Tuesday, 20 June 2017

Apabila Washing Machine Rosak

Tajuk entry macam nk tulis karangan sekolah pulak rasanya..hahaha. Ini sebenarnya al-kisah 3 minggu lepas. Pagi-pagi duk nak basuh baju, tup2 tengok dah x leh rinse and spin..try banyak kali, x jalan gak. Hanya boleh membasuh saja. Malam sebelum tu, kitaorg keluar sekejap, pergi ke kedai barangan elektrik. Nak mencari aircond sebenarnya.Dalam kedai tu, I banyak gak usha mesin basuh. Saja mengusha. X berniat pun nk membeli mesin basuh yang baru coz tau yg sedia ada tu elok. Mesin basuh tu dah 7 tahun okey and this is the first time dia rosak. .Kira bertahan jgk la kan. I membasuh tiap hari kot. 

KESAYANGANKU

So bila tetibe start rosak, I duk terfikir..macam mana la dia tau yg semalam I duk usha mesin basuh baru..huhuhuhu..kekedang tu kan, duk rasa barang2 sekeliling kita ni macam ada perasaan lak..bila kita start terfikir nak membeli yang baru, barang yag lama start buat hal..terus rasa down bila rosak tu. Huhuhu..

So bermula la episode memerah baju secara manual..penat wei..memandangkan mr hubby cian tengok I memerah..malam tu, dia gagahkan pergi ke Coin Laundry..nasib ada yang dekat dengan rumah..seronok pulak dia..seguni beg dia bawak..hahaha..alternative sebelum mesin basuh ok balik. Ni kira first time jgk la kitaorang guna coin laundry service ni. I x pernah guna lagi tp dari apa yang mr hubby bg tau, rasa macam senang dan best. Balik jer dari sana, duduk cerita gelagat orang membasuh. Dia duk pesan, jgn basuh underwear n bra ye dekat sana..coz ada sepasang suami isteri tu membasuh dekat sana..bra dia tersangkut dalam tu..so semua org nampak bra dia. Dia nak cabutkan bra dari situ pun dah satu hal lain..aduh..x leh bayang..kalo i..mesti malu giler wei..

Esok nye, mr hubby duk usha repairman..so last2 dia jumpa this one Chinese guy. Dia quote harga yang ok. So dia check2 mesin basuh tu..memang ada issue la..x lama pun dia repair..dalam sejam je gitu..lepas tu, elok dah..yippee..dia charge dalam RM160 siap sekali barang. Ada benda jugak dia kena tukar..maklum la dah 7 tahun x pernah tukar barang part2 dia..mesti ada yg run down sikit. So now, mesin basuh dah elok kembali..fuhh lega. Kalo x, jenuh la pulak nak memerah satu persatu..

*psst..baju raya dah basuh..x sabar nk beraya dah ni..hehehe

Monday, 19 June 2017

Persiapan Balik Raya 2017

Tak sampai seminggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing-masing mesti tengah sibuk dengan persiapan raya temasuk la juga persiapan untuk balik ke kampung.
Korang balik beraya di mana tahun ni??

Balik Kuala Selangor (kampungku) dan Klang 😍😍
Saya ni kira bertuah jugak kerana dijodohkan dengan orang yang dekat. Langkah sedaerah sahaja. So tahun ni, pagi Raya di rumah Mertua di Pandamaran Klang. Petang pula di rumah keluarga I di Sungai Sembilang Kuala Selangor. Perjalanan tak sampai sejam pun. Setiap tahun rutin yang sama. Dua-dua rumah di hari raya yang pertama. Kami pula duduk di Putrajaya so perjalanan nak balik kampung pun x jauh mana. 

Keperluan Balik Kampung
Selalunya kalau kami balik kampung, barang yang kami bawa akan penuh satu bonet kereta. Kenapa? Dengan anak 3 orang, barangan budak-budak tu sahaja dah memenuhkan beg kami yang kecil lagi molek itu..huhuhu..jadi apa yang kami perlukan, adalah untuk mendapatkan beg yang sesuai dengan keperluan kami yang berlima ni. Di Lazada, ada jual pelbagai saiz beg dan juga pelbagai jenis dari beg tarik sampai la ke beg galas. Saya berminat dengan yang ini. Rasa-rasanya leh muat x semua barang-barang kami yang berlima ni..seminggu bercuti jadi baju untuk lima hari confirm akan banyak. Beg yang sesuai mampu memuatkan semua pakaian dan peralatan kami yang diperlukan. #ilovered


Barangan di Lazada
Apa yang I perlu bawak balik kampong kali ni, semestinya camera. Waktu raya ini lah kami sekeluarga dapat berkumpul semua. Jadi camera adalah satu keperluan tiap kali balik beraya. Di Lazada, ada pelbagai kamera yang boleh dipilih. Rambang mata tau. Hari Raya Pertama confirm akan kami jadikan kenangan. Dengan camera yang senang dibawa, sesuai untuk dibawa kemana sahaja. 


Lazada masih lagi mengadakan promosi untuk Raya tahun ni. Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale yang berlangsung dari Mei 19 ke Jun 30. Special diskaun sampai 90%. Jangan ketinggalan untuk bershopping raya kali ni di Lazada ye kawan-kawan..--> Click di sini untuk memulakan shopping riang ria raya anda di Lazada. RIANG RIA RAYA LAZADA

Selamat Menyambut Hari Raya semua..😁

Thursday, 15 June 2017

Susu Kurma Farm Fresh

Lama x tulis blog. Di bulan puasa ni, tetiba blur jer bila nk start menulis. Banyak entry jugak yang sudah tertunggak..huhuhu😢

Kali ni, nk cerita pasal among my favourite drink - Susu Kurma Farm Fresh..

Susah sebenarnya nk mencari susu kurma farm fresh ni. Kalo di pasaraya memang x jumpa la. Susu fresh milk dia atau caffe latte dia ada la di jual. Tp susu kurma ni memang xde. Office i ni, tiap minggu ada jualan. Masuk bulan Ramadhan jer, terus ada jualan. X tau pun kali ni ada yang menjual susu ni..time duk tengok2 barang, terus ternampak. Itu pun ramai yang tengah beratur. Tanpa fikir panjang, terus sambar 2 botol. hehehe. Tp sekejapan jugak habisnya..nasib baik terus beli. Tahun lepas pun ada orang jual di office di bulan puasa. So time-time cam gini saja I dapat jumpa susu kurma ni. 

LEGA DAPAT JUMPA SUSU KURMA NI..YUMM YUMM

For me, I suka sangat rasa dia. Pekat dan sedap. Susah jugak nk describe taste dia. Kena cuba dulu. Tp seriously memang sedap..kena sejuk kan dulu baru rasa lagi masyuk!! Alhamdulillah jugak yang anak-anak I pun suka minum. Ada jugak hari tu beli Nestle Bliss Special Edition Kurma dengan gula merah tu. Tp yang itu, x berapa boleh masuk tekak pulak walaupun I tengok anak I suka je minum..hehehe..tekak masing-masing kan. Rasa dia different habis dari apa yang I bayangkan. Sekali je la beli. Itu pun ada orang jual di office..hehehe..bagus kan, ada jualan di office. X payah nk shopping jauh2.

I jadikan minuman ni sebagai minumam berbuka I. Sejak dua menjak ni, mr hubby ada jemputan berbuka di luar, so I berbuka dengan anak-anak sahaja. So xde la nak masak heavy2 sangat untuk berbuka. Minuman pun xde nak membancuh sangat..setakat sorang jer berbuka, minum susu kurma saja..memang mengenyangkan sangat..susu la katakan. 

Random gambar berbuka hari tu..berbuka dengan susu kurma, bubur n ayam roasted ala2 kenny's..

LAMPU TERANG SANGAT..HUHUHU..

Tp hari tu, sehari je i nampak dia menjual susu tu..ingat esok nak membeli lagi. Buat stock dalam peti ais, dah xde..huhuhu..kena tnggu tahun depan la gamaknye..so u ols, kalo tahu sesiapa yang menjual susu kurma farm fresh ni, atau yang menjadi dealer, leh la habak kat i ye..hehehe.

Wednesday, 31 May 2017

Short trip to Bagan Lalang : Bagan Villa Resort Sepang

Al-kisah hari wesak..geng-geng office mate mr hubby ada nk buat makan-makan ala2 potluck la gitu di Bagan Lalang..plan asal, mr hubby ajak kitaorang anak beranak pergi camping dengan dia kat tepi pantai tu..last2 minute, booking satu bilik di Bagan Villa Resort..Risau kalo tetibe ribut pulak time bercamping tu..

I siap beli lampu n kipas camping lagi tau..excited giler..tp sebenarnya risau gak bila mr hubby kata nk camping..fuhh..nasib baik last2 tido atas katil gak..hahahaha..memang bukan dasar outdoor. Tempat camping dengan resort ni dekat jerr sebenarnya..jalan kaki jer..resort ni betul2 depan kawasan pantai..kami bertolak malam sebelum hari cuti wesak tu..sampai ke resort ni dalam pukul 10 lebih..balik kerja jer terus gerak pi sana..

JGN TERLEPAS PULAK YE..SIGN BOARD DIA COMEY2 JER..PAKAI WAZE, INSYAALLAH SAMPAI

KAWASAN BANYAK POKOK..NICE JUGAK LA..TP LECAK SIKIT PAGI TU..MALAM DAH RIBUT KATAKAN

ANTARA RUMAH2 YANG ADA

RAJIN ANAK TERUNA..

Time nk sampai tu, xde pulak nampak ciri2 macam nk hujan..so mr hubby pun lega la..dia dengan anak sulong I, Ziyad pergi camping dengan geng2 office mate dia..I,Lily n Uzayr tido beraircond ye..hehe..tetibe dalam pukul 4 tu, mr hubby ketuk pintu..time tu pulak..I terbangun..coz anak I tetibe muntah2 lak..batuk agaknye..so selang 10 minute gitu..terus hujan yang lebat..mr hubby pun lega giler..kalo x..basah kuyup la..x tau la nasib geng2 yg lain..sambung tido dalam kereta la gamaknya..tent kitaorang pun habis terbang..nasib baik dapat balik..kalo x..jenuh pulak..
Hujan malam tu memang lebat giler..bersyukur sangat tempah bilik ni last minute..

Bilik dia ada dua jenis. Standard atau Studio..harga pun x jauh beza..yang beza, hanya yang Studio tu ada kawasan di depan katil; ada ruang lebih..boleh muatkan lagi 2-3 orang..boleh sewa tilam extra..besar sedikit la dari jenis yang standard..tp for me..condition bilik dia..banyak sangat yang perlu diperbaiki..benda2 yang simple2 jer sebenarnya..cosmetic mostly..rasanya kalo di cat balik dinding tu, perkemaskan lagi deco..ok rasanya..bilik sekadar untuk tido, mandi dan tukar2 baju..kami tempah bilik Studia hari tu..

ABAIKAN 3 NINJAS NI YE..DISEBABKAN ADA TIANG DITENGAH TU..TU YANG DIJADIKAN KAWASAN MAIN DIAORANG

Pagi2 lagi dah keluar..tolong masak2 sikit..(xde masak pun..lelaki ramai..so diaorang buat la..hehehe). mr hubby kerja company engineering so office mate dia dalam 85% male..perempuan memang sikit la..kitaorang bawak sambal ikan bilis jerr..main dish hari tu sebenarnya kambing golek..tempat nk golek tu pun bebudak tu buat sendiri..kagum jugak dengan diaorang ni..pg2 lagi Ziyad dah request nk mandi pantai..time dtg tu, air belum surut lagi..so lily n Ziyad dapat la mandi kejap..Uzayr I x bagi la..kalo x..dengan I sekali kena mandi..

Lepas mandi2 tu, bagi main pasir pulak..habis kot baju, kasut semua berpasir..
Masing2 bentangkan tikar di bawah pokok2 yang ada..ramai jugak yang datang..meriah sangat2..i jarang jugak involve dalam event2 mr hubby ni..sekali sekala tu ada la..

DEKAT DENGAN AVANI GOLD COAST SEPANG

APA ZIYAD BUAT TU..JGN IYAK UDAH..HAHAHAHA

Ni juadah yang ada..buffet style ea..masing2 ambik sendiri..pandai semua memasak..sambal kami pulak..telebih pedas..mengaumm..hahaha..

KAMBING GOLEK..PERALATAN GOLEK..BUATAN MEREKA SENDIRI..

POTLUCK..SEDAP SEMUA MASAK

Kitaorang check out lambat sikit..check in pun malam kan..nasib baik owner dia bagi..k..perut dah kenyang..dah boleh gerak balik..for more info pasal tempat ni, boleh check di sini ye : RESORT CHALET BAGAN LALANG

*tetibe semalam, mr hubby tanya dalam kereta..Nak pergi camping lagi x?? OH NO!!! hahaha..mana pulak la lepas ni..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...