Wednesday, 5 July 2017

Lunch @ Outback Nu Sentral

Cerita sehari sebelum puasa. Hehehe..banyak jugak entry yang tertunggak ni..
Hari tu, saja nk belanja boss lama kitaorang, dia berpindah ke department baru. X sempat nk buat farewell lagi..So luncheon kali ni, untuk meraikan dia & jugak nak makan sama-sama sebelum start berpuasa. So pusing-pusing dekat Nu Sentral, last2 pilih Outback. Lama jugak x pekena makan dekat Outback ni. 

Time sampai hari tu, dah start ramai. Lunch hours la katakan. Nasib dapat tempat coz kitaorang agak ramai jugak hari tu. Around 16 pax. I kalo datang sini, mesti aim lunch set dia la. But this time, lunch set dia agak berlainan sedikit. Slight different from the last time I datang. 

Lama jugak la belek-belek menu dia. Dilema samada nk pilih pasta atau fish n chips dia. Last-last I pilih pasta. Geng-geng lain ramai yang ambik steak, burger, and brick chicken. 

Untuk set dia, boleh choose either drinks with salad, or drinks with soup of the day or all three (soup + salad _ drinks). I chose salad + drinks. Drinks dia refillable ye..Soup of the day dia hari tu potato soup. Kalo tomato basil, I confirm akan ambik soup. Serious sedap soup tomato basil dia..nak buat...x reti la pulak..tengok resipi macam senang..


PASTA OR FISH N CHIPS..PASTA!!

This is my dish. Tp seriously, portion salad dia besar. Rasanya makan salad pun dah separuh kenyang. Nk habiskan pasta, memang x dapat la. Nasib ada geng2 lelaki sado yg dtg so diaorang la yang tukang menghabiskan makanan kitaorang..dari segi rasa, its more to Italian style la. Memang x pedas langsung. Purely taste of tomato. Kalo version melayu, selalunya ada chili sikit. Yang ni, memang x pedas langsung. Kalo nk, leh la letak chili flakes ke apa. Bila makan, hujung-hujung tu dah start rasa muak sikit. 

MY PASTA..SAMA X MACAM DALAM GAMBAR..HEHE

THE SALAD..IM LOVING IT..SEDAP!!

Ni dishes yang lain. Burger & Steak. Nama dish dia seriously dah x ingat..Portion burger dia memang agak besar tp for me, kurang juicy sikit. Susah jugak la nak ngap pakai tangan..besar kot..yg steak tu i x rasa..tp tengok diaorang makan, licin..sedap la tu..

THE BURGER

THE STEAK

X INGAT NAMA DISH NI..SORRY..TP YG NI BUKAN DALAM LUNCH SET

BRICK CHICKEN

YG NI SEDAP..TP X INGA JUGAK APA NAMA DISH NI..HUHUHU

Walaupun ada makanan yang korang nampak macam sikit jer portion jer, tp sebenarnya mencukupi..tp kena ikut perut masing-masing la. Kalo macam perut i yang comey ni, x banyak leh masuk la..hahahaha..Banyak lagi sebenarnya yang geng-geng office mate i makan hari tu, tapi x sempat nak snap semua..for me, i suka makan dekat outback ni..very comfortable, makanan pun sedap-sedap.. Harga, kira orait lagi la..For me, its still reasonable..Tp x leh selalu yerr..datang sini untuk special occasion sahaja..hehehe..

To my ex-boss..thank you for everything..❤❤




Thursday, 22 June 2017

Iftar @ Bora Ombak Marina Putrajaya

First time berbuka puasa di luar untuk tahun 2017. Kali ni, dengan geng-geng office mate mr hubby. Diaorang tempah dekat Bora Ombak Marina Putrajaya. I pun x tau pasal kewujudan restaurant ni dekat Putrajaya. So I teruja sangat untuk pergi. 

Balik kerja je terus bersiap untuk keluar. Sampai dalam pukul 650. Parking luar limited sikit so kitaorang parking dekat basement bawah. Dekat situ yada banyak giler parking. Marina ni bersebelahan dengan Pullman Putrajaya.

Tema Buffet Iftar : Jom Kenduri

ENTRANCE YANG GRAND

First impression masuk ke Bora Ombak, I macam tergamam..Setup dia macam setup kenduri kahwin. Seriously deco-deco dia memang lawa giler la. Dengan lampu biru dia, memang nampak romantik2 gitu. Really love the atmosphere. Kitaorang dapat seating bersebelahan pintu untuk ke stall2 makanan di luar. So senang la jugak nk ambik makanan. Nk monitor anak-anak pun senang. 
Nasib baik malam tu, anak-anak i makan banyak. Lagi-lagi Uzayr. X henti-henti sumbat makanan dalam mulut. 

MASUK-MASUK JER ADA CHANDELIER BESAR DI RECEPTION DIA

CANTIK SANGAT SETTING. 

Dari segi variety, memang banyak la. Untuk harga RM55++ for me not bad la. Cepat jugak diaorang refill makanan. First plate, I ambik nasi dan lauk-lauk. Lauk-lauk dia for me biasa. Xde yang standout. Time waktu hampir nk berbuka, so ramai beratur. So I ambik mana yang senang nak capai dulu. Ada bahagian untuk nasi beriyani semua. Memang panjang nk beratur. 

YANG HABIS TU KUPANG. lEPAS HABIS KUPANG, DIA GANTI DENGAN KERANG PULAK

SAMBAL SOTONG & REBUNG MASAK LEMAK

Salad bar dia memang best la. Banyak giler sayur-sayur dan kerabu. Banyak pilihan. Sedap-sedap lak tu. Pecal, sup kambing dan bubur lambuk pun ada. Ni pun berkali gak I tambah. 

KERABU

MIX SALAD

Ada jugak stall2 dekat bahagian luar. Ada murtabak, roti bom, grilled chicken & lamb, ABC corner, mee sup, mee kari, kueh teow goreng dan macam2 lagi. Paling win for me, kueh teow goreng dia. Dua kali kot I tambah. Memang sedap. X snap gambo dia pulak..aduh. Malam tu memang full house. Ramai sangat. 

MEE SOUP / MEE KARI

MURTABAK, ROTI BOM, NASI GORENG

POPIA, ROJAK

Desert dan kuih muih dia pulak, I x banyak ambik. Yang I makan pun, for me, x berapa best..huhuhu..ke tekak I aje. Tp ada banyak pilihan. Air pun sama. Banyak pilihan dan cepat di refill. Pantas.

DESERT..

Overall, for me, just nice la. I x dpt nak merasa banyak. Anak-anak semua ngendeng dekat i. Payah sikit nk makan. Beriyani dia I x ambik so x leh nk komen..yang lain, not bad la..untuk harga dia dengan atmosphere dan makanan, for me, worth it. Surau n toilet pun dekat..so semua kemudahan memang dah ada. Siap ada live performance tu..terbaik la..

3RD PLATE

1ST N 2ND PLATE

PLATE ORANG SEBELAH..HEHEHE..BERIYANI

I ambik 3 kali jerr..yang lain share dengan mr hubby. Bulan puasa ni, jarang minum air berais. Bile minum malam tu, esoknye terus bertambah sakit tekak..huhuhuh..
So kepada sesiapa yg nak berbuka di luar, leh jadikan Bora Ombak ni as one your venue choices. Really really Nice!! 



Selamat Hari Raya u ols!! ❤❤💙💙

Shopping @ HomePro IOI City Mall

Banyak lagi sebenarnya barangan rumah yang i x sempat nak membeli. Budget pun ciput so x leh la nk grand-grand sangat raya ni. Hari tu, I cuti cause nak cari barang-barang untuk rumah. Tujuan utama nak cari storage box untuk letak kan baju2 anak I. I membasuh setiap hari so nak melipat tu memang xde masa. So paling senang, adalah untuk pakai storage box, asingkan baju anak siap-siap lepas kering. So my first stop adalah ke HomePro IOI City Mall. 

Banyak jugak barangan yang tengah promo di Home Pro ni. Ada jugak yang i berminat tp kena kuatkan iman supaya tak overspend..huhuhu..Jom tengok apa yang sempat i usha hari tu. 

Cantik kan perabot ni. I berminat sebenarnya tp x sure macam mana nk deco ruang macam  ni. Takut jugak kalao nampak bersepah. Tp seriously memang cantik.


Ni storage box yang i end up buying. I beli yang sederhana besar. Nk stack pun boleh. I beli dua. Yang dekat rumah memang ada satu tempat simpan baju kering. So i beli 2 yang kaler biru. Kena beli kaler universal. Senang..hehehe


Cantik kan cermin ni..comey sangat..tp kalo beli, x tau nak letak mana dekat rumah.


Mula-mula macam nak membeli yang ni..tp kecik jugak. Lagi pun, ambik space banyak dalam bilik nanti.


Rumah kitaorang memang dah ada yang ni. Kitaorang beli 3 tingkat corner. Tp kali ni, nk membeli untuk rumah my mom. Untuk rumah my mom, beli dua tingkat. 




Tetibe usha benda ni.tp risau jugak kalo beli, mesti mr hubby x suka. Confirm bersepah bilik air. Tp comey2..anak-anak i suka benda2 cm gini..kalo beli, confirm berjam duk main dalam bilik air. Mandi nye tidak. 


I beli gak yang warna kuning tu. Lily tengah potty training. Saja beli untuk galak kan dia pergi toilet. Beli kuning coz universal jugak. Leh turun temurun ke adik dia nanti. Sejak beli tu, memang Lily selalu ajak pergi wee wee ke toilet. Besar dah anak mama..


Banyak jugak shopping dekat HomePro ni. Next stop, Kaison. Nk mencari sarung bantal. Kan best kalo Kaison ada dekat IOI City Mall..tp xde..so nearest, antara Paradigm atau Setia City Mall..

K, chow...


Wednesday, 21 June 2017

Makanan Kegemaran di bulan Puasa

I x pernah makan makanan ni sebelum ni. Kiranya minggu pertama puasa hari tu la adalah my first time rasa 'dish' ni. Malu jugak nk kata coz dish ni sangat common. Sebelum ni selalu je jumpa tp x pernah nak membeli. Mungkin jugak coz belum terbuka lagi hati nak makan..hahaha.

Apakah dish yang i maksudkan ni..jeng jeng jeng ----> ðŸ’—LAKSAM💗.....

Sebelum ni, i x pernah teringin pun nk makan. Al-kisah nye hari tu, i beli la satu bekas ni jual laksam. Time tu, husband i makan luar dengan geng-geng officemate dia. So i beli la untuk berbuka, coz itu jer yang ada dijual time tu..kira macam terpaksa jugak la..nk masak time tu macam malas..hehehe..berbuka sorang2 jer..lepas buka br masak untuk budak2 sikit.

First time makan, macam x sangka selama ni rasa dia macam tu..hahahaha..poyo kan..seriously memang sedap..sejak tu, bermula la episod mencari laksam di semua bazaar ramadhan..tp sedih..x semua bazaar ada. Kampung i langsung xde. Nasi kerabu pun susah. Al-maklum la..kampung jawa..hehehe..nasi ambang banyak la.

Setakat ni, yg paling sedap i rasa, dari bazaar ramadhan Cyberjaya. Sedap dan murah lak tu. Selalunya husband yang belikan..dekat dengan office dia. Harga dalam RM3.50 rasanya. Portion pun banyak. Anak i pun suka. Seriously memang sedap..ni yang buatkan rasa macam nak pergi Kelantan, makan laksam dekat sana..hahaha..

LAKSAM BAZAAR CYBERJAYA

Setakat ni, rasanya dah dalam 8 kali kot makan laksam bulan pose ni..jadi gian pulak..x tau la lepas raya nanti teringin lagi ke x..selera bulan puasa lain macam sikit..selain dari Laksam, kegemaran di bulan puasa, Murtabak dan Air Tebu. Bulan lain, memang x pandang la murtabak n air tebu. Makan di bulan puasa jer..lepas ni kalo nak makan, kena tunggu la ramadhan 2018 pulak..kekeke..

Apa makanan kegemaran korang di bulan puasa??

*psst..sekitar KL & Selangor, korang tahu x kat mana lagi nak cari Laksam sedap..😊😊



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...