Tuesday, 30 January 2018

Seoul Kids Playzone @ Giant USJ

Dah a few times jugak menapak ke Decathlon USJ ni, and during our latest visit, kitaorang menyinggah ke satu indoor playground ni. Dah lama perasan indoor playground ni tp sebenarnya hari tu, xde niat pun nk masuk sini. Plan hari tu, untuk pergi ke Decathlon dan Giant. Tp last2 x pergi Giant coz memang xde nak mencari barang pun. Hari tu, nk celebrate Ziyad’s birthday walaupun birthday dia keesokan harinya. Pre-birthday treat. Kitaorang selalu jugak bawak anak-anak pergi ke indoor playground ni tp selalunya time-time birthday. Playground ni atas Decathlon and otw to Giant punya entrance.

WELCOME

Nama indoor playground ni --> Seoul Kids Playzone...for more info, you guys can check out their facebook. Click --> HERE

SEOUL KIDS PLAYZONE

WELCOME

PRICE PER HOUR

Time kami masuk ke Seoul Kids Playzone, memang xde orang. Sampai kami keluar dari playzone tu, still xde orang. Pelik jugak coz kawasan dia agak catchy. Rasanya location wise kot. Kalo di dalam mall, rasanya probably akan lebih meriah. Coz that was a weekend, and tiada orang. Tp best jugak la tuk kitaorang coz semua kami conquer. Dari segi harga, mungkin a bit expensive kot coz its per hour base. Selalunya tempat lain, per day atau per entry kan..they also have membership rates. Lagi murah la kalo beli yang itu tp kitaorang x jadi member pun. X selalu dtg sini pun. For those yang tinggal berdekatan, blh la apply membership. 

Dekat playzone ni ada dua bahagian. One for small kids and the section for bigger kids. Kawasan untuk yg kanak2 besar tu, more kepada building blocks. I suka giler dia punya blocks. Lembut giler. Macam lego besar tp version lembut. Seronok anak2 I stack blocks tu.  Asyik duk buat tower sesaja. Si kecik, asyik duk main tempat memasak jerr..chef in the making ke?? Playzone dia very cheerful. I suka konsep dia..

Some info on this new indoor playground. 

“Tucked in USJ 1, Seoul Kids Playzone is a indoor playground for children of all ages to let loose and play to their heart's content. The playground has numerous activites and toys including foam blocks for little hands to build into tall castles, a sand pit for for frolicking, and a playhouse for baby crawlers to practice their motor skills. Seoul Kids Playzone also offers parents a comfortable waiting area to keep a watchful eye over their children while enjoying a cup of coffee.”

Small Kids Area

SAND AREA (MADE OF WOOD)

SHAPES

OVERALL VIEW

PLAY KITCHEN

MINI BALL POOL AND SLIDE

Bigger Kids Area

TWIN TOWER???

BLOCK AREA

POOL OF BALLS

SMALL CASTLE MADE OF FOAM

Hari tu, dalam sejam lebih jer budak-budak ni main. Kitaorang datang malam. Kalo time siang, mungkin akan sampai dua jam tu la. Apapun, anak-anak memang suka la. Lagi2 di kawasan ball pool dan memasak. Quite a unique place. Colourful and educational.

*Jgn lupa bawak stokin ye..kalo xde pun, dkt sini ada jual.

Address: 672, Persiaran Subang Permai, Subang Light Industrial Park, 47500 Subang Jaya, Selangor


Monday, 29 January 2018

My first try on Hokkaido Baked Cheese Tart

Nak jejak ke Hokkaido, memang angan2 lagi la. So kita jejak makan Hokkaido Baked Cheese Tart saja dulu. Hehehe. Selalu nampak kiosk ni dekat mall-mall. Dan selalunya, ramai yang akan beratur panjang. I walaupun teringin nk try, tp x menyempat untuk membeli lagi. Hari tu, geng ofis ada bagi voucher untuk Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Dapat half price gitu untuk yang 12 pieces punya. 


12 PIECES OF GOODNESS

So that day, kitaorang decide untuk membeli untuk bawak balik kampong. Tp untuk voucher ni, hanya boleh beli 3 perasa sahaja which is Matcha, Chocolate and Original. Dekat sini, ada juga, Salted Egg dan juga Durian tp kiatorang hari tu, xde add on perisa2 yang lain. Tp Salted Egg tu memang nampak tempting. Probably next time la ye. That day, kitaorang beli 6 original, 3 matcha and 3 chocolate.

ORIGINAL..FRESH FROM THE OVEN

MATCHA

CHOCOLATE

Antara ketiga-tiga perisa tu, my fav – is the Matcha Flavour. Rasa matcha dia kuat. Tart dia pun, x berapa ranggup, dan x juga rapuh. Just nice. Tp combo matcha dengan tart tu, memang sedap. Next I suka yang original. Memang sedap. Satisfy habis!! Chocolate dia for me, not bad la, just not for my liking. Mungkin juga coz banyak sangat kacang kot. Jarang juga x gemar chocolate ni..hehehe.

Tp sebenarnye, makan satu jer dah cukup kenyang. Nasib hari tu makan ramai-ramai, so dapat la share2. Leh rasa semua. I beli time ni dekat cawangan IOI City Mall. Betul2 depan Tesco. Can’t miss it. 
Apa pun, my verdict, love the taste. Will definitely come back to try out their other flavours. Even though the price is quite expensive (all above RM5 per piece - price varies with flavor) but worth it. Patutla barisan sentiasa panjang..

☺☺




Wednesday, 24 January 2018

Birthday Treat @ The Port Family Karaoke IOI Mall Puchong

Around two weeks ago, was mr hubby’s XX birthday. Tetibe birthday boy ajak semua pergi ber"Karaoke". Buat kelainan sikit. Selalu keluar makan2 jerr..I setakat ni x pernah pergi ke mana-mana tempat Karaoke ni. So ni kiranya my first time experience. Mr hubby ada jugak pergi, tp selalunya dengan kawan-kawan dia la. Plan asalnye nk pergi ke Neway SS2. Coz Neway Karaoke ni siap ada buffet sekali. Kami dah sampai dah tp receptionist inform buffet hanya before 1. Kami sampai 1.45 dah. Time kami kol, katanya lain so kitaorang xde la bergolot nk datang before 1. Mr hubby pun dah frust sikit so x jadi nk teruskan di Neway SS2. 

Kami lunch dekat Murni dulu sebelum gerak pergi ke next Karaoke destination. Memandangkan dah makan so x perlu la nk mencari tempat karaoke yang ada buffet. Kenapa kitaorang ke Neway tu for it’s buffet sebenarnya. Kalo x, yang dekat2 dengan rumah pun ada jerr..next..kitaorang terus pergi ke The Port Family Karaoke dekat IOI Mall Puchong. Tingkat 3, sama floor dengan panggung wayang. Lama wei x menapak ke IOI Mall ni. Tp still ramai orang. Packed on weekends!!

The Port ni berkonsep kan macam dekat port kapal. Pekerja dia semua pakai baju ala2 bekerja dekat port. Unique la coz ada konsep tersendiri. boleh jugak kalo nk buat birthday party dekat sini. Boleh muatkan ramai orang. Tapi kitaorang hari tu, ambik bilik standard room saja. Party sendiri2..hehe

WELCOME..TO THE PORT

BERATUR..

AHOY MATE!!

THE BUFFET AREA

Time kami sampai, ramai jugak yang tengah beratur. Kitaorang ambil standard room yang for two hours. Tp seriously, patut ambik yg 3 jam punya. Bilik standard room dia comel jerr..kami dapat bilik no 33. Sejuk dia, macam dekat Alaska. Hahaha. Memang sejuk la. 

Kitaorang budget, ada la lagu kanak2, yela, nama pun dah family karaoke, tp xde rupanya. So budak2 menari jerr..tp masing2 berebut mic jugak. Last2 main phone jerr. Kita bagi birthday boy menyanyi. Banyak kot lagu kitaorang nyanyi smpi x perasan dah 2 jam berlalu. Baru nk fefeeling. Hahaha..tup2 dah habis waktu. Set Standard yang kami bayar ni sekali dengan air n tit bits. Kalo xde air n tit bits, lagi murah la. 

HALLWAY TO OUR ROOM-ROOM 33..DEKAT JE NGAN REST ROOMS

ZIYAD MENYANYI

OUR FRUIT PLATTER, TIT BITS N DRINKS COMBO

MENU..OPTIONS

NK TIDO PUN BOLEH..HEHEHE

DUET DENGAN SI KECIK..SUARA SUZAYR OVER RUN MAMA..

FROM THEIR FB PAGE

Bilik dia just nice..choice of songs pun banyak jugak. tu yg sampai x cukup 2 jam tu..tetibe rasa ketagih..bilik dia pun agak sound proof..walaupun leh dengar bunyi2 nanyian nyaring dari bilik sebelah, tp still ok lagi..kekeke..

Bila balik jerr, I mintak repeat balik..hahaha..x puas lak menyanyi walaupun suara sumbang. Kui kui. Xpe, husband je yang dengar. Happy Birthday Sayang..nanti kita repeat balik k. Muah cikit..

Address : Lot ET 1,Third floor IOI Mall bandar puchong jaya
bandar puchong jaya 47170

Sunday, 14 January 2018

Lunch @ Omar Sharif Rojak Penang Bandar Baru Bangi

Minggu tu, ingatkan ada wedding yg berdekatan, tp bila check balik, rupanya di tanjung malim. Dan majlis sampai kul 4 jerr..time tu dah pukul 1 lebih dah. So last2 x pergi pun wedding tu, tp kitaorang semua dah bersiap. Hahaha. adoi!!!! Ini la akibatnya bila x baca alamat dekat kad kawen. Nasib baik belum masuk kereta lagi. So memandangkan dah bersiap (i tukar dr baju kurung ke seluar la), so keluar jugak la. Lum lunch lg. Ingatkan nak makan dekat kenduri la kan. So last2, makan dekat luar jerr..tp nk makan yang ringan2 jerr..merangkap minum petang sekali la. 


Bila google, terjumpa kedai ni, Omar Sharif  Rojak Penang di Bandar Baru Bangi. Time kami sampai, ada jugak customer2 yang sedang makan late lunch macam kami ni. Dari segi harga, for me, still affordable lagi..jom usha menu dia ye. 

MENU

I teringin nk try Mee Rebus dia, so i ordered Mee Rebus Sotong. Budak2 ambik Nasi Ayam n mr hubby lak, order mee goreng mamak. Add on, cendol..

MEE REBUS SAMBAL SOTONG

Mr verdict, Mee Rebus Sotong dia sedap. Pedas dan manis2..memang sesuai sambal sotong tu. Tp last2 i x dpt habis..i mintak tukar dengan mr hubby. Al maklum la..bukan kaki pedas sangat..lg2 bila time lapo. Mee Goreng Mamak dia pulak, serious sedap. Boleh jugak nk tambah sambal sotong ke apa, tp mr hubby ambil yg plain sj. Rasa kalo tambah, lagi sedap rasanya. 

MEE GORENG MAMAK

CENDOL BIASA + CENDOL JAGUNG

NASI AYAM

Nasi Ayam dia pun not bad. Sambal dia sedap. Siap tambah nasi lagi. Cendol dia, for me, biasa saja. Susah nk jumpa cendol yang kaw..

Kedai dia comey jerr..Selalu jugak sebenarnya lalu kat sini, just x penah stop sebelum ni. Kedai ni belakang Manjakku. Kedai sebelah dia pun nampak menarik (The Hob). Hehehe. 
Apa pun, the food is quite nice kt sini. Leh repeat balik. Memandangkan memang xde plan, so kami pun balik. Keluar semata2 untuk makan saja. 

For those yang nk makan mee rebus, leh mai sini ye!!

Address : No. 3A-G-01, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9
Bangi, Malaysia 43650
Phone : 016-666 8104

☺☺



Friday, 12 January 2018

2018 - Anak Masuk Darjah Satu

Happy New Year 2018 semua..dah dua minggu baru nk wish. Hehehe. Busy dua minggu ni. Al-maklum la first time nk hantar anak masuk darjah satu. First week tu memang mencabar. Second week lak, penuh dengan hal kerja pulak. 

Berdebar jugak sebenarnya bila anak nk masuk darjah satu. Cepat rasanya masa belalu. Macam-macam bermain di kepala. Surat dari sekolah pulak, sampai lambat sampai kena pergi ambil sendiri surat dari sekolah. Nasib x terlepas orientasi. Antara perkara yang kami titik beratkan bila nk pilih sekolah Ziyad ni, yang utamanya adalah location. Lagi dekat dengan rumah, lagi bagus la. Senang. Dan kami pulak, pada mulanya ingatkan nk pakai van tp lepas bincang2, x jadi. So kitaorang kena hantar dan ambil la. Yang pening nye, waktu tengah hari. Sekolah yang Ziyad dapat ni, sesi petang dia ada KAFA. So budak2 yang dari sesi pagi, x perlu balik pun, Stay dekat school tu sampai petang. Untuk sesiapa yang ambil KAFA waktu petang la. Baju pun leh pakai baju sesi pagi. Xde rules yang ketat la pasal pemakaian ni. Macam intergrasi dah..

Just ada hari-hari nye yang perlu tukar baju. KAFA x berapa strict pasal pakaian. Untuk memudahkan budak2 x bergolot tukar baju. Tp kalo sesi pagi pakai baju sukan, kena tukar la. So seminggu, mungkin 2 kali la kot yang perlu tukar baju. Ada juga disediakan tempat untuk tukar baju dekat sekolah tu. Senang budak2 nk salin pakaian. 

First day masuk sekolah, memang ramai parents la. Tp Ziyad Alhamdulillah, steady jer..Mama dia yang berdebar. Ayah dia pun macam relax jerr..Buku teks pun semua dah dapat dah time orientasi. Tp kena di balut semula la. Bagi cun sikit. Hehehe.

During this time, apa yang kami nk ajar Ziyad :

1) Beli makanan sendiri di Kantin. 
Anak pun sebenarnya x pernah dengar perkataan kantin. Yela, kat sekolah je yang ada. Dia confius bila kitaorg sebut kantin. Bagi dia, kedai makan. Hahaha. Boleh la. First day, memang kecoh kantin. Sampai guru besar turun. Makanan habis. Budak besar pun x dapat. Pelik sungguh. Katanya tender kantin orang baru. Mungkin sebab tu la agaknya. X dapat anticipate ramai yang datang pada first day. Parents pun ramai. Tempat duduk pun x cukup. Pada hari2 seterusnya pun, sama jugak. Havoc dekat kantin. Yang I x boleh blah tu, ramai parents yang makan sama time lunch tu. So, makanan cepat habis. Anak I, hari kedua, x dpt makan dah..lauk yang dia nak semua habis. Tinggal lauk2 dewasa. Pelik gak kenapa masak lauk dewasa yang banyak. Ada pulak makcik2 yang nak menapau lauk time tu. Eh makcik ni. Budak ramai lagi yang x makan. Sibuk dia nk menapau lauk. Geram pun ada. Kami, makan dulu dekat luar sebelum masuk sekolah. Senang nk tengok anak n ajar dia membeli. Bila baca dekat group whatsapp jiran2..ramai yang isu kan benda ni. X sepatutnya jadi. Huhuhuhu..hopefully next week ok la sikit. Ni pun, skang, I bekalkan makanan. Just in case Ziyad x dpt makanan. Dekat sekolah ni, ada jugak set lunchbox. RM4 sehari sekali dengan air. Mula2 x ambik coz nk ajar Ziyad memilih makanan sendiri tp coz asyik x dapat makanan jerr (lauk habis) so kitaorang beli la set lunchbox tu. Kitaorang beli tanpa air so each day, RM3 saja. Bayar bulan dekat pihak kantin. I tengok jugak makanan lunch box tu. Ayam kicap n nasi, esoknye sup ayam n nasi. Setakat ni macam ok la lauk nye. Tp Ziyad ni kekadang picky. Nasi goreng x mau. Kueh teow pun x mau. Harap2 ziyad makan la lunchbox tu. 

So now, everyday i bekalkan Ziyad untuk makanan waktu rehat. Untuk menyenangkan dia.
Bekal simple2 jerr..


2) Cari kelas sendiri
Yang ni dah pass. Nasib baik kelas dia senang nk di cari. Betul2 sebelah toilet. Hahaha. Tp yang x bestnye, sekolah xde air. So toilet dia, sangat la berbau. Cam ne leh xde air time sekolah dibuka. Tapi perasan jugak, time orientasi tu pun, x berapa teratur. Kelam kabut sedikit, walaupun orientasi setiap tahun buat. Sekolah pun x di kemas sebelum sekolah dibuka. Toilet x cuci, berhabuk, so impression kami, for a start, memang down sikit la. Sekolah dia cantik, just banyak cosmetic stuff yang perlu diperbaiki. Apa pun, both classes, Ziyad pass cari sendiri. Good Boy. 

3) Tunggu dekat gate sekolah
Yang ni pun payah. Huhuhu. Ada sekali tu, I suh tunggu kat kantin, dia pergi tunggu depan gate. Lebih 10 min kot I duk mencari. Bila I jumpa, tengok dia dah siap makan ice cream. Aik?? Rupanya ice cream bangunan depan sekolah. Dia pergi luar gate rupaya. Bahaya betul budak ni. Bila kitaorang start bg dia duit belanja, dia dah start suka membeli. Walaupun benda2 yang nampak x perlu. Ok lagi la. Bagi la dia merasa nk membeli tu. Tp bila dia keluar gate, memang angin la. Dah la puas I duk mencari. Huhuhuhu..Stress giler..

Seminggu gak I duk tengok dia. Tp bila datang hari Jumaat, kesian jugak coz dia kena tunggu dalam 3 jam. Tengah fikir nk ambil transit ke x. Huhuhuhu. Isnin lepas is the first day dia sorang2, setakat ni Alhamdulillah. X salah kelas, xde merayau..juz dia terlupa nk ambik lunchbox. Pergi beli lunch pulak dah. Tp esoknye semua dah ok.


Belanja gambo first day hari tu..❤❤ beg merah tu dapat free pada hari orientasi. Tp kena tulis nama la..coz semua budak dapat. Senang nanti tertukar..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...