Bentan?? Kita selalu dgr tp kekadang tu x tau sebenarnya apa tu bentan..waktu anak first n second..x pernah la pulak kena..just demam2 biasa coz bengkak susu jerr..tp tuk berpatang kali ketiga ni..ish2..i bentan pada awal2 berpantang..cm ner leh terbentan..cenggini citer nye..
Apa bentan tu sebenarnye ??
Bentan adalah keadaan di mana seorang ibu yang berpantang tiba2 tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat diketahui puncanya secara tiba2.
Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.
I berpantang dekat rumah mak..biasa la..anak2 I yg lagi dua tu..kalo bermain..habis..macam kapal pecah rumah..ni berlaku dalam masa belum 10 hari pun berpantang..so I geram la tengok rumah my mom sepah2..so petang tu..i sapu sampah..sapu dapur jerr..x besar mana pun I sapu..
Lepas magrib jerr..i notice yang darah nifas I makin banyak..i budget tu normal la..coz memang banyak pun awal2 pantang..tp kali ni, lebih dari biasa..siap keluar ketulan2 darah yang besar2..sebelum tido I dah tukar la pad..tetibe dalam kul 2 pagi tu..i rasa mcm lain mcm..rupanya..penuh kain I kena tembus dengan darah..siap kena katil lagi..so I terus pg ke bilik air..
Sampai jerr ke bilik air..i start cuci semua darah tu..time tu pun..darah mengalir banyak sangat..sekali dengan ketulan2..first time i tengok banyak sangat ketulan2 yg besar2 mengalir keluar..i ni..kalo tengok darah banyak sangat..mula la..mcm nk pengsan..waktu tu jugak I rasa mcm seram sejuk..badan I dah stat x imbang..tengah2 berdiri dalam bilik air..i terjatuh..rasa mcm tekanan darah I rendah sangat…tangan I terkena pintu bilik air..lebam teruk..nasib baik time tu..kepala I x terhantuk..time ni..mr hubby xde bersama..dia outstation ke korea sebulan..
Dalam beberapa minit lepas tu..i tersedar balik..rasaye mcm pengsan sekejap..so i gigihkan diri berdiri dan siapkan diri semua..lepas tu..i terus pi dapur..minum air banyak2 dan duk lama2..nk bagi bdn imbang balik..dalam kul 3 lebih..baru I kembali ke bilik tido untuk tido..time tu dah start demam gigil..memang rasa badan lemah sangat..memang taubat la lepas tu..semua ni gara2 menyapu sampah jer petang tu..esok nye I ada berurut dengan mak bidan..kali ni berurut agak lewat sikit..mak bidan pun pelik dengan bdn i..dia dpt rasa bdn I lenguh2 dan lebam2..so I cerita la..punya la dia marah..memang I kena marah la..both dengan mak bidan dan dengan my mom sekali..huhuhu..i memang sangat bernasib baik..coz x terjadi apa2 time tu..
Memang agak pelik kan..sekadar menyapu jerr..boleh tumpah darah..kekedang tu terfikir..mana relevan dia..tp itu la yg terjadi..lepas ni..jgn nak kemas2 atau menyapu sampah..duk diam jerr..
I duk google2..so ada beberapa jenis bentan ni..info ni i dpt dari FB..sekadar berkongsi..
Badan ibu tiba2 lemah / demam / bisa2 urat & setiap sendi badan seperti lutut dsb.
Seluruh otot badan akan berasa tgang & kekejangan.
**Selalunya keadaan ini berlaku apabila ibu terlalu aktif @ melakukan aktiviti fizikal yang melampau.
Sebab tu sy selalu pesan kat customer, kerja yang orang berpantang boleh buat hanya : Lipat baju & belek baby.
Sesiapa yang sibuk2 nak sapu sampah, mop lantai, sendiri mau ingat la.
Kadang2 tak boleh terima alasan diorang yang kononnya "saya kesiankan mak saya, kak".
Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ini berkali ganda. Sebab diaorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak2 kecil yang lain & suami korang.
So, mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?
Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas ke seluruh badan & start bertungku / bertuam sehingga pecah peluh.
Tuaman / tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.
2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim (ari-ari)
Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana @ terlampau sakit sehingga tumpah darah.
Kadang2 kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
Selalunya terjadi jika ibu2 mengangkat benda2 berat.
Kalau korang nak tau, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau.
Sebab tukalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak2 korang yang sealin newborn korang tu.
Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu2 langgar pantang ; berjimak masa dalam tempoh 44 / 100 hari berpantang.
Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami selama 44 hari.
Kalau yang menjalani pembedahan, tak boleh bersama dengan suami selama 100 hari.
Sesiapa yang melanggar pantang ni memang parah akibatnya.
Bukan sahaja berjimak, kalau korang na "ringan2 or stim2 ngan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya nanti urat tu kembang.
Sebab tu jugak la orang tua dulu2 kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan / mak mertua.
Para suami kena tido luar sampai ibu abis berpantang.
3. Bentan Urat Besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum.
Ibu2 yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh & sakit di ats bahagian tongkeng (belakang). Selalunya terjadi pada ibu2 yang bersakin secara pembedahan.
Kadang2 kesakitan di bahagian pinggang & tumit yang serius sampai ibu jalan terjengket2.
Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.
** kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah dikisar (blender). Letak batu tungku & balut.
Letak kain dibahagian pembukaan faraj & start bertungku. Lepas dah tungku bahagian permukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu dengan posisi satu kaki melutut & satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada di atas batu tungku.
Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut2.
Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering.\
Caranya : Cuma bahan tu hanya pakai ibu kunyit & pati limau nipis.
To those yang tengah berpantang atau yang akan bersalin..hati2 yerr..bahaya kalo terkena bentan..ada yg masuk ICU semua..i kira bernasib baik..walaupun time tu..i rasa trauma sgt..waktu jatuh tu..i rasa lemah..jantung i gerak laju..tekanan darah rendah..tu yg lepas tu i terus minum air panas bersusu..bg tenaga..ni pengajaran buat diri sendiri..huhuhu..x mau kena lagi..