Wednesday, 27 December 2017

Lunch @ Sukiya Tokyo Bowls and Noodles IOI City Mall

Bersempena dengan akhir tahun n Christmas ni, rata-rata shopping complex penuh dengan jualan sales. Jadi kami pun diantara yang memenuhkan shopping complex tu la. Mr hubby nk pergi ke Sports direct, so yang paling dekat dengan rumah, IOI City Mall. So time lunch tu, anak-anak dah mintak nk makan KFC tp queue dia, panjang giler kot. Seat banyak lagi. Masing2 tengah kelaparan, so kitaorang mencari la kedai makan yang lain. Sorry la ye anak2. KFC lain kali la ye. 

Tengah jalan2 tu, ternampak kedai Sukiya Tokyo Bowls and Noodles. Kami intend nk lalu jer sebenarnya. Time lalu tu, saja usha menu dekat bahagian entrance nk masuk tu. Usha punya usha, kami pun masuk la. Macam-macam jugak menu dia. Tp sayang, udon x de. So mr hubby decide untuk ambil dua set – Ramen and Rice combo - Tokyo Noodles and Gyudon Zen. I ok jerr..dah lapo..Set ni datang sekali dengan air ice green tea & pickled veggies. Pekat wei green tea dia. Tengok kaler pun dh tau. Hijo betul. Time kami datang tu, memang tengah peak lunch hours. Kedai ni pun leh tahan penuh nye jugak. Sebelum masuk, siap tnya dulu, halal ke?? Halal ye kengkawan. 

FESTIVE DECO - HO HO HO

MENU

SPECIAL DISHES

OUR SET - TOKYO RAMEN WITH GYUDON ZEN

My verdict, both ramen and rice dia, not bad. Ada rasa. Ramen dia rasa sihat la. Ada telur, and portion ayam yang for me mencukupi. N portion dia banyak jugak. Combo ni kalo i makan sorang, memang x leh habis. Hahaha. Kalo nk pedas, leh tambah serbuk cili. Jeruk halia juga ada disediakan di atas meja. Tp jeruk halia dia x leh lawan sushi king punya. Rice dia pulak, berlauk kan daging. I have tasted better la tp rasanya dia still not bad. Just kuat sedikit bau daging dia. Tp sapan jugak semuanya ye. Lepas anak I habiskan satu bowl ramen tu, boleh dia kata dia lapo lagi. Cheh. Banyak kot dia makan. Perasan jugak selera dia semakin menjadi2. Sebelum balik, singgah auntie anne. Budak2 ni sentiasa lapo pulak. 

CILI SERBUK N JERUK HALIA

WE ORDERED TWO SET OF THESE

DECO2 DI DINDING. PENUH GAMBO MAKANAN SAJA

So, if you guys want to try out Japanese food, other than your usuals, you may try Sukiya Tokyo Bowls and Noodles IOI City Mall.  For other locations, you ols boleh visit their web here : SUKIYA.

Chow you guys!!



Thursday, 21 December 2017

My first time to Family Mart

I sebenarnya x tau pun kewujudan kedai Family Mart ni. Sebelum ni, husband selalu jugak bercerita pasal satu kedai serbaneka dekat Jepun yang best. Dulu dia selalu ulang alik ke Jepun. So Family Mart ni antara kedai fav dia kalo pergi sana. I pulak, terdengar pasal Family Mart ni dari sorang member. Dia pun baru je pergi ke Jepun. So bila ada kedai ni dekat Malaysia, dia terus bagi tau yang Family Mart ni antara kedai fav dia. 

Do bila hari tu I cerita dekat husband I pasal kedai Family Mart ni, dia pun terus teruja coz dia pun x tau dah bukak cawangan dekat Malaysia. Rupanya dah lama juga bertapak dekat Malaysia tp skg, dah start banyak cawangan. Bila usha Instagram, rata2 inform ice cream dia yang sedap. So kami pun waze..dan cari yang terdekat. Time tu nak balik rumah MIL so yang paling dekat, Family Mart Bukit Tinggi Klang. 

Bila sampai jer, ramai yang sudah beratur panjang dekat dalam kedai. Wow. Tekejut jugak kitaorang. So kami usha la apa yang ada dalam kedai tu. I aim nak beli ice cream (Sofuto) dia jerr..rupanya, ada ice cream yang limited edition dekat Family Mart ni. Hari tu I tengok ramai yang membeli ice cream Cheese Cake. So I ingat ada la. Tup-tup hari tu, ada Ice Cream Hokkaido Melon. Matcha Ice Cream tu signature dia la, so sentiasa ada rasanya. Antara dua ice cream, ni, I lagi prefer Matcha. Melon dia seriously sedap..tp untuk penggemar green tea macam I ni..hehehe..matcha dia memang awesome. Sangat pekat ice cream dia. Harga dia mahal lagi la dr ice cream McD. Hehehe. Tp still affordable. Tp now, x sure perasa ice cream apa yang ada. Mungkin dah bertukar ke perasa yang baru. 

MENU
JAPANESE ICE CREAM ANYONE..

LOVE THEIR ICE CREAM

PROMO. TP PROMO NI DAH HABIS TAU. SKG MUNGKIN PROMO YG LAIN

Apa lagi yang I suka dekat Family mart ni?? Of coz la bento2, onigiri and salad2 dia yang memikat hati. Dari segi harga, for me, ok lagi tp ada jugak barang2 yang dalam kedai ni, yang harga dia mahal sikit la compare dengan tempat lain. Ada juga kawasan untuk makan dalam kedai ni. Dekat sini, yang ramai beratur tu, untuk dapatkan makanan yang dipanggil “Oden”. Apa sebenarnya Oden ni. Dia ala2 “lok lok” Malaysia tp versi Jepun. Tp hari tu, kami x order pun Oden ni. Next time la kot. 

DAPAT TANGKAP GAMBO JARAK JAUH JERR

BILA TENGOK ROTI2 MACAM NI, TERINGAT YAKITATE JAPAN - CARTOON JEPUN

ONIGIRI, BENTO2 DAN MACAM2 BEKAL MAKANAN

SALADS, DESSERTS, SANDWICHES

Macam biasa, bila anak2 I masuk kedai yang jual macam-macam ni, diaorang sempat la ambil mainan tuk I bayo. Sabo je kan. Tp I layankan aje la. Husband I bg tau, ok la walaupun x se’best’ macam dekat Jepun. Cheh. Confirm la x leh nk sama macam yang dekat sana. Tp still best katanya. 

Kenapa la takde kedai ni yang berdekatan dengan rumah? Setakat ni, kedai ni belum lagi berada di kawasan Putrajaya atau Cyberjaya. Tp rasanya kalo bukak, rasa kedai ni boleh survive. Apa pun, for me, I suka kedai ni. Variety of food to choose from. X sabar nk menyinggah lagi.

So, chow for now guys..




Sunday, 17 December 2017

HomePro Warehouse Sale Puchong 23rd Nov - 3rd Dec

Apabila mesin basuh rosak habis, hati x tenteram selagi x membeli yang baru. Banyak jugak tempat dah usha. Yang kitaorang nak tu, banyak tempat yang xde. So, hari tu, Homepro ada buat warehouse sale. So saja ajak mr hubby untuk cuci mata dekat situ. Husband pun on jerr..dia pun tengah mencari hadiah kawen budak ofis dia. So, berpandukan waze, bermula la perjalanan kami ke warehouse sale ni.

Time kami sampai tu, dah petang..tp still ramai. Kitaorang dapat parking depan warehouse tu. Ada jugak yang parking tepi-tepi jalan. Nk ke tempat warehouse tu, kena naik buggy. Jalan pun boleh tp jauh sikit la. 

WELCOME..CANT WAIT FOR THE NEXT ONE

Ni first time I pergi ke Homepro punya warehouse sale so x tau nk expect apa. Masuk2 jerr..nmpk banyak barang tersusun. Dari barangan elektrik, elektronik, pekakas rumah, cadar, cermin dan macam-macam lagi la. Bermula la mencari barang2. Tapi last2, still x jumpa yang kitaorang nak. Tp kami keluar bukan dengan tangan kosong tau. Walaupun x membeli mesin basuh, kiatroang membeli pulak benda2 lain. Hehehe..x tahan wei. Lagi2 bab tefal tu. I nak beli steamer..Banyak kali duk fikir nak beli ke tidak. Hati x berapa nk kental. Tp bila husband bg tau x perlu nk beli..baru la i letak balik..huhuhu..last2 beli mana yang betul2 perlu saja..nasib baik husband ada..kalo i pergi shopping sorang ni..bahaya..

METHOD

SCOTCH

MY LITTLE PONY SHEETS

TEFAL ITEMS

TEFAL ITEMS

FANS

ELECTRONICS

SINKS ANYONE??

Kitaorang beli cadar Akemi untuk master bedroom. Lama x bertukar cadar. Hehehe. Bagi feel lain sikit. Next, kitaorang membeli periuk tefal. I beli yang pure chef punya. Memang murah sikit dari yang dekat luar. Yang paling best, hadiah kawen untuk member mr hubby. Grill tefal. Harga dekat luar lebih RM200. Yang kitarang beli, dapat RM160 jerr..macam nk beli untuk diri sendiri jerr..tp I tahan jerr..coz nanti x sure bila nk pakai. Jarang jer bbq kt rumah..tp kalo beli, best la kalo ada family day. Senang nak bawak. Barang2 lain yang kitaorang beli, barangan scotch & pencuci serbaguna Method. 

Dalam warehouse sale ni, ada kedai coconut shake. Macam tau je kami tengah haus..Food truck, jual minuman jerr..so kami sempat la rembat satu coconut shake & satu banana shake. Coconut shake dia sedap..anak I Uzayr, si kecik tu, dia sorang habiskan. Adoi. Banana shake, for me, biasa saja. Ada tiga perisa sebenarnya. Lagi satu, mangga tp yang itu, kitaorang x beli..

THE ONLY FOOD TRUCK IN THE WAREHOUSE. 

COCONUT AND BANANA SHAKE

Total damage hari tu, lebih RM500 gak rr..tepuk dahi..huhuhu..tp xper..barang yang kiatorang beli, memang dah lama nk beli pun..so, my verdict..love this warehouse sale..nak pergi lagi!!
Warehouse sale ni dah habis tau. Start 23rd Nov sampai 3rd Dec. hari tu..
Tp rasanya akan ada lagi next year..



Monday, 11 December 2017

Online Shopping : Lazada Online Revolution Blogger Contest

Its time to shop at Lazada!!

Now Lazada is having their Online Revolution Sales that will take place from 11th November to 14th December 2017. The sales is still ongoing guys. 
Do click here to start your shopping : Online Revolution Sale

My First Order
I am a bit shy to say that I'm kind of a late bloomer when it comes to online shopping using portals like Lazada. I started my first buying experience with Lazada this year actually. My first order that I bought from Lazada, consists of three things. 2 makeup items and 1 kids clothing. I am a big fan of Maybelline cosmetics so I purchased a lipstick and an eye shadow palette around earlier this year. All of the items came in perfect conditions, perfectly wrapped, no damages and all within 3 days. The clothing also came in good condition. My kid is still wearing them till now. I bought an extra size bigger.


Preferred Products
I like to browse makeup items online and I prefer to buy it online as well. I don't own lots of make up items as I am not the makeup type yet I still love to browse cosmetic items and buying them for my collection. Hehehe. Maybe because I don’t have the time to actually go shopping for makeup especially when your out having a weekend day out with your family n kids. So, buying it online is the way for me. Other than cosmetic items, I also love to browse kids clothing and items at Lazada as well. Especially when their is "Sales" involved.

Why Online?????
Why online shopping? You save tons of time and can easily browse through lots of brands & items at one go. Even though some people prefer the “feeling touch” but for me, for some items, its easier just to buy it online. No fuss & no hassle and you save a lot of time. Just wait for the post guy to arrive
☺☺

Planning to Buy
During this Online Revolution sales, I am planning to buy more makeup items. My kids love playing with my stuff so some got lost in the way. Hahaha, who could blame them. Just a good reason to buy more makeup. Not to mentioned I have to attend few weddings in December. So a new set of makeup items will totally make me more chic..(perasan sendiri..oppss..hehe)

Here's the item that I am eyeing on right now. I always wanted a Makeup Palette. So much easier to bring along in your bag. No need to take along so much stuff. 


So guys, what are you waiting for? Let’s all join the Online Revolution Sales!! Still got a few days left.


Tuesday, 5 December 2017

Short Trip to Genting : Genting Awana Skyway

Selepas kami check out dari First World Hotel, kami bercadang pada mulanya untuk terus pergi ke Genting Premium Outlet memandangkan cuaca still renyai2. Tp otw ke car park, nampak laluan pergi ke SkyAvenue. So kami bercadang untuk jalan-jalan sekejap di SkyAvenue tu. Saja nk usha mall baru.

SkyAvenue ni kira macam the latest Mall dekat Genting. Quite big jugak la mall ni & yang paling best, LED skrin display dia besar giler. Kalo tengok bola, memang confirm best. Sekeliling mall tu penuh dengan skrin tu. Totally a unique feature. 

Bila jalan-jalan tu, ternampak ticket counter untuk ke Awana Skyway. Kitaorang budget tutup coz cuaca dekat luar hujan non stop tp bukak rupanya. So kitaorang opt utk naik. First time bawak anak2 naik cable car. I pun dah lama x naik. Last, time dating..hehehe..kami ambil gondola yang biasa saja. Ada dua jenis dekat sini, yang standard atau yang glass floor.. yang glass floor tu, lebih mahal la..For standard gondola, one way ticket, hanya RM8 saja. Untuk budak2 bawah 90cm, free. So kami hari tu, 4 ticket pergi and 4 ticket balik. Total RM64.00. Orait la untuk short vacay kami. Penginapan dah free. So bermula la episode perjalanan naik cable car dari SkyAvenue Station..

ALL ABOARD!!

KIOSK TICKET

JOM NAIK..KABUS KT SINI PUN DAH TEBAL

MACAM AIRPORT LAK. NASIB LINE PENDEK JER

TIME NI DAH NAMPAK PEMANDANGAN SIKIT2..

SEMUA TEKUN TENGOK LUAR..KABUS JERR

HABIS BATERI..NO WORRIES..LEH CHARGE DALAM CABLE CAR NI..WAYAR BAWAK SENDIRI LA YE

Kami pergi time hari weekdays so x perlu beratur pun dekat Skyway tu. Terus dapat gondola tp rasanya kalo waktu peak, memang akan ramai. Ada beberapa stop jugak la sebelum nk sampai station last. Kami pergi sampai ke hujung. X tau pun sebenarnya last stop dia GPO. Hahaha. Memang dasar x buat homework sebelum mai ke Genting. Dah sampai GPO, apa lagi, terus shopping & shopping. Dapat la jugak barang2 idaman. Masuk kedai Sketchers..ramai betul orang. Kedai lain kosong jer..Hahaha. Kami menyinggah makan dekat The Chicken Rice Shop. Kedai makan, x banyak sangat la choice. Tp kira orait la dari xde. Lama jugak x pekena makan dekat The Chicken Rice Shop ni.

MENUJU PUNCAK!! GPO

DIRECTORY. .BANYAK KEDAI KAT SINI.  KAMI MASUK KEDAI2 SUKAN & KASUT JERR..

KOSONG JE GPO..HARI WEEKDAYS. SENANG SHOPPING

CHICKEN RICE SHOP

CHICKEN RICE SHOP

PLAYGROUND YANG UNIQUE

BILA MAIN, KEMAIN BAIK. DEKAT RUMAH, ASYIK LA GADUH..HAHAHA

Dekat GPO ni, ada juga playground yang comel untuk kanak-kanak bermain. Dekat situ jer, dah hampir sejam. Bila ajak balik, semua tarik muka. Adoi!! So afterwards, naik balik ke Awana Skyway, terus ke SkyAvenue. What a day. Simple vacay yet entertaining. Anak2 suka sangat bila naik cable car tu. Mula2 nampak kabus jer..semua macam terpaku..tiga2 duk usha pemandangan luar. Comey jer diaorang ni. Once korang nak naik gondola tu, akan ada photographer yang akan ambil gambar..so boleh la beli kemudian..buat kenangan. Harga dia a bit pricey tp last2 kitaorang beli jugak, buat kenangan. Skg gambo tu, letak dekat peti ais. hahaha..

Masuk je ke dalam kereta, x keluar lagi jalan liku2 tu, anak-anak semua dah tido. Penat la tu. Mama n yayah nk dating dalam kereta ye. Teringat zaman2 dating. Hahaha..psst..bg chance la ye..

Previous entry on Genting : Short Trip to Genting : First World Hotel

Two days one night short vacay kami to Genting Highland. X tau la bila lagi akan datang balik sini. Mungkin nk tunggu attraction-attraction yang lain bukak dulu.

K, chow.

Thursday, 30 November 2017

Short Trip to Genting : First World Hotel Genting Highland

Alhamdulillah, hari tu menang contest nestle dan hadiahnya, dapat penginapan di First World Hotel Genting Highlands. Memang rezeki sangat coz I hantar satu resit jer untuk pertandingan tu. Memang x budget menang. Kitaorg pergi weekdays cause itu sahaja waktu yang available. Kami gerak lambat sikit. Balik kerja baru gerak. So drive ke Genting Highland waktu malam. Bukan sahaja menyeramkan, tp awesome dalam masa yang sama. Kenapa awesome??.cause dari jauh, nampak kawasan Genting tu penuh dengan lampu2. Happening sangat waktu malam-malam. Malam tu dah start hujan..tp x lebat la masa tu..risau gak coz jalan berliku-liku kan..agak bahaya jugak la. 

Bernasib baik sangat malam tu I x berapa nak mabuk tp lepas tu, sempat jugak telan panadol. hahaha. Lama juga rasanya kitaorang tak menapak ke Genting ni. Last I pergi, time tu berdating dengan mr hubby..sebelum kawen..hehehehe..kemain zaman dulu, dating sampai ke Genting..lepas kawen, dating, ke shopping complex je..miahaha..

Sampai ke Genting tu, tengah undergo banyak lagi construction. Tp dah nampak la structure2 yang ada dekat situ. Time ni, indoor and outdoor dua2 tutup. So kesimpulannye, x banyak la yang dapat kiatorang buat & explore dekat Genting ni. 

Check in, agak senang. Banyak check in counter. I nampak jugak ada check in kiosk tp x guna pun. Time nk cari parking, leh pulak sesat. Tp last2 jumpa jugak. Time kitaorang datang, cuaca asyik hujan non-stop. So sejuk dia..perghh..leh tahan. Kawasan bawah tanah parking tu lagi la sejuk. 

Kami dapat kawasan bilik di kawasan bangunan First World yang agak baru. Jauh jugak la nak menapak dari tempat parking. Its a good thing time tu x bawak beg banyak. 

Jom usha bilik kitaorang dekat First World Genting ni ye. Sorry la..gambar2 x berapa nk cun. I need to take some photo lessons la..huhuhu..

SHOWER..TOILET DIA..DI SEBELAH KIRI..X AMBIK GAMBO..

MINUM AIR PANAS2..BEST DI TEMPAT-TEMPAT YANG SEJUK MACAM GENTING NI

TV

OPEN MINI CLOSET & SAFE

I SUKA PATTERN KUNING TU..NAMPAK MODERN

NI KEADAAN BILIK SEBELUM NAK BALIK, TU YG KEMAS X BERAPA CANTIK TU..SAMPAI DAH MALAM..SO TERUS BOOM ATAS KATIL. HEHEHE

Kami berlima, agak selesa jugak la. Kitaorang gabungkan katil. Kitaorang dpt bilik two single beds (Y5 Deluxe Room).  Bilik dia memang comey jer..memang bilik untuk tido semata2. Kalo untuk business trip, memang sesuai. Design dia pun catchy and vibrant. Bilik air dia very clean and well maintained. Mungkin juga cause baru lagi. Ada water heater dalam bilik ni ye so don’t worry. Tu je la activity anak2 dalam bilik, Mandi dalam shower tu lama2..hahaha..nk berlari-lari dalam bilik (anak2 yang berlari ye) ni agak susah la coz ruang dia x berapa nk besar. Tapi semua amenities dalam bilik ni mencukupi. 

CHECK OUT KIOSK. 

BAKERY BELOW OUR HOTEL

PEMANDANGAN DARI TINGKAT 18..NMPK PUTIH JERR
Kitaorang dapat bilik di tingkat 18. Bila tengok ke luar tingkap dekat kawasan lift tu, x nampak apa2 pun. Putih je semua. Time tu, still hujan renyai2. Macam terasa di oversea sejuk dia. Kabus merata-rata.

Esoknye kitaorang check out awal sikit. Dekat sini, ada mesin check out tau. Senang giler. Xde hassle langsung. Just masuk kan card bilik dalam mesin tu jer..dah setel. X yah beratur2 panjang-panjang. Overall, bilik dia not bad. Sesuai untuk couple2 dan jugak untuk business trip. Anak-anak i seronok jer datang hotel. X kisah la kecik ke beso hotel dia. Environment baru. First time anak2 merasa cuaca sejuk2 cam ni. Seronok tengok diaorang happy.

Next stop kitaorang..ke Sky Awana pulak..Nantikan di entry-entry yang seterusnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...