Thursday, 23 April 2020

Tupperwareku Cair

Rasa hari tu baru je perasan satu post mengenai steamer tupperware cair dekat FB. Anak dia tercairkan ibu dia punye tupperware. So semalam, nak dijadikan cerita, I kukus pau guna steamer tupperware tu coz I memang tak ada steamer stove atau elektrik. Dah banyak kali pakai dah pun. Tak ada masalah pun sebelum ni.

So al kisah semalam, lepas je letak atas stove, terus menuju depan tv. Time tu borak2 ngan anak. Then tetibe ada terbau macam terbakar. Tp time tu still tak ingat yang I ada kukus pau. Hahaha. Dasar pelupa betul. Bila bau tu dah makin kuat, baru terfikir, eh, kukus pau..terus I bergegas pi dapur. Nasib belum berasap teruk lg. Terus tutup api. Rupaya air dia dah kering kontang. Hahaha. N, tupperware dah cair..melekat terus. Benda pertama yang I buat, GELAK BESAR. Aduh..tak sangka jadi kat batang hidung sendiri. I letak dulu dekat singki. Nasib baik pau dia selamat. Tak cair sekali. 

Kejadian lawak ni time petang. Tengahari hari tu jugak, I siap inform kakak n adeq I. Time tu sembang2 pasal barang dapur. I ada inform nk beli steamer..haha. Its about time la kan..macam tau je steamer sedia ada nak tamat riwayat dah.


Tak sampai 10 min, husband pun balik. During PKP ni husband dibenarkan kerja di ofis. So dia kerja macam biasa la. Dia balik2 jer, anak I terus tunjuk dapur..katanya mama masak sampai cair. Husband I bantai gelak. Dia pun siap ambik gambo. Ntah hantar kat siapa la tu. Pengalaman betul. Lps tu, terus kami order steamer stainless steel terus..hahaha. Rasanya next week la kot sampai. 

K, lawak jenaka sebelum Ramadhan tiba. Selamat berpuasa semua. 

1 comment:

  1. bertabahla tuppeware mhl dh cair tu...sa;am ramadhan & selamat berpuasa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...