xde masa. So paling senang, adalah untuk pakai storage box, asingkan baju anak siap-siap lepas kering. So my first stop adalah ke HomePro IOI City Mall. 

Banyak jugak barangan yang tengah promo di Home Pro ni. Ada jugak yang i berminat tp kena kuatkan iman supaya tak overspend..huhuhu..Jom tengok apa yang sempat i usha hari tu. 

Cantik kan perabot ni. I berminat sebenarnya tp x sure macam mana nk deco ruang macam  ni. Takut jugak kalao nampak bersepah. Tp seriously memang cantik.


Ni storage box yang i end up buying. I beli yang sederhana besar. Nk stack pun boleh. I beli dua. Yang dekat rumah memang ada satu tempat simpan baju kering. So i beli 2 yang kaler biru. Kena beli kaler universal. Senang..hehehe


Cantik kan cermin ni..comey sangat..tp kalo beli, x tau nak letak mana dekat rumah.


Mula-mula macam nak membeli yang ni..tp kecik jugak. Lagi pun, ambik space banyak dalam bilik nanti.


Rumah kitaorang memang dah ada yang ni. Kitaorang beli 3 tingkat corner. Tp kali ni, nk membeli untuk rumah my mom. Untuk rumah my mom, beli dua tingkat. 




Tetibe usha benda ni.tp risau jugak kalo beli, mesti mr hubby x suka. Confirm bersepah bilik air. Tp comey2..anak-anak i suka benda2 cm gini..kalo beli, confirm berjam duk main dalam bilik air. Mandi nye tidak. 


I beli gak yang warna kuning tu. Lily tengah potty training. Saja beli untuk galak kan dia pergi toilet. Beli kuning coz universal jugak. Leh turun temurun ke adik dia nanti. Sejak beli tu, memang Lily selalu ajak pergi wee wee ke toilet. Besar dah anak mama..


Banyak jugak shopping dekat HomePro ni. Next stop, Kaison. Nk mencari sarung bantal. Kan best kalo Kaison ada dekat IOI City Mall..tp xde..so nearest, antara Paradigm atau Setia City Mall..

K, chow...


Wednesday, 21 June 2017

Makanan Kegemaran di bulan Puasa

I x pernah makan makanan ni sebelum ni. Kiranya minggu pertama puasa hari tu la adalah my first time rasa 'dish' ni. Malu jugak nk kata coz dish ni sangat common. Sebelum ni selalu je jumpa tp x pernah nak membeli. Mungkin jugak coz belum terbuka lagi hati nak makan..hahaha.

Apakah dish yang i maksudkan ni..jeng jeng jeng ----> πŸ’—LAKSAMπŸ’—.....

Sebelum ni, i x pernah teringin pun nk makan. Al-kisah nye hari tu, i beli la satu bekas ni jual laksam. Time tu, husband i makan luar dengan geng-geng officemate dia. So i beli la untuk berbuka, coz itu jer yang ada dijual time tu..kira macam terpaksa jugak la..nk masak time tu macam malas..hehehe..berbuka sorang2 jer..lepas buka br masak untuk budak2 sikit.

First time makan, macam x sangka selama ni rasa dia macam tu..hahahaha..poyo kan..seriously memang sedap..sejak tu, bermula la episod mencari laksam di semua bazaar ramadhan..tp sedih..x semua bazaar ada. Kampung i langsung xde. Nasi kerabu pun susah. Al-maklum la..kampung jawa..hehehe..nasi ambang banyak la.

Setakat ni, yg paling sedap i rasa, dari bazaar ramadhan Cyberjaya. Sedap dan murah lak tu. Selalunya husband yang belikan..dekat dengan office dia. Harga dalam RM3.50 rasanya. Portion pun banyak. Anak i pun suka. Seriously memang sedap..ni yang buatkan rasa macam nak pergi Kelantan, makan laksam dekat sana..hahaha..

LAKSAM BAZAAR CYBERJAYA

Setakat ni, rasanya dah dalam 8 kali kot makan laksam bulan pose ni..jadi gian pulak..x tau la lepas raya nanti teringin lagi ke x..selera bulan puasa lain macam sikit..selain dari Laksam, kegemaran di bulan puasa, Murtabak dan Air Tebu. Bulan lain, memang x pandang la murtabak n air tebu. Makan di bulan puasa jer..lepas ni kalo nak makan, kena tunggu la ramadhan 2018 pulak..kekeke..

Apa makanan kegemaran korang di bulan puasa??

*psst..sekitar KL & Selangor, korang tahu x kat mana lagi nak cari Laksam sedap..😊😊



Tuesday, 20 June 2017

Apabila Washing Machine Rosak

Tajuk entry macam nk tulis karangan sekolah pulak rasanya..hahaha. Ini sebenarnya al-kisah 3 minggu lepas. Pagi-pagi duk nak basuh baju, tup2 tengok dah x leh rinse and spin..try banyak kali, x jalan gak. Hanya boleh membasuh saja. Malam sebelum tu, kitaorg keluar sekejap, pergi ke kedai barangan elektrik. Nak mencari aircond sebenarnya.Dalam kedai tu, I banyak gak usha mesin basuh. Saja mengusha. X berniat pun nk membeli mesin basuh yang baru coz tau yg sedia ada tu elok. Mesin basuh tu dah 7 tahun okey and this is the first time dia rosak. .Kira bertahan jgk la kan. I membasuh tiap hari kot. 

KESAYANGANKU

So bila tetibe start rosak, I duk terfikir..macam mana la dia tau yg semalam I duk usha mesin basuh baru..huhuhuhu..kekedang tu kan, duk rasa barang2 sekeliling kita ni macam ada perasaan lak..bila kita start terfikir nak membeli yang baru, barang yag lama start buat hal..terus rasa down bila rosak tu. Huhuhu..

So bermula la episode memerah baju secara manual..penat wei..memandangkan mr hubby cian tengok I memerah..malam tu, dia gagahkan pergi ke Coin Laundry..nasib ada yang dekat dengan rumah..seronok pulak dia..seguni beg dia bawak..hahaha..alternative sebelum mesin basuh ok balik. Ni kira first time jgk la kitaorang guna coin laundry service ni. I x pernah guna lagi tp dari apa yang mr hubby bg tau, rasa macam senang dan best. Balik jer dari sana, duduk cerita gelagat orang membasuh. Dia duk pesan, jgn basuh underwear n bra ye dekat sana..coz ada sepasang suami isteri tu membasuh dekat sana..bra dia tersangkut dalam tu..so semua org nampak bra dia. Dia nak cabutkan bra dari situ pun dah satu hal lain..aduh..x leh bayang..kalo i..mesti malu giler wei..

Esok nye, mr hubby duk usha repairman..so last2 dia jumpa this one Chinese guy. Dia quote harga yang ok. So dia check2 mesin basuh tu..memang ada issue la..x lama pun dia repair..dalam sejam je gitu..lepas tu, elok dah..yippee..dia charge dalam RM160 siap sekali barang. Ada benda jugak dia kena tukar..maklum la dah 7 tahun x pernah tukar barang part2 dia..mesti ada yg run down sikit. So now, mesin basuh dah elok kembali..fuhh lega. Kalo x, jenuh la pulak nak memerah satu persatu..

*psst..baju raya dah basuh..x sabar nk beraya dah ni..hehehe

Monday, 19 June 2017

Persiapan Balik Raya 2017

Tak sampai seminggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing-masing mesti tengah sibuk dengan persiapan raya temasuk la juga persiapan untuk balik ke kampung.
Korang balik beraya di mana tahun ni??

Balik Kuala Selangor (kampungku) dan Klang 😍😍
Saya ni kira bertuah jugak kerana dijodohkan dengan orang yang dekat. Langkah sedaerah sahaja. So tahun ni, pagi Raya di rumah Mertua di Pandamaran Klang. Petang pula di rumah keluarga I di Sungai Sembilang Kuala Selangor. Perjalanan tak sampai sejam pun. Setiap tahun rutin yang sama. Dua-dua rumah di hari raya yang pertama. Kami pula duduk di Putrajaya so perjalanan nak balik kampung pun x jauh mana. 

Keperluan Balik Kampung
Selalunya kalau kami balik kampung, barang yang kami bawa akan penuh satu bonet kereta. Kenapa? Dengan anak 3 orang, barangan budak-budak tu sahaja dah memenuhkan beg kami yang kecil lagi molek itu..huhuhu..jadi apa yang kami perlukan, adalah untuk mendapatkan beg yang sesuai dengan keperluan kami yang berlima ni. Di Lazada, ada jual pelbagai saiz beg dan juga pelbagai jenis dari beg tarik sampai la ke beg galas. Saya berminat dengan yang ini. Rasa-rasanya leh muat x semua barang-barang kami yang berlima ni..seminggu bercuti jadi baju untuk lima hari confirm akan banyak. Beg yang sesuai mampu memuatkan semua pakaian dan peralatan kami yang diperlukan. #ilovered


Barangan di Lazada
Apa yang I perlu bawak balik kampong kali ni, semestinya camera. Waktu raya ini lah kami sekeluarga dapat berkumpul semua. Jadi camera adalah satu keperluan tiap kali balik beraya. Di Lazada, ada pelbagai kamera yang boleh dipilih. Rambang mata tau. Hari Raya Pertama confirm akan kami jadikan kenangan. Dengan camera yang senang dibawa, sesuai untuk dibawa kemana sahaja. 


Lazada masih lagi mengadakan promosi untuk Raya tahun ni. Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale yang berlangsung dari Mei 19 ke Jun 30. Special diskaun sampai 90%. Jangan ketinggalan untuk bershopping raya kali ni di Lazada ye kawan-kawan..--> Click di sini untuk memulakan shopping riang ria raya anda di Lazada. RIANG RIA RAYA LAZADA

Selamat Menyambut Hari Raya semua..😁

Thursday, 15 June 2017

Susu Kurma Farm Fresh

Lama x tulis blog. Di bulan puasa ni, tetiba blur jer bila nk start menulis. Banyak entry jugak yang sudah tertunggak..huhuhu😒

Kali ni, nk cerita pasal among my favourite drink - Susu Kurma Farm Fresh..

Susah sebenarnya nk mencari susu kurma farm fresh ni. Kalo di pasaraya memang x jumpa la. Susu fresh milk dia atau caffe latte dia ada la di jual. Tp susu kurma ni memang xde. Office i ni, tiap minggu ada jualan. Masuk bulan Ramadhan jer, terus ada jualan. X tau pun kali ni ada yang menjual susu ni..time duk tengok2 barang, terus ternampak. Itu pun ramai yang tengah beratur. Tanpa fikir panjang, terus sambar 2 botol. hehehe. Tp sekejapan jugak habisnya..nasib baik terus beli. Tahun lepas pun ada orang jual di office di bulan puasa. So time-time cam gini saja I dapat jumpa susu kurma ni. 

LEGA DAPAT JUMPA SUSU KURMA NI..YUMM YUMM

For me, I suka sangat rasa dia. Pekat dan sedap. Susah jugak nk describe taste dia. Kena cuba dulu. Tp seriously memang sedap..kena sejuk kan dulu baru rasa lagi masyuk!! Alhamdulillah jugak yang anak-anak I pun suka minum. Ada jugak hari tu beli Nestle Bliss Special Edition Kurma dengan gula merah tu. Tp yang itu, x berapa boleh masuk tekak pulak walaupun I tengok anak I suka je minum..hehehe..tekak masing-masing kan. Rasa dia different habis dari apa yang I bayangkan. Sekali je la beli. Itu pun ada orang jual di office..hehehe..bagus kan, ada jualan di office. X payah nk shopping jauh2.

I jadikan minuman ni sebagai minumam berbuka I. Sejak dua menjak ni, mr hubby ada jemputan berbuka di luar, so I berbuka dengan anak-anak sahaja. So xde la nak masak heavy2 sangat untuk berbuka. Minuman pun xde nak membancuh sangat..setakat sorang jer berbuka, minum susu kurma saja..memang mengenyangkan sangat..susu la katakan. 

Random gambar berbuka hari tu..berbuka dengan susu kurma, bubur n ayam roasted ala2 kenny's..

LAMPU TERANG SANGAT..HUHUHU..

Tp hari tu, sehari je i nampak dia menjual susu tu..ingat esok nak membeli lagi. Buat stock dalam peti ais, dah xde..huhuhu..kena tnggu tahun depan la gamaknye..so u ols, kalo tahu sesiapa yang menjual susu kurma farm fresh ni, atau yang menjadi dealer, leh la habak kat i ye..hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...