Thursday, 18 June 2015

Cerita Anak : Warded because of Pneumococcal pneumonia

Anak kedua I, si Lily demam dah lima hari..x susut2 demam dia..siap dah bawak ke klinik dua kali..pada hari ke lima tu..mr hubby x puas hati so dia bawak pg ke klinik pakar kanak2..dekat An-Nur Bangi..once doc check sumer..siap ambik darah and xray..doc bagi tau..Lily terlebih darah putih dan ada pneumonia dalam dada dia..so Lily kena tahan on that day. So bermula la episod menjadi penghuni tetap di An-Nur Hospital Bangi. 

Doc bagi tau..untuk kes2 pneomonia dia..at least 5 days kena stay dekat hospital..kena masuk antibiotic for those five days..first two days..masuk drip kat tangan Lily..cian Lily..x dpt nk bergerak sangat..asyik nangis la jugak coz pergerakan dia limited..doc ada tunjuk xray Lily tu..doc diagnos as Pneumonia Pneumococcal..I memang xde ambik vaksin extra untuk pneumococcal tu..haih..(mengeluh kejap..)..nape la x ambik hari tu..huhuhu

CIAN KENA CUCUK
Apakah penyakit Pneumococcal? (I dapat ni dari google)

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.
* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.
* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.
* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadi apabila bacteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.
* boleh juga menjadi meningitis
* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil
* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.
* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.

Tp tuk kes Lily, ada infection dekat kawasan lungs dia..dia xde batuk atau selsema..nasib baik la first day warded tu..demam dia dah ok..tp awal2 tu memang pernafasan dia agak laju..dan selalu merengek..x selesa agaknye..

Doc jugak ada bg tau yg Lily kurang zat besi..sangat kurang..walaupun Lily kuat makan..mungkin sebabkan seminggu dia demam tu..dia kurang makan..so zat besi pun kurang la kot..doc sarankan makan byk daging..hati..

PENGINAPAN 6 HARI 5 MALAM..
BACA ABC SAMBIL BERKACA MATA HITAM
YEAH...MAKAN BISKUT TIME
Pada hari kelima warded..doc buat xray lagi..doc check..still ada lagi kawasan yg effected..so kena stay another day lg..total berkampung dekat hospital..6 hari..huhuhu..tp..Alhamdulillah..seronok tengok Lily dah start active..main jer dia..siap dapat mainan baru lagi time di hospital..wat kaler2 kat hospital..dah macam taska dah..hahaha..

Time dekat hospital ni..Lily asyik mengunyah jer..makanan hospital An-Nur ni sedap2 gak..
separuh Lily makan..yg lebih..mak nye yang habiskan..

BUBUR LAUK MASAK LEMAK..SEDAP!! 
SARAPAN
Kesimpulan nyer..lambat jugak nak baik once dah kena infection ni..so I sarankan kepada mereka yg belum ambil vaksin, pergi la ambil vaksin ni..walaupun a bit expensive..tp worth it..i pun insyaAllah akan ambil untuk anak2 I yg seterusnya..x mau berkampung kat hospital lagi!!

So skang, Lily semakin active dan kuat sangat selera makan dia..i pun lega sangat tengok dia sudah kembali active macam biasa. Alhamdulillah..Lily cepat sembuhnye ;)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...