Monday, 7 July 2014

Berpantang selepas keguguran di awal kehamilan..

Berpantang selepas Keguguran..

Perlu ker??? --> Of course..coz keguguran adalah situasi yang dianggap lebih serius dari bersalin..tp ini ikut preference dan badan masing2..ada yg berpantang mcm bersalin..44 hari dan ada yg berpantang dalam beberapa hari..atau minggu sahaja.

Kelahiran normal sama seperti buah mangga yang telah masak ranum dan gugur sendiri dari pokok manakala keguguran pula umpama buah mangga muda yang belum masak di cabut dan getah masih meleleh-leleh.

Keguguran juga mudah diserang angin gugur atau angin jahat.

Angin gugur yang menjadi bisa keguguran akan sentiasa terpendap dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah akan kembali sembuh.

Kesan-kesan apabila tidak berpantang selepas keguguran :

  • Tekanan emosi @ meroyan
  • Masalah kesuburan
  • Lemah rahim - keguguran berulang
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Bengkak dan bisa otot peranakan
  • Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
  • Kebas-kebas sendi
  • Mudah berasa seram sejuk
  • Demam yang tidak kebah
  • Kedinginan seks
  • Kalah dalam perjuangan jimak
Saya keguguran waktu dalam trimester pertama lagi (D&C at around 10 weeks)..I google2, ramai jugak yang tidak berpantang selepas keguguran. Nak kata I berpantang betul2 pun tak der la rasanye..coz I diberi MC selama 2 minggu..so dalam 2 minggu tu la, I concentrate untuk sihatkan kembali tubuh badan I...memandangkan x perlu risau pasal baby kuning ke apa..coz xde baby nye pun..so I berpantang dengan makan jamu..lepas bersalin pun i x makan jamu..coz baby kena kuning..so time2 macam ni la..nak try makan jamu2..hehehe..I berpantang seorang2 time ni..

Apa yang I buat and makan during berpantang tu..
(i xde pantang 44 hari..i berpantang dlm sebulan saja..tp x minum ais tu i teruskan..)

  1. Tidak sesekali minum ais (A big NO-NO)
  2. Makan makanan yang panas2
  3. Jangan makan makanan yang gatal2..mcm makanan laut..
  4. Makan jamu (Jamu As-Syifa – Kacip Fatimah Manjakani & Sihat Wanita) 
    Jamu Sihat Wanita (gambar dari goole)

    Jamu Kacip Fatimah Manjakani (gambar dari google)
  5. Pakai stokin
  6. Mandi dengan air suam / panas (No air sejuk ok)
  7. Makan gamat (Gamat Anugerah)
  8. Makan vitamin..Vitalea & Acid Folic
  9. Pergi berurut & sengkak..(selepas bleeding berhenti)

Alhamdulillah..cycle period kembali normal dan selepas 2 kali period..i mengandung balik. (boleh baca disini)

Thursday, 3 July 2014

Alamak..baby ada kerak kepala

Apakah itu kerak kepala?
(source)

Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat. 

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala. 

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan. 

Apa menyebabkannya?

Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja. 

Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak. 

Berapa lamakah ianya berlanjutan?

Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama. 

Bolehkah ianya dirawat?

Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu: 

  • Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.
  • Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut. (Dulu waktu Ziyad kecik, memang banyak sangat kerak kepala..tiap - tiap kali lepas mandi, akan sapu minyak bayi atau minyak zaitun kat kepala dia...lps tu perlahan-perlahan i cabutkan kerak dia..memang kena rajin la..alhamdulillah, anak kedua..tiada kerak kepala)


Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola.

Suda tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, sebab membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.



Tuesday, 1 July 2014

Lepak-lepak at Gangnam Station, Shah Alam

OOOppaaa Gangnam Style...

Dengar je gangnam..mesti teringat lagu korea tu..hahaha...
Gangnam Station ni sebuah restoran korea..dekat Laman Seri Shah Alam..Halal..

Address :
Lot G36, Block 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13 - 40000 Shah Alam, Selangor


Actually kitaorang pergi makan-makan kat sini dlm last year..tp baru sekarang nak review..time tu beli groupon voucher..nampak menu nye macam menarik so i beli la voucher tu..saja nak try...I memang penggemar makanan korea...tp dekat Malaysia ni..agak susah nak cari restaurant Korea yang halal..

Voucher groupon yang i beli tu..dapat sekali package menu dia..Kimchi Steamboat + Bibimpap + Unlimited side dishes (Banchan)...coz i x pernah lagi try Kimchi steamboat, tu yg teringin sangat tu...lg pun time ni i tengah preggie...hormon mengidam tu lebih sikit time ni..hahaha..nasib mr hubby boleh telan makanan korea...

Ni dia steamboatnye..mangkuk besa ni kitaorang makan berdua jerr..anak i x berapa nak makan..pedas sedikit la...ada macam2 dlm steamboat ni..daging pun ada..jenuh jugak la nak habiskan..banyak kot..

Kimchi Steamboat--yumm yumm
Yang ni pulak..bibimpap..nasi with sayur-sayuran yang segar..nampak menyelerakan sangat..kena kacau-kacau semua ingredients dia..then baru makan..walopun i pernah rasa yg lebih sedap..tp yg ni not bad la..habis gak kitaorang makan..hehehe

Bibimpap

Yang ni pulak side dishes dia..unlimited flow..keep it coming...siap ada kerang tu..ada 6 jenis side dishes..ada sayur, kimchi, kacang....i penggemar tegar kimchi..banyak kali jugak rr waiter tu refill kan..
TQ kakak waiter..

Kimchi
Banchan..

Air dalam menu dia pun dtg dari korea..Air barley and air Korean pear..sedap gak la..air-air ni anak i yang habiskan..dia memang penggemar barley..




Suasana dlm restuarant dia..ok la..sesuai untuk family gathering gitu..time kitaorang dtg..x ramai pun..mgkin sebab x ramai yg tau lg kedai ni..tp after kitaorang dh pergi restaurant ni..perasan yg kedai ni pernah masuk JJCM lps tu...kalo dah masuk JJCM..confirm akan ramai..

Keluar je dari restaurant ni..perut macam nk explode dah..kekenyangan sangat...thanks mr hubby coz layan aje mengidam i..hehehe..





Pati Delima buat ibu-ibu preggie

Delima ..oooo delima..

Pati delima ni banyak khasiatnye..lagi2 buat ibu-ibu yang preggie..sewaktu i preggie dengan anak i yang pertama dan juga yg kedua, i memang suka sangat makan buah delima..jus delima pulak...sentiasa ada dalam peti sejuk...sampai mr hubby pun join sekali minum...sedap sangat. .

Starting 2nd trimester dan keatas pulak, i start minum pati delima pulak....mr hubby geleng je..yelah..buah nye i makan, jus nye i minum...lps tu beli pulak pati delima...hehehe..

Pati delima yang i minum..jenama giffarine - GRANADA dan juga jenama Gulsan...dua2 ok. gulsan masam sedikit la...tp still...i like..hehehe.. Gulsan ni sekarang senang untuk dicari..online pun ada..

Pati Gulsan
Jus Delima Granada - Giffarine (photo credited from google)

I selalu makan dua sudu. Sekali pagi sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum tido. Sudu i pakai sudu plastic..bergantung nak makan nye macam mana...ada yg bancuh dengan air..ada yg makan begitu saja..coz pati ni agak masam sedikit..so better minum dengan air sekali la..cara i makan..i makan begitu saja..lepas tu minum segelas air..

Apa yang ada dalam delima ni..Jom kita baca..

Buat ibu-ibu preggie :-

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL

  • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
  • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Antara khasiat-khasiatnya yang lain adalah :-

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

LAGI KHASIAT DELIMA :-
Melawan penyakit gaut
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat 'sinus'
Meningkatkan tenaga
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredarah darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...